EQT: Segi Tiga TerbalikSaham syarikat EQT Corporation dilihat bergerak mendatar sejak beberapa bulan dagangan
Jika dilihat pada carta harian, pergerakan harga dilihat bergerak dalam corak carta segi tiga terbalik
Lilin beberapa hari dagangan yang lalu dilihat bergerak mendekati rintangan corak carta namun volum berada di bawah purata volum harian
MA50 harian dilihat bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat menghalang kejatuhan harga (tidak ditunjukkan)
Petunjuk RSI harian dilihat berada di atas zon pertengahan menunjukkan terdapatnya momentum untuk kenaikan
Walaubagaimanapun RSI mingguan dilihat telah memasuki kawasan 'oversold' meningkatkan kemungkinan berlakunya pembetulan
Ke manakah halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!