KERJAYA-potensi double bottomKerjaya dilihat sedang melakukan percubaan untuk melepasi corak carta double bottom. Aras halangan yang perlu dilepasi untuk memecahkan corak double bottom adalah RM 1.29
Aras halangan:
1. RM 1.37
2. RM 1.47
3. RM 1.59 (TP double bottom)
Penafian : Perkongsian ini HANYA bagi tujuan pendidikan semata-mata. Sila dapatkan nasihat dari remisier/dealer anda sebelum melakukan dagangan saham.
Paras Tinggi atau Rendah Berganda
DJI, W1 - Kekal atau Sementara? Rebound atau Teknikal?DJI telah kembali bangkit untuk 2 hari berturut-turut
Hari pertama dengan rekod lebih 1000+ mata dalam satu hari (membuat rekod tersendiri dalam satu hari)
Hari kedua diikuti dengan panic pada awal pembukaan, tetapi berjaya menutup hijau dengan cemerlang juga
Persoalan:
Adakah ini bersifat sementara atau kekal?
Yakni, adakah perubahan ini menunjukkan pertukaran trend atau hanya sekadar teknikal rebound?
Kedua-dua masih ada kemungkinan, perlu melihat dan perhatikan dengan lebih lanjut lagi
Jika berjaya memecahkan 23,500 dan kekal diatas harga itu, maka, berjaya mengekalkan momentum yang sangat cantik
tetapi, jika pantul pada aras itu,
perlu berhati-hati dengan double top, kemudia retracement sebelum meneruskan perjalanan
Walaubagaimanapun,
aras berhati-hati adalah supaya tidak menghasilkan LL yang baru pada tf D1
Selamat berjaya
FCPO Mac 2019 : Analisa Teknikal HarianHarga bagi kontrak terkini minyak sawit mentah telah melepasi 2 paras halangan terdekat & awal bulan ini apabila berlegar di antara 2111 dan 2142. Corak carta juga seperti membentuk 'double bottom' & terdapat 'breakout' palsu di bawah EMA200. Pada minggu lepas, 'Golden Cross' ke -2 telah berlaku dan sebelum itu 'Golden Cross' terjadi adalah palsu akibat jurang harga buka yang tinggi. Kenaikan harga melebihi 2142 ke atas akan menjadikan pertukaran struktur menaik (uptrend) sekiranya harga tersebut masih kekal. Struktur menaik terbatal jika harga turun ke bawah dari paras 2099.
Jangkaan harga adalah berdasarkan nisbah 1:1 & Fibonacci Extension.
Natural Gas (NG) naik & turun semulaHarga mencanak naik selepas 'breakout' paras 52 minggu tertinggi (3.624). Membentuk corak 'double top' & kemudian turun semula melewati paras tersebut. Harga membuat jurang atas & bawah (gap-up/down) ketika itu & harga juga melibas liar samada ke atas atau ke bawah (boleh lihat carta masa 1min).
Press Metal - tunggu arah trend terbaruSejak ogos sehingga sekarang, harga press metal bergerak dalam kedudukan mendatar sahaja. Julat pergerakan harga paling rendah sekitar RM 4.60 dan paling tinggi sekitar RM 5.00.
Adalah lebih baik sekiranya kita menunggu sehingga harga keluar dari range di atas sebelum membuat sebarang keputusan berdagang.
Dan, sekiranya harga berjaya naik lebih tinggi, perhatikan juga nilai harga tertinggi sepanjang masa, kerana, ianya berpotensi untuk membuat "double top" .
KLCI, D1 - Adakah Panic BUY paa hari ini?DJI telah berjaya membentuk HL yang baru
Salah satu tanda yang bagus, tetapi, masih perlu diperhatikan jika berjaya untuk HH yang baru
Semalam DJI membuat tanda reversal yang cantik
Adakah ini akan menghasilkan panic buy pada hari ini?
