Cara menggunakan Volum Sesi HD untuk mengkaji harga dan volumVolum Sesi HD dicipta untuk menambahkan keterperincian dan ketepatan bagi mengkaji harga dan volum untuk setiap sesi perdagangan. Volum Sesi HD mengubah secara dinamik untuk menunjukkan lebih banyak data apabila anda zum masuk dan keluar carta.
Anggaplah Volum Sesi HD seperti kanta pembesar untuk mengkaji volum dan harga. Apakah aras harga yang akan menarik volum perdagangan yang terbanyak? Bagaimanakah ia berubah apabila kami zum masuk atau keluar dalam sesi perdagangan yang tertentu? Dengan Volum Sesi HD, semakin banyak anda zum masuk, semakin terperinci anda akan lihat tentang harga dan volum untuk hari perdagangan tertentu. Ia merupakan alat yang sempurna untuk pedagang dan pelabur yang ingin zum masuk dan keluar dengan cepat dan menukarkan resolusi carta mereka.
Merujuk kepada contoh di atas, kami sedang melihat dua carta Tesla di mana kedua-duanya ditetapkan dengan rangka masa dan resolusi yang berbeza. Adakah anda dapat melihat perbezaan antara Profil Volum yang ditunjukkan pada setiap carta? Carta di bahagian kiri ialah carta harian sehingga November. Carta di bahagian kanan ialah carta 65-minit yang kami zum masuk untuk beberapa hari yang lalu. Kedua-dua carta menggunakan Volum Sesi HD untuk menunjukkan analisis Profil Volum, tetapi setiap carta menunjukkan aras keterperincian yang berbeza. Dengan kata lain, semakin banyak kita zum masuk, semakin banyak aras profil volum akan dipaparkan.
Apabila anda mula memahami dan menggunakan Volum Sesi HD, penting untuk mengingati bahawa alat ini boleh disesuaikan mengikut keperluan dan pemerhatian anda. Buka tetapannya untuk bermula. Setiap pedagang dan pelabur mempunyai metodologi tersendiri dan tetapan ini akan membantu anda mencipta gaya kajian anda yang unik.
Titik Kawalan/ Point of Control (POC) - Aras harga untuk tempoh masa dengan volum dagangan yang tertinggi. Garis merah ini ditunjukkan di kedua-dua carta dalam setiap kawasan Profil Volum.
Volum Naik - Menentukan warna untuk Volum Naik atau titik-titik di mana pembelian berlaku dan harga meningkat.
Volum Turun - Menentukan warna untuk Volum Turun atau titik-titik di mana penjualan berlaku dan harga menurun.
Kawasan Nilai Naik - Menentukan warna untuk Kawasan Nilai Naik atau di mana pembelian berlaku dalam zon volum tinggi, katakan 70% daripada kesemua volum yang dapat didagang.
Kawasan Nilai Turun - Menentukan warna untuk Kawasan Nilai Turun atau di mana penjualan berlaku dalam zon volum tinggi, katakan 70% daripada kesemua volum yang dapat didagang.
Profil Tinggi - Aras harga tertinggi yang tercapai dalam satu tempoh masa yang spesifik.
Profil Rendah - Aras harga terendah yang tercapai dalam satu tempoh masa yang spesifik
Kawasan Nilai/Value Area(VA)- Julat aras harga di mana satu peratusan spesifik untuk semua volum yang didagang dalam tempoh masa itu. Biasanya, peratusan ini ditetapkan kepada 70% , namun demikian ia adalah bergantung kepada pilihan pedagang.
Kawasan Nilai Tinggi/ Value Area High (VAH) – Aras harga tertinggi dalam kawasan nilai itu.
Kawasan Nilai Rendah/Value Area Low (VAL) - Aras harga terendah dalam kawasan nilai itu.
Kami berharap tutorial ini membantu anda memahami kekuatan Volum Sesi HD dan alat Profil Volum yang lain. Lebih penting , kami berharap ia membantu anda memahami semua ciri, penyesuaian dan kefungsian yang datang dengan alat ini. Volum Sesi HD adalah salah satu alat Profil Volum yang tersedia untuk anda dan ia amat berguna semasa melakukan zum masuk dan keluar carta, menukar rangka masa , dan mencari maklumat tambahan untuk kajian sesi perdagangan tertentu.
Terima kasih kerana membaca dan sila tinggalkan maklum balas atau komen di bawah. Jika anda ingin melihat lebih tentang alat atau ciri Profil Volum, anda boleh hantarkan cadangan anda kepada kami! Kami mungkin akan membinanya untuk anda.
