FBM KLCI Mingguan - dalam zon sokongan / zon menungguCarta KLCI jangka masa pendek, masih dalam keadaan bearish dah telah berada didalam zon sokongan 1640-1690.
Indeks kemungkinan menuju kearah S1 1660 dalam zon sokongan, dalam jajaran yang kecil, dan berkemungkinan akan berlegar didalam zon ini dalam minggu ini. Pelabur dalam keadaan menunggu pembentangan Bajet 2019 pada 2 November (Jumaat).
Jika indeks melantun dari paras S1 dengan kadar volume yang tinggi, berkemungkinan indeks akan keluar dari zon sokongan dan akan mencuba R1. Pandangan ini disokong oleh Trendline Utama Menaik.
Ada kemungkinan indeks akan melantun kuat dari paras ini dan melengkapkan double bottom jika pelabur dan pedagang optimis dengan keadaan ekonomi Malaysia, dan penyelesaian isu peperangan perdagangan antara US-China.
Namun begitu, jika indeks melepasi S1, maka keadaan dilihat semakin buruk dan indeks akan mencuba paras S2, dimana dilihat sebagai benteng terakhir.
Short term: Bearish S1
Medium term: Bullish R1 (dengan sokongan Trendline Utama Menaik)
Long term: Bullish (selagi tidak melepasi S2)
R1 1750
R2 1800
S1 1660
S1 1615
Teropongbursa
FBM KLCI carta mingguan - berada diparas support S1Carta mingguan FBM KLCI kini berada pada paras support S1. Selagi paras ini tidak tembus, maka indeks masih bullish untuk jangka masa pendek. Jika pergerakan harga melantun dari paras ini, indeks dijangka akan mencuba paras R1 pada minggu hadapan.
Paras Support S2 ini dikira sangat kritikal, kerana ia merupakan uptrend line untuk mingguan. Jika ditembusi maka kemungkinan pergerakan indeks akan turun mulai dari paras ini menuju ke support terhampir S2.
Perdagangan secara short term mengikuti trend terkini dan fokus kepada kaunter berkaitan export (kejatuhan nilai Ringgit) dan minyak (kenaiakn harga minyak mentah dunia) merupakan langkah yang lebih selamat.
UNISEM - segitiga menaik!UNISEM sedang membentuk ascending triangle, suatu pattern bullish dimana titik harga terendah terus menaik menunjukkan para trader dan pelabur tidak lagi menunggu untuk membeli dengan harga lebih rendah.
Jika pergerakan harga melepasi R1, target seterusnya ialah R2. R1 akan bertukar menjadi support yang baru. Jika harga melepasi ke bawah S1, maka pegangan saham harus dilupuskan.
sebarang komen atau soalan, sila post dan saya akan cuba bantu tuan-tuan.
Keyasic - masih on! Keyasic aritu dah break S1, tapi sebenarnya ada S2 dan ia rebound dari paras S2 dengan volume lebih banyak. tapi candle kurang cantik, sebab ada ekor panjang, ramai sellers, amik kesempatan kenaikan ni untuk cut loss.
Boleh monitor dulu, kalau ada pembelian besar, boleh join sekali, mungkin big traders ada masuk. target short term R1 (updated) dan kalau break R1, next target R2. Kalau break support S2, sila cut loss, mungkin trend dah bertukar. tolong fokus short term trading dulu buat masa ni, market belum recover lagi..
FCPO carta jam - monitor pergerakan harga untuk Long, atau shortSetelah sekian lama berada dibawah resistance zone (kotak ungu), akhirnya pada 4 september yang lalu, pergerakan harga telah berjaya memecah zon ini dan mencecah paras 2300 setelah sekian lama.
Adat pergerakan harga tidak akan sentiasa lurus, mesti ada zig zag. Sekarang ia sedang dalam fasa retracement, didalam kotak paras resistance yang lama (kini dianggap Support zone, kotak ungu) dan masih dalam trend menaik (uptrend), selagi pergerakan harga berada diatas garisan biru (U1).
Perhatikan pergerakan harga untuk jam-jam seterusnya. Jika harga membuat lantunan (rebound) dari zon ini, maka anda boleh buy dengan target 2280 (R1) dan 2298 (R2). target ini boleh dipakai selagi harga berada diatas garisan biru (U1). Jika harga telah melantun naik dan pada bila-bila masa selepas itu, harga menembusi U1, anda boleh close position buy dan short untuk target harga kembali ke dalam support zone.