YA, jika terlalu tinggi GAP untuk kaunter-kaunter pilihan anda, jangan masuk (atau, masuk dengan berhati-hati, keluar jika volume keluar)
Mungkin dalam masa 15min - 1jam pertama, akan berlaku panic buy dan kemudia panic sell
selepas keadaan tenang, market akan bergerak yang sepatutnya
DJi mungkin menghasilkan Double bottom, atau, inverted HnS (condong)
Sangat menarik untuk diperhatikan
Walaubagaimanapun,
BULLISH atau confirm reversal jika hanya melepasi harga 1740
Trade dengan berhati-hati
semoga berjaya
KLCI - Menurun laju mengikuti DJI, tetapi, naik dengan perlahanKLCI masih dalam menunggu DJI dengan kesabaran
Dikala DJI naik dengan laju, KLCI hanya merangkak
Dikala DJI turun dengan laju, KLCI laju terjun mengikut jejak langkah tanpa segan silu
Itulah KLCI bagi Malaysia
Jika DJI berjaya menghasilkan HH yang baru, KLCI hanya berjaya menghasilkan LH sahaja
Jika DJI berjaya mencecah 78.6%, KLCI hanya mampu 38.2% sahaja
Dan, kini berada pada aras 1680 kembali, setelah gagal bertahan atas 1700
Walaubagaimanapun, lihat jika mampu menghasilkan Double Bottom atau inverted HnS
INGAT!
Aras sokongan terakhir adalah pada 1660
FBMKLCI - bullish mode bermula?as salam dan salam sejahtera traders semua
nampak gaya market rebound ye?
boleh nampak dalam chart index kita form DOUBLE BOTTOM pattern, yang mana ianya suatu Bullish Reversal Pattern yang baik.
boleh nampak juga index skrg berada di atas MA20 yang menandkan trend baru akan bermula
Betul ke?
nanti dulu, yang penting sekarang index perlu sustain di atas MA 20 untuk confirmkan reversal .
kalau dah confirm nanti buat apa?
Time to Shop and make money
Not a buy call, just a sharing for all to learn together
Halim Hamdan
OPCOM (0035), D1 - Fresh atau False BO?OPCOM, atau lebih dikenali political kaunter, atau political-linked counter
Dengan pengumuman budget 2019 tempoh hari mengenai kabel optic, OPCOM kelihatan melompat lebih tinggi
Dari segi garisan sokongan dan rintangan,
Sokongan = 0.755, 0.700
Rintangan = 0.790
Boleh mula membeli pada kedua-dua aras sokongan,
dengan meletakkan garisa SL yang mewajibkan CL pada aras 0.750
Dari segi garis trend,
telah wujud BO atau BreakOut pada kedua-dua garisan TL
Berkemungkinan akan melakukan pullback, sebelum meneruskan perjalanan
atau, terus berjalan (who knows)
Walaubagaimanapun, dari segi paras tinggi dan rendah, masih gagal melakukan HH yang baru
Boleh diperhatikan jika mahu melakukan inverted HnS, atau kepala dan bahu yang terbalik
GFM (0039), D1 - Saluran ke atasGFM telah memulakan mode BULLISH
Setelah mengalami kejatuhan, boleh perhatikan kaunter GFM, berpotensi untuk ke 0.475
Aras Sokongan = 0.410, 0.365
Aras Rintangan = 0.475
Mungkin boleh perhatikan pada aras 0.5 dan 0.525, jika mampu untuk teruskan kenaikan
Dari segi aras tinggi dan rendah, telah membuat HH dan HL yang baru, ini membuktikan dan petanda permulaan BULLISH yang menarik
Kaunter ini juga mempunyai Fundamental yang bagus
Tetapi, berhati-hati dengan political link kaunter, terutama yang mengharapakan tender-tender kerajaan
VS-WA (6963WA), D1 - 75 hari sebelum expire dengan 0% premiumVS-WA adalah warrant patuh syariah bagi kaunter VS
Tahukah anda?
Bahawa VS-WA sudah hampir tamat tempoh kematangan warrants
dengan 75 hari lagi, atau, tamat pada 6 January 2019
Dengan kadar 0% premium (patuh pada pergerakan harga emak)
Adakah kaunter ini akan digoreng sebelum tamat tempoh?
Mungkin ya (selalunya akan digoreng)
Mungkin tidak (kerana VS adalah kaunter yang bagus FA, diminati oleh para investor, oleh sebab itu premium berada pada kadar 0%. Dan, selalunya kaunter-kaunter pump and dump or kaunter sindiket yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk digoreng)
Aras sokongan = 0.20, 0.24
Aras rintangan = 0.335, 0.420, 0.495
Jika dilihat pada aras tinggi dan rendah, kelihatan sudah membentuk perubahan trend kepada BULLISH
VS (6963), D1 - Fasa Pengumpulan?VS adalah salah sebuah kaunter teknologi
Setelah mengalami kenaikan yang banyak pada tahun lepas sehingga 2.6
Kemudian mengalami kejatuhan sehingga 50% sehingga mencecah 1.3 dari bulan 2 sehingga akhir bulan 6
Kini, telah mengalami fasa pengumpulan selama 4 bulan (julai sehingga oktober)
Jika dilihat pada aras sokongan dan rintangan,
Ia sering bermain pada 2 aras sokongan ini, iaitu 1.495 dan 1.590
dan, masih gagak memecahkan kedua-dua rintangan ini sejak dalam 4 bulan fasa pengumpulan
Aras rintangan, 1.76 dan 1.88
Jika dilihat pada aras tinggi dan rendah, tidak kelihatan LL yang baru, hanya ada HL yang baru setakat ini, manakal, HH yang baru juga telah terbentuk
Boleh diperhatikan dalam masa terdekat
UPDATE: INARI (0166), D1 - Masihkan diberi peluang?INARI masihkan berpotensi untuk naik? atau turun?
