Selamat Berdagang
Selamat Berdagang
Jangan takut untuk entri bila nampak peluang, selagi kita tahu dimana hendak keluar jika dagangan gagal. Yakin dan bersebab untuk entri. Yakin saja tidak cukup kalau tidak disokong sebab-sebab tertentu. Ada dalam video di atas.
Tujuan saya membuat video sebab malas nak tulis panjang2. Apa yang nak disampaikan lebih mudah dan jelas dalam video. Selamat menonton.
Saham AWC di pilih hanya untuk dagangan jangka pendek menuju laporan kewangan akan datang yang di jangka SELEPAS 20 HB FEB nanti. Kalau tak minat dengan mak, boleh tengok juga anak dia yang baru lahir. MYX:7579WA Jadikan aras PIVOT bulan ini sebagai aras sokongan semasa.
Inari nampak seakan sedang membuat corak bump-and-run (dipelopori oleh Mr. Bulkowski) pada carta harian. Jika lukisan atau gambaran saya sama seperti corak tersebut, kita boleh bayangkan arah seterusnya harga mungkin pergi. Jangkaan laporan kewangan dikeluarkan : 20 haribulan Feb ke atas.
Masih dalam aliran menurun. Cadangan kali ini hanya melihat arus kenaikan bermula dari awal tahun ini sehingga sekarang. Wajib bertanya dengan remiser atau dealer sebelum mula berjual beli. Mereka lebih layak memberikan nasihat. Semoga terhibur.
Yang menariknya - carta mingguan seperti membuat fasa pengumpulan yang cukup panjang. - harga tutup terakhir masih dekat dengan aras mingguan tertinggi 29 sen. Yang tak menariknya - price/earning ratio sangatlah deboommm, lebih 300 ! - mungkin sebab dah beranak hari tu. Yang perlu diambil perhatian - harga tutup minggu depan tidak di bawah harga terendah...
Komarcorp berhad tergolong dalam syarikat yang masih kerugian di setiap suku tahunan. Apa sebab rugi, yang tu kena baca. Untuk itu, pemilihan carta ini hanya untuk trading sahaja dan tidak memerlukan kita terus bercinta selamanya. Jika harga mula menurun dan mencari satu tapak baru, barulah pelan dagangan akan di buat. Buat masa sekarang, hanya tunggu dan...
Kemaskini dari posting tempohari. Orang lain ke atas, dia seronok pulak ke bawah.
Sama seperti kebanyakan carta-carta yang sedang menaik dari bawah ketika ini, IFCA juga membuat satu bentuk mangkuk ajaib yang sangat menarik. Jika dasar mangkuk ajaib dijadikan sebagai kawasan pengumpulan, sebarang kenaikan harga selepas ini boleh lah dikatakan sebagai fasa kenaikan atau mark-up stage. Namun begitu, tekanan jualan dari para pelabur yang telah...
Review kaunter yang keluar signal momentum pillar. PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
Video ini adalah berkaitan dengan signal buy momentum pillar tf5. Carta disebelah kiri adalah carta harian manakala carta disebelah kanan ada carta 5 minit. Signal momentum pillar yang dimaksudkan ialah pada carta 5 minit dimana ada tanda "BUY" diatas candle beserta garisan tiang merah pada background. Selamat menonton! PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan...