Kajian Terbaru Kaunter NICE Capital Emas 8/4/2024Kajian kaunter NICE pada 8/4/2024 menunjukkan pergerakan harga telah pecah DTL(down trend line) selama lebih 800 hari ke belakang.
Di mana kedudukan sekarang ini berada pada gelombang ke-4 elliot wave.
Menjangkakan harga akan pergi ke wave 5.
Harga terdekat yang perlu di capai di kedudukan 0.245.
Kedudukan sekarang dalam RSI berada di kedalaman terlampau (extreme bottom) pada carta mingguan.
Sama2 kita nanti kan.
Gelombang Elliott
Crude oil kiraan EWPembentukan segitiga pada timeframe 4 jam, mungkin menandakan pergerakan harga dalam wave 4.
Crude oil terkini kemungkinan dah siap corrective wave 4 (abcde), dan mungkin akan sambung penurunan ke paras bawah segitiga, dalam zone $71, dan mungkin tembus kebawah, ke paras wave 3 pada paras $68, lebih kurang 2x wave 1 sebagai target pertama
Jika pergerakan harga diatas $76, kiraan ini dianggap gagal, dan perlu kiraan semua.
Jangan lupa, follow Teropong Bursa.
TSLA dah breakout downtrend channelPergerakan harga TSLA dah breakout downtrend channel menandakan kemungkinan fasa correction dah tamat, dan nak mulakan fasa kenaikan yang baru.
Kiraan Elliott Wave yang mudah menunjukkan pergerakan harga mungkin dalam Wave correction ABC yang besar, dan fasa correction B mungkin dan habis, dan nak teruskan ke wave C.
Target paling dekat ialah zon paras tertinggi sebelum ni, pada kawasan sekitar $300, dan kalau paras $300 ditembusi, kemungkinan harga akan mencuba ke paras berhampiran $400 lebih tinggi, pada penghujung fibonacci ratio 1.618 wave C.
Paras sokongan terdekat pada $235.
Jangan lupa follow profile Teropong Bursa
Elliott wave Crude Oil chart 1 jam, arah untuk trade intradayCrude oil nampaknya dah siap wave correction ABCDE (sub wave (iv)) sekarang dan mungkin akan mulakan perjalanan ke bawah menuju wave (v) dengan target area $71.
Kiraan ni dianggap terbatal bila harga naik diatas 77 dolar, dan kiraan EW ni mesti dibuat semula.
Semoga berjaya.
JFTECH membuat lantunan semula pada Fibo 0.618 Setelah siap membuat kenaikan pada harga 1.05 untuk siap kan Sub-Wave 1 bagi Wave 3, Jftech membuat penurunan untuk Sub-Wave 2 bagi Wave 3 pada harga 0.800 di area fibo 0.618. Akhirnya Jftech membuat lantunan semula dan tutup pada harga 0.870. Adakah bermulanya untuk Sub-Wave 3 bagi Wave 3? Kita tunggu dan lihat
~Ini adalah sekadar kajian, kalau salah itu cobaan~
By KobisTrader
K1 bakal memanjat ke atas?K1 telah siap membuat Wave 2 dengan penurunan pada harga 0.135. Sekarang sedang meniti diatas MA200 dan bakal siapkan Wave 3. Jangkaan harga Wave 3 berdasarkan Fibo 1.618 adalah 0.305. K1 perlu pecahkan resistance pada harga 0.195 dahulu untuk terus panjat ke atas.
~Ini adalah sekadar kajian, kalau salah itu cobaan~
By KobisTrader
HIAPTEK menuju ke wave 5?HIAPTEK tidak berjaya melepasi harga 0.205 (wave 1) namun masih bermain diantara 78.6-61.8% kawasan fibo.
Prospek jangka sederhana Hiap Teck Venture Bhd semakin positif apabila penunjuk telah muncul bahawa sektor keluli mungkin akan keluar dari hutan tidak lama lagi. Antara penunjuk ini ialah tahap inventori rendah bijih besi dan keluli di China, yang berkemungkinan akan menyokong aktiviti penyimpanan semula jangka terdekat; dan pengeluaran keluli mentah yang agak rendah di negara ini.
Menurut Penyelidikan Hong Leong Investment Bank (HLIB), pemulihan pasaran hartanah dalam ekonomi kedua terbesar dunia itu berpotensi meningkatkan permintaan bagi keluli.
Walaupun itu mungkin mengambil masa untuk menjadi kenyataan apabila China memasuki musim sejuk, yang biasanya melambatkan aktiviti pembinaan dan seterusnya mengakibatkan permintaan yang lebih perlahan untuk keluli, pembrokeran itu berkata fakta bahawa yang paling teruk mungkin tidak lama lagi akan berakhir untuk sektor keluli adalah alasan yang cukup untuk optimistik tentang prospek untuk HIAPTEK.