Jika dilihat pada beberapa aspek TA:
1) Sokongan dan Rintangan
harga bermain di sekitar 2.200, seperti ada yang menahan dan membuat pengumpulan
masih tidak memecahkan 2.150 dan 2.080
Perhatikan jika berupaya memecahkan dan tutup pada aras Rintangan ini
2.280, 2.420, 2.560 (ATH)
2) Paras Tinggi dan Rendah
Telah ditandakan dengan kotak pink dan biru
TP seterusnya boleh diletakkan pada atas dari atas 2.420untuk memecahkan HH yang terdahulu
3) Osciallator
RSI telah menghasilkan golden cross
walaubagaimanapun,
masih tiada signal untuk MACD dan DMI
Berkemungkinan DMI lagi beberapa hari, dan MACD yang terakhir kerana bersifat paling lagging
diantara ketiga-tiga indicator ini
anda akan dapat melihat perubahan trend dari RSI, DMI dan terakhir MACD
gunakan sebagai confirmation atau kepastian untuk analisis2 anda
JAKS (4723), D1 - Kembali bangkitJAKS setelah mengalami kemerosotan dan kejatuhan melampau, kini, berpotensi untuk bangkit semula
1) Paras Tinggi dan Rendah
Perhatikan gelombang dan aras HH HL LH LL bagi jaks
Aras-aras ini kelihatan pada aras sokongan dan rintangan
JAKS telah menghasilkan HH dan HL yang baru, berkemungkinan untuk terus maju dan memecahkan HH yang terdahulu untuk terus BULLISH
2) Sokongan dan Rintangan
Setelah memecahkan Rintangan semalam, dan tutup di atas rintangan 1.010, kini rintangan itu juga bertindak sebagai sokongan
maka, perhatikan aras2 rintangan seterusnya:
R = 1.080, 1.120
S = 1.010, 0.930, 0.805
3) Oscillator
RSI dan DMI menunjukkan momentum BULLISH
manakala, MACD kelihatan akan cross untuk menyambung BULLISH
EKOVEST potensi membentuk double bottom1. Sama seperti GKENT, EKOVEST juga dilihat berada di paras sokongan apabila memantul di paras yang sama dengan paras terendah bulan Mei
2. Sekiranya paras terendah 500 ini bertahan, corak double bottom akan terbentuk untuk kaunter ini menunjukkan signal trend reversal
3. SL 500
4. EP 550 / 560
3. TP 610 / 680
MMSV (0113), D1 - Kembali kepada harga dahulu, beli dan simpanKita pernah membincangkan potensi kaunter MMSV dari segi Fundamental dan Teknikal
Bagi yang terlepas kapal terdahulu, kini, MMSV berada pada harga yang menarik
Anda boleh membeli dan simpan kaunter ini
Garisan sokongan pada 1.340 dan 1.280, jika bocor, boleh CL dan menunggu di bawah, iaitu 1.050
Kerana, jika bocor 1.280, maka, LL atau LowLow yang baru akan terhasil, dan ini tidak bagus untuk gelombang wave
MASTEEL (5098), D1 - Adakah besi sokongan sudah cukup kuat?MASTEEL (5098) ataupun Malaysia Steel Works Bhd adalah salah sebuah syarikat besi di malaysia
Tahun lepas, kaunter-kaunter besi dan getah adalah antara kaunter pilihan ramai trader
Kemudian, mengalami kejatuhan pada tahun ini, terutama selepas bermulanya trade war diantara US-China
China antara negara terbesar mengeksport besi ke US, turki juga mengeksport ke US (antara sebab turki diserang oleh trump)
Malaysia banyak mengeksport besi ke china, tetapi, secara tidak langsung mempengaruhi sentimen besi dan kaunter-kaunter di Malaysia
(walaupun tidak mengeksport ke US), adakah ada kaitan yang lain? atau panic sell? saya tidak dapat memberi jawapan yang tepat
Kita akan mengupas pula dari segi teknikal
Teknikal Analisis
Aras sokongan boleh diberikan 3 garisan ini:
S1=0.590, S2=0.570, S3=0.520
dan, aras rintangan pada
R1=0.730, R2=0.855, R3=0.940
mempunyai RRR yang menarik utk para trader
Masteel tidak memecahkan LL sebelum ini
dan, perlu diberi perhatian jika ia berjaya untuk memecahkan dan membuat HH yang baru dan seterusnya meneruskan trend BULLIS yang baru
KEYASIC (0143), D1 - Kunci si beruang atau lembu?KEYASIC (0143) adalah salah satu kaunter penny kegemaran ramai pada tahun lepas
walaubagaimanapun, terdapat ramai trader yang tersangkut di pucuk, ada yang sudah mengambil tindakan untuk CL dan ada yang telah bertukar mazhab trader kepada mazhab investor
Apakah arah KEYASIC yang seterusnya? BULL atau BEAR? siapakah akan menang diantara lembu dan beruang?
