X-indicator
25-Nov-2020: Indi kajian TA (bursa)-Siri 1Assalamulaikum dan selamat sejahtera rakan bokojoz;
Petang ini saya sekadar nak berkongsi serba sedikit tentang apa yang saya tahu dan cara bagaimana saya melakukan kajian kaunter di Bursa. Jadi setiap kaedah kajian adalah agak berbeza dimana naked chart dan price action tidak berapa berkesan digunakan di BURSA walaupun boleh saja untuk digunakan (Ini pengalaman saya sendiri mungkin sebab saya tak biasa dengan bursa)
Secara umum di bursa saya banyak menggunakan indikator untuk membantu dalam pemilihan kaunter. Ini disebabkan kebanyakan entry dan exit yang dilakukan oleh pedagang bursa adalah berdasarkan kepada indikator. Jadi kita sebenarnya menggunakan indi ni sebab nak tahu dimanakah kebanyakan trader membuat keputusan nak masuk. Jadi beberapa indi yang saya biasa gunakan adalah seperti berikut:
1. Volume
kebiasaanya digunakan untuk melihat minat belian
Time frame digunakan D dan W
pada DTF kita nak lihat minat belian semasa
pada WTF kita nak lihat trend pembelian dan minat keseluruhan terhadap sesuatu kaunter dlm jangka masa panjang.
Jadi kita akan hanya menumpukan pada kaunter yang mempunyai volume sekurang-kurangnya 10k (di DTF)
Direprentasikan dengan warna hijau dan merah, hijau minat belian / merah jualan
2. MA
yang ini merupakan indikator yang digunakan untuk kenalpasti trend
ada beberapa jenis namun kebiasanya SMA dan EMA lebih kerap digunakan.
SMA/EMA 5 & 10 / 6 & 9 (untuk jangka pendek)
SMA/EMA 20 & 50 (digunakan untuk trend jangka panjang)
Biasanya digunakan berpasangan dan isyarat membeli atau menjual dikenalpasti daripada persilangan Golden Cross @ Death Cross
Selagi harga berada di atas MA 20 & 50 kebanyakan trader mengatakan trend adalah dalam keadaan menaik
Rasanya cukup 2 ini dahulu, kita akan sambung dengan siri 2
Semoga bermanafaat
Entry dan Cutloss dalam sahamTrading adalah satu bentuk probability atau kemungkinan yang akan berlaku dari kajian yang dibuat menggunakan data yang terdahulu. Oleh itu apa yang penting adalah cara kajian, entry dan cutloss untuk mengurangkan risiko kerugian. Bila kita kata kemungkinan pastinya akan ada kaunter yang loss dan untung. Dinasihatkan kepada trader untuk membeli kaunter lebih dari satu supaya ada kaunter yang kita untung dan dapat cover kerugian. Secara ringkasnya :-
1 - Guna teknik yang telah terbukti berkesan untuk memaksimumkan keuntungan
2 - Entry perlu pada tempat yang betul supaya jika kajian tidak menjadi kita boleh cutloss pada kerugian yang sedikit
3 - Beli 3 atau 5 kaunter bagi meningkatkan peratus keuntungan. Jika beli satu kaunter ditakuti akan loss dan mengakibatkan trader patah semangat. Jika beli lebih dari 1 akan ada kaunter yang untung dan boleh cover loss. Secara purata akan untung.
Selamat berdagang
Kais yang gagal !Dari 3, hanya 1 saja mencapai sasaran 2 bid.
Saya anggap gagal !
Esok cerita lain.
Sekian.
SCREENER CONFIRM TAK NAIK !Penerangan untuk kurangkan jumlah stock yang muncul dalam screener padu hari tu.
Reentry signalDalam indikator Bandevo, akan ada tempat yamg menarik untuk reentry selepas berlaku breakout. Reentry adalah sesuai bila kita terlepas entry pada breakout atau untuk menambah lot selepas entry breakout. Anda boleh perhatikan kotak hitam yang terbentuk. Sekiranya harga mencecah kotak hitam, menandakan signal reentry dan kita boleh entry tepat ketika harga cecah kotak hitam. Reentry seperti ini mempunyai risiko yang amat rendah dan keuntungan yang amat baik.
SIRI PINE SCRIPT - PLOT dan WARNA berbeza untuk garisan hargaMenggunakan fungsi PLOT dan CLOSE PRICE untuk membuat garisan dan bulatan yang berlainan warna.
Di akhir video, saya tukar dari CLOSE PICE kepada nilai RSI.






















