CTLT: Memecahkan Corak CartaSaham syarikat Catalent dilihat membuat kejatuhan sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Jika diperhatikan, pergerakan harga pada selang mingguan memecahkan corak carta segitiga menaik
Volum dilihat tinggi ketika kejatuhan berlaku menunjukkan minat jualan yang menyokong pergerakan harga
Harga dilihat seakan cuba melakukan 'technical rebound' jika diperhatikan pada selang masa harian dengan terbentuknya lilin 'harami'
Namun tidak mustahil juga perubahan arah boleh berlaku sekiranya terdapat pemangkin menolak pergerakan harga
Selagimana harga belum membuat trend kenaikan yang jelas, harga diangggap masih cenderung melakukan penurunan
Ke mana halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!