Penunjuk moving average convergence divergence (MACD)
Moving average convergence divergence adalah sebuah penunjuk momentum yang mengukur perbezaan antara dua moving averages, memberikan pandangan terus tanpa had tentang bagaimana dua purata menumpu dan mencapah dari masa ke semasa. Ia juga menawarkan ukuran mengenai momentum harga dan trend jangka pendek.
KANDUNGAN:
Apakah moving average convergence divergence
Penunjuk MACD pada asalnya dicipta oleh Gerald Appel dalam tahun 1970an. Dalam tahun 1986, Thomas Aspray menambahkan satu garis histogram, yang mewakili perbezaan antara MACD dan garis isyarat.
Sekarang, MACD mengandungi tiga bahagian:
- Garis MACD, yang berayun sepanjang sifar sebagai dua moving averages menumpu dan mencapah
- Garis isyarat dilicinkan, yang mengikuti MACD dan memberikan titik rentasan untuk mengenalpasti potensi balikan
- Histogram yang memberikan pemvisualan untuk membantu mengenalpasti momentum yang semakin menguat atau melemah dan menjangka kemungkinan persilangan isyarat
Penunjuk kami memaparkan semua tiga siri — MACD, garis isyarat dan histogram — dalam panel carta berasingan.
Dengan menganalisa nilai-nilai ini bersama-sama, anda boleh:
- Menentukan arah trend
- Menilai kekuatan pergerakan harga
- Mengenalpasti titik balikan berpotensi
- Menemui penumpuan momentum dan corak lain

Bagaimana MACD dikira
Penunjuk mengira perbezaan antara dua moving average dengan panjang berbeza untuk mencipta siri MACD utama. Ia melicinkan MACD untuk menghasilkan garis isyarat dan kemudiannya mengira histogram dengan mengambil perbezaan di antara nilai MACD dan garis isyarat.
MACD = MA Laju − MA PerlahanIsyarat = Moving average untuk MACDHistogram = MACD − IsyaratDi mana:
- MA Laju adalah moving average dengan panjang terendah
- MA Perlahan adalah moving average dengan panjang tertinggi
Penunjuk memplotkan MACD dan nilai isyarat sebagai garis, dan nilai histogram sebagai lajur berkodkan warna. Ia juga memaparkan garis sifar mendatar untuk membezakan nilai positif dan negatif.
Dengan menggunakan nilai-nilai ini, anda boleh menganalisa momentum dan trend dalam berbagai cara. Beberapa cara yang biasa digunakan:
- MACD bergerak di atas 0 menunjukkan MA pantas lebih besar daripada MA perlahan. Ini mencadangkan momentum ke atas purata atau potensi kenaikan trend
- MACD bergerak di bawah 0 menunjukkan MA pantas lebih kecil daripada MA perlahan. Ini mencadangkan momentum ke bawah purata atau potensi penurunan trend
- Nilai histogram di atas 0 atau MACD bergerak di atas garis isyarat, mencadangkan momentum ke atas sedang menaik atau momentum ke bawah sedang menurun
- Nilai histogram di bawah 0 atau MACD bergerak di bawah garis isyarat, mencadangkan momentum ke bawah sedang menaik atau momentum ke atas sedang menurun
Apakah pencapahan MACD (MACD divergence)
Pencapahan adalah percanggahan antara pergerakan harga dan pergerakan penunjuk teknikal. Ada dua jenis pencapahan:
- Biasa: Mencadangkan pelemahan trend semasa atau bersedia untuk balikan
- Tersembunyi: Mencadangkan penerusan trend semasa
Pencapahan antara pergerakan relatif untuk harga pasaran dan MACD mungkin membantu untuk mengenal pasti titik perubahan atau anjakan dalam trend. Sebagai contoh, kejatuhan puncak dalam MACD apabila harga naik mungkin menunjukkan kelesuan kenaikan trend. Sebaliknya, kenaikan jurang dalam MACD semasa harga jatuh mungkin memberi isyarat kelesuan penurunan trend.
Pencapahan antara pergerakan MACD dan histogram boleh memberikan isyarat anjakan berpotensi dalam momentum. Sebagai contoh, penurunan nilai histogram pada masa kenaikan nilai MACD menunjukkan bahawa MACD menaik pada kadar lebih perlahan, mencadangkan kemungkinan kelesuan momentum menaik. Kenaikan nilai histogram semasa nilai MACD jatuh menunjukkan MACD semakin berkurang pada kadar lebih perlahan, mencadangkan kemungkinan kelesuan pada momentum menurun.
Penunjuk ini mengandungi syarat pemberitahuan untuk apabila histogram bertukar dari positif ke negatif dan sebaliknya, untuk memberikan isyarat pada titik di mana momentum mungkin beranjak antara keadaan naik dan jatuh. Rujuk kepada artikel Bermula dengan pemberitahuan teknikal untuk mempelajari bagaimana menggunakan mereka.
Tetapan MACD

- Sumber: Siri nilai di mana untuk mengira pengayun
- Panjang pantas: Nilai panjang untuk moving average pantas
- Panjang perlahan: Nilai panjang untuk moving average perlahan
- Panjang isyarat: Nilai panjang untuk moving average MACD (garis isyarat).
- Jenis MA pengayun: Menentukan jenis untuk purata laju dan perlahan dalam pengiraan MACD. Pilih "EMA" untuk menggunakan dua exponential moving averages, atau "SMA" untuk menggunakan simple moving averages
- Jenis MA isyarat: Menentukan jenis moving average yang dilaksanakan penunjuk kepada MACD untuk mengira garis isyarat. Pilih "EMA" untuk exponential moving average, atau "SMA" untuk simple moving average
- Rangka masa: Menetapkan rangka masa yang digunakan penunjuk untuk pengiraannya. Kotak semak "Tunggu untuk rangka masa menutup" di bawah menentukan sama ada penunjuk menunjukkan keputusan hanya apabila bar pada rangka masa ditentukan menutup. Ini boleh menjadi sangat berguna untuk analisis berbilang rangka masa
Juga baca: