CENSOF (Masih di atas Landasan Kenaikan)Sektor :
- Technology, Electronic, Software.
Idea analisis :
~ Teknikal ~
- CENSOF masih di atas trend line.
- Sebelum ini, muncul signal 'hidden bullish divergence' menandakan momentum penjualan yang kuat tidak mampu menjatuhkan harga kerana minat pembelian yang masih lebih kuat.
- Kemudian, CENSOF membentuk bullish symmetrical triangle.
- CENSOF breakout dan gap up kemudian membuat pullback sehingga ke atas trend line.
- Muncul candlestick morning star menandakan harga sedang membuat rebound di atas trend line.
- CENSOF meneruskan kenaikan dan muncul signal kedua daripada stochastic RSI iaitu 'hidden bearish divergence.
- Signal ini menandakan bahawa momentum pembelian semakin menguat tetapi tidak mampu menaikkan harga kerana ketika ini minat penjualan lebih kuat.
- Harga jatuh sedikit sebelum meneruskan kenaikan sekali lagi.
- CENSOF berpotensi menuju ke paras resistance RM 0.565 dengan berlantaikan trend line support yang agak kukuh.
~ Fundamental ~
- Keuntungan dan perolehan CENSOF meningkat YoY masing² sebanyak 137.87% dan 14.21%.
- CENSOF baru pertama kali memberikan dividen kepada shareholders pada tahun ini, 2021.
Nota kaki :
* Hidden Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower high) tetapi stochastic RSI menaik (higher high).
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Gap up = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'bullish symmetrical triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'trend line support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Technology
FPGROUP : Mencari MA 50 Sektor: Teknologi, Produk & Perkhidmatan Industri, Bahan Industri, Komponen & Peralatan, Semikonduktor
Analisa Fundamental
- Mempunyai cashflow yang kukuh dan sentiasa mencatatkan keuntungan setiap tahun
- Prospek :
- FPGROUP mengalami momentum pemulihan pesanan jualan daripada Amerika Utara dan Eropah sejak awal tahun 2021.
-Jangkaan separuh tahun kewangan yang dijangka akan pilih secara progresif berdasarkan keadaan makroekonomi semasa berikutan pelancaran vaksinasi COVID-19.
- Board FPGROUP berhati-hati optimis terhadap prospek perniagaan dan yakin bahawa FPGROUP akan mengatasi ribut yang disokong oleh asas kukuh syarikat.
- FPGROUP akan mengekalkan core dan strategi jangka panjangnya untuk fokus pada pengembangan dan kepelbagaian perniagaan, pengembangan produk, serta pengoptimuman proses perniagaan melalui pelaksanaan yang lean di semua operasi dalam organisasi.
Analisa Teknikal
Kita akan melihat pada beberapa perkara:
1. Pembentukan Bullish Divergence (Corak Pembalikan)
Harga saham FPGROUP mengalami penurunan namun MACD menunjukkan pergerakan MACD menaik keatas menunjukkan bahawa momentum belian menguat.
2. Indicator RSI dan MACD yang membentuk higher low telah menunjukkan momentum semasa tidak mampu ditolak ke bawah lagi.
3. Golden Cross MACD. Ini merupakan petanda bahawa saham akan memulakan pergerakan uptrend
Setelah menghadapi tekanan jualan yang tinggi dan siri gap down. Adakah FPGROUP akan melakukan kenaikan semula?
FPGROUP perlu memecahkan rintangan MA 50 dahulu supaya carta ini semakin menarik.
Apa-apa pun sekadar idea saya dengan mengaplikasikan bullish divergence dalam carta untuk tujuan pembelajaran.
Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa. Jaga risiko, jaga support sebaiknya
#TAYOR #BAYOR
NOVAMSC (Tenang di dalam Lorong Kenaikan)Sektor :
- Technology, IT Solutions/ IT Product, Software.