Di Luar Analisis Teknikal
Saya rekod video ni dari Linux ! Nota : Harap maaf, videa asal tadi tak menjadi. Yang tu saya rekod dari Firefox. Video kali ni saya rekod dari Google Chrome. Kalau masih tak boleh play, abaikan apa saja yang saya tulis di sini.
MacOS dah , iOS dah, Windows dah, Android dah, dan hari ini saya cuba Tradingview dari Linux.
Saya guna Linux Mint dan hanya run dari USB .
Secara umum, memang Tradingview boleh buka di mana-mana sahaja , asalkan guna internet browser dan ada internet line.
Tapi bagi saya yang selalu rekod video, memang kena cuba dulu baru tau jadi atau tak. Setakat nak conteng2 chart, memang boleh jer.
Selamat Tahun Baru 2021 dan semoga terhibur !
CYMAO KENAIKAN YANG MEMBERANGSANGKAN...!!!Boleh lihat pada carta...
PENAFIAN :
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
BERDAGANG DI ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.
Panduan: Terbitkan idea yang baik dan dapatkan banyak tanda sukaPanduan umum:
Untuk menerbitkan idea yang baik dan mendapatkan banyak tanda suka, langkah pertama adalah idea anda harus diterbitkan secara awam. Anda harus memastikan idea anda tidak "disembunyikan" atau "tidak disyorkan" kerana melanggar peraturan dalaman.
Apakah erti menyembunyikan idea dan puncanya?
Moderator TradingView akan menyembunyikan idea-idea yang melanggari peraturan dalaman, biasanya disebabkan pengarang memasukkan pautan atau rujukan kepada media sosial dan laman web mereka untuk melakukan promosi.
Idea tersembunyi tidak akan dipaparkan kepada awam, hanya anda dan moderator TradingView dapat melihatnya. Oleh sebab huraian idea tidak boleh ditukar oleh anda atau pasukan TradingView, idea-idea ini tidak dipaparkan lagi dan menyebabkan usaha anda menganalisis dan menerbitkan idea tersebut menjadi sia-sia. Oleh itu, bacalah Peraturan Dalaman kami dengan teliti untuk mengelakkan situasi yang sama berlaku lagi.
Kenapa idea anda boleh menjadi tidak disyorkan?
TradingView bertujuan untuk memaparkan idea-idea yang memberikan analisis yang baik pada carta dan huraiannya.Untuk mencapai matlamat ini, kami "tidak mengesyorkan" idea yang:
Mengandungi tajuk atau deskripsi yang menggunakan SEMUA HURUF BESAR
Mengandungi sedikit atau tiada analisis pada carta
Kekurangan deskripsi
Diterbitkan dalam bahasa tidak sesuai dengan domain di mana idea diterbitkan
Idea yang "tidak disyorkan" tidak akan muncul di halaman utama atau dalam aliran idea-idea popular, di mana ia akan mengehadkan pendedahannya.
Idea tersebut hanya dipaparkan dalam aliran idea terbaru, kepada pengguna yang mengunjungi profil anda atau memilik pautan terus kepada terbitan anda.
Mari melihat beberapa contoh yang menjadikan idea terbitan itu baik. Untuk menjadikannya lebih jelas, kami juga memberikan contoh idea yang tidak baik sebagai perbandingan
Klik pada mana-mana idea untuk maklumat lanjut.
Semua Analisis
► Seimbang: jelas, tidak berselerak, profesional, tidak berlebihan.
Baik:
Perlu penambahbaikan:
Analisis Teknikal
►Menyertakan lukisan yang menjelaskan idea. Sekurang-kurangnya dua alat analisis atau dua sebab, cthnya , aras sokongan dan corak candlestick atau sebuah garis trend dan sebuah penunjuk, dsb. Gunakan secukupnya tetapi tidak berlebihan!
Baik:
Perlu penambahbaikan:
Idea Dagangan
►Menyertakan bias tertentu dalam idea dan menyatakan sama ada anda melakukan akan membeli atau menjual. Pastikan anda memberitahu orang lain titik entri dan keluar untuk dagangan tersebut dan sebutkan berapa lama dagangan tersebut akan terus aktif.
Baik:
Perlu penambahbaikan:
Analisis Fundamental & Ulasan Pasaran
►Menyediakan trend umum dan pergerakan harga berdasarkan alasan yang munasabah.
