Gunakan Isyarat No Supply dan Spring untuk trade KronoKrono masih berada di sideways dengan later belakang yang lemah. Trade di support untuk risiko rendah.
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
Corak Carta
Mengukur jarak lantunan ketika pullback/retracementVideo lepas kita sudah melihat cara untuk mencari aras hayunan tinggi atau rendah.
Dengan bantuan tool fibonacci retracement, kita boleh membuat anggaran atau jangkaan ke mana aras seterusnya lantunan akan berhenti atau potensi target.
Ada 3 aras yang selalu menjadi perhatian,
38.2%
50%
61.8%
Aras diatas hanyalah cadangan atau kebiasaannya berlaku perubahan arah.
Yang paling utama, kita perlu meihat reaksi harga ketika sampai ke aras tersebut dan menantikan signal bullish atau bearish.
FBMKLCI: Uji Paras Halangan...Pada hari ini, FBMKLCI ditutup dengan positif pada paras 1670.28 dan pada paras ini, FBMKLCI menguji paras halangan pada garisan arah aliran naik dan juga 'moving average' 50.
Selalu terjadi pullback bila sesuatu paras di tembusi, baik di tembusi ke atas mahupun di tembusi ke bawah, dalam kes FBMKLCI ini, apabila paras sokongan arah aliran 1670 di tembusi ke bawah tempohari, pada hari ini terjadi pullback hingga ke paras yang sama.
Pada paras ini, apakah ia satu peluang untuk menjual bagi mereka yang tidak berkesempatan menjual tempohari atau apakah ini memberi peluang untuk masuk semula ke dalam pasaran kerana FBMKLCI membuat kenaikan semula.
Secara teknikal senario ini adalah lebih kepada pullback pada ketika ini, di mana FBMKLCI yang telah jatuh dari garisan sokongan arah aliran, naik semula ke paras yang sama. kebiasaan nya apabila ini terjadi, FBMKLCI akan berpusing semula dan menyambung gerakan kejatuhan nya. ada kemungkinan kah FBMKLCI akan terus naik dan menunggang semula di atas garisan arah aliran, kemungkinan itu memang ada. tetapi buat masa ini, pembacaan berat kepada senario pullback, di mana FBMKLCI berkemungkinan akan meyambung semula kejatuhan.
Corak carta yang dimanipulasiSetiap carta pasti ada penjaga.
Dan setiap penjaga ada yang baik hati, kedekut atau sangat kejam.
Hasilnya, terjadilah corak-corak yang selalu muncul semasa manipulasi menuju peringkat akhir.
Peluang berdagang untuk carta yang dimanipulasi tetap ada. Yang penting, kena siap sedia dengan pelan trading yang baik.
Elakkan Saham dengan Latar Belakang yang Lemah - Orion (0079.KL)Beberapa kelemahan dalam carta harian di Orion berdasarkan Volume Spread Analysis:
1. 2 fasa pengedaran oleh Wang Bijak
2. Fasa pegumpulan baru bermula dan memerlukan lebih banyak isyarat kekuatan untuk pengesahan pertukaran trend. Tiada isyarat untuk berdagang lagi berdasarkan carta harian. Wang Bijak memerlukan masa untuk mengumpul dan mengusir pemegang lemah sebelum memnaikkan harga pasaran.
3. Volume yang tinggi pada peringkat pengumpulan tidak diikuti dengan fasa mark-up. Ini menunjukkan Wang Bijak tidak berminat untuk terus menaikkan harga atau banyak bekalan di pasaran.
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
Carimin (5257.KL) Menunjukkan Isyarat Kelemahan dengan Up-ThrustUp-Thrust dari Volume Spread Analysis adalah satu cara Wang Bijak untuk memerangkap trader lain untuk beli dengan harga yang tinggi. Isyarat Up-Thrust membentuk apabila harga mencecah di tahap tertinggi tetapi tutup di tahap bawah. Volume yang tinggi menunjukkan jualan oleh Wang Bijak manakala volume yang rendah menunjukkan kekurangan minat terhadap kenaikan harga.
Selepas anda menjumpai isyarat kelemahan, tunggu 2 hingga 3 bar seterusnya untuk pengesahan kelemahan ini. Contoh kelemahan kitab oleh notis di Carimin selepas mendapat +32% profit sejak awal peringkat Mark-Up. Carta harian menunjukkan terdapat pengedaran dengan volume yang tinggi.
Berwaspada dengan bar Sell-Off dengan volume yang tinggi kerana ini adalah pengesahan pengedaran oleh Wang Bijak.
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
Pergerakan harga , laporan kewangan dan dividenSangat digalakkan jika kita boleh menganggarkan tarikh laporan kewangan akan datang.