Idea analisis :
~ Fundamental ~
- NOVAMSC tidak konsisten dalam membuat keuntungan. Terbaru, NOVAMSC mencatatkan kerugian tertinggi untuk 12 quarter terkini iaitu sebanyak - RM 7,621 menjadikan keuntungan QoQ dan YoY menyusut masing² sebanyak -3,288.7% dan -4,038.03%.
- Hasil (revenue) NOVAMSC juga menyusut QoQ dan YoY masing² sebanyak -41.32% dan -29%.
- NOVAMSC diklasifikasikan sebagai kaunter 'negative earnings' oleh iSaham dan diberikan markah 1.5/10 untuk sudut Fundamental.
~ Teknikal ~
- NOVAMSC dilihat berada dalam uptrend corridor.
- Terkini, setelah menyentuh resistance zone, harga dilihat membuat pullback sehingga ke support zone.
- Fasa pullback dilihat berakhir apabila muncul 2 petunjuk:
1) Candlestick berbentuk bullish marubozu menunjukkan momentum pembelian adalah sangat kuat pada hari ini.
2) Stochastic RSI cross up di paras oversold menandakan NOVAMSC sedang rebound di atas support zone yang merupakan trend line support terkuat bagi NOVAMSC.
Nota kaki :
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Bullish Marubozu = Candle hijau yang terbentuk tanpa bayang / wick / shadow. Keadaan dimana harga buka sama dengan harga terendah dan harga tutup sama dengan harga tertinggi.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'trend line support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER :
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
GREATEC PENDING BREAKOUT?GREATEC dilihat sedang membuat triangle pattern yang disebut sebagai Ascending Triangle. Ciri-ciri pembentukan pattern ini ialah harga bergerak atas garisan selari manakala garisan bawah menunjukkan candle saham dalam keadaan menaik.
Kebiasaannya harga saham akan membuat breakout apabila berada dalam fasa ascending triangle ini. Sekiranya berjaya memecahkan bentuk segi tiga tersebut, berkemungkinan GREATEC akan menguji All Time High (ATH) pada harga RM6.74.
Kebarangkalian fasa yang low risk adalah ketika harga berada di garisan sokongan atau menunggu pada harga yang tidak jauh semasa breakout bagi yang inginkan masuk dengan kepastian breakout. Memerlukan catalyst dan volume yang cukup untuk memecahkan halangan tersebut.
Pending Breakout Ascending Triangle ?
Mungkin ada yang masih ingat apabila GREATEC mengeluarkan corporate excersice dengan memberikan bonus issue 1-1, harga ini terus terbang tanpa memandang belakang hingga mencecah ATH pada harga RM9.9 sebelum adjust. Hampir 19% kenaikan setelah pengumuman dibuat sehingga ex-date. Harga semasa saham GREATEC ini telah bernilai lebih RM12 jika dikira daripada sebelum bonus issue .
Catalyst saham ini?
1. GREATEC telah mencatatkan kenaikan untung bersih 152% pada suku pertama (Q1) 2021, dijangka merekodkan keputusan yang sihat tahun ini didorong oleh segmen kenderaan elektrik (EV).
2. Jangkaan pada sektor EV ini antara yang menyebabkan harga saham ini bergerak terus ke atas.
3. Kebanyakan pendapatan mereka datang Amerika Syarikat. Komitmen Joe Biden, President US yang mahu memberi fokus kepada green technology juga satu catalyst?
Anda merasakan harga saham ini terlalu mahal atau nilainya masih rendah?
Sediakan Trading Plan anda sebaiknya
#TAYOR #BAYOR
INARI (Terus Berlari di atas Landasan Kenaikan)Sektor :
- Technology, Exports, Electronic, Semiconductors, OSAT.
Idea analisis :
~ Fundamental ~
- INARI merupakan kaunter saham pegangan beberapa institusi² (jerung) besar antaranya:
1) Kumpulan Wang Persaraan (pegangan sebanyak RM 1,370.31 juta).
