Damansara Realty Dijangka Menurun Sedikit Sebelum MenaikCarta 4 jam
Harga di atas EMA200
Jangkaan harga akan mengalami penurunan pada sekitar 0.48
Kemudian mencari kenaikan sehingga 0.54 dan 0.59
Fibonacci Retracement
HEVEA - pengumpulan selepas kenaikan gelombang keduaHEVEA sudah menunjukkan 2 gelombang dari kenaikan pertama setelah downtrend jangka panjang pada harga 0.51.
Kenaikan pada 29 Oktober telah mencapai harga 0.59. Berdasarkan Fibonacci retracement untuk gelombang kedua, terlihat support pada paras 61.8% Fibonacci.
Pembelian boleh dimulakan pada sekitar harga 0.550 hingga 0.565.
Target Price adalah sekitar 0.61 iaitu paras Value Area Low (VAL) yang juga paras harga yang terdapat banyak transaksi sebelum ini.
Mampukah KAB Meneruskan Pendakian dan Masuk Ke Channel Baru?KAB meneruskan pendakian pada jumaat lalu dan berpotensi untuk meneruskan pendakian. Berdasarkan Fibonachi Retracement, target price seterusnya adalah pada harga 0.530 dan kebarangkalian untuk pergi lebih tinggi (0.560) jika KAB berjaya naik ke channel seterusnya dan berjaya closed disitu. Sama-sama kita follow rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Fibonachi RetracementFibonacci retracement (0.23, 0.382, 0.500, 0.618, 0.786)
Contoh Fibonacci retracement adalah apabila sesuatu saham itu mula membuat pembalikan selepas uptrend. Pembalikan harga yang menurun boleh dijangka berdasarkan Fibonacci retracement. Sila lihat nisbah Fibonachi yang di sebelah kiri carta dan perhatikan pergerakan harga seperti mematuhi nisbah Fibonacci itu.
LONDON BISCUITS: Biskut semakin sedapStok ini sedang dalam fasa menaik semenjak memecah garis aliran menurun. Ini ditunjukkan menerusi jujukan struktur HH (higher high) & HL(higher low) yang berterusan selepas itu. Jumlah volume dagangan yang tinggi semenjak dari awal bulan Ogos juga menyokong selari dengan kenaikan harga. Indikator MACD dan awan Ichimoku kedua-duanya pula menunjukkan kekuatan trend menaik ini.
Jangkaan harga mungkin akan:
(1) menutup jurang (gap) dahulu sebelum menaik ke atas; atau
(2) menembusi garis kipas gann dan terus naik
Struktur menaik akan terbatal jika 2 HL ditembusi iaitu di bawah harga 0.485.
UCREST: Berpotensi untuk naikBanyak petanda harga akan meneruskan kenaikan.
1. Di atas awan Ichimoku
2. Di atas EMA21 & EMA50
3. Indikator MACD momentum menaik
4. Memecah garis aliran menurun terdekat
5. Volume belian meningkat
Sekiranya harga menembusi garis aliran menurun yang berikutnya, potensi menuju ke paras rintangan terdekat (0.345-0.350) adalah tinggi.
Analisis Teknikal Minyak Mentah Minggu ke-2 2019Berdasarkan carta masa harian, harga minyak mentah terhenti setakat garis kipas gann 8x1 & gagal menembusi paras Fibonacci Extension 1.272 (48.86) dan Fibonacci Retracement 0.50% (48.50).
Harga perlu melantun di paras Fibo Retracement 0.382% dan naik semula menembusi kotak merah 1(seperti anak panah hitam) bagi meneruskan kenaikan.
KLCI: Analisa Awal Tahun 2019Indeks KLCI sedang cuba bertahan daripada meneruskan perjalanan menurun. Batang lilin (candlestick) bagi 4 hari minggu lepas seakan menyokong penyataan ini. Jika dilihat pada carta mingguan, ia menunjukkan corak batang lilin hijau yang kuat iaitu 'Piercing Pattern'. Indikator MACD pula telah menghasilkan 'Bullish Divergence' sebagai tambahan.
Jangkaan: Indeks perlu melepasi 4 halangan utama untuk meneruskan perjalanan ke atas semula.
1. Paras EMA21 dan kekal di atasnya.
2. Paras EMA50 dan kekal di atasnya.
3. Garis Kipas Gann 2x1. Indeks memberikan respons pada masa lalu iaitu sekitar bulan Ogos & September.
4. Paras 1726 & 1743 iaitu 2 titik struktur LH (lower high) terakhir.
Senario yang mungkin terjadi ditunjukkan seperti anak panah hitam pada carta.
Penafian: Analisa ini hanya bertujuan bagi pendidikan & perbincangan sahaja. Risiko kehilangan modal akibat merujuk analisa ini adalah tanggungjawab masing -masing & bukannya atas penulis.
ADAKAH QR yang teruk akan menyebabkan LIONIND MENJUNAM???Pada Khamis yang lemas, LIONIND QR telah menunjukkan kemerosotan. Pada Saya, support 0.95 dijangka akan dipecah atas sentiment yang kurang baik dan kemungkinan besar gap down pada opening. Pada saya, support LIONIND pada hari isnin adalah 0.885 pada fibonancci retracement 0.619 dan 0.77 pada fibonancci retracement 0.786.
Telekom MalaysiaTelekom Malaysia sedang membuat percubaan untuk keluar dari zone penjualaan.
Harga telah jatuh ke paras yang terendah sejak 2010.
Peluang untuk memiliki saham ini bagi pelaburan jangka masa panjang.
Dividen yang menarik. Support di harga RM 3 ke RM 3.20. Tp RM 3.0 - RM 4.
Sila rujuk rajah.
Sila lakukan analysis sendiri ini hanyalah untuk pendidikan sahaja.
EJ H4 8.3.2018Price perlu turun menembusi SNR di 129.770 utk mendapatkan momentum penurunan yg lebih jauh lagi. Sekiranya pecah SNR tersebut maka kita akan melihat penurunan yg lebih jauh lagi dibuat oleh pair EURJPY ini.
Namun, sekiranya price mampu naik dan menembusi TRENDLINE dan juga SNR di 131.630 maka perubahan trend kepada BUY boleh dijangkakan. Kita akan monitor pergerakan market sama ada break SNR di atas ataupun di bawah sebelum menentukan ENTRY yg terbaik.