X-indicator
SIRI PINE SCRIPT - warna transparent dalam pinescriptKita boleh gunakan built-funtion color.new untuk kawal ketelusan warna mengikut kesesuaian.
ADVCON satu kajian 3MSyarikat ini terlibat dalam industri pembinaan. Projek yang sedang berjalan adalah projek perumahan Setia Eco, Pan Borneo Highway dan terbaru projek bumbung solar.
Dari segi teknikal, kelihatan volum pembelian sudah masuk. Adakah pembelian akan berterusan?
Sokongan pada 0.365.
Halangan pertama pada 0.400.
Halangan seterusnya pada 0.430, 0.460 dan 0.490.
Harga masuk yang padu adalah sekitar 0.400 - 0.415.
Ini hanya sekadar tutorial pembelajaran. Kaji sendiri.
Paparan screener yang selalu saya gunaSaya ada banyak jenis screener.
Ada screener untuk pullback, ada screener untuk breakout dan ada juga untuk buat watchlist.
Penggunaan screener di tradingview ini bukan saja memudahkan kerja saya, malah ianya juga lebih pantas dan multi-platform.
Sekian.
#cintailahbahasakebangsaan
BTECH kajian 3MSyarikat ini terlibat dengan perniagaan rawatan air dan loji air kumbahan.
Carta masih menunjukkan harga masih dalam fasa penurunan (retracement).
Sokongan pada 0.310
Halangan pertama pada 0.340, halangan kedua pada 0.370 dan halangan ketiga pada 0.400
Tunggu candle rebound pada harga sokongan dulu. Boleh masuk pada harga antara 0.310 - 0.340 untuk short swing sampai halangan kedua atau ketiga.
Ini hanya kajian untuk pembelajaran. Sila kaji sendiri.
SIRI PINE SCRIPT - Label pada punca paling tinggi dan rendahSaya cuma tukar kedudukan x pada label dan pindahkan kepada punca harga tertinggi dan terendah.
Selamat Hari Raya Aidil Adha 2020.
PREVIOUS HIGH - penerangan dan kegunaanSaya buat satu script mudah untuk tandakan aras tertinggi harga untuk harian, mingguan dan bulanan.
Penerangan dalam video di atas dan ianya open script.
Boleh cuba buat sendiri dan letak penambahan ikut selera masing-masing.
* berkenaan monthly chart, saya akan betulkan kemudian *
SIRI PINE SCRIPT - Gariskan nilai bar paling tinggi atau rendahMasih lagi dalam mood membuat garisan.
Kali ini kita gunakan built-in function highestbars() dan lowestbars() untuk dapatkan nilai tertinggi dan terendah sambil melukis garisan bermula dari nilai yang dapat tadi.
Maaf, video tamat pada minit ke 11..lebihan minit tu boleh abaikan sebab terlupa nak tutup video.
ICONIC menunjukkan permulaan uptrend MA20Iconic Worldwide Berhad terlibat dalam perniagaan hartanah (Iconic City), perhotelan, perlancongan dan yang terkini pembuatan topeng muka Covid 19. Laporan kewangan 4 kuarter lepas juga sangat bagus.
Candle hari ini menunjukkan persediaan untuk uptrend di atas garisan MA20. Boleh jadi ke ni?
Sokongan pada 0.295
Halangan-halangan pada 0.31, 0.34 dan 0.37.
Ini hanya satu tutorial pendidikan teknik analisa 3 Moving Average. Kaji sendiri.
GCB kajian analisa teknikal 3MGCB terlibat dengan perniagaan koko dan bahan ramuan berasas koko. Tidak lama lagi musim raya Aidil Adha, mesti ramai orang nak buat kek perasa coklat.
Carta menunjukkan harga tutup pada 2.710 dia atas line MA20 dan lines MA50 dan MA200 menjadi rujukan sokongan di bawah. Ini satu petanda uptrend yang baik.
Sokongan dilihat pada 2.65.
Halangan seterusnya pada 2.750, 2.810 dan 2.945.
Ini hanya latihan analisa teknikal menggunakan 3 Moving Average. Sila kaji sendiri.






















