Tamparan Trumph Kepada Teknologi MalaysiaBerdasarkan index teknologi Malaysia, perjalanan index sangat cantik dari permulaan 2019 sehingga pertengahan bulan April 2019. Selepas daripada itu, index teknologi membuat satu penurunan bawah paras 50% berdasarkan bacaan fibonacci retracement. Kejatuhan yang sungguh dramatik ini mempunyai kaitan dengan isu “Trade Wars” antara US dan China. Berdasarkan index teknologi Malaysia , support 50% telah pecah dan berkemungkinan cuba bertahan di paras 38.2% berdasarkan bacaan fibonacci retracement dan tiada sebarang petunjuk dari index teknologi Malaysia untuk membuat reversal.
-M.H.N.Jimmy@iSaham-
Idea bertujuan membantu anda dalam membuat kajian lanjut. Sila lakukan kajian penuh anda sebelum membeli sesuatu saham.
Cari dalam idea untuk "FIBONACCI"
Fibonacci Mingguan Bitcoin BTC!BTC Bitcoin mingguan Fibonacci, harga berketepatan tinggi, termasuk harga Bitcoin jangka pendek, jangka sederhana, jangka panjang, atas dan bawah, harga sokongan dan rintangan, harga penembusan dan pecahan, harga lantunan dan Harga anjakan, harga pasaran kenaikkan, penurunan harga harga pasaran, selagi anda tahu cara menggunakannya, gambar ini adalah mesin pencetak wang anda, berita pasaran mata wang kripto terbang ke seluruh langit, lebih baik untuk berdiri teguh dengan beberapa baris, dan mendengar sekumpulan orang lain, lebih baik anda memahami saya Gambar Satoshi Nakamoto ini, butiran lanjut sedang menunggu untuk anda temui, semuanya dalam gambar.
PTC: Mampukah Membuat Kenaikan?Saham syarikat PTC dilihat membuat kejatuhan sejak beberapa hari dagangan yang lalu
Terkini lilin terakhir dagangan dilihat cuba membuat kejatuhan namun tutup lebih tinggi menunjukkan terdapatnya minat belian
Harga dilihat membuat kejatuhan sehingga menyentuh fibonacci pada paras 0.5 sebelum kembali membuat kenaikan
Kedudukan harga juga dilihat selari dengan sokongan dinamik MA50 mingguan yang dilihat sebagai sokongan terdekat
Jika lilin harian tutup lebih tinggi daripada hari dagangan sebelumnya tidak mustahil lilin 'piercing' akan terbentuk pada selang mingguan
Persoalannya, adakah terdapat momentum mencukupi untuk harga kembali membuat kenaikan ataupun sebaliknya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Dari 'sideway' kini menunggu masa...Kaunter ini sangat senyap dan bergerak sangat perlahan. Kini membentuk Bullish Pennant Flag di timeframe mingguan dan bulanan. Target swing untuk beberapa minggu atau bulan. Risiko dalam 5%, dan sasaran ganjaran dalam 31% (Mengikut tarikan Fibonacci). Semoga yang terbaik!
MACPIE (Membatalkan Perjalanan?)Sektor:
- Trading & Services, Electronic, Consumer Products & Services, Work-from-Home (WFH).
Idea analisis:
- Sudut Fundamental telah dikupas pada posting idea sebelum.
- Dari sudut Teknikal, MACPIE dilihat meneruskan penurunan apabila harga tidak berjaya bertahan di atas fibo 0.340.
- Adakah harga mampu rebound di atas MA 200 seperti sebelum ini atau tidak?
Nota kaki:
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di
atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga
akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Idea Paras Sokongan Dan RintanganBerikut merupakan fibonacci yang pada pendapat saya dapat memberikan gambaran di mana kedudukan support dan resistant bg MSM setelah melakukan kenaikan yang tinggi sejak minggu lepas. Sekadar memberi idea untuk melengkapkan trading plan masing-masing.
Penafian:
Penulisan sekadar kajian dan pembelajaran
KUB junam atau pecut?
Kaunter yang boleh diberi perhatian
1) cuba untuk break channel...jika gagal support yang kuat .555 ( macam buku hutang ), cerita pasal buku hutang, hamba Allah nie buat xtau jer biler dah berhutang, biler meminta duit , macam merayu, bile kita minta balik hutang, macam kita pula mengemis...hahahhaha...sesi membawang..sape kate org laki xleh membawang???? sorry... saya muda lagi, bahasa budak wechat, umur baru 18 tahun...(baru minum air ketum )
2) jadikan fibonacci channel sebagai SNR
3) membentuk bullish divergence
Kajian dan pembelajaran sahaja
mattop90
NAIM (5073) - BERMAIN DENGAN TRENDLINE (31/07/2020@11:16AM)NAIM HOLDINGS BERHAD (5073)
SECTOR: PROPERTY
TOTAL SHARE ISSUE: 500,743,000
PUBLIC FLOAT %: 30.38%
SYARIAH: YES
NAIM telah mengalami kejatuhan yang besar bermula daripada puncak harga RM1.41 sehingga mencapai paras harga terendah RM0.335 dalam masa sebulan dan mula membuat reversal selepas itu. Setelah mencapai harga RM1.06 pada 13/07/2020, harga mula membuat correction. Jika diperhatikan, NAIM suka bermain dengan garisan uptrendline dengan menjadikannya sebagai support utama.
