Cara menggunakan Volum Sesi HD untuk mengkaji harga dan volumVolum Sesi HD dicipta untuk menambahkan keterperincian dan ketepatan bagi mengkaji harga dan volum untuk setiap sesi perdagangan. Volum Sesi HD mengubah secara dinamik untuk menunjukkan lebih banyak data apabila anda zum masuk dan keluar carta.
Anggaplah Volum Sesi HD seperti kanta pembesar untuk mengkaji volum dan harga. Apakah aras harga yang akan menarik volum perdagangan yang terbanyak? Bagaimanakah ia berubah apabila kami zum masuk atau keluar dalam sesi perdagangan yang tertentu? Dengan Volum Sesi HD, semakin banyak anda zum masuk, semakin terperinci anda akan lihat tentang harga dan volum untuk hari perdagangan tertentu. Ia merupakan alat yang sempurna untuk pedagang dan pelabur yang ingin zum masuk dan keluar dengan cepat dan menukarkan resolusi carta mereka.
Merujuk kepada contoh di atas, kami sedang melihat dua carta Tesla di mana kedua-duanya ditetapkan dengan rangka masa dan resolusi yang berbeza. Adakah anda dapat melihat perbezaan antara Profil Volum yang ditunjukkan pada setiap carta? Carta di bahagian kiri ialah carta harian sehingga November. Carta di bahagian kanan ialah carta 65-minit yang kami zum masuk untuk beberapa hari yang lalu. Kedua-dua carta menggunakan Volum Sesi HD untuk menunjukkan analisis Profil Volum, tetapi setiap carta menunjukkan aras keterperincian yang berbeza. Dengan kata lain, semakin banyak kita zum masuk, semakin banyak aras profil volum akan dipaparkan.
Apabila anda mula memahami dan menggunakan Volum Sesi HD, penting untuk mengingati bahawa alat ini boleh disesuaikan mengikut keperluan dan pemerhatian anda. Buka tetapannya untuk bermula. Setiap pedagang dan pelabur mempunyai metodologi tersendiri dan tetapan ini akan membantu anda mencipta gaya kajian anda yang unik.
Titik Kawalan/ Point of Control (POC) - Aras harga untuk tempoh masa dengan volum dagangan yang tertinggi. Garis merah ini ditunjukkan di kedua-dua carta dalam setiap kawasan Profil Volum.
Volum Naik - Menentukan warna untuk Volum Naik atau titik-titik di mana pembelian berlaku dan harga meningkat.
Volum Turun - Menentukan warna untuk Volum Turun atau titik-titik di mana penjualan berlaku dan harga menurun.
Kawasan Nilai Naik - Menentukan warna untuk Kawasan Nilai Naik atau di mana pembelian berlaku dalam zon volum tinggi, katakan 70% daripada kesemua volum yang dapat didagang.
Kawasan Nilai Turun - Menentukan warna untuk Kawasan Nilai Turun atau di mana penjualan berlaku dalam zon volum tinggi, katakan 70% daripada kesemua volum yang dapat didagang.
Profil Tinggi - Aras harga tertinggi yang tercapai dalam satu tempoh masa yang spesifik.
Profil Rendah - Aras harga terendah yang tercapai dalam satu tempoh masa yang spesifik
Kawasan Nilai/Value Area(VA)- Julat aras harga di mana satu peratusan spesifik untuk semua volum yang didagang dalam tempoh masa itu. Biasanya, peratusan ini ditetapkan kepada 70% , namun demikian ia adalah bergantung kepada pilihan pedagang.
Kawasan Nilai Tinggi/ Value Area High (VAH) – Aras harga tertinggi dalam kawasan nilai itu.
Kawasan Nilai Rendah/Value Area Low (VAL) - Aras harga terendah dalam kawasan nilai itu.
Kami berharap tutorial ini membantu anda memahami kekuatan Volum Sesi HD dan alat Profil Volum yang lain. Lebih penting , kami berharap ia membantu anda memahami semua ciri, penyesuaian dan kefungsian yang datang dengan alat ini. Volum Sesi HD adalah salah satu alat Profil Volum yang tersedia untuk anda dan ia amat berguna semasa melakukan zum masuk dan keluar carta, menukar rangka masa , dan mencari maklumat tambahan untuk kajian sesi perdagangan tertentu.
Terima kasih kerana membaca dan sila tinggalkan maklum balas atau komen di bawah. Jika anda ingin melihat lebih tentang alat atau ciri Profil Volum, anda boleh hantarkan cadangan anda kepada kami! Kami mungkin akan membinanya untuk anda.
X-indicator
Saya rekod video ni dari Linux ! Nota : Harap maaf, videa asal tadi tak menjadi. Yang tu saya rekod dari Firefox. Video kali ni saya rekod dari Google Chrome. Kalau masih tak boleh play, abaikan apa saja yang saya tulis di sini.
MacOS dah , iOS dah, Windows dah, Android dah, dan hari ini saya cuba Tradingview dari Linux.
Saya guna Linux Mint dan hanya run dari USB .
Secara umum, memang Tradingview boleh buka di mana-mana sahaja , asalkan guna internet browser dan ada internet line.
