Tidak ada cara yang lebih mudah untuk kita mengulangkaji pergerakan saham selain dari membuat latihan berturut-turut. Disebabkan tradingview ada menyediakan carta luar negara, amatlah digalakkan untuk kita melihat, mengkaji dan menggunapakai segala ilmu yang kita ada pada carta2 mereka yang sentiasa aktif. Teknikal analisis tetap sama walau di mana saja tempoh...
Setakat petang tadi, nampak kemasukan volume dan kenaikan harga pada stok yang berada dalam sektor TENAGA - atau lebih mudah sektor berkaitan minyak dan carigali. Berdagang ketika harga sedang konsolidasi memerlukan kesabaran untuk melihat hasilnya. Manakala berdagang ketika harga sedang mendaki naik, memerlukan kepantasan menyelit. Tak kisah mana satu pilihan...
Pembetulan : ayat "lepas jual terus jatuh"..sepatutnya "lepas jual terus naik" Bila banyak yang sudah naik, bilakah masanya untuk menuai hasil? Hasil boleh dituai samada - ikut pelan asal sebelum membeli - bila harga menunjukkan tanda-tanda pembalikan - nak pakai duit Bila masa sesuai juga boleh di ihat pada carta-carta yang berada dalam kategori "paling rugi"...
Hari ini 15 JAN 2019 , stok di dalam kategori industri pembinaan membuat cubaan keluar dari kawasan konsolidasi. Yang menariknya, hampir kesemuanya membuat bentuk dan pergerakan yang hampir sama. Yang tak menariknya , bila semua bergerak serentak. Mana satu nak pilih ? Walaubagaimanapun, ke semuanya masih di bawah garis MA 200. Hanya sesuai untuk dagangan...
Sambungan kepada bahagian 1 tadi. Penerangan lanjut ada di link skirp di bawah
Berbanding dengan Trendband Guide yang garis moving average adalah tetap, dalam skrip terbaru ini, saya beri kemudahan kepada pengguna untuk mengubah semua moving average yang ada mengikut stail berdagang masing2. Terpaksa pecah video kepada beberapa bahagian. ' Semoga terhibur.
Ada sikit penerangan tambahan penggunaan templat yang saya rasa sangat2 membantu kita sebagai pengguna tegar tradingview. Semoga terhibur.
Keluar trade jika harga hari ini turun lebih bawah dari harga terendah semalam. Sesuai untuk carta yang harga sedang menaik berhari2. Selamat menonton.
Selepas senarai lihat di buat, apa yang perlu kita tunggu adalah, kemunculan signal-signal yang sesuai dengan strategi jual beli yang kita kuasai. Sabar menantikan kemunculan signal juga mampu memberikan kita pulangan yang amat baik. Sesuai bagi pedagang yang hanya ada masa selepas pasaran ditutup. Ambil sedikit masa pada sebelah malam untuk mencari signal2 di...
Doji pada carta menggambarkan satu ketidakpastian samada pihak membeli atau pihak menjual yang lebih kuat. Kepastian selalunya akan muncul pada hari esok atau hari-hari seterusnya. Amatlah digalakkan untuk kita mengambil lebih tumpuan sekiranya doji muncul. Ianya akan membantu kita membuat pelan trading atau membuat anggaran ke mana arah seterusnya harga ingin...
Video lepas kita sudah melihat cara untuk mencari aras hayunan tinggi atau rendah. Dengan bantuan tool fibonacci retracement, kita boleh membuat anggaran atau jangkaan ke mana aras seterusnya lantunan akan berhenti atau potensi target. Ada 3 aras yang selalu menjadi perhatian, 38.2% 50% 61.8% Aras diatas hanyalah cadangan atau kebiasaannya berlaku...
Carta yang bergerak sudah semestinya akan ada hayunan atau berombak2. Dengan mengenalpasti setiap titik hayunan, kita boleh membuat kesimpulan asas samada carta itu sedang menaik, melintang atau menurun. Semoga terhibur
Setiap carta pasti ada penjaga. Dan setiap penjaga ada yang baik hati, kedekut atau sangat kejam. Hasilnya, terjadilah corak-corak yang selalu muncul semasa manipulasi menuju peringkat akhir. Peluang berdagang untuk carta yang dimanipulasi tetap ada. Yang penting, kena siap sedia dengan pelan trading yang baik.
Gunakan masa terluang untuk melihat carta-carta yang kita gemari. Dalam carta itu sendiri boleh dijadikan sumber rujukan akan datang. Video menerangkan salah satu cara melihat bagaimana perubahan tren berlaku. Semoga terhibur.
Sangat digalakkan jika kita boleh menganggarkan tarikh laporan kewangan akan datang. Boleh membantu kita untuk membuat pelan dagangan yang lebih baik. Dapatkan makluman terkini anggaran tarikh laporan kewangan atau tarikh dividen dari laman bursa malaysia, platform dagangan masing2 ataupun website khas yang ada di luar sana.
Bayangkan ada satu longgokan harga membuat satu aras sokongan yang baik dan secara tiba2, aras tu bocor ke bawah. Mungkin yang buat longgokan tadi sudah kehabisan wang. Mungkin tiada sambutan menggalakkan dari pelabur2 lain. Mungkin teknikal rebound saja. Yang pasti, aras sokongan bocor, petanda kurang baik. Nota : bila aras sokongan bocor, TUNGGU REVERSAL...
Fungsi templat sangat berguna jika kita ingin melihat carta dalam bentuk yang pelbagai atau mengikut strategi yang sesuai digunakan pada ketika itu. Pantas, mudah dan boleh menjimatkan masa.