KAJIAN 6: Empat Cara Penentuan Support dan ResistanceKAJIAN 6: Empat Cara Penentuan Support dan Resistance
- Support dan Resistance merupakan dua elemen yang penting dalam membuat keputusan untuk Cutloss (CL) dan Take Profit (TP) sesuatu saham.
- Support diibaratkan seperti lantai yang kukuh manakala Resistance pula diibaratkan seperti bumbung yang teguh. Harga tidak akan mampu melepasi Support dan Resistance ini kecuali dengan momentum yang kuat.
- Jika harga didapati memecahkan resistance (bumbung), ia bermakna harga telah berjaya breakout dan harga akan menjadikan resistance tadi sebagai support (lantai). Jika harga memecahkan support (lantai) pula, ia bermakna harga telah breakdown dan harga akan menjadikan support tadi sebagai resistance (bumbung).
- Terdapat beberapa cara penentuan Support dan Resistance:
1️⃣ Classical Support & Resistance.
- Jelas kelihatan ketika harga bergerak sideways.
- Paling banyak digunakan dan diajarkan.
2️⃣ Dinamic Support & Resistance (Moving Average).
- Tidak perlu dilukis. Hanya perlu masukkan indikator ke dalam chart sahaja.
- Moving Average ini boleh dibahagikan kepada 4 jenis:
👉 EMA 5, EMA 7 = Dinamic Support & Resistance untuk super short term.
👉 MA 20 = Dinamic Support & Resistance untuk short term.
👉 MA 50 = Dinamic Support & Resistance untuk mid term.
👉 MA 200 = Dinamic Support & Resistance untuk long term.
3️⃣ Trend line Support & Resistance.
- Jelas kelihatan apabila sesuatu saham berada dalam keadaan uptrend atau downtrend.
- Apabila uptrend, saham akan menjadikan trend line sebagai support.
- Apabila downtrend, saham akan menjadikan trend line sebagai resistance. Apabila harga berjaya memecahkan trend line ini, ia dinamakan BDTL (Break DownTrend Line).
4️⃣ Gann Square of Nine.
- Dicipta oleh William Delbert Gann (W.D Gann) berasaskan campuran geometri, astrologi dan teknik matematik kuno.
- Cara pengiraan boleh didapati di youtube. Selain itu boleh juga gunakan kalkulator gann yang disediakan oleh Mahersaham. Anda juga boleh gunakan iSaham gann table yang telah diadaptasi kegunaannya khusus untuk Bursa dengan mengambil kira lebih 100k data support dan resistance saham di Bursa.
Nota kaki:
* Breakout = Harga memecahkan resistance.
* Breakdown = Harga memecahkan support.
* Sideways = Keadaan dimana harga bergerak mendatar.
* Uptrend = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
* Downtrend = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
------------------------------
DISCLAIMER:
Terma atau istilah 'KAJIAN' yang digunapakai ini merangkumi tentang info, pendidikan dan pembelajaran sahaja. Jadi, ia bukanlah saranan untuk jual dan beli (buycall dan sellcall) sesuatu saham.
Gann
Asiaply ,In shaa Allah masih berusaha sesi percubaanSegala pujian bagi Tuhan(Allah SWT) sekalian alam...Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah SAW...Mari bersama-sama memuji kebesaran Allah SWT dan berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW...Di persilakan amalkn 10x sehari semalam..
In shaa Allah, aku akan kongsi kan sedikit chart di atas untuk pembelajaran dan sekiranya ada tersalah di persilakan di kecam yer!!!...
Strong Signal Buy :
Trend line cantik di area resistant
Trend horizontal cantik di area support dan resistant
Macd Cross over
Rsi menunjukkan momentum
Volume tinggi di harga sebelumnya pada harga resistant sebelumnya(0.335)
So mudah cerita,korang hadam and perhatikan chart tersebut...Sekiranya melanggar arah,sila pasang CL..Sekiranya harga spike di area 0,335 so resistant itu boleh jadikan sebagai support yang baru dan jadikan CL yang baru..Sekirannya harga dah awal drop so sila perhatikan dahulu harga nak pergi mana.Apa-apa pun chart telah mengutarakan apa telah kita bincangkan Wallahua'lam..Semoga bermanfaat..Amin..
ADVCON satu kajian 3MSyarikat ini terlibat dalam industri pembinaan. Projek yang sedang berjalan adalah projek perumahan Setia Eco, Pan Borneo Highway dan terbaru projek bumbung solar.
Dari segi teknikal, kelihatan volum pembelian sudah masuk. Adakah pembelian akan berterusan?
Sokongan pada 0.365.
Halangan pertama pada 0.400.
Halangan seterusnya pada 0.430, 0.460 dan 0.490.
Harga masuk yang padu adalah sekitar 0.400 - 0.415.
Ini hanya sekadar tutorial pembelajaran. Kaji sendiri.