Baik:
Hantaran pendidikan
► Penjelasan terperinci tentang kaedah untuk analisis teknikal, fundamental atau makro.
Baik:
Analisis Antara Pasaran
► Ini termasuk analisis Overlay atau Ratio. Panggilan untuk arah pergerakan dengan penjelasan yang mencukupi.
Baik:
Analisis Teks
► Haruslah berguna dan informatif untuk komuniti. Contohnya, kandungan pendidikan, sebuah kolum atau pengalaman peribadi.
Baik:
Perlu penambahbaikan:
Lebih banyak cadangan spesifik untuk jenis Analisis Teknikal yang tertentu
Corak harmonik
► Harga harus telah melepasi titik B dan sedang bergerak dari C ke D. Atau terdapat peralatan teknikal lain yang menyokong pandangan ini. Gunakan peralatan terbina dalam TradingView untuk menunjukkan nisbah-nisbah Fibonacci. Pautan yang berguna: www.harmonictrader.com
Baik:
Perlu penambahbaikan:
Double top
► Corak yang tidak melengkapi puncak kedua dan bergerak ke arah neckline tidak harus dikategorikan sebagai double top. Begitu pula untuk 'double bottom'.
Baik:
Perlu penambahbaikan:
Kepala dan Bahu
► Corak yang tidak melengkapi bahu kanan dan bergerak ke arah neckline tidak memenuhi syarat. Begitu pula untuk kepala dan baru yang terbalik.
Baik:
Perlu penambahbaikan:
Analisis hanya penunjuk
Perlu penambahbaikan:
Gelombang Elliott
► Haruslah sesuai dengan peraturan yang dapat dicari di www.elliottwave.com. Ini adalah sumber yang paling umum dan banyak digunakan.
Baik - jelas dengan setup yang boleh dilaksanakan
Perlu penambahbaikan - berselerak:
Mengikuti panduan ini tidak hanya akan menghasilkan idea-idea yang lebih baik untuk komuniti TradingView, ia juga meningkatkan peluang idea anda untuk terpilih dalam Pilihan Editor kami.
Kami berharap panduan ini berguna untuk anda. Kongsikan pandangan anda di ruang komen di bawah.
Cara menggunakan alat melukis Profil Volum Julat Tetap yang baruProfil volum penting untuk memahami bekalan, permintaan, dan kecairan keseluruhan. Alat profil volum membolehkan anda menganalisis trend volum pada aras harga tertentu dan masa yang tertentu. Alat melukis baru kami yang dipanggil Profil Volum Julat Tetap dicipta untuk membolehkan semua orang mengkaji trend volum pada carta mereka.
Berikut adalah cara anda boleh mula menggunakan alat melukis Profil Volum Julat Tetap yang baru:
1. Pergi ke bahagian kiri carta anda dan klik Alat Ramalan dan Ukuran. Ini merupakan tempat yang sama dengan alat Julat Harga atau Panjang/Singkat
2. Menatal ke bawah senarai ini dan pilih Profil Volum Julat Tetap.
3. Selepas memilih alat tersebut, cari dan klik kawasan carta yang hendak dikaji. Klik pada titik mula dan akhir. Dalam contoh ini, kami menunjukkan profil volum julat tetap untuk BTCUSD dari tinggi sepanjang masa sehingga hari ini.
Memahami cara membaca Profil Volum Julat Tetap amat penting. Apabila anda melukis Profil Volum Julat Tetap yang pertama, anda akan melihat yang berikut:
• Garis merah = titik kawalan/point of control atau aras harga dengan volum tertinggi.
• Bar kuning dan biru = volum naik dan turun untuk setiap aras harga.
• Kawasan berlorek biru = kawasan profil volum terpilih yang ditunjukkan.
Harap diingat bahawa anda boleh mengubah tetapan Profil Volum Julat Tetap. Ini bermakna anda boleh menukar gaya dan pengiraannya. Contohnya, anda boleh menambahkan titik kawalan yang berkembang, mengubah warna kawasan berlorek, dan menukar saiz barisan volum. Kemungkinan yang tidak terbatas dan terpulang kepada anda untuk membina penampilan terbaik untul Profil Volum Julat Tetap anda.
Kami berharap anda menyukai alat melukis baru ini dan kami berharap untuk melihat bagaimana ia digunakan. Kami mempunyai misi untuk membantu sebanyak mungkin pelabur dan pedagang dan kami percaya alat-alat sedemikian dapat membantu. Mereka adalah percuma dan tersedia untuk semua orang.