Boleh membantu kita untuk membuat pelan dagangan yang lebih baik.
Dapatkan makluman terkini anggaran tarikh laporan kewangan atau tarikh dividen dari laman bursa malaysia, platform dagangan masing2 ataupun website khas yang ada di luar sana.
Bila aras sokongan dikhianatiBayangkan ada satu longgokan harga membuat satu aras sokongan yang baik dan secara tiba2, aras tu bocor ke bawah.
Mungkin yang buat longgokan tadi sudah kehabisan wang.
Mungkin tiada sambutan menggalakkan dari pelabur2 lain.
Mungkin teknikal rebound saja.
Yang pasti, aras sokongan bocor, petanda kurang baik.
Nota :
bila aras sokongan bocor, TUNGGU REVERSAL SIGNAL muncul.
Sanbumi Holdings BerhadTA : Masih di dalam Box Trading, harga semasa 0.345, jika harga melepasi 0.31 garis terakhir sokongan, perlu melepasi harga 0.37 baru dapat menarik perhatian trader. jangkaan 29 hari.
Info Syarikat :
Sanbumi Holdings Berhad, melalui anak-anak syarikatnya, terlibat dalam pemprosesan dan perdagangan produk kayu di Malaysia. Ia terlibat dalam perdagangan saw millers dan log kayu; pengilangan produk kayu hilir; perdagangan jentera berat, kelengkapan industri, bekalan dan pelincir; menyewa kenderaan; dan memberikan perkhidmatan kren mudah alih. Sanbumi Holdings juga beroperasi sebagai ejen insurans; menyediakan perkhidmatan gudang; dan menawarkan aksesori kenderaan dan perkhidmatan kejuruteraan kenderaan. Syarikat ini berpusat di Prai, Malaysia.
Penyaring antara benuaSerba sikit kelebihan penyaring yang ada di tradingview. Kita boleh :
- sela masa berbeza
- ekspot data dalam csv
- menukar pasaran negara
- fungsi pemberitahuan
Semoga terhibur
Patuh pada pelan berdagang sendiriPatuh pada pelan berdagang tidak membuatkan kita sentiasa untung, tetapi ianya memberikan kita satu panduan dan hala tuju yang baik ketika berdagang.
Tidak ada siapa pun tahu yang harga akan naik atau turun kecualilah dia yang bagi naik dan turun.
Cari teknik berdagang yang serasi dengan gaya hidup kita. Buat pelan berdagang yang senang, mudah faham dan boleh digunapakai.
Meniru atau menggunakan pelan dagangan orang lain tidak semestinya serasi dengan jiwa kita.
# Jika tiap kali berdagang dan kita lebih banyak jual rugi - pasti ada masalah dengan pelan tersebut atau kita sendiri yang bermasalah untuk memahami dan menjiwainya dengan baik.
Pengesahan Tanda Kelemahan di Carta SupermaxCarta harian Supermax menunjukkan jualan tersembunyi daripada Wang Bijak pada 22 November. Isyarat Up-Thrust telah disah apabila harga tidak dapat menembusi bar tersebut selepas 3 hari. Isyarat Up-Thrust bermakna Wang Bijak telah mengedar shares mereka.
Harga Supermax telah menutup di bawah ATR Stop Loss, berdasarkan TradeVSA isyarat, pedagang harus berwaspada dan bersedia untuk ambil keuntungan atau kerugian.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah rujukan persendirian dan untuk pendidikan saham sewajar. Maklumat
tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti
sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
Pusingan carta (chart cycle)Setiap yang naik, akan jatuh dan yang jatuh akan naik.
Dalam setiap kenaikan atau kejatuhan, akan ada ciri2 tertentu yang selalu berulang-ulang.
Sekiranya kita mampu kenalpasti ciri2 tersebut, sangat membantu ketika membuat analisa lanjut setiap carta yang diminati.
Semoga terhibur.
Screener untuk cari trendband cantikSatu lagi screener mudah yang sesuai untuk mencari kedudukan trendband yang cantik.
Konsep asas tetap sama, cantik bermaksud posisi moving average berada dalam keadaan bullish.
Bukan terus boleh jual beli yer.
Ianya lebih kepada mencari potensi stock, dan perlukan lebih analisa sebelum bertindak.
Screener mudah di TradingviewAda 2 screener mudah yang tidak memerlukan sebarang konfigurasi pening kepala.
Memudahkan kita untuk membuat sebarang pilihan stok yang bakal di dagangkan. Pilih dan simpan.
Selepas itu barulah buat analisis terperinci.
Gunakan trendband guide sebagai alat bantu untuk mempercepatkan pemilihan kaunter.