BTECH kajian 3MSyarikat ini terlibat dengan perniagaan rawatan air dan loji air kumbahan.
Carta masih menunjukkan harga masih dalam fasa penurunan (retracement).
Sokongan pada 0.310
Halangan pertama pada 0.340, halangan kedua pada 0.370 dan halangan ketiga pada 0.400
Tunggu candle rebound pada harga sokongan dulu. Boleh masuk pada harga antara 0.310 - 0.340 untuk short swing sampai halangan kedua atau ketiga.
Ini hanya kajian untuk pembelajaran. Sila kaji sendiri.
ICONIC menunjukkan permulaan uptrend MA20Iconic Worldwide Berhad terlibat dalam perniagaan hartanah (Iconic City), perhotelan, perlancongan dan yang terkini pembuatan topeng muka Covid 19. Laporan kewangan 4 kuarter lepas juga sangat bagus.
Candle hari ini menunjukkan persediaan untuk uptrend di atas garisan MA20. Boleh jadi ke ni?
Sokongan pada 0.295
Halangan-halangan pada 0.31, 0.34 dan 0.37.
Ini hanya satu tutorial pendidikan teknik analisa 3 Moving Average. Kaji sendiri.
GCB kajian analisa teknikal 3MGCB terlibat dengan perniagaan koko dan bahan ramuan berasas koko. Tidak lama lagi musim raya Aidil Adha, mesti ramai orang nak buat kek perasa coklat.
Carta menunjukkan harga tutup pada 2.710 dia atas line MA20 dan lines MA50 dan MA200 menjadi rujukan sokongan di bawah. Ini satu petanda uptrend yang baik.
Sokongan dilihat pada 2.65.
Halangan seterusnya pada 2.750, 2.810 dan 2.945.
Ini hanya latihan analisa teknikal menggunakan 3 Moving Average. Sila kaji sendiri.
SCOMNET memulakan uptrend MA20Kajian menggunakan MA20, MA50 dan MA200.
Syarikat ini terlibat dalam perniagaan pemasangan kabel alatan perubatan. Kajian fundamental menunjukkan prestasi perniagaan yang bagus.
Sokongan terdekat pada 1.215.
Halangan-halangan seterusnya pada 1.270, 1.340, 1.405 dan 1.500.
Candle hijau sudah mencecah line MA20. Sesuai untuk swing mid term. TP bila candle merah mencecah line MA20 semula.
Ini hanya tutorial. Kaji sendiri.
COMPLETE memulakan uptrend MA50Kajian Moving Average MA 20, MA50, MA200.
Syarikat ini terlibat dalam perniagaan logistik dan forwarding.
Candle hijau berada atas line MA50. Sesuai untuk swing mid term.
Sokongan terdekat pada 0.565.
Halangan pertama pada 0.615.
Halangan kedua pada 0.65.
Ini hanya tutorial. Kaji sendiri.
ELSOFT - Pencapahan RSI (sesi pembelajaran berulang)Jika terjumpa syarat2 di bawah, boleh masuk dalam watchlist dan siap-siapkan modal bila volume start masuk
1. Harga dalam mood downtrend
2. kemudian harga menjunam dan membentuk lower low
3. RSI pulak membentuk higher low pada masa yang sama dgn harga @ RSI low membentuk paras low yang sama
4. Masuk watchlist, semasa waktu dagangan, perhati transaksi jika tiba-tiba volume besar masuk, entry terus
5. Tetapi ada juga kemungkinan harga membentuk lower low yg ketiga dan RSI membentuk higher high yang ketiga sebelum melonjak seperti dalam carta
6. TP kat mana, buat trailing stop menggunakan carta Gann
KLCI: Analisa Awal Tahun 2019Indeks KLCI sedang cuba bertahan daripada meneruskan perjalanan menurun. Batang lilin (candlestick) bagi 4 hari minggu lepas seakan menyokong penyataan ini. Jika dilihat pada carta mingguan, ia menunjukkan corak batang lilin hijau yang kuat iaitu 'Piercing Pattern'. Indikator MACD pula telah menghasilkan 'Bullish Divergence' sebagai tambahan.
Jangkaan: Indeks perlu melepasi 4 halangan utama untuk meneruskan perjalanan ke atas semula.
1. Paras EMA21 dan kekal di atasnya.
2. Paras EMA50 dan kekal di atasnya.
3. Garis Kipas Gann 2x1. Indeks memberikan respons pada masa lalu iaitu sekitar bulan Ogos & September.
4. Paras 1726 & 1743 iaitu 2 titik struktur LH (lower high) terakhir.
Senario yang mungkin terjadi ditunjukkan seperti anak panah hitam pada carta.
Penafian: Analisa ini hanya bertujuan bagi pendidikan & perbincangan sahaja. Risiko kehilangan modal akibat merujuk analisa ini adalah tanggungjawab masing -masing & bukannya atas penulis.