Jika anda mempunyai sebarang soalan dan maklum balas, sila tuliskan dalam ruang komen di bawah. Jika anda belum yakin untuk menggunakan alat ini, kami mencadangkan untuk mulai mencuba dan bereksperimen dengannya. Salah satu cara terbaik untuk belajar adalah dengan mencuba menggunakannya.
IMPIANA boleh terbangSektor : Pelancongan.
Impiana boleh terbang jika berjaya melepasi paras rintnagan 0.095..nantikan selama seminggu dua ini kerana sektor pelancongan mungkin akan bertindak balas selepas tamat tempoh kawalan pergerakan.
TAYOR!!
6 kekunci pintas untuk berkongsi, membuat nota dan cartaHari ini, kami ingin menunjukkan kekunci pintas yang boleh menambahbaikkan kaedah anda melihat harga ,berkongsi idea, dan mengesan perkembangan anda. Untuk bermula, buka sebuah carta dan cuba mana-mana kombinasi papan kekunci berikut:
Alt + S = Mengambil syot kilat carta anda
Alt + W = Menambahkan simbol kepada senarai amatan anda.
Alt + L = Membuka sebuah carta Log
Alt + P = Membuka sebuah carta %
Alt + G = Pergi ke tarikh tertentu dalam carta
Alt + N = Membuat nota baru
Jika anda menggunakan Mac, gunakan kunci pilihan ⌥:
⌥ + S = Mengambil syot kilat carta anda
⌥ + W = Menambahkan simbol kepada senarai amatan anda.
⌥ + L = Membuka sebuah carta Log
⌥ + P = Membuka sebuah carta %
⌥ + G = Pergi ke tarikh tertentu dalam carta
⌥ + N = Membuat nota baru
Mari kita berbincang kenapa kekunci ini penting dan bagaimana anda boleh menggunakannya. Alt + S membolehkan anda mengambil syot kilat carta yang sedang anda perhatikan. Ini memudahkan anda berkongsi carta dengan rakan-rakan,di bilik sembang atau di mana-mana media sosial.
Alt + L ialah cara untuk berpindah ke carta log manakala Alt + P ialah cara berpindah ke carta perubahan peratusan. Semasa menganalisis carta, kedua-dua kekunci pintas boleh memberikan pandangan yang alternatif untuk menguji hipotesis anda. Contohnya, berapakah kenaikan dan penurunan sebuah simbol tertentu dalam satu tempoh masa tertentu? Gunakan Alt + P untuk itu. Carta logaritma pula akan mengubah paksi (harga) untuk menampilkan perubahan dari satu harga kepada yang berikutnya. Gunakan Alt + L
Akhir sekali, mari kita berbincang tentang Alt + N. Ini adalah cara anda membuka nota baru. Anda boleh menggunakan Nota Teks di TradingView sebagai jurnal perdagangan. Kumpulkan idea, menulis pemikiran anda, dan merekod pelan daripada nota teks anda. Ini amat penting untuk pembinaan proses jangka panjang dan mengkaji balik idea-idea anda sebagai pedagang atau pelabur.
Terima kasih kerana membaca dan kami berharap kekunci pintas ini dapat membantu. Jika anda memiliki sebarang soalan atau komen, sila menulis di bahagian komen di bawah. Kami memautkan idea lain di bawah yang menjelaskna tentang kekunci pintas yang lain.
Kekunci pintas! Mengnalisis dan membuat carta dengan lebih cepatKekunci pintas menjimatkan masa anda dan membuat pencartaan anda lebih cepat,mudah dan dinamik. Selain mengklik setiap alat secara berasingan, anda boleh menggunakan kekunci pintas untuk mempercepatkan prosesnya. Di carta, kami telah menekankan beberapa kombinasi yang popular termasuk:
Alt + T = Garisan Trend
Alt + F = Anjakan Fib
Alt + H = Garisan Mendatar
Alt + V = Garisan Menegak
Alt + C = Garis Silang
Alt + A = Tambahkan pemberitahuan
Alt + S = Syot kilat carta
Alt + I = Terbalikkan carta
Alt + P = Carta peratusan
Alt + L = Carta log
Jika anda menggunakan mac, tekan pilihan ⌥ dan bukan Alt:
⌥ + T = Garisan Trend
⌥ + F = Anjakan Fib
⌥ + H = Garisan Mendatar
⌥ + V = Garisan Menegak
⌥ + C = Garis Silang
⌥ + A = Tambahkan pemberitahuan
⌥ + S = Syot kilat carta
⌥ + I = Terbalikkan carta
⌥ + P = Carta peratusan
⌥ + L = Carta log
Untuk panduan lengkap tentang kekunci pintas yang tersedia untuk anda, sila kunjungi panduan berguna kami di sini . Contohnya, tekan 'space bar' untuk beralih ke carta yang seterusnya dalam senarai amatan anda. Atau mengeluarkan objek dengan roda tetikus. Hanya perlu meletakkan kursor di atas lukisan atau penunjuk dan mengklik roda tetikus anda. Untuk membuka menu penunjuk, hanya perlu tekan '/' pada papan kekunci manakala untuk menukar selang carta, hanya perlu taip nombor dengan papan kekunci.
