FOCUSP - Pendakian Akan Datang?Pemerhatian:
a) Harga bergerak secara Sideways dari pertengahan Mac'20 sebelum ia melonjak naik pada 26 Ogos.
b) Harga kemudian membuat pergerakkan Pullback dan disokong kuat pada S3. Kelihatan formasi klasik Saucer terbentuk.
c) Harga kemudian mula mendaki dan kini berhadapan dengan R1; kelihatan formasi Pullback terbentuk.
Rumusan:
- Harga perlu menembusi R1 dengan vol. yang tinggi; lebih elok jika ia dapat menembusi R2 juga.
- Berhati-hati sekiranya harga gagal menembusi R1 kerana ia mungkin akan membuat pergerakkan Sideway seketika sebelum cuba mendaki.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
Klik gambar dibawah untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda mengenai saham ini diruang komen dibawah.
Corak Carta
SYF - Bermulanya Pendakian?Pemerhatian:
a) Harga bergerak secara Sideways dari 22 Sep dan melalui fasa Accumulation.
b) Harga menembusi 40MA tetapi disokong kuat pada 17.0sen sebelum naik ke atas S1.
c) Harga membuat Re-Accumulation dari 15 Okt sebelum menembusi RTS dengan volume yang menaik.
Rumusan:
- Harga perlu samada membuat Pullback diatas RTS ATAU bergerak naik menembusi R1 dengan vol. yang lebih tinggi.
- Berhati-hati jika harga jatuh kembali dan tutup dibawah RTS; ia menandakan harga belum bersedia untuk naik lagi dan mungkin akan meneruskan pergerakkan Sideway yang panjang.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
SIRI PINE SCRIPT - PLOT dan WARNA berbeza untuk garisan hargaMenggunakan fungsi PLOT dan CLOSE PRICE untuk membuat garisan dan bulatan yang berlainan warna.
Di akhir video, saya tukar dari CLOSE PICE kepada nilai RSI.
Contoh screener di 4H dan pilihan intraday sesi petangMemandangkan video ini JELAS dalam kategori TUTORIAL isi kandungannya juga untuk tutorial sahaja.
Saya gunakan screener di time frame 4H, dan jumpa 3 stock yang nampak sesuai untuk trading jangka pendek.
Video sambungan akan saya buat selepas market tutup nanti.
Cara mengenalpasti corak candlestick dengan segera pada cartaKami membuat carta Apple ini untuk menunjukkan kemas kini yang dibuat untuk Corak Candlestick, kaedah baru untuk mengenalpasti corak candle tertentu secara automatik. Ia mudah dan cepat. Dengan satu klik, ia boleh mengenalpasti hampir semua corak candlestick daripada candle Bearish Engulfing sehingga Shooting Star.
Untuk bermula, buka menu Penunjuk dan Strategi. Dari sana, klik tab Corak Candlestick dan pilih corak yang dikehendaki. Jika corak candlestick dikenalpasti secara automatik, sebuah label khas akan muncul pada carta: biru untuk Bullish, merah untuk Bearish dan kelabu untuk kedua-dua. Alihkan kursor anda di atas label untuk mengetahui lebih lanjut tentang corak candlestick tertentu.
Carta yang dicipta dalam contoh ini menunjukkan Apple sejak awal Jun. Ia juga menunjukkan setiap candle Bearish Engulfing dan Doji diwakili oleh label merah dan kelabu. Apple telah naik lebih 50% untuk tahun ini. Namun demikian, baru-baru ini terdapat candle Bearish engulfing yang besar telah muncul, dengan sentimen dan aksi harga bertukar ke arah bawah dengan cepat. Harap maklum, bukan semua candle Bearish Engulfing akan diikuti dengan penjualan jangka panjang. Dalam beberapa kejadian sebelum ini, isyarat sedemikian tidak memberi sebarang impak besar kepada Apple. Adakah kali ini berbeza? Masa akan memberitahu.
Kami juga boleh memantau Apple dengan mencipta pemberitahuan. Corak candlestick kami boleh digunakan dengan sistem pemberitahuan. Jika anda ingin menerima pemberitahuan setiap kali corak lilin tertentu muncul pada carta, anda boleh mencipta pemberitahuan untuk tujuan tersebut dan ia akan dihantar ke telefon, atas meja atau e-mel anda.
Kami sentiada mendengar maklum balas anda, dan mulai hari ini kami telah menambahkan 17 penunjuk baru kepada menu Corak Candlestick:
• Dark Cloud Cover dan Piercing;
• Morning Doji Star dan Evening Doji Star;
• Harami Cross ( Bearish dan Bullish );
• Tweezer Bottom dan Tweezer Top ;
• Rising Three Methods dan Falling Three Methods;
• Rising Window dan Falling Window;
• On Neck;
• Upside Tasuki Gap dan Downside Tasuki Gap;
• Doji Star ( Bullish dan Bearish ).
Semua penunjuk di atas ditulis dalam Pine , bahasa penskripan rasmi kami. Jika anda ingin memahami lebih tentang algoritma kami, atau mengubahsuai mengikuti kehendak anda sendiri, sila pergi ke kod sumber penunjuk ini dan mengubahsuai dari sana.
Kami berharap anda menikmati panduan bertulis tentang Corak Candlestick ini. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau komen, sila komen di bawah. Jika anda menikmati hantaran ini, sila tekan Suka.






