HIAPTEK mencatatkan hasil yang kurang baik pada Q4 Jul 22 sebanyak RM386,495,000 berbanding Q3 Apr 22 RM456,952,000 mencatatkan perbezaan sebanyak RM70,457,000. Keuntungan bersih turut mengalami kesan yang kurang menarik bagi Q4 Jul 22 RM 24,476,000 jika dibandingkan dengan Q3 Apr 22 RM32,210,000 mencatat perbezaan sebanyak RM7,734,000.
Pemegang saham utama bagi HIAPTEK terdiri daripada STANDARD CHARTERED BANK SINGAPORE 13.19% sebanyak 227,713,324,000 unit saham yang bernialai 64.90M , diikuti TS LAW INVESTMENTS LIMITED 7.82% sebagai pemegang saham kedua terbesar sebanyak 135,000,000 unit saham dengan nilai sebanyak 38.48M .
corak carta : wave 4
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
AEMULUS Mula Breakout dan di Permulaan GelombangAEMULUS dilihat mula menarik minat pembeli sejak dua hari lepas sehingga mencetuskan isyarat EP untuk masuk. Pada sub channel dilihat sudah uptrend dan permulaan breakout yang dicetuskan mungkin menandakan minat belian yang tinggi dari pedagang atau pelabur. Pada pandangan teknikal, SMI juga dilihat mula positif. Harga 0.370 - 0.375 masih lagi berada pada paras sokongan menunjukkan ruang untuk kenaikan masih banyak. Secara keseluruhannya, harga sekarang adalah menarik untuk masuk. TAYOR.
Kawasan masuk: 0.370 - 0.380
Ambil untung: 0.40 - 0.43
Potong Rugi: 0.34
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Indicator yang digunakan adalah OSC Combo Smart Entry / Combo Mapping+OSEM. Hubungi untuk maklumat lanjut.
CapitalA hampir melengkapkan SegitigaCapitalA dilihat hampir melengkapkan corak Segitiga.
Garisan Sokongan 0.615
Garisan Breakout 0.650
Paras Sokongan pembatal kenaikan 0.600
Harga Sasaran = 66% tinggi Segitiga dipancarkan dari Garisan Breakout = iaitu terletak di harga 0.800
Analisa ini terbatal sekiranya harga menembus ke bawah 0.600 (Low gelombang C).
<==== FUSION STYLE ====>
KLSE sedang buat apa sebenarnya?Kali ini kita lihat dari segi Elliott Wave.
Kenaikan pada Julai hingga Ogos lepas menepati Impulsive Wave dan diakhiri dengan Ending Diagonal.
Setelah itu ia retrace sebanyak 50% membentuk corrective wave A. Ini adalah kebiasaan untuk Wave 2.
Diikuti oleh Wave B yang retrace sebanyak 78.6%, Wave C 61.8%. Ini merupakan ciri-ciri yang terdapat pada Regular Contracting Triangle Corrective Pattern.
Kini berada dalam Wave D dengan jangkaan sedikit kenaikan sebelum melengkapkan Triangle ini dengan Wave E yang pada kiraan biasanya dijangka berakhir di paras ~1490.
Kemudian baru Impulsive Wave 3 akan berlaku sekiranya ia tidak extend correction dengan Wave X.
Rumusannya sabar sedikit masa je lagi ;)
= FUSION STYLE =
GOLD (Percubaan untuk Bergraduasi)• Selepas emas membuat harga tertinggi pada 7 Ogos 2020, harga menurun dan sampai sekarang masih belum mampu untuk membuat harga tertinggi yang baru.
• Emas cuba untuk membuat harga tertinggi yang baru pada 8 Mac 2022 tetapi masih tidak mampu melebihi harga pada 7 Ogos 2020.
• 2 tahun emas dalam keadaan sideways atau mendatar.
• Persoalannya, adakah emas telah bergraduasi daripada trend sideways ini?
• Berkemungkinan emas telah bergraduasi dengan 2 justifikasi:
i. Pembentukan signal 'strong double bullish divergence' (yang ditunjukkan oleh 2 daripada 5 oscillator yang digunapakai).
ii. Rebound di atas garisan flat.
• Walaubagaimanapun, emas perlu melepasi 3 resistance @ rintangan penting untuk meyakinkan lagi analisis ini:
i. Garisan downtrend.
ii. MA 50 yang merupakan dinamic support yang paling sesuai dengan emas.
iii. Horizontal resistance (1804 - 1813) yang diambil berdasarkan Fixed Range Volume Profile (FRVP), dimana transaksi yang banyak berlaku sejak 7 Ogos 2020 sehingga hari ni adalah pada tingkat harga 1804 - 1813.
• Kiraan Elliott Wave ini valid selagimana harga tidak jatuh melebihi invalidation level (1680.20).
Nota Kaki
• Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower low) tetapi oscillator menaik (higher low).
• Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
• Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
• Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
• Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
• Downtrend = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
• * Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'dinamic support, horizontal resistance' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
• Berkaitan degree (darjah) Elliott Wave yang digunakan dalam idea analisis ini:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
.
