JAG Berhad Perjalanan Uptrend Baru BermulaJAG Berhad baru memecahkan garisan menurun 6 tahun (sejak dilahirkan) pada bulan Februari 2021 yang lalu. Kini JAG Berhad dalam perjalanan baru dalam pendakian trend menaik. Jika dilihat, JAG mempunyai corak carta bawah berganda (double bottom, payah Tradingview ni nak kena tulis Bahasa Melayu pulak) dimana aras neckline adalah di 0.400. Jika berjaya JAG akan melengkapkan corak carta bawah berganda dan secara teorinya akan meneruskan pendakian ke atas. Cuma ada aras rintangan yang sangat kuat di 0.575. Semoga berjaya dipecahkan juga untuk mengesahkan sesi peraman panjang. Volume yang besar juga berlonggok di kawasan pertukaran trend. Ini sangat menarik untuk dikaji. (Sekadar kajian, teori dan pembelajaran).
Doublebottompattern
AIRASIA Pattern Double Bottom Yang Menarik Untuk DiperhatikanAIRASIA membentuk pattern double bottom dimana support double bottom adalah di aras 0.520. Dua hari yang lalu, AIRASIA dibuka gap up dan disokong oleh volume yang kuat. Adakah gap ini merupakan runaway gap? Jika ya, harga tidak akan turun mengisi gap akan tetapi terus membuat kenaikkan. Sama-sama kita perhatikan untuk kajian dan pembelajaran. Candle AIRASIA telah melintasi dan ditutup diatas aras EMA50 yang secara teorinya permulaan kepada pergerakan bullish. Arah tuju adalah ke EMA200. Neckline untuk pattern double bottom pula ada di aras 1.10. Jika berjaya dipecahkan, AIRASIA akan terbang lebih tinggi. Dengan adanya vaksin, AIRASIA akan kembali bernafas. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
BRAHIMS Layankan Selagi Dia Sudi Nak NaikBRAHIMS merupakan kaunter PN17 akan tetapi mempunyai chart pattern yang menarik iaitu double bottom pattern. Aras neckline adalah di 0.390 dan jika berjaya dipecahkan , aras target adalah di 0.695. Jadi, kita layankan je Brahims ni selagi dia sudi nak naik sambil tu berhati-hati dengan status PN17 beliau. (Sekadar kajian dan pembelajara).
ARBB Pembentukan Double Bottom PatternARBB sudah beberapa bulan mempertahankan support di 0.300 dan khamis lepas telah membuat kenaikkan dari support. Untuk mengesahkankan pattern ini, ARBB perlu lepaskan strong resistance di aras 0.350 dan juga neckline di 0.400. Buat masa ini dua indicator TCT telah menunjukkan buy signal untuk kaunter ARBB ini. Sama-sama kita follow rapat ya. ( Sekadar kajian dan pembelajaran).