2) EPF (pegangan sebanyak RM 841.93 juta).
3) AIA (pegangan sebanyak RM 522.58 juta).
4) Great Eastern Life Assurance (pegangan sebanyak RM 238.06 juta).
5) Lembaga Tabung Haji (pegangan sebanyak RM 226.45 juta).
6) PNB (pegangan sebanyak RM 88.26 juta).
7) Takafulink Dana Ekuiti (pegangan sebanyak RM 70.84 juta).
- Keuntungan dan hasil (revenue) INARI juga berada dalam trend menaik dengan mencatatkan kenaikan YoY masing² sebanyak 42.68% dan 8.23%.
- INARI juga konsisten dalam pemberian dividen. Terbaru, dividen yang diberikan adalah sebanyak 6.6 sen sesaham meningkat berbanding tahun lepas, 2020 sebanyak 4.4 sen sesaham. Walaubagaimanapun, sebelum ini, INARI pernah memberikan dividen yang lebih tinggi iatu sekitar 8 sen hingga 9.8 sen sesaham.
~ Teknikal ~
- INARI berada dalam keadaan uptrend dengan membuat HHHL.
- INARI membuat trend line support sepanjang kenaikan ini.
- Muncul signal 'hidden bearish divergence' daripada stochastic RSI menandakan momentum pembelian masih tidak berjaya menaikkan harga kerana momentum penjualan masih kuat. Harga meneruskan kejatuhan dan membentuk bullish symmetrical triangle di atas trend line support.
- Terkini, INARI berjaya memecahkan bullish symmetrical triangle dengan volume signifikan.
- Jika INARI mampu bertahan di atas RM 3.350 atau trend line support, harga mampu melebihi resistance RM 3.750 dan terus membuat higher high yang baru.
Nota kaki :
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* HHHL = Higher High Higher Low.
* Higher high = 'Paras harga tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras harga tertinggi sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras harga terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras harga terendah sebelumnya'.
* Hidden Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower high) tetapi stochastic RSI menaik.
* Lower high = 'Paras harga tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras harga tertinggi sebelumnya'.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'bullish symmetrical triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER :
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
QES SUDAH MULA?QES baru sahaja memecahkan paras tertinggi dalam sejarah pada hari ini.
Adakah petang ini berjaya menutup harinya atas RM0.665? Petang ini kita akan saksikan
Cadangan kepada sesiapa yang ingin berdagang atau melabur di dalam saham QES . Anda boleh menunggu tidak jauh dari resistance ATH . Jika anda terlepas. Anda boleh menunggu ketika harga saham ini ketika berehat di atas RBS (jika berjaya Breakout pada hari ini).
Sediakan Trading Plan untuk mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan.
QES merupakan salah satu saham yang laggard di dalam sektor teknologi (semiconductor).
Jika anda ingin melabur atau berdagang dalam saham ini jangan lupa sediakan Trading Plan dengan sebaiknya. Tahu di mana mahu masuk entry price (EP), di mana mahu keluar/take profit (TP) dan di mana mahu cut loss ( CL ) sekiranya tidak menjadi.
Ingat! Saham bukan judi. Jangan masuk kedalam sesuatu kaunter tanpa tahu di mana EP, TP dan CL .
#TAYOR #BAYOR
INARI MAHU MENARI?Analisis teknikal chart INARI ringkas menggunakan support dan resistance .
Harga masih menarik kerana ketika ini masih di fasa low risk sekiranya tidak menjadi. INARI sedang berada di atas trendline dan masih dalam fasa Uptrend. Menunggu masa dan catalyst untuk Breakout (BO) dan menujah keatas atau Breakdown dan jatuh ke bawah.
Kebanyakan saham teknologi di Bursa Malaysia sudah beberapa hari berehat. INARI merupakan leader dalam sektor teknologi.
Adakah INARI akan kembali mencabar ATH pada harga Rm3.75 atau patah trendline ? Masa sahaja yang akan menentukan.
Antara fakta yang menarik yang perlu dipertimbangkan adalah ketika ini di pasaran saham US sedang berada di dalam musim Quarter Earning . Mungkin ketika ini pasaran akan sedikit volatile .
INARI merupakan antara salah satu pembekal kepada APPLE. Sebarang impak kepada Quarter Earning APPLE mungkin akan mempengaruhi pergerakan harga saham INARI .
Sifir mudahnya adalah ingat APPLE , ingat INARI .
Jika anda ingin melabur atau berdagang dalam saham ini jangan lupa sediakan Trading Plan dengan sebaiknya. Tahu di mana mahu masuk entry price (EP), di mana mahu keluar/take profit (TP) dan di mana mahu cut loss ( CL ) sekiranya tidak menjadi.
Ingat! Saham bukan judi. Jangan masuk kedalam sesuatu kaunter tanpa tahu di mana EP, TP dan CL .
#TAYOR #BAYOR
ITRONIC (Kembali Beraksi)Sektor:
- Technology, Electronic, Technology Equipment.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, ITRONIC dilihat lebih konsisten mencipta kerugian berbanding keuntungan. Di dalam 10 quarter terbaru ini, ITRONIC membuat keuntungan hanya sekali. Hasil (revenue) pula meningkat QoQ dan YoY masing² sebanyak 80.04% dan 12.88%.
- Dari sudut Teknikal, ITRONIC masih di atas MA 200 menunjukkan ITRONIC dalam keadaan uptrend untuk long term.
- Pada 23 Februari 2021, ITRONIC mula menaik dengan drastik kemudian ITRONIC menurun dan bermain di kawasan fibo 0.382. ITRONIC juga membentuk downtrend line ketika ini.
- Terkini, ITRONIC telah BDTL. Histogram MACD juga menunjukkan signal momentum pembelian semakin meningkat dan stochastic RSI juga telah cross up di paras oversold memberi petunjuk bahawa harga mula rebound atau reversal di support terkuat.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu kekal di
atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga
akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
DNEX (Mencari Persinggahan Sebelum Meneruskan Kenaikan)Sektor:
- Technology, IT Solutions/ IT Product, Digital Services, Integrated Immigration System, Semiconductors.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan dan hasil (revenue) DNEX menurun YoY. Keuntungan yang dibuat adalah tidak konsisten walaupun keuntungan meningkat QoQ.
- Dari sudut Teknikal, DNEX sebelum ni meningkat dengan drastik iaitu daripada harga sekitar bawah 20 sen kepada sekitar 80 sen.
- Setiap kenaikan pasti adanya penurunan. DNEX dilihat membuat pullback sehingga ke paras fibo 0.5 iaitu sekitar RM 0.555 sebelum rebound semula sehingga melebihi RM 1.
- DNEX kelihatan membuat penurunan sekali lagi dan berkemungkinan harga akan membuat pullback sehingga ke paras fibo 0.5 iaitu sekitar RM 0.830 seperti sebelum ini. "History repeats itself".
- Jika harga turun melebihi RM 0.830, support terakhir adalah pada paras harga RM 0.730 iaitu fibo 0.382. Berkemungkinan harga akan rebound di paras harga ini.
- Jika harga jatuh melebihi paras RM 0.730 ini, harga berkemungkinan bertukar arah kepada downtrend.
Nota kaki:
* YoY = Year over Year.
* QoQ = Quarter over Quarter.
* Pullback = Harga membuat pembetulan iaitu menurun seketika sebelum meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga melantun ke atas.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
DATAPRP (Berjaga-jaga)Sektor:
- Technology, IT Solutions/ IT Product, Digital Services, Payment Products.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, boleh dikatakan DATAPRP merupakan 'loss making company'. Keuntungan dan revenue (hasil) juga menurun QoQ dan YoY.