Pada Khamis (30/07/2020), harga membuat pullback setelah berjaya bertahan pada harga support trendline (RM0.805). Harga tutup pada paras RM0.880. Harga belum berjaya membolosi garisan minor downtrend dan halangan terdekat iaitu 0.885.
Jika dilihat daripada paras Fibonacci Retracement, harga berada 1 bid di atas garisan 0.500%. Garisan MA200 juga kebetulan berada pada paras harga RM0.885.
Agak menarik untuk diperhatikan pada minggu hadapan. Adakah NAIM berjaya meneruskan kenaikan atau tidak... 😁
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #BursaMalaysia
FBMKLCI : Level Fibonacci12 Jun 2020 Jumaat
1. Level berdasarkan Fibo.
2. Level mata/point sekarang di retracement 1 : 23.6 %
3. Level retracement 2 : 38.2 % di sekitar 1533
4. Level retracement 3 : 50 % di sekitar 1510
Sama-sama kita kaji dan lihat di retracement level mana, KLCI akan rebound
------------------------------------------------------------
Disclaimer :
- Idea hanya untuk pembelajaran/kajian sahaja.
- Jika bermanfaat sila LIKE & SHARE.
- TQ :)
SERNKOU - menuju R4SERNKOU dah terlepas bas, tapi harga menunjukkan momentum sangat kuat naik keatas. Target seterusnya ialah pada R4 dengan andaian 4x ganda channel. Namun begitu, jika harga telah mula mengundur, mungkin harga telah mencapai paras 3.618 fibonacci projection. Paras sokongan short term R3. dan swing R2 (retracement pada 61.8%).
Ajinomoto sudah sampai masa terbaik untuk pelaburan?Ajinomoto sebuah syarikat yang kuat menjadi tumpuan para pelabur.
Mari kita lihat pada teknikal.
RSI telah menunjukkan paras yang tersangat oversold di mana ianya terdedah kepada technical rebound sekurang-kurangnya.
MACD pula sedang menuju ke atas.
Tapi perkara yang paling menarik ialah dua ini:
1- Price telah turun ke paras fibonacci 0.382 iaitu salah satu golden ratio.
2- Heiken Ashi menunjukkan pantulan harga yang positif di mana tiga badan bullish candle Heiken Ashi berkembang dan tiada shadow. Ini menunjukkan pembentukan momentum yang baik.
Jadi anda sebagai pelabur yang tentukan apakah sudah sampai masa terbaik untuk melabur ke dalam Ajinomoto.
IFCAMSC beri isyarat kuat bullishIFCAMSC telah menunjukkan Quarter Report yang begitu memberangsangkan. Jadi kita lihat pada Analisis Teknikal samaada terdapat isyarat yang kuat untuk kita entry.
Dari segi Analisis Teknikal, IFCAMSC telah menunjukkan pergerakan Bollinger Bands (BB) yang sangat positif sejak Januari 2019. Bermula dengan BB breakout, kemudian berlaku pembuangan dan akhirnya berjaya membuat base yang utuh di mid BB sebelum melonjak tinggi. Ini adalah bullish pattern BB.
Kemudian kita nampak anomaly di mana candle kecil tapi volume tinggi. Ini menunjukkan permintaan yang tinggi (buying interest). Diikuti dengan bearish candle besar tetapi volume yang kecil (*1). Menunjukkan tekanan penjualan itu tidak sah kerana tidak diikuti oleh volume.
Kemudian ia terhenti di upper band BB deviation 1 yang bertindak selaku support. Seterusnya membuat candle bullish harami di support 0.250 (Chart di bawah akan nampak lebih jelas kenapa 0.250 menjadi support). Ini adalah satu isyarat bullish yang sangat kuat kerana ianya turut diikuti dengan kenaikan volume.
Rasanya telah cukup banyak isyarat yang diberikan untuk memberi keyakinan kita mengambil posisi buy. Tetapi apakah strategi entry yang boleh digunapakai?
