Carta mingguan K1Yang menariknya
- carta mingguan seperti membuat fasa pengumpulan yang cukup panjang.
- harga tutup terakhir masih dekat dengan aras mingguan tertinggi 29 sen.
Yang tak menariknya
- price/earning ratio sangatlah deboommm, lebih 300 !
- mungkin sebab dah beranak hari tu.
Yang perlu diambil perhatian
- harga tutup minggu depan tidak di bawah harga terendah minggu ini.
- menunggu laporan kewangan pada bulan FEB nanti.
- selalunya, ada cubaan breakout harga tertinggi terlebih dahulu jika laporan kewangan cantik.
- kalau harga lemah gemalai nak bergerak, berkemungkinan besar laporan akan datang kurang best.
- harga bergerak lebih awal berbanding news..selalunyalah
X-indicator
Lilin yang menelan - engulfing candleTadi google engulfing dalam bahasa melayu dipanggil "menelan". Maka saya panggil lah lilin yang menelan.
Lilin menelan secara asasnya adalah
" harga tertinggi hari ini lebih tinggi dari semalam dan harga terendah hari ini lebih rendah dari semalam"
Video hari ini lebih kepada bearish engulfing - satu signal yang berpotensi untuk memulakan penurunan ke bawah.
Fokus pada aras harga terendah dan lihat pergerakan harga seterusnya.
Komarkcorp - cadangan akan datang, jika adaKomarcorp berhad tergolong dalam syarikat yang masih kerugian di setiap suku tahunan. Apa sebab rugi, yang tu kena baca.
Untuk itu, pemilihan carta ini hanya untuk trading sahaja dan tidak memerlukan kita terus bercinta selamanya.
Jika harga mula menurun dan mencari satu tapak baru, barulah pelan dagangan akan di buat.
Buat masa sekarang, hanya tunggu dan lihat.
Contoh terdekat boleh rujuk pada carta
MYX:3484
MYX:6874
atau rujuk semula cadangan Ranhill semasa di awal kenaikan dulu. Link seperti di bawah.
Belajar teknikal dengan melihat carta yang aktifTidak ada cara yang lebih mudah untuk kita mengulangkaji pergerakan saham selain dari membuat latihan berturut-turut.
Disebabkan tradingview ada menyediakan carta luar negara, amatlah digalakkan untuk kita melihat, mengkaji dan menggunapakai segala ilmu yang kita ada pada carta2 mereka yang sentiasa aktif.
Teknikal analisis tetap sama walau di mana saja tempoh masa yang kita guna.
Semoga terhibur.
Sektor tenaga membuat lonjakan hari iniSetakat petang tadi, nampak kemasukan volume dan kenaikan harga pada stok yang berada dalam sektor TENAGA - atau lebih mudah sektor berkaitan minyak dan carigali.
Berdagang ketika harga sedang konsolidasi memerlukan kesabaran untuk melihat hasilnya.
Manakala berdagang ketika harga sedang mendaki naik, memerlukan kepantasan menyelit.
Tak kisah mana satu pilihan yang kita buat, jangan lupa ambil untung jika ada.
Selepas jual, kita masih boleh lagi membeli semula bila-bila masa yang dirasakan sesuai.
Melihat stok dalam senarai paling rugiPembetulan : ayat "lepas jual terus jatuh"..sepatutnya "lepas jual terus naik"
Bila banyak yang sudah naik, bilakah masanya untuk menuai hasil?
Hasil boleh dituai samada
- ikut pelan asal sebelum membeli
- bila harga menunjukkan tanda-tanda pembalikan
- nak pakai duit
Bila masa sesuai juga boleh di ihat pada carta-carta yang berada dalam kategori "paling rugi" di dalam penyaring tradingview. Dengan melihat bagaimana carta-carta ini mula menurun, kita boleh membuat satu pelan trading yang sesuai mengikut keadaan semasa carta.
Nak tulis panjang-panjang leceh, jadi layan saja video di atas..
Kalau salah, jangan ikut.
Semoga terhibur.
IFCA MSC BERHAD - jika ada sambungan kenaikanSama seperti kebanyakan carta-carta yang sedang menaik dari bawah ketika ini, IFCA juga membuat satu bentuk mangkuk ajaib yang sangat menarik.
Jika dasar mangkuk ajaib dijadikan sebagai kawasan pengumpulan, sebarang kenaikan harga selepas ini boleh lah dikatakan sebagai fasa kenaikan atau mark-up stage.
Namun begitu, tekanan jualan dari para pelabur yang telah membeli dari peringkat bawah juga tidak boleh di lupakan. Pastikan sentiasa bersedia dengan pelan dagangan yang terbaik.
Stok Industri Pembinaan dan bentuk carta yang hampir samaHari ini 15 JAN 2019 , stok di dalam kategori industri pembinaan membuat cubaan keluar dari kawasan konsolidasi.
Yang menariknya, hampir kesemuanya membuat bentuk dan pergerakan yang hampir sama.
Yang tak menariknya , bila semua bergerak serentak. Mana satu nak pilih ?
Walaubagaimanapun, ke semuanya masih di bawah garis MA 200. Hanya sesuai untuk dagangan jangka pendek atau asal untung jual !
Penerangan Script Trendband Naked - Bahagian 1Berbanding dengan Trendband Guide yang garis moving average adalah tetap, dalam skrip terbaru ini, saya beri kemudahan kepada pengguna untuk mengubah semua moving average yang ada mengikut stail berdagang masing2.
Terpaksa pecah video kepada beberapa bahagian.
'
Semoga terhibur.
Indikator pertama menggunakan Editor Pine - salin dan tampalDalam video ini , saya tunjukkan cara untuk membuat skrip / indikator sendiri dengan bantuan Editor Pine.
Masih banyak lagi yang boleh dibuat. Tapi, sebagai pengenalan awal, dapat salin dan tampal pun jadi lah.
Peringatan : Hanya untuk pembelajaran saja. Sila dapatkan nasihat dari remiser atau pakar kewangan sebelum membuat keputusan jual beli di bursa.
Salin skrip di bawah :
//@version=3
study(title="Volume", shorttitle="Vol", precision=0)
showMA = input(true)
Value = input(30)
barColorsOnPrevClose = input(title="Color bars based on previous close", type=bool, defval=false)
palette = barColorsOnPrevClose ? close > close ? red : green : open > close ? red : green
arrow = volume< volume and volume < volume and close <= open and close > ema(close,21)
plot(volume, color = palette, style=columns, title="Volume", transp=65)
plot(showMA ? sma(volume,Value) : na, style=line, color=blue, title="Volume MA", transp=65)
plotshape (arrow, style=shape.cross, location=location.abovebar, size=size.tiny, color=black)
Review kaunter yang keluar signal momentum pillarReview kaunter yang keluar signal momentum pillar.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
Perkongsian buy signal momentum pillar tf5 untuk kaunter SALUTEVideo ini adalah berkaitan dengan signal buy momentum pillar tf5. Carta disebelah kiri adalah carta harian manakala carta disebelah kanan ada carta 5 minit.
Signal momentum pillar yang dimaksudkan ialah pada carta 5 minit dimana ada tanda "BUY" diatas candle beserta garisan tiang merah pada background.
Selamat menonton!
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!