- Dari sudut teknikal, DATAPRP masih meneruskan kenaikan walaupun dikenakan UMA oleh Bursa.
- Terbaru, muncul signal sell pada indikator Parabolic SAR.
- Jika harga meneruskan kejatuhan, support yang paling perlu diperhatikan adalah pada RM 1.68. Jika harga tidak mampu bertahan dan jatuh dibawah RM 1.68, kemungkinan harga akan membuat penurunan drastik sehingga ke harga sen kembali.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YOY = Year over Year.
* UMA = Usual Market Activity.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Sektor Teknologi (Bangun Tidur)Sektor Teknologi masih berada di dalam uptrend corridor / channel. Pada awal Mac, Sektor Teknologi membuat correction sekitar 12.15%. Kejatuhan ini adalah kesan daripada kejatuhan Sektor Teknologi di US.
Terkini, Sektor Teknologi US kembali menghijau dan ini juga memberi kesan kepada Sektor Teknologi di Bursa Malaysia. Harga gap up pada awal dagangan sekitar 3.56%. Walaubagaimanapun, selepas gap up, harga ditutup lebih rendah daripada harga awal dagangan.
JFTECH (Percubaan Menongkah Arus Positif)Sektor:
- Technology, Electronic, Semiconductor.
Idea analisis:
- JFTECH merupakan saham yang sangat kukuh dari sudut fundamentalnya. Buktinya, QR JFTECH meningkat berturut² untuk lima bulan QR (Feb 20, Mei 20, Ogos 20, Nov 20 dan Feb 21).
- Dari sudut teknikal, JFTECH bergerak uptrend secara slow and steady.
- Pada 18 Januari 2021, JFTECH naik secara mendadak kemudian turun juga dengan keadaan mendadak dan hari ini, JFTECH tutup dibawah trend line dan MA 100.
- MACD juga turun di bawah paras 0 menunjukkan bahawa JFTECH kuat untuk bertukar arah kepada downtrend.
- Untuk risiko yang rendah, boleh pantau untuk entry jika MACD mula naik ke atas paras 0 atau harga berjaya melintasi downtrend line (BDTL).
Petunjuk/ Nota tambahan:
* QR = Quarter Report dikeluarkan 4 kali setahun.
* BDTL = Break DownTrend Line.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
AWANTEC (Meninggalkan 'Harga Sen')Sektor:
- Technology, IT Product, Digital Services, Cloud Provider.
Idea analisis:
- AWANTEC dilihat telah berjaya breakout dengan memecahkan bentuk cup and handle dengan volume yang sangat signifikan selama dua hari berturut².
- Dijangka harga berpotensi untuk ke RM 1.640 mengikut strategi cup and handle pattern.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* Target Price (TP) diambil daripada kedalaman bentuk cup (rujuk graf, lihat anak panah ungu yang menunjuk ke bawah)
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli
DNEX (Pecah Piring)Sektor:
- Technology, IT Solutions, Digital Services, Integrated Immigration System
Idea analisis:
- DNEX membentuk pattern saucer selama 185 hari.
- Kemudian DNEX breakout dengan momentum (MACD naik ke atas paras 0 dan volume spike).
- DNEX nampak bertahan dia RBS 0.275 setelah breakout.
Idea trading plan:
- Entry berdekatan RBS 0.275.
- CL jika harga 'tutup' di bawah RBS 0.275.
- TP menggunakan strategi saucer pada 0.375 (ROI sebanyak 36%).
Petunjuk/ Nota tambahan:
* RBS = Resistance Become Support.
* ROI = Return On Investment.
#TAYOR #BAYOR
SRIDGE (Perjalanan Menuju ke Destinasi yang Ditunggu-tunggu)Sektor:
- Technology, Telco, Telecommunications & Media.
Idea analisis:
- SRIDGE merupakan kaunter teknologi. Sektor teknologi antara sektor yang yang membentuk uptrend terbaik.