Seandainya harga menembusi support zone (kotak ungu), untuk short term, anda boleh short FCPO dengan target 2251 (S1, 50% dari kenaikan sebelumnya) dan 2221 (S2)
Analis yang mudah menggunakan support & resistance. Follow profile saya untuk mengetahui lebih lanjut. Post soalan ada diruangan komen dan saya akan cuba jawabnya.
selamat berjaya!
ST/MT - UCREST - teknik 'Buy on Breakout' (repost)Short Term, ST
Medium Term, MT
UCREST syarikat baru mula pamerkan keuntungan. MR BRAHMAL VASUDEVAN / CREADOR dan sebuah syarikat lagi (Miletus Holding Ltd) telah membeli saham syarikat ini pada 5 Jun 2018 sebanyak 30+30 juta saham. Ini merupakan berita baik (Brahmal merupakan seorang pelabur sofistikated).
Saham UCREST telah sekali lagi membuat 'breakout' dengan 'volume' yang baik pada S1. kini sasaran baru R1 dan R2 (garisan hijau) dengan stoploss pada S1 (garisan merah "Resistance become support"). Memandangkan RSI telah berada ditahap overbought, kemungkinan harga akan jatuh dahulu beberapa hari sebelum menyambung kenaikan ke R1. Cuba beli dengan harga lebih rendah.
trading idea UCREST yang lalu:
PENTA - dekat dengan harga tertinggi & pattern Cup&Handle?FA asas
Sektor: Teknologi
PE: 15
EPS 5.6
keuntungan bersih
pendapatan positif
PENTA dalam keadaan bullish dengan pergerakan harga kukuh dengan momentum yang kuat menghampiri harga lama tertinggi pada 3.09. Pada mas yang sama pergerakan harga telah membentuk pattern CUP & HANDLE, sebuah pattern yang kukuh menyokong kenaikan harga.
Sasaran terdekat diletak pada R1, tapi kemungkinan harga akan membuat penurunan untuk aktiviti pengambilan untuk jika dilihat pada indikator RSI yang kini pada paras Overbought. Harga dijangka turun sehingga paras S1 (garisan merah) sebelum menyambung kenaikan. beli pada kawasan garisan merah untuk harga terbaik.
Sasaran pattern CUP & HANDLE diletak pada jangkaan 4.5 dengan kaedah X to X
Jumlah belian pada hari ini 67%.
Jika harga turun dibawah paras S1, sila jual dahulu kerana trend dianggap telah berubah.
MINDA - Menghampiri paras SMA100 (jangka pendek sahaja)FA asas
Industri: Servis / Perkhidmatan
PE (tiada)
EPS -1.47 (Kerugian)
sSarikat masih kerugian
Pendapatan positif
maklumat lain: syarikat kerugian. hanya untuk trading sahaja, tidak dinasihatkan untuk pelaburan.
Pergerakan harga telah keluar dari kawasan downtrend (garisan Biru) memasuki fasa pengukuhan (consolidation) dimana harga bergerak secara mendatar. Namun begitu, hari ini, Harga telah didagangkan sangat hampir dengan paras rintangan pertama pada SMA100 (lebih kurang 14.5sen). Memandangkan pemegang saham utama telah membeli berterusan, kemungkinan ada berita baik yang akan diumumkan yang akan memberi kesan pada harga saham syarikat.
Jika paras R1 ditembusi, maka harga dijangka akan meneruskan kenaikan sehingga R2 dan R3, jika terdapat peningkatan minat belian saham syarikat ini.
Sila jual jika ada untuk untuk mengelakkan permainan pihak sindiket. Syarikat rugi tidak mempunyai sebab apa-apa untuk kenaikan harga saham syarikat tersebut.
Jika tidak kaunter ini tidak naik, bersedia untuk melepaskan pegangan saham ini jika harga jatuh di bawah paras S1 (40sen)
FBM KLCI Carta mingguan - paras penting 1800 ditembus!Setiap minggu satu candle akan terbentuk dalam carta mingguan. minggu lepas indeks telah menurun dengan kadar yang mengejutkan, menghapuskan kenaikan yang dibina 2 minggu sebelum itu. Lebih signifikan, harga telah menembusi paras dibawah 1800 dan pada hari jumaat lepas, tidak berjaya kembali naik melepasi paras 1800.
Namun begitu, indeks masih dalam short term bullish kerana masih berada diatas paras S1 (garisan merah Support line), akan tetapi sentimen telah bertukar bearish buat masa ini, dengan target akan mencecah S1.
Dalam keadaan yang tidak menentu ini, pelabur (swing trader / medium term) dinasihatkan untuk berhati-hari kerana pasaran masih tidak stabil. Short term trader (intraday/contra) masih boleh trade berdasarkan momentum / volume kaunter pilihan anda.