Tapi bagi saya yang selalu rekod video, memang kena cuba dulu baru tau jadi atau tak. Setakat nak conteng2 chart, memang boleh jer.
Selamat Tahun Baru 2021 dan semoga terhibur !
Indikator Trendband Cycle - kemaskini label Target/Stop LossSaya tambah maklumat di dalam label untuk Target dan Stop Loss.
Ada kesilapan penerangan pada minit ke 4:13 - nilai stop loss bukan -11.11%, tetapi -1.56% , boleh rujuk terus dalam label tersebut.
Seperti biasa, buang indikator Trendband Cycle dan tambah semula untuk dapatkan kemaskini terbaru.
Panduan Entry Pada PullbackSalah satu entry yang selamat atau mempunyai risiko yang rendah dalam saham adalah enry pullback. Sekiranya anda jumpa dengan breakout, jangan terus masuk, tunggu pada level breakout dan entry pada level breakout atau tunggu kotak hitam muncul. Contoh seperti dalam chart mengikut nombor.
{1} Harga telah breakout pada line biru, harga kembali semula setelah breakout. Entry dibuat pada level breakout.
{2} Harga kembali pada level breakout tetapi tidak melepasi level breakout dan membuat shadow. Entry boleh dibuat pada level ini.
{1} Harga breakout tetapi jatuh dibawah level breakout. Sekiranya harga naik semula pada level breakout dengan membuat higher low, entry boleh dibuat pada level breakout.
{4} Entry dibuat setelah harga breakout dan bertemu dengan kotak hitam.
Panduan Entry Pada BreakoutSebelum ini saya berkongsi berkenaan dengan entry pullback, tetapi kali ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan entry pada breakout. Entry yang berisiko tinggi tetapi jika kita tahu caranya risiko boleh menjadi rendah. Untuk entry breakout, anda perlu mencari kaunter yang sideways, kemudian tunggu pada garisan breakout. Secara praktikalnya anda boleh meletakkan alarm pada level breakout. Ketika harga bergerak dan mencecah level breakout, dari timeframe daily, anda boleh tukar kepada timeframe 15 minit. Pada timeframe 15 minit pastikan harga berada di atas awan iaitu baru melepasi awan. Hold selagi harga berada di atas awan.Cutloss sekiranya harga melepasi bawah awan pada hari yang sama (pukul 4.50 petang). Sekiranya harga tidak melepasi bawah awan anda boleh hold sampai keesokan harinya dan cutloss anda adalah dibawah level breakout. Dan anda boleh bertukar kepada timeframe daily untuk monitor harga seterusnya. Ke unikan indikator Bandevo ini adalah support dan resistance tidak bergerak atau berubah pada mana-mana timeframe. Yang berubah hanyalah awan untuk entry breakout dan momentum harga. Rujuk pada gambar di bawah. Selamat berdagang.
Analisis sentimen US dengan melihat VIXVolatility Index (VIX) adalah indeks yang berguna untuk para pedagang menilai sentimen semasa.
Terdapat beberapa paras atau zon penting yang boleh membantu pedagang untuk lebih agresif atau konservatif dalam pasaran.
- Zon Bahaya (Danger Zone): > 28
- Zon Tak Menentu (Whipsaw Zone): 19 - 28
- Zon Wang (Money Zone): < 19 .
Jadi kita di zon mana sekarang?
Cara menggunakan alat melukis Profil Volum Julat Tetap yang baruProfil volum penting untuk memahami bekalan, permintaan, dan kecairan keseluruhan. Alat profil volum membolehkan anda menganalisis trend volum pada aras harga tertentu dan masa yang tertentu. Alat melukis baru kami yang dipanggil Profil Volum Julat Tetap dicipta untuk membolehkan semua orang mengkaji trend volum pada carta mereka.
Berikut adalah cara anda boleh mula menggunakan alat melukis Profil Volum Julat Tetap yang baru:
1. Pergi ke bahagian kiri carta anda dan klik Alat Ramalan dan Ukuran. Ini merupakan tempat yang sama dengan alat Julat Harga atau Panjang/Singkat
2. Menatal ke bawah senarai ini dan pilih Profil Volum Julat Tetap.
3. Selepas memilih alat tersebut, cari dan klik kawasan carta yang hendak dikaji. Klik pada titik mula dan akhir. Dalam contoh ini, kami menunjukkan profil volum julat tetap untuk BTCUSD dari tinggi sepanjang masa sehingga hari ini.
Memahami cara membaca Profil Volum Julat Tetap amat penting. Apabila anda melukis Profil Volum Julat Tetap yang pertama, anda akan melihat yang berikut:
• Garis merah = titik kawalan/point of control atau aras harga dengan volum tertinggi.
• Bar kuning dan biru = volum naik dan turun untuk setiap aras harga.
• Kawasan berlorek biru = kawasan profil volum terpilih yang ditunjukkan.
Harap diingat bahawa anda boleh mengubah tetapan Profil Volum Julat Tetap. Ini bermakna anda boleh menukar gaya dan pengiraannya. Contohnya, anda boleh menambahkan titik kawalan yang berkembang, mengubah warna kawasan berlorek, dan menukar saiz barisan volum. Kemungkinan yang tidak terbatas dan terpulang kepada anda untuk membina penampilan terbaik untul Profil Volum Julat Tetap anda.
