BreakoutStrategi pembelian saham bila harga saham sudah breakout
seperti carta harga KPS, harga semasa sudah membuat breakout pada harga RM1.05.
Strategi, tunggu harga break RM1.11. Baru confirm harga boleh pergi jauh.
Jika beli ketika ini takut ia membuat flase breakout, sebab trend masih downtrend, dan ia mungin meneruskan kejatuhan harga. atau ia akan sideway untuk tempoh yang lama.
ini bukan cadangan pembelian, tetapi lebih kepada pelajaran. jika ada yang membeli, risiko anda tanggung sendiri, dengan cut loss cadangan bila harga dibawah rm1.00
Corak Carta
GERKAN GERILA BELIAN MEMBAWA OMNICELL KE ARAS TERTINGGIOmnicell Inc memecah suasana hambar apabila gerakan gerila oleh pembeli telah membawa saham ini ke aras tertinggi yang baru. Dalam msa yang sama, kelihatan “Breakaout” yang kuat pada rintangan atas tanda “Symmetric Triangle” sebagai susulan gerakan momentum mencanak tersebut. Kenaikan “Volume” yang konsisten, tanda “Up” pada indicator “MACD”, dan penampilan kekuatan pasaran yang memberangsangkan pada tanda “14-day RSI” menguatkan lagi pandangan positif kami.
Sokongan terdekat dilihat pada USD86.90 diikuti oleh USD77.90. Pada masa yang sama, rintangan terdekat dilihat pada USD95 diikuti rintangan kuat pada aras USD100.
30 SYARIKAT TERBESAR AMERIKA SYARIKAT "US" TERUS BERKEMBANGDow Jones memperluaskan pergerakan 3-minggu positifnya dan kini sedang melayang berhampiran rintangan kuat sekitar aras 26,956 pt. Pergerakan positif ini telah menafikan isyarat negatif dalam penampilan corak "Bearish HArami". Fakta bahawa indeks telah kembali di atas biru 50-hari dan merah 200-hari garis MA mencerminkan bahawa sentimen pasaran kini memberangsangkan.
Landskap teknikal semasa menunjukkan bahawa ia hanya masa yang singkat sebelum indeks 30 syarikat “US” terbesar memecah ke puncak baharu. Hal ini disokong oleh kecenderungan kenaikan harga yang berterusan dalam corak osilator "Slow Stochastic" (biru di atas merah) - satu petunjuk bahawa sentimen pasaran masih menggalakkan.
Pandangan positif kenaikkan jangka panjang terus kekal dengan sokongan segera sekitar 26,278 poin, diikuti dengan sokongan berikutnya pada 25,834 poin. Pada masa yang sama, kami menetapkan rintangan yang kuat dalam lingkungan 26,956 mata - 27,500 mata.
Memilih carta dengan bantuan visual dari garis moving averageSelain dari menggunakan cara yang tadi, kita juga boleh menguna pakai kombinasi garis moving average sebagai alat bantu untuk membuat pemilihan carta.
Dengan berpandangan yang sekiranya harga masih di atas semua garis moving average, harga sedang trending menaik dan sebaliknya jika harga berada di bawah semua garis moving average, harga sedang trending menurun.
Cadangan memilih carta yang sesuaiTeknik bagus tapi salah pilih carta, kebarangkalian akan gagal.
Carta bagus tapi tiada teknik, kebarangkalian gagal.
Carta salah + teknik tak betul , ke laut sudah pasti.
Sebagai permulaan, mulakan dulu dengan memilih carta yang aktif, ada pergerakan harga menaik dan yang paling penting
- TUNGGU SEHINGGA ADA SIGNAL PEMBELIAN ! -
GAMBARAN POTENSI BAIK PAYCOM DI MATA PELABURPaycom Software Inc kekal berada pada kedudukan “bullish” menghala ke arah utara. Selari dengan pandangan positif ini, kami menjangkakan harga saham ini bakal mencanak terus di sesi-sesi akan datang. Kenyataan bahawa garis biru “20-day MA” berada di atan garis merah “40-day MA” menunjukan bayangan penguasaan “bulls” mengatasi “bears”. Ditambah pula “golden crossover” pada penanda “Slow Stochastic” yang memberi gambaran sentiment memberangsangkan. Ini turut memparkasakan pandangan positive – dari sudut analisis teknikal.
Tanda sokongan terdekat ada pada USD210, diikuti sokongan USD194. MAnakala rintangan kuat dilihat pada aras USD240.
Minggu pertama selepas cuti rayaDengan kenaikan mendadak pada hari isnin lepas, ada carta yang meneruskan kenaikan dan ada yang naik kejap lepas tu turun semula.