Berikut adalah beberapa strategi yang boleh digunakan bergantung pada price action seterusnya:
1. Terus entry selagi ia tidak patah 0.250
2. Tunggu candle hijau ketiga berturut-turut (3 white soldiers) untuk entry.
3. Terus entry sekiranya dia open gap di atas 0.265 (breakaway gap)
Keluar jika patah 0.250. Atau jika price sudah melepasi 0.265, jadikan 0.265 sebagai support. Keluar jika 0.265 patah.
Dari carta zoom out ini, kita nampak dengan jelas kenapa 0.250 adalah strong support.
Target price menggunakan Fibonacci Retracement iaitu di 0.315, 0.355, 0.400
*Penafian: Analisis ini bukanlah buy call, tetapi hanyalah untuk tujuan pembelajaran. Anda dinasihatkan untuk membuat kajian sendiri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Segala jual beli yang anda lakukan adalah atas tanggungan anda sendiri.
MYEG (0138), D1 - JUAL pada 1.64 atau 1.810?MYEG adalah antara kaunter yang mengalami kejatuhan teruk selepas musim PRU Malaysia pada tahun ini
walau demikian, kaunter ini membuat lonjakan paradigma da bangkit semula dari dasar
MYEG adalah salah satu kaunter yang mempunyai FA yang cantik dan business yang menarik
hanya sentiment BN-related company membuatkan kaunter ini jatuh teruk
dan, setiment rakyat yang sensitif dengan perkataan GST (MYEG bukan hanya focus pada GST sahaja!)
MYEG bangkit dan terkenal bukan kerana project GST, tetapi business dan potentialnya yang lain
Jika dilihat pada fibonacci,
akan mengalami kejatuhan ataupun profit taking pada MYEG pada harga 1.64 atau 1.810, menagapa?
kerana fibo 361.8% (1.64) dan fibo 423.6% (1.810)
situasi 1:
MYEG akan terus menarik peminat sehingga harga 1.810 dan mengalami kejatuhan
situasi 2:
MYEG akan mengalami kejatuhan sementara (sehingga pada 1.37) dan menarik semula ke 1.810
dan, mengalami kejatuhan yang teruk
Sila berhati-hati dan sentiasa pantau jika anda di dalam
jika anda diluar, elakkan dan tunggu berlaku retracement untuk kemasukan
TONGHER bakal naik ke arah paras tertinggi 52 minggu1. Tongher baru sahaja mengumumkan keuntungan suku tahun yang meningkat berkali ganda.
2. Naik gap up dan seakan membentuk marubozu.
3. Volume yang menaik melebihi paras biasa, mengesahkan breakout.
4. Dengan menggunakan fibonacci extension, kita menetapkan tiga TP terdekat.
EDARAN (Mampukah Bergraduasi dengan 3 Petanda?)Sektor :
- Trading & Services, Technology, IT Solutions/ IT Product, Technology Equipment.
Idea analisis :
~ Teknikal ~
- EDARAN sekarang berada di dalam wave kelima.
- Mengikut rule elliott wave, jika wave 3 telah naik melebihi 200%, wave 5 akan membuat pemotongan / truncation (harga tidak mampu naik melebihi puncak wave 3).
- Kenaikan wave 3 mengikut pengiraan fibonacci extension adalah 261.8%.
- Terkini, EDARAN berada dalam risk of failure (paras fibonacci retracement 38.2% - 100%) selepas membuat retracement sebanyak 61.8% menandakan kekuatan uptrend EDARAN ini adalah lemah / weak.
- EDARAN dilihat membuat rejection di paras fibonacci retracement wave 4 sebanyak 50% dan 61.8%.
- Harga perlu tutup di atas paras 100% iaitu di atas paras harga RM 1.200 untuk naik sehingga paras fibonacci extension 361.8% iaitu pada paras harga RM 1.520.
- Terdapat 3 petanda reversal yang ditunjukkan:
1) MACD 4R1G (Penerangan di nota kaki).
2) Hidden bullish divergence menandakan momentum penjualan yang kuat tidak mampu menjatuhkan harga kebawah kerana minat pembelian yang masih lebih kuat.
3) Stochastic RSI cross up di paras oversold.
- Mampukah 3 petanda ini melawan risk of failure elliott wave ini?
- Jika EDARAN tidak mampu melepasi zon risk of failure, harga akan membuat correction dan berpotensi menuju ke trend line.
~ Fundamental ~
- Secara overall, keuntungan EDARAN dalam trend mendatar. Walaubagaimanapun, keuntungan EDARAN YoY meningkat sebanyak 144.67%.
- Perolehan (revenue) EDARAN pula secara overall dilihat berada dalam trend menurun tetapi meningkat juga YoY sebanyak 16.95%.
- EDARAN buat pertama kalinya memberikan dividen kepada pemegang sahamnya untuk tahun ini, 2021 sebanyak 1.75 sen.