Kami berharap anda menikmati kekunci pintas ini dan jika anda merasa ada kekunci pintas lain yang boleh membantu perdagangan atau pelaburan anda, sila komen di bawah. Kami mungkin boleh membina untuk anda! Terima kasih kerana menjadi ahli TradingView.
FBMKLCI - WHERE NEXT?Pada awal tahun saya menulis article berkenaan FBMKLCI dan menjangkakan index akan naik pada tahun ini. Malangnya penularan wabak C-19 menyebabkan a huge plummet. Index turun sehingga ke paras 1,200 pada bulan March haritu.
Apa yang saya fikirkan bila market drop apabila saya menjangkakan kenaikan pada awal tahun? This is OPPORTUNITY! Cuba bayangkan anda nak trade satu kaunter ni . Fundamental memang cantik. Undervalued. dan anda menggunakan technical analysis untuk membeli. Malangnya price jatuh dan anda cut loss. adakah anda sedih? Sepatutnya tidak! Why? Sebab anda dah jumpa kaunter yang memang 'cantik' dan price drop further menyebabkan price dia ada additional discount! Umpama dari undervalued stock pergi ke fasa 'Margin of Safety' yang dikenalkan oleh Benjamin Graham. Begitulah juga apa yang saya fikirkan waktu tu.
TEKNIKAL
Saya analyse balik market menggunakan indicator yang saya develop sendiri (ZMI). ZMI digunakan untuk mengetahui momentum sesuatu security. Tetapi ia juga digunakan untuk mengetahui the 'bottom' of indices. Saya telah cuba pada banyak index (DJIA, CAC40, KOSPI, etc) dan resultnya sama! Apabila Blue Line touched/crossed Lower Dotted Red Line, disitulah potential bottom dan index akan naik. Berlaku pada crisis 1997 dan tahun ini. Menunjukkan ada potensi market dah bottom (malah dah naik dah pon dari March haritu). Lihat pada gambar ini ()
Kedua, dengan menggunakan ilmu Fibo, kejatuhan pada kali ini adalah sebanyak .618 dari kejatuhan semasa 1997. Dan price rebound balik pada March haritu.
Next, on a daily chart , terdapat MACD divergence dari September hingga bulan November ini. A good sign since MACD creates higher Low tetapi index creates Lover Low.
DOW THEORY
Accumulation Phase of the theory - Fasa ini menerangkan dimana disinilah 'Smart Money' akan mula membeli. Fasa yang berlaku dimana 'everything is seemingly at its worst'. Fasa ini berlaku selepas 'Panic Phase' dimana market panic and can lead to very large sell-offs in a very short period of time. Persoalan, adakah kita sudah lepas dari Panic Phase yang berlaku pada tahun ini..?
Disclaimer : Penulisan ini hanyalah kajian saya sendiri dan bukan bertujuan untuk memberi signal/buy or sell call. Saya tidak bertanggungjawab diatas sebarang tindakan yang dibuat berdasarkan maklumat diatas.
Secangkir Madu Merah, ayohlah breakout...!! cup and handleSecangkir madu merah
Menyiram hati kita
Berdaun asmara dan beranting cinta
Tumbuh berbuah kasih kasih mu kasihku
Secangkir madu merah
Membasahi di kalbu
Bersulam asmara benang benang cinta
Melukiskan sayang sayang ku sayangmu
Satu dalam satu
Mungkin lirik lagu diatas akan didendangkan jika entry yang kita buat mengena dan profit terus run.
Jika breakout itu berlaku di bibir cawan bermakna akan naik lebih tinggi lagi, tak mustahil ia akan naik ke 0.70 sen.