Minggu hadapan ada banyak cuti umum. Kemungkinan aktiviti market akan jadi perlahan, kurang aktif, sesetengah kaunter mungkin akan jatuh kerana pasaran lembap. Pastikan anda monitor portfolio anda setiap masa dan cutloss jika break stoploss anda.
KARYON - monitor rapat-rapatKaryon syarikat yang untung (PE below 10, ROE 11% EPS 2.3)
2 kali harga ditolak naik sebanyak dua kali dengan selling volume yang sedikit menggambarkan masih banyak terdapat pembeli besar belum menjual pegangan saham mereka. kaunter ini berkemungkinan akan naik lebih tinggi dengan data fundamental yang agak kukuh.
beli dalam 'buy Zone" dengan Target R1 & R2. jika harga melepasi S1 (garisan merah), cut loss dengan segera.
KLCI migguan bullish untuk jangka masa pendekKLCI mingguan telah berjaya mengekalkan paras 1800. namun masih belum bullish sepenuhnya kerana ia perlu melepasi paras R3 dan paras tertinggi sebelum ini pada 1895 R4. Kini saya katakan medium bullish kerana masih ada peluang untuk indeks kembali mengundur, dan membentuk pattern Head & Shoulder.. oleh itu, sila berhati-hati dan pastikan trade anda hanya untuk short / medium term sahaja buat masa ini..
selamat berdagang!
KLCI carta mingguan medium BullishCarta harga mingguan KLCI nampaknya telah berjaya tutup pada paras diatas R1, iaitu garisan downtrend terdahulu DAN mencecah R2 (garisan uptrend). Kemungkinan indeks akan melepas R2 (kembali uptrend) dan mencuba paras 1800. Jika melepasi paras 1800, maka indeks dijangka menjadi bullish untuk mencuba paras seterusnya pada 1900.
Jika tidak berjaya menembusi 1800, maka ia dijangka kembali turun, dan kemungkinan akan membentuk pattern Head & Shoulder, dimana ia merupakan suatu pattern bearish reversal. Jika ini berlaku, maka indeks dijangka akan jatuh lebih teruk.
Doakan yang terbaik..
LUXCHEM - potensi cup & HandleFA asas
Industri: Servis / Perkhidmatan
PE 15.65
EPS 4.41
syarikat mempunyai keuntungan
Pendapatan positif
maklumat lain: tiada
Pergerakan harga berpotensi untuk membentuk chart pattern CUP & HANDLE. pattern akan confirm hanya selepas pergerakan harga melepas R1. sasaran pattern Cup & Handle ialah pada R2.l
bersedia untuk melepaskan pegangan saham ini jika harga jatuh di bawah paras S1
KLCI carta mingguan medium BullishCarta harga mingguan KLCI nampaknya telah berjaya tutup pada paras diatas R1, iaitu garisan downtrend terdahulu DAN mencecah R2 (garisan uptrend). Kemungkinan indeks akan melepas R2 (kembali uptrend) dan mencuba paras 1800. Jika melepasi paras 1800, maka indeks dijangka menjadi bullish untuk mencuba paras seterusnya pada 1900.
Jika tidak berjaya menembusi 1800, maka ia dijangka kembali turun, dan kemungkinan akan membentuk pattern Head & Shoulder, dimana ia merupakan suatu pattern bearish reversal. Jika ini berlaku, maka indeks dijangka akan jatuh lebih teruk.
Doakan yang terbaik..
COMFORT masih bullishCOMFORT meneruskan kenaikan yang positif memecah paras consolidation dengan volume yang tinggi dari hari-hari sebelumnya.
Pergerakan harga dijangka akan meneruskan kenaikan sehingga R1, akan mungkin juga akan mengundur sedikit untuk memberi peluang pelabur mengambil untung dahulu sebelum meneruskan ke R1. Jika momentum berterusan, maka R2 mungkin akan dicapai, sekaligus menutup 'gap' pada awal bulan April.
Jika harga melepas S1, ia dijangka akan terus turun dan kemungkinan akan berlegar sekitar 84 - 95 sen.
Kepentingan VolumeVolume ada lah nadi kepada pergerakan saham.
Volume pada anak panah merah merupakan volume besar menandakan saham tersebut didagangkan dalam jumlah yang tinggi, menandakan pelabur besar (biasanya pelabur institusi) telah memasuki pasaran dengan membeli sejumlah saham yang besar, biasanya dalam kuantiti yang tidak dapat ditandingi oleh pelabur dan pedagang runcit, yang mempunyai modal yang jauh lebih sedikit berbanding dengan pelabur institusi.
