VRTX: Di Dalam Corak CartaSaham syarikat Vertex Pharmaceuticals dilihat bergerak mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Jika dilihat pada selang mingguan, harga seakan bergerak mematuhi corak carta baji menaik 'wedge'
Volum dilihat masih lagi berada sekitar volum purata mingguan menunjukkan harga masih cenderung bergerak mendatar
Walaubagaimanapun jika dilihat pada selang harian, volum kenaikan dilihat seakan semakin berkurang
Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga memecahkan corak carta dengan volum
Selagimana harga bergerak di dalam corak carta masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan
Ke mana halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
idea dagangan VX1
VRTX: Kelemahan?Saham syraikat Vertex Pharmaceuticals dilihat bergerak menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Namun jika dilihat pada selang masa bulanan, pergerakan harga dilihat seakan menunjukkan beberapa tanda kelemahan
Lilin pada selang bulanan terkini dilihat telah membentuk lilin doji yang menunjukkan ketidaktentuan arah pergerakan harga
Lilin dagangan pada dua bulan sebelum itu juga dilihat seakan membentuk lilin 'hanging man'
Petunjuk volum dilihat semakin berkurang tatkala harga cuba membuat kenaikan sehingga ke paras tertinggi tahun sebelumnya
Petunjuk RSI bulanan dilihat seakan membentuk divergence jika dibandingkan dengan kedudukan harga di paras terkini
Harga dilihat seakan sedang cuba membuat pembentukan corak carta paras tinggi berganda jika diperhatikan sekilas pandang
Walaubagaimanapun selagimana harga belum membuat penurunan dan memecahkan sokongan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan
Ke mana halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
VRTX: Meneruskan Kenaikan Atau Pembetulan?VRTX dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Pemangkin awal kenaikan dilihat terhasil daripada jurang kenaikan 'breakaway' yang dilihat berlaku pada awal bulan Disember tahun lalu
Jurang yang berlaku adalah dilihat kuat dengan kehadiran volum yang menyokong pembentukan jurang tersebut
Sejak dari itu, harga dilihat berterusan menaik dan mematuhi EMA sebagai sokongan dinamik terdekat kenaikan
Melihat pada selang masa mingguan, persilangan emas antara EMA20 dan EMA50 mingguan dilihat seakan hendak berlaku
Namun paras RSI mingguan dan harian kedua-duanya dilihat sudah berada di paras 'overbought' menimbulkan kemungkinan akan berlakunya pembetulan
Volum pada hari terakhir dagangan juga adalah dilihat kurang selari dengan pembentukan lilin harian
Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga turun dan bertahan di atas paras sokongan dengan volum rendah
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk 'TAYOR'
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
[Watchlist] VRTXCarta mingguan (sebelah kanan)
1. Harga telah memasuki kawasan upper band bagi bolinger band (BB)
2. Harga juga telah berada di paras rintangan dinamik moving average 5 hari dan juga 10 hari.
3. Paras rintangan terdekat berdasarkan nilai terakhir BB
4. Paras sokongan pula pada 181.11 / 178.50 / 178.41 berdasarkan garisan dinamik moving average 5 hari dan 10 hari tertinggi
5. Stochastic indikator cantik dan sendang menuju ke atas.
6. Harga terkini sedang berlegar-legar di antara fibo 61.8% dan 78.6%
Carta harian (sebelah kiri)
1. Harga masih lagi berada di upper band bagi boliger band
2. Candle melakukan lantunan kembali di garisan dinamik moving average 5 hari dan 10 hari terendah.
3. Dan terkini harga telah melepasi kedua-dua garisan dinamik moving average 5 hari dan 10 hari tertinggi dan juga terendah.
4. Stochastic indikator masih lagi menuju ke paras atas
Penafian: Kandungan maklumat bagi kajian ini adalah untuk rujukan. Maklumat yang tertulis tidak bermaksud untuk menggalakkan pembelian (long) atau penjualan (short) . Sila buat kajian yang waras dan teliti sebelum ingin melakukan sebarang transaksi.