Kami berharap anda menyukai alat melukis baru ini dan kami berharap untuk melihat bagaimana ia digunakan. Kami mempunyai misi untuk membantu sebanyak mungkin pelabur dan pedagang dan kami percaya alat-alat sedemikian dapat membantu. Mereka adalah percuma dan tersedia untuk semua orang.
Jika anda mempunyai sebarang soalan dan maklum balas, sila tuliskan dalam ruang komen di bawah. Jika anda belum yakin untuk menggunakan alat ini, kami mencadangkan untuk mulai mencuba dan bereksperimen dengannya. Salah satu cara terbaik untuk belajar adalah dengan mencuba menggunakannya.
SCREENER VOLUM RELATIF - sesi petangHasil screener masih terkawal dan tidak banyak yang keluar. Sedikit tidak bermakna terbaik.
Mungkin disebabkan pasaran hari ini yang tidak memberangsangkan secara keseluruhan.
Saya cuba lagi di hari lain dan akan terus live berbanding pre-recording macam sekarang.
SCREENER VOLUM RELATIF - kita cuba selama seminggu !Screener volum relatif sangat jarang saya guna.
Dari segi potensi, nampak boleh digunakan untuk mencari stock yang ada kemasukan volum.
Saya akan cuba paparkan setiap setting yang berlainan, untuk time frame dan waktu berbeza selama seminggu.
Semoga terhibur.
5-Dis-2020: Indikator kajian TA (bursa)-Siri 2Assalamulaikum dan selamat sejahtera rakan bokojoz;
Semoga semua sihat sejahtera dan berada dalam lindungannya. Hari ini baru ada kelapangan sedikit untuk menyambung berkenaan indicator ni. Terima kasih sebab belanja like and view untuk siri-1.
Suka saya ingatkan, keputusan untuk membeli atau menjual bukan bergantung kepada analisa daripada satu indikator sahaja tetapi melibatkan kombinasi 2-5 indikator untuk mengukuhkan keputusan.
Jadi kali ini saya nak bincangkan 3 indikator yang biasanya digunakan dan agak terkenal dikalangan trader iaitu MACD dan RSI & STO . Indikator RSI & STO ini sebenarnya adalah 2 indikator berasiangan ya Cuma saya ceritakan sekali. Jom kita mulakan.
1. MACD
Nama penuhnya adalah Moving Average Convergence Divergence
Mengenalpasti gerakan awal perubahan momentum
Terdapat 2 garis yang bertindak sebagai penentu untuk membuat keputusan iaitu garis MACD dan Signal
Garis MACD ini mewakili EMA 12-26 (standard setting)
Garis Signal mewakili EMA 9 (standard setting)
Terdapat satu garisan tengah penentu Uptrend zon dan Downtrend zon yang dilabelkan sebagai ‘0’
Apabila Garis MACD & Signal berada diatas paras 0 kebiasaannya carta berada dalam keadaan trending up
Apabila ia berada di bawah paras 0 , carta berada pada fasa trending down
Kebiasaannya penentuan untuk melakukan entry adalah apabila kedua2 garisan ini mula merapat diantara satu sama lain dan mula hendak membuat persilangan.
Persilangan yang berlaku di dalam Downtrend zon biasanya digunakan untuk kaedah Bottom fishing
Persilangan yang berlaku di dalam Uptrend zon pula digunakan untuk ‘ Ride trend ’ atau mengesan pullback.
2. RSI / STO
Nama penuhnya adalah RSI-Relative Strength Index & STO – Stochastic
engenalpasti kadar pecutan momentu m
Kebiasaannya terdapat 3 level yang sering menjadi perhatian pelabur (dua-dua sama)
Secara standard level-level itu adalah -> Level 70 – overbought / level 50 – Middle area (penentu) / level 30 – oversold
Bagi RSI saya baca seperti berikut (ini mungkin x sama dengan org lain tapi ianya mudah bagi saya nak faham)
- > 70 Overbought = Bersedia untuk menjual
- 55 – 70 Momentum Up = Cari peluang membeli dan re-entry
- 54 – 46 Sideway = Cari membeli semasa pullback
- 45 – 30 Momemtum down = Elak dari membeli hanya jual
- < 30 Oversold = Cari peluang untuk membeli dari bawah
Bagi STO pula sejujurnya saya tak guna sangat tapi cara membaca lebih kurang seperti berikut:
- > 70 Overbought = Bersedia untuk jual
- 50-70 Momentum up = Cari peluang untuk membeli & re-entry
- 30-50 Momentum down = Elak dari membeli hanya jual
- < 30 Oversold = Cari peluang membeli dari bawah
Sila rujuk kepada chart untuk lebih memahami keadaan sebenar.
Rasanya cukup dulu sampai di sini perkongsian untuk kali ini. Kita akan sambung dalam siri seterusnya.
bagi sesiapa yang terlepas siri-1 boleh check balik di link disertakan.
Semoga bermanafaat






