Perhatikan pergerakan harga saham selepas kemasukan volume yang besar. secara medium term/long term, ia naik! Mengapa terjadi begitu? Ada dua sebab.
1. Jumlah pegangan saham tahap awam semakin berkurangan - oleh sebab itu, mengikut teori supply & demand, pegangan saham awam semakin berkurang akan menyebabkan harga saham tersebut naik
2. Jumlah dagangan yang besar telah menarik minat pelabur/pedagang yang lain untuk turut serta membeli, kerana mereka menjangkakan pelabur institusi telah masuk membeli saham ini kerana pelabur institusi mempunyai pengetahuan yang lebih berkenaan maklumat syarikat yang tidak dapat/belum dapat disiarkan kepada orang awam pada masa itu. Setiap kali minat belian melebihi minat jualan, sudah tentu harga akan naik!
Oleh itu, berikan lah perhatian kepada volume kaunter saham yang anda berminat untuk beli. Jangan sekali kali mengambil mudah berkenaan hal ini kerana ianya mungkin akan mengakibatkan kerugian modal anda.
Perhatikan carta pergerakan harga kaunter JHM diatas. Setiap anak panah merah menunjukkan volume yang tinggi (melebihi paras purata volume 20 hari) dan volume ini boleh dianggap tinggi. Nampak apa yang berlaku setelah setiap anak panah merah tersebut?
Lihat juga setelah ketiadaan volume besar masuk kedalam market.. adakah anda sudah faham?
Volume analysis seperti ini terpakai untuk semua timeframe, cuma ianya terpulang kepada pemerhatian dan ketajaman mata dan minda anda membuat analisis.
Selamat berjaya saya ucapkan kepada anda!
POS dalam fasa pengukuhan..POS masih dalam trend menaik, kini dalam fasa pengukuhan dan harga berlegar dallam kotak ungu. Jika harga menembusi kotak ke atas, maka ia dijangka akan menuju ke R1. Bila harga berhampiran S1 adalah harga terbaik dengan risiko paling minima untuk membeli.
Jika harga menembusi ke bawah kotak, maka kemungkinan ia akan meneruskan perjalanan ke S2.
ZECON dekat paras sokonganZECON masih dalam short term bullish selepas pembetulan harga dan proses pengambilan untung. Harga kini berada pada paras sokongan 0.395, yang juga pada paras uptrend line (biru dan S1 merah)
Pergerakan harga dijangka akan melantun dari paras ini menuju ke R1 dengan RSI sekitar 50%.
Jika harga melepas S1, ia dijangka akan terus turun sehingga S1.
APPASIA sedang menaik..APPASIA baru sahaja keluar dari downtrend yang sangat lama.. belian pada hari ini pada kadar 72% dengan jumlah dagangan 3 juta saham (volume moving average 20 hari pada 1.1 juta saham)
Pergerakan harga telah menembusi SMA 10, 50 dan 100 dalam jangka masa singkat menunjukkan momentum kenaikan harga yang kuat. Kini harga pertama kali berada diatas SMA 100 (medium term bullish).
Indicator RSI telah menunjukkan harga telah mencecah kawasan overbought, mencadangkan kemungkinan akan berlaku correction / pembetulan pada hari-hari seterusnya setelah kenaikan mendadak sejak seminggu lalu.
pergerakan harga short term bullish selagi harga bergerak diatas garisan S1 (merah). Jika harga menembusi S1, mungkin akan jatuh sehingga S2, dimana harga disini mungkin lebih stabil, selagi RSI berada diatas paras 50%, saya menjangkakan harga akan meneruskan kenaikan / bullish untuk jangka masa pendek.
PERMAJU - berada dihalangan pertama (jangka pendek sahaja)FA asas
Industri: Servis / Perkhidmatan
PE (tiada)
EPS 3.06 (Kerugian)
syarikat masih kerugian
Pendapatan positif
maklumat lain: syarikat kerugian, namun beigtu, kerugian semakin mengurang untuk 3 suku kebelakang, berita baik.
Pergerakan harga telah menghampiri paras rintangan iaitu garisan downtrend (garisan Biru). perhatikan pergerakan harga kaunter ini, jika ianya menembusi paras R1, harga dijangka akan meneruskan kenaikan ke R2 dengan pertambahan minat belian.
Sila jual sebelum sampai target jika ada untung untuk untuk mengelakkan permainan pihak sindiket. Syarikat rugi tidak mempunyai sebab apa-apa untuk kenaikan harga saham syarikat tersebut.
Jika tidak kaunter ini tidak naik, bersedia untuk melepaskan pegangan saham ini jika harga jatuh di bawah paras S1 (22.5sen)