Smartmoney juga menunjukkan bar merah yang tinggi.
danco 5 novsaja nak tegok kat mane dancomech ni pegi mana bila
DANCOMECH, formerly known as DET, was founded in August 1989. DET is a wholly owned company of Mr Aik Swee Tong, and DET's business activities were initially started, primarily after purchasing and resourcing Process Control Equipment (PCE) and Measuring Instruments products for end users in the Malaysian palm oil and grease chemical industry. DET purchased PCE and measuring instruments directly from manufacturers in Taiwan, Japan, China, the United Kingdom, the United States and Germany in 1992.
Then, in 1993, Dancomech (M) Sdn Bhd was formally established to take over the existing business of DET, whose shareholders included DET's sole proprietor, Mr Aik Swee Tong, a member of Mr Aik's family, his brother, Mr Aik Cwo Shing, sister, Ms Aik Hui Luan, and brother-in-law, Mr Wong Chi Siauew. Since 1999, DANCO has provided PCE and measurement instruments to Oleochemicals Industries, Palm Oil Refineries and EPCC Contractors. DANCO was launched on the Motherboard on July 21, 2016.
Specializing in valves, gauges, recorders and pumps.
Cara mengikuti perolehan dan mengetahui laporan syarikatMinggu ini merupakan musim perolehan di mana banyak laporan syarikat besar termasuk Apple , Microsoft , Amazon, Visa, dan Shopify akan keluar. Oleh sebab itu, perlu diingati bagaimana mudah untuk mengikuti perolehan. Jika anda seorang pedagang atau pelabur, anda tidak mahu menerima kejutan disebabkan laporan yang anda tidak sedar. Anda harus bersedia dan panduan ini akan menunjukkan caranya.
Kalendar perolehan TradingView ( pautan ) menunjukkan syarikat-syarikat yang akan membuat laporan hari ini, esok, minggu ini dan minggu depan. Anda boleh menyusun setiap laporan mengikut tarikh atau faktor fundamental seperti Permodalan Pasaran, Unjuran Hasil dan EPS. Kalendar perolehan merupakan kaedah paling pantas untuk melihat siapa yang akan membuat laporan dan bila.
Tip: Simpan kalendar perolehan supaya anda tidak hilang halaman ini - ( pautan )
Lagi satu alat yang berguna untuk mengikuti laporan syarikat adalah dengan memastikan ikon perolehan ( E ) ditunjukkan di carta anda. Anda boleh berbuat demikian di tetapan carta, pilih Peristiwa dan kemudian tandakan kotak yang menyebut "Tunjukkan perolehan di Carta." Carta dalam contoh ini ialah Apple dan setiap ikon E mewakili laporan suku tahunan. Tambahan pula, anda boleh letakkan kursor tetikus anda di atas ikon E dan klik untuk maklumat syarikat tentang laporan tertentu. Jika anda ingin mempelajari lebih lanjut tentang alat ini, sila rujuk idea yang kami terbitkan pada awal tahun.
Tip: Bina pemberitahuan tersuai anda untuk laporan perolehan yang akan tercetus sebelum , semasa dan selepas. Hanya perlu bukan pengurus pemberitahuan dan mula mencipta pemberitahuan baru.
Walaupun garisan atas dan bawah perolehan adalah penting, mereka tidak menjelaskan cerita yang lengkap. Terdapat faktor-faktor lain yang perlu diambil kira seperti panduanm, komen pihak atasan, dan pelancaran produk baru. Semasa sebuah syarikat melaporkan perolehan, ia juga berguna untuk mengikuti berita tentang syarikat tersebut. Anda boleh berbuat demikian dengan mengklik pada ikon surat khabar di menu bahagian kanan. Ini adalah cara mengakses berita gempar sebelum dan selepas laporan syarikat untuk mendapat maklumat yang lanjut.
Nasihat yang terakhir ialah halaman perolehan khas baru kami. Di sini anda boleh mencari idea-idea yang diterbitkan oleh pedagang dan pelabur lain yang menekankan peristiwa pasaran yang berkaitan dengan perolehan. Anda boleh menggunakan halaman ini untuk mencari idea , pengarang , skrip dan konsep pendidikan yang berkaitan dengan perolehan.
Terima kasih kerana membaca dan kami berharap ini boleh membantu anda mendapatkan maklumat tentang perolehan dan laporan syarikat. Jika anda ada sebarang soalan atau maklum balas, sila komen di bawah. Terima kasih kerana menjadi ahli TradingView!