- SRIDGE membentuk uptrend line dan pergerakan sangat hampir dengan trend line.
- SRIDGE juga sering memecahkan resistance terbaru secara 'slow and steady'.
- Kenaikan harga ini menjadikan SRIDGE semakin hampir ke ATH.
Idea trading plan:
- Entry apabila harga berdekatan dengan trendline 'dan' muncul titik PARABOLIC SAR di bawah candle untuk swing atau;
- Entry berhampiran RBS 0.620 untuk BOD atau;
- Entry jika harga tutup di atas ATH 0.705 'dengan syarat' ada Vol yang lebih banyak daripada sebelumnya untuk BOB.
- CL jika harga 'tutup' di bawah trend line.
- TP jika harga mula menyentuh 0.705.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* ATH = All Time High (Harga paling tinggi yang pernah dicapai)
* BOD = Buy On Dip
* BOB = Buy On Breakout
#TAYOR #BAYOR
MI berada di puncak1. Kaunter MI ini dalam sektor TECHNOLOGY yang terlibat dalam bidang semikonduktor.
2. Kaunter ini steady berada di atas garisan UPTREND namun dilihat candle telah keluar daripada Bollinger Band (BB). Di samping itu, candle membentuk SHOOTING STAR pattern iaitu BEARISH signal. Momentum juga dilihat telah berkurang bagi kaunter ini. Maybe minggu depan akan membuat correction sebelum mendaki semula.
3. Harga sekarang berada di atas EMA200 dan EMA50 dan dilihat BULLISH. SUPPORT terdekat adalah pada 4.200 atau pada garisan middle BB(garisan merah) + EMA50 pada 4.02.
4. Jika dilihat carta WEEKLY pula, kaunter ini masih mempunyai momentum dan minat belian mula bertambah. Adakah kaunter ini akan menguji semula aras harga tertinggi pada 4.88? Sama-sama kita nantikan.
Nota:
(a) Sekadar pembelajaran.
(b) Sebarang komen, feedback atau ralat boleh komen di bawah yea.
Terima kasih
TECHNOLOGY akan membuat correction?1. Cemerlang sungguh yea index TECHNOLOGY minggu ini. Lima hari berturut-turut naik tanpa menoleh belakang.
2. Tapi jangan dilupa…yang naik pasti akan turun untuk membuat correction. Jika dilihat candle daily telah keluar daripada Bollinger Band (BB).
3. Selain daripada itu, momentum telah maksima serta telah berada pada kawasan OVERBOUGHT.
4. Adakah index TECHNOLOGY akan berehat sebentar minggu hadapan? Sama-sama kita lihat minggu hadapan yaa
Nota:
(a) Sekadar pembelajaran.
(b) Sebarang komen, feedback atau ralat boleh komen di bawah yea.
Terima kasih
DGB (Bersedia Untuk Bertukar Arah)Sektor:
- Technology, Software.
Idea analisis:
- DGB telah membuat double bottom dan cuba melepasi neckline.
- DGB juga telah melepasi MA 50.
- MACD cross up dan mendaki di atas paras 0.
- DGB membentuk short uptrend line (rujuk trend line warna biru).
- Volume pembelian juga mencapai volume tertinggi.
Idea trading plan:
- Entry jika harga tutup di atas neckline untuk BOB atau;
- Entry berhampiran RBS 0.250 untuk BOD.
- CL jika harga turun di bawah 0.250 atau;
- CL jika harga jatuh teruk dibawah short uptrend line atau;
- CL jika MACD mula menurun di bawah paras 0.
- TP menggunakan kaedah double bottom 0.450.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* Neckline = Resistance bagi double bottom.
* BOB = Buy on Breakout
* BOD = Buy on Dip
TFP (Masa Berehat Tamat)Sektor:
- Technology, Digital Services, Trading & Services.