Nota kaki :
* Rejection = Keadaan dimana harga menyentuh paras harga tertentu samada resistance atau support.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga membuat pembalikan untuk meneruskan kenaikan.
* MACD 4R1G = Histogram MACD 4 Red 1 Green. Memberi signal bahawa saham menerima tekanan penjualan yang berat sekurang-kurangnya 4 hari, sebelum muncul minat pembelian memberi petanda saham akan melantun untuk meneruskan momentum kenaikan.
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
D&O (7204): Membentuk Piercing Line (11/09/2020@10:53pm)D&O GREEN TECHNOLOGIES BERHAD (7204)
SECTOR: TECHNOLOGY
SUB-SECTOR: SEMICONDUCTORS
TOTAL SHARE ISSUE: 1,133,028,454
PUBLIC FLOAT %: 28.31% (812,260,753)
SYARIAH: YES
D&O Green Technologies Berhad adalah syarikat pemegangan pelaburan yang berpangkalan di Malaysia. Syarikat terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengurusan (termasuk perkhidmatan kemudahan kilang pembuatan). Segmen Syarikat merangkumi Asia, Eropah, Amerika Syarikat dan Negara-negara Lain. Anak syarikat Syarikat termasuk Omega Semiconductor Sdn. Bhd . (Omega), yang merupakan syarikat pemegangan pelaburan; Dominant Opto Technologies Sdn. Bhd . (Dominan), yang bergerak dalam pembuatan komponen dan mesin semikonduktor; Dominant Opto Technologies Korea Inc, yang bergerak dalam bidang komponen semikonduktor merchandising, dan Dominant Opto Technologies (Shanghai) Co., Ltd., yang bergerak dalam pengembangan teknologi aplikasi semikonduktor, pemasangan, pemborongan dan peruncitan peranti semikonduktor, komponen elektronik, elektrik peralatan untuk pencahayaan, skrin paparan elektronik, kelengkapan pencahayaan, import dan eksport produk berkaitan.
Harga D&O ditutup pada RM1.00 pada hari ini (11/09/2020 @ Jumaat) dan membentuk pattern Piercing Line Candlestick (perlukan next candle sebagai confirmation). Harga sebelum ini telah mengalami kejatuhan akibat sentimen pasaran dan jatuh sehingga 0.920 pada pagi tadi sebelum rebound sehingga RM1.04 sebelum ditutup pada Rm1.00. Jika diukur menggunakan Fibonacci Retracement , harga hampir mencapai paras fibo 0.618 sebelum rebound.
Jika harga berjaya meneruskan kenaikan, harga 'berkemungkinan' akan menuju ke arah RM1.34 (paras fibo 1.00 jika diukur menggunakan Fibonacci Projection ) sebagai TP1 (1:1 ratio retracement & projection).
DISCLAIMER: Ini hanyalah kajian peribadi pergerakan harga untuk tujuan pembelajaran kendiri.
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #probability #BursaMalaysia
Analisis Teknikal Minyak Mentah Minggu ke-2 2019Berdasarkan carta masa harian, harga minyak mentah terhenti setakat garis kipas gann 8x1 & gagal menembusi paras Fibonacci Extension 1.272 (48.86) dan Fibonacci Retracement 0.50% (48.50).
Harga perlu melantun di paras Fibo Retracement 0.382% dan naik semula menembusi kotak merah 1(seperti anak panah hitam) bagi meneruskan kenaikan.
KAB(0193): Memanjat menutup gap.KAB: Berdasarkan carta, untuk 2 minggu sebelum, KAB telah keluar daripada trend penurunan singkat, dan telah menaik dengan volum yang baik bagi saya, sekarang ialah pada fasa 'retracement'. kita gunakan Fibonacci Retracement untuk menentukan dimana dia akan buat tapak dan kembali memanjat. Jika dapat menutup gap (kotak merah) itu, berkemungkinan boleh naik lebih jauh.
3 point fibonacci terkuat ialah 0.382/0.5/0.68.
Dimana ada garisan aras sambutan yang kuat, dan bertindih pula dengan fibonacci. boleh diperhatikan.
Garisan melintang ialah panduan untuk rintangan dan sambutan.
Sekian kajian dan pembelajaran.
HEVEA - pengumpulan selepas kenaikan gelombang keduaHEVEA sudah menunjukkan 2 gelombang dari kenaikan pertama setelah downtrend jangka panjang pada harga 0.51.
Kenaikan pada 29 Oktober telah mencapai harga 0.59. Berdasarkan Fibonacci retracement untuk gelombang kedua, terlihat support pada paras 61.8% Fibonacci.
Pembelian boleh dimulakan pada sekitar harga 0.550 hingga 0.565.
Target Price adalah sekitar 0.61 iaitu paras Value Area Low (VAL) yang juga paras harga yang terdapat banyak transaksi sebelum ini.