Analisis Fundamental
Kalau dilihat dari segi 10 tahun kebelakang, kaunter ini tidak mempunyai kekuatan FA yang kuat
Walaubagaimanapun, Profit dan Revenue semakin bertambah baik dalam 2 tahun terakhir
akah ini memnandakan perubahan dalam syarikat ini?
Sila baca dan bedah sendiri potensi syarikat ini
Apa yang boleh diperkatakan, syarikat ini semakin baik, tetapi, masih banyak lagi syarikat yang baik
Mungkin boleh diperhalusi jika pada tahun ini dan tahun depan semakin bertambah baik
Analisis Teknikal
Jika dilihat dari corak zig-zag, ataupun paras tinggi atau rendah setiap gelombang, KEYASIC masih berada pada trend BULLISH
garisan sokongan masih bertahan pada 0.190
Perlu dipastikan untuk memecahkan aras rintangan pada 0.225 dan 0.245,
Jika gagal, perlu berhati2 supaya aras sokongan 0.190 tidak dipecahkan
JHM (0127), D1 - adalah LED hijau telah menyala?JHM (0127) ataupun JHM Consolidation Bhd adalah sebuah kilang sektor semicon atau technology yang terletak di Penang
Syarikat yang terlibat dalam semicon dan LED adalah salah satu kaunter yang membuat kenaikan yang tinggi pada tahun lepas
Bagaimanakah FA bagi kaunter ini?
Sangat menarik, terutamanya profit dan revenue yang semakin menaik, cabaran JHM adalah meneruskan dan memastikan pertumbuhan syarikat nya selepas anjakan atau leap bagi profit dan revenue pada tahun lepas yang sangat tinggi
Bercerita tentang Teknikal pula:
Kita boleh mencari aras untuk membeli bagi kaunter ini
terdapat beberapa tanda yang menandakan kaunter ini telah mula BULLISH momentum, selepas kejatuhan lebih 50% pada awal tahun 2018
MACD masih belum bersilang
tetapi,
DMI telah bersilang untuk BULLISH
dan, Stoch telah menghasilkan GOLDEN CROSS untuk BULLISH
sebelum ini harga bermain pada sekitar 1.050, kini bermain pada aras sokongan 1.65 dan telah melantun pada jumaat lepas
berpotensi untuk jangka masa sederhana dan panjang
CCMDBIO (7148) - BELI - Syarikat Dadah (Ubat Perubatan)CCDBIO atau CCM DUOPHARMA BIOTECH BHD adalah sebuah syarikat yang menghasilkan Ubat-ubatan
Telah dinobatkan anugerah tahunan Syarikat Farmaseutikal pada 2016-2018
dan, anugerah Syarikat Farmaseutikal Halal pada 2017-2018
Mempunyai Fundamental yang kukuh jika dilihat dari revenue dan profit dari tahun ke tahun, menjadi minat para investor, dan juga jerung-jerung Malaysia seperti PNB, ASB, EPF, dll.
Dan, telah memperluaskan perniagaan mereka dengan beberapa kilang baru
Ok, cukup untuk analisis fundamental, kita ke analisis teknikal pula
Jika dilihat dari segi Sokongan dan Rintangan.
Harga berada pada paras support, sebelum meneruskan perjalan
S1=1.245, S2=1.210, S3=1.180, S4=1.160, S5=1.1095
R1=1.310, R2=1.340, R3=1.490
Jika dilihat pada corak zig-zag, kelihatan telah menamatkan downtrend, dan, membuat HH dan LH yang baru.
Maka, anda boleh mula membeli untuk para investor atau trader.