Starbucks Corporation (Starbucks) merupakan pemanggang, pemasar dan peruncit kopi. Setakat 2 Oktober 2016, syarikat ini telah beroperasi di 75 buah negara. Syarikat ini beroperasi melalui empat segmen: Amerika, yang mana termasuk sekali negara Amerika Syarikat, Kanada dan Amerika Latin; China/Asia Pasifik (CAP); Eropah, Timur Tengah, dan Afrika (EMEA), dan Pembangunan Saluran. Bagi segmen Amerika, CAP dan EMEA syarikat ini memasukkan sekali kedua-dua kedai kendalian-syarikat dan juga kedai berlesen. Bagi segmen Pembangunan Saluran pula, ia merangkumi kacang yang dipanggang dan kopi kisar, pelbagai jenis minuman yang sedia diminum, seperti minuman Frappucino, Starbucks Doubleshot dan Starbucks Refreshers dan produk-produk berjenama lain yang dijual di seluruh dunia melalui aneka saluran, seperti kedai-kedai runcit, gudang-gudang, peruncit khusus, kedai serbaneka dan akaun-akaun perkhidmatan makanan Amerika Syarikat.