Untuk minggu depan, boleh fokus kepada carta yang harga tutup mingguan lebih tinggi dari EMA 8 dan buat pelan dagangan sekitar tinggi dan rendah minggu ini.
atau
cari carta yang naik tinggi Isnin lepas dan fokus pada harga tertinggi yang dia naik untuk entri breakout terbaru.
atau
tunggu sehingga indeks berhenti turun dan muncul big candle
atau
tambah ilmu dan belajar dengan pakar bertauliah (ini lebih afdal).
Semoga terhibur
ADVANCECON - analisi (TA) pergerakan cartaADVANCECON, syarikat pembinaan yang terus trending ke atas sebelum ini untuk dipelajari.
1. Kesan EMA50(42) , pada carta. Bagaimana harga bergerak selepas melepasi garisan ini. (purple line)
2. Juga kesan EMA50, menjadi sokongan, dan kesan jika garisan ini break.
3. SMA200 menjadi sokongan untuk harga
4. RBS (rintangan berganding sokongan), pada 0.34
5. Koreksi juga rebound pada FiBo 38% (0.34) bersamaan RBS.
6. Corak carta untuk HnS, retracement selepas break neckline. Volume yang tinggi juga dikesan selepas Sokongan pecah/EMA50
7. Analisa lilin untuk jumaat lepas, nampak pengambilan untung. jangkaan untuk short term correction sebelum harga terus rally kepada aras baru kiri/kanan.
8. Permulaan uptrend, selepas DTL break + double bottom. Why not invest from here? :)
FA Rating - 2.5/10
KEKUATAN UNDER ARMOUR TERLIHAT PADA HEIKIN ASHI HIJAUUnder Armour Inc berakhir dengan Heikin Ashi, menunjukan gambaran memberangsangkan aktiviti belian daripada pelabur. Bukaan garisan biru 20-MA yg besar daripada garisan merah 40-MA memberi gambaran potensi lebih banyak lagi pergarakan positif di hadapan. Ini disokong oleh tanda “UP” pada indikator “MACD”. Dari segi kekuatan, “Bulls” masih mengawal kedaaan pasaran. Ini dilihat pada kedudukan penanda “14-day RSI” yang berada atas paras 50 pts.
Sokongan pertama dilihat pada USD25, dan sokongan kedua berada pada USD23.50. Pada masa yg sama, rintangan pertama ada pada USD28, seterusnya rintangan kuat pada USD30.
AMD MENGHAMPIRI LIBASAN KE-5 GELOMBANG “ELLIOT”Advance Micro Devises ketika ini masih didagangkan dalam sentiment “bullish” pada aras harga atas USD30. Momentum pasaran masih jelas kelihatan, dan saham ini sedang dalam proses membentuk unjuran ke-5 gelombang “Elliot”. Secara teknikal, dijangkakan banyak pergerakan positif dalam skala besar akan berlaku pada unjuran gelombang ini. Petanda MACD yang menunjukan tanda positif dan kekuatan pasaran memberangsangkan (petanda 14-hari RSI atas 50 pts) memberi gambaran peluang besar dihadapan.
Tanda sokongan pertama dilihat pada USD30.26, diikuti sokongan USD27.21. Manakala aras rintangan kuat pula dilihat pada skala USD31.14 ke USD35.
Kemaskini Signal TRENDBAND NAKEDTambahan sama seperti TRENDBAND GUIDE tempohari.
Dan saya tambah fungsi alert untuk menunggu signal-signal dari trendband.
Apa beza dua2 ?
TRENDBAND GUIDE - guna saja, tanpa perlu pening kepala
TRENDBAND NAKED - khas untuk mereka2 yang suka memeningkan kepala
NOTA - Tengok sampai habis sebab ada juga kemaskini untuk TRENDBAND GUIDE !
Lanjutan henjutan hujung bulan MAY lepas.Dalam minggu terakhir bulan MAY yang lepas, kita dihidangkan dengan henjutan kenaikan harga dan volum.
Minggu ini selepas cuti raya, nampak reaksi market agak baik.
Nota : Menunggu tanpa buat apa-apa sambil menantikan setup juga satu strategi berdagang yang baik.
INTAI PELUANG AWAL PADA SAHAM ADOBECharta menunjukan perkembangan positif saham Adobe – yang telah kembali diniagakan atas paras “20- dan 50-hari MA”. Ini menunjukan susulan perkembangan baik selepas kemunculan tanda positif pada “Bullish Harami”. Ketika ini, harga saham Adobe sedang menguji rintangan garis bawah. Sekiranya berlaku aktiviti belian yang kuat dan harga saham menembusi rintangan dan paras USD291.70, ini membawa maksud bahawa trend telah berubah daripada posisi “minor correction” ke “uptrend”. Intai peluang atas paras USD291.70.