Idea analisis:
- Break Accumulation Phase (BAP) dengan momentum:
1) Volume pembelian tertinggi
2) Line MACD dan Line Signal mula mendaki di atas paras 0
3) PARABOLIC SAR mula mendongak
- TFP bertukar kepada uptrend dan mencipta HHHL.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran RBS 0.230 atau untuk BOD atau;
- Entry apabila harga tutup di atas resistance 0.265 untuk BOB atau;
- Entry jika PARABOLIC SAR berada bawah candle (Pastikan kaunter dalam keadaan uptrend).
- CL jika harga jatuh dibawah RBS 0.230 atau;
- CL jika PARABOLIC SAR mula berada di atas.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* Line MACD = Line berwarna biru.
* Line Signal =Line berwarna merah.
* RBS = Resistance become Support.
* BOD = Buy on Dip. Beli berhampiran support.
* BOB = Buy on Breakout. Beli apabila harga melebihi resistance.
* HHHL = Higher High Higher Low. Boleh rujuk di
SRIDGE (Kumpul Tenaga Sebelum Boom!)Sektor:
- Technology, Telecommunications & Media.
Idea analisis:
- SRIDGE berada dalam fasa accumulation (pengumpulan) sebelum memecahkan rintangan 0.555.
- Ketika fasa accumulation ini, MACD cross down tetapi transaksi pembelian berterusan.
- Adakah SRIDGE akan memecahkan rintangan 0.555 ini?
Idea trading plan:
- Entry jika harga melepasi rintangan 0.555 untuk BOB atau;
- Entry berhampiran support 0.515 untuk BOD atau;
- Entry berhampiran trend line untuk ride the trend.
- CL jika harga turun dibawah support 0.515 atau;
- CL jika harga tutup dibawah trend line.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* BOB = Buy On Breakout
* BOD = Buy On Dip
JAG (Cawan atau Jag?)Sektor:
- Industrial Products & Services, Technology, IT Products.
Idea analisis:
- JAG membuat cup and handle dan telah breakout dengan 3 momentum:
1) Volume melebihi VOL MA.
2) MACD GC.
3) PARABOLIC SAR menunjukkan buy signal.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran RBS 0.235 atau;
- Entry berhampiran support 0.205 jika false breakout.
- CL jika harga tutup dibawah RBS 0.235 atau;
- CL jika harga mula turun dibawah support 0.205.
- TP menggunakan konsep cup and handle pada harga 0.320.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* MACD GC - MACD Golden Cross (cross up diatas 0)
* RBS - Resistance become support. (Paras 0.235 asalnya adalah resistance tetapi berubah menjadi support jika fresh breakout).
SRIDGE (Tenang Diposisi)Sektor:
- Technology, Telecommunications & Media.
Idea analisis:
- SRIDGE kekal di atas strong trend line.
- Volume buy juga mendominasi.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran trend line atau;
- Entry berhampiran support 0.515.
- CL jika harga tutup dibawah trend line atau;
- CL jika harga mula turun dibawah support 0.515.
APPASIA (Meneruskan Perjalanan)Sektor:
- Technology, Software, Consumer Products.
Idea analisis:
- APPASIA meneruskan perjalanan di atas new trend line.
- Permulaan higher high higher low (HH HL). Justifikasinya kerana APPASIA sentiasa mencipta support terbaru yang lebih tinggi daripada sebelumnya (lihat 3 garisan oren di dalam carta).
- MACD juga masih berada di atas paras 0 dengan keadaan line MACD diatas line signal.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran new trend line (line biru) atau;
- Entry berhampiran support 0.680.
- CL jika harga tutup di bawah new trend line atau;
- CL jika harga tutup dibawah trend line lama (line hitam) atau;
- CL jika harga tutup dibawah new strong support 0.680.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* Penerangan HH HL:
* Line MACD = Line MACD yang berwarna biru.
* Line Signal = Line MACD yang berwarna merah.