Ada ketikanya, corak sama muncul di carta-carta yang berkongsi sektor atau kisah belakang tabir yang sama. Kalau dulu selalu dengar pepatah " satu naik, yang lain pun naik" , buat masa sekarang mungkin lebih sesuai "satu jatuh, yang lain tergolek".
Serba sikit kelebihan penyaring yang ada di tradingview. Kita boleh : - sela masa berbeza - ekspot data dalam csv - menukar pasaran negara - fungsi pemberitahuan Semoga terhibur
Kalau kita hanya mencari stok yang tren menaik, gunakan penapis yang ada di tradingview untuk mencari, menanda dan menganalisa secara mudah dan pantas. Boleh dibuat cara yang sama setiap awal bulan berdagang. Semoga terhibur.
Ada kata windows dressing. Tak pasti. Ada kata satu permulaan. Naik ke turun? Contoh dalam video merujuk kepada stock yang market cap besar.
Patuh pada pelan berdagang tidak membuatkan kita sentiasa untung, tetapi ianya memberikan kita satu panduan dan hala tuju yang baik ketika berdagang. Tidak ada siapa pun tahu yang harga akan naik atau turun kecualilah dia yang bagi naik dan turun. Cari teknik berdagang yang serasi dengan gaya hidup kita. Buat pelan berdagang yang senang, mudah faham dan boleh...
Satu lagi screener mudah yang sesuai untuk mencari kedudukan trendband yang cantik. Konsep asas tetap sama, cantik bermaksud posisi moving average berada dalam keadaan bullish. Bukan terus boleh jual beli yer. Ianya lebih kepada mencari potensi stock, dan perlukan lebih analisa sebelum bertindak.
Ada 2 screener mudah yang tidak memerlukan sebarang konfigurasi pening kepala. Memudahkan kita untuk membuat sebarang pilihan stok yang bakal di dagangkan. Pilih dan simpan. Selepas itu barulah buat analisis terperinci. Gunakan trendband guide sebagai alat bantu untuk mempercepatkan pemilihan kaunter.
Berdagang tanpa teknik atau pelan dagangan selalunya tidak dapat memberikan keputusan yang memberangsangkan. Ada teknik tapi memilih carta yang salah juga tidak membantu untuk mengekalkan prestasi dagangan yang baik. Fahamkan dulu teknik yang sudah dipelajari dan sesuaikan mengikut keadaan semasa carta. Kalau teknik kita hanya sesuai untuk breakout, carilah...
Box trading atau kotak dagang sangat mudah untuk di buat, tetapi perlukan pemerhatian yang baik sebelum membuat keputusan jual beli. Seperti mana ketika harga naik, begitu juga konsep yang sama digunapakai ketika harga turun. Cuma terbalikkan saja segala syarat2 yang ada.
Paten carta yang muncul tetap sama. Bezanya hanya di mana kedudukan paten itu muncul. Sepertimana belajar untuk cari peluang masuk, begitu juga sama untuk mencari peluang keluar. Gunakan fungsi songsang carta untuk kefahaman yang lebih mudah.
Trend naik atau turun pasti ada pullback. Kalau takda, maknanya trend tu tak berapa sihat ! Kalau kita faham pullback ketika trend sedang menaik, secara tak langsung, kita juga mampu faham pullback ketika trend sedang menurun. Semoga terhibur.
Sambungan bahagian 1 tadi. Perhatikan ketika harga sedang jatuh. Akan ada peluang untung berdagang bagi tempoh singkat !
Sesuatu yang kita takut adalah untuk melihat trend yang semakin matang. Sedangkan, kematangan trend itu memberikan kita banyak peluang untuk berdagang. Sebab masa tak cukup saya buat 2 bahagian. Semoga terhibur
Tempohari kita sudah melihat bagaimana mengukur ANGGARAN TARGET jika harga tembus ke atas aras halangan. Konsep yang sama juga boleh digunakan untuk carta-carta yang sedang tembus aras sokongan atau aras swing. Hanya terbalikkan saja cara yang sama. Bukan setepat-tepatnya kita mau, yang paling penting, melihat apa reaksi harga jika sampai ke kawasan...
Dalam video ini , saya tunjukkan cara untuk membuat skrip / indikator sendiri dengan bantuan Editor Pine. Masih banyak lagi yang boleh dibuat. Tapi, sebagai pengenalan awal, dapat salin dan tampal pun jadi lah. Peringatan : Hanya untuk pembelajaran saja. Sila dapatkan nasihat dari remiser atau pakar kewangan sebelum membuat keputusan jual beli di bursa. Salin...
Pemahaman berkenaan volume ini terlalu banyak untuk diceritakan. Volume juga seperti mana2 indikator yang lain, boleh dimanipulasikan. Dalam video kali ini, saya cuba sampaikan salah satu penggunaan volume dan juga harga bagi mencari potensi keluar dari dagangan. Ianya tidaklah sempurna, tetapi boleh dijadikan sumber rujukan. Dengan adanya "Editor Pine", gunakan...
Maaf atas kesilapan ejaan SELL, bukan SEEL seperti dalam video. Teknik belian sama ada beli ketika breakout atau beli ketika pullback, tetap ada risikonya. Yang penting adalah kawalan risiko dan juga kemahiran kita dalam mengaplikasikan teknik di atas.
Sedikit penerangan ringkas berkenaan saham ibu dan saham anak (warrant). Semoga terhibur.