Sokongan pertama ada pada USD277, diikuti USD257.70. Manakala rintangan kuat ketika ini berada pada aras USD291.70.
MAKANAN No 1 DUNIA SEBAGAI KESUKAAN RAMAIMcDonalds Corporation mencatatkan kenaikan harga saham yang sangat memberangsangkan diatas USD200. Kenaikan mendadak ini menunjukan sentiment baik pada saham pengguna tersebut. Kekuatan momentum selepas McDonalds Berjaya memecah rintangan garisan atas segitiga terus mengganas. Secara teknikal, berdasarkan keadaan sekarang, dominasi pembeli mungkin akan terus mengatasi penjual. Tanda “Up” pada MACD dan sentiment memberangsangan (“14-day RSI indicator” atas 50) menyokong pandangan positif kami.
Sokongan pertama dilihat pada USD200, seterusnya diikuti oleh sokongan USD190.80. Pada masa yang sama, rintangan terdekat ada pada USD210.
ARUS BELIAN DILIHAT KUAT PADA SAHAM COLGATE-PALMOLIVE CODalam tiga sesi sebelum ini, Colgate-Palmolive Co telah menunjukan gereakan aggressive menghala ka utara. Ini membantu kenaikan harga saham memecah ringtangan garisan kebawah (hitam), dan juga rintangan USD73.52. Secara tidak langsung, pengaruh negatif yang dilihat pada tanda “Bearish Engulfing” kini tidak sah lagi. Ini membawa maksud sentiment kuat oleh pembeli mengatasi penjual. Indikator “Moving Average” dan “MACD” menujukan garis biru atas merah. Secara teknikal, dijangkakan lebih banyak pergerakan positif oleh saham pengguna ini.
Sokongan pertama kini pada USD73.50, diikuti sokongan kedua USD70.10. Pada arah bertentangan, rintangan kuat pada aras USD77.90.
KEBANGKITAN AMD DALAM SEKTOR TEKNOLOGIDalam dua sesi sebelum ini telah menunjukkan peregerakan aggresif oleh saham Advance Micro Devices (AMD). Momentum yang memberangsangkan memberikan impak kuat memecah rintangan USD30, dan sentiment positif ini dijangkakan akan terus membawa saham ini melawan arus gravity ke utara. Pandangan positif ini disokong oleh tanda positive pada garisan “Moving Average” (biru atas merah), dan juga tanda “Up” pada MACD (biru atas merah). Momentum juga memberikan tanda sentiment bai katas 50 poin.
Tanda sokongan pertama pada USD30.29, diikuti sokongan kedua di USD27.21. Manakala, rintangan kuat kini dilihat pada aras USD34.14.
<TradeVSA> Kemaskini Carta KLCI & Small CapIsyarat di kedua-dua carta akan diterangkan di video ini
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
<TradeVSA> Kemaskini Pasaran & Carta Harian - 28 Mei 20191. FTSE Bursa Malaysia KLCI
2. FTSE Bursa Malaysia Small Cap
3. Hang Seng Futures
4. FCPO
5. Econpile
6. Gadang
7. Unimech
8. CCK
9. SCH
10. Frontken
11. Inari
12. Bermaz
13. PCCS
14. Ranhill
15. Jaks
16. Jaycorp
17. Aeon
18. Hibiscus
19. Hibiscus
20. Advancecon
21. OKA
22. KNM
23. Duopharma
24. Ho Hup
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
Henjutan minit akhir umpama aktiviti cuci tingkapSetelah hampir sebulan menunggu, maka hari ini nampak semula meriahnya market.
Meriah market saya ukur mengikut betapa meriahnya carta yang muncul di penyaring Tradingview.
Tapi agak merimaskan, kebanyakan yang naik lebih kepada lompatan minit akhir terutama sekali carta-carta mid & big cap.
Semoga bulan depan, market semakin ceria.
<TradeVSA> Kemaskini Pasaran & Carta Harian - 26 Mei 20191. FTSE Bursa Malaysia KLCI
2. FTSE Bursa Malaysia Small Cap
3. FCPO
4. Hang Seng Futures
5. Lii Hen
6. Muar Ban Lee
7. Sarawak Consolidated
8. Duopharma
9. KNM
10. Komark
11. PCCS
12. Dancomech
13. OCR
14. IWCity
15. Orion
16. Frontken
17. Vortex
18. SCH
19. Can-0ne
20. Salcon
21. AirAsia X
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.