PENAFIAN / DISCLAIMER
⚠️ Penulis / penganalisis bukan 'Financial Planner', 'Investment Advisor', 'Fund Manager' atau 'Remisier' dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati aktiviti² berkaitan pelaburan.
⚠️ Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Besar kemungkinan analisis² ini adalah tidak tepat. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Jangan entry sebelum kaji.
📌 Pastikan yakin, baru jump in.
🛑 Tenang dengan PERLINDUNGAN | Untung dengan PELABURAN 🛑
Pengiraan Elliot pada TF1H Kajian Kaunter $CROX NASDAQ
Pengiraan gelombang elliot pada timeframe 1 jam
Kaunter ini dilihat sedang menaik dan berkemungkinan berada pada ombak kecil yang ketiga submikro.
Mampukah kaunter ini mencapai tahap Fibo 1.618 dan sekiranya mencapai tahap ini kaunter ini akan pullback sedikit untuk membentuk ombak keempat submikro.
Untuk ombak keempat submikro valid, kejatuhan mestilah tidak melepasi paras ketinggian ombak pertama submikro, jika pecah maka kiraan ini terbatal.
Menarik jika kenaikkan kaunter ini kekal di dalam channel menaik
Mungkin betul mungkin silap
#BAYOR #TAYPOR
AAPL (Antara Ambil Peluang @ Lepas)• Saham Apple (AAPL) adalah saham pendasar utama etf HLAL.
• Etf HLAL pula adalah aset utama portfolio US Stocks dan Very Aggressive (Wahed Invest).
• Pergerakan harga saham AAPL sangat memberi kesan kepada harga etf HLAL.
• Pergerakan harga etf HLAL sangat memberi kesan kepada nilai portfolio US Stocks dan Very Aggressive.
• Jadi, keputusan pelaburan dalam portfolio US Stocks dan Very Aggressive perlu diberatkan @ bias kepada saham AAPL dari sudut fundamental dan teknikal.
• Dari sudut fundamental, secara amnya syarikat Apple antara syarikat yang terbesar di dunia dari sudut perolehan (revenue).
• Permintaan kepada saham AAPL ini juga meningkat dari masa ke semasa. Kesannya, harga saham AAPL meningkat tinggi sehingga saham AAPL perlu di'split' harga sebanyak 5 kali sejak 1980 bagi membolehkan pelabur² bilis seperti kita mampu beli saham AAPL ini.
- Dari sudut teknikal, terkini harga saham AAPL dah jatuh sebanyak 30% daripada harga tertinggi (USD 182.94) dalam masa kurang 6 bulan dan sekarang masih berusaha untuk naik melebihi harga tertinggi.
• Selepas kejatuhan drastik ini, harga saham AAPL dilihat sekarang sedang membuat reversal dengan petunjuk:
i. Breakaway gap di atas dinamic SnR yang agak kuat bagi saham AAPL iaitu MA 200.
• Walaubagaimanapun, saham AAPL juga berpotensi untuk meneruskan kejatuhan lagi selepas ini dengan dua petunjuk:
i. Hidden Bearish Divergence yang berpotensi terbentuk. Ini memberi gambaran bahawa momentum pembelian yang kuat masih tidak mampu menaikkan harga kerana minat penjualan masih lebih kuat.
ii. Exhausting gap yang terbentuk setelah pembentukan leading diagonal.
• Penulis lebih memilih pendapat kedua iaitu saham AAPL masih lagi bearish dan belum tiba masa untuk reversal.
• Pendapat ini juga bersandarkan kepada bacaan² dan berita² terkini yang banyak menunjukkan bahawa pasaran saham global masih lagi dalam keadaan bearish.
Nota Kaki
• Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada bearish kepada bullish.
• Bearish = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
• Bullish = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
• Breakaway Gap = Gap permulaan trend.
• Exhausting Gap = Gap dihujung trend.
• Gap (Up) = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
• SnR = Support and Resistance.
• Support = Paras sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
• Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
• Hidden Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower high) tetapi oscillator menaik (higher high).
• Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
• Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
• Berkaitan degree (darjah) Elliott Wave yang digunakan dalam idea analisis ini:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
.
PENAFIAN / DISCLAIMER
⚠️ Penulis / penganalisis bukan 'Financial Planner', 'Investment Advisor', 'Fund Manager' atau 'Remisier' dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati aktiviti² berkaitan pelaburan.
⚠️ Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Jangan entry sebelum kaji.
📌 Pastikan yakin, baru jump in.
🛑 Tenang dengan PERLINDUNGAN | Untung dengan PELABURAN 🛑
KGB bakal1. KGB bakal menguji semula garisan 50% fibo,
2. berhati hati sekiranya harga mampu membuat jatuhan dibawah garisan 50%
3. untuk membuat kenaikan KGB perlu melepasi dan kekal diatas garisan rintangan menurun
corak carta : elliot wave, segitiga menurun, fibo
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.