idea dagangan KLSE
FBMKLCI-Jangan silap suluh di dalam gelapNOTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama DAN tolong kaji ikut pemahaman masing-masing
lilin tergantung= biasanya akan mencari Last Previous Low ?
Baik tunduk pejam akal mendongak
note: stay at home.. semoga semua kita selamat dari covic-19
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama sama mengkaji dan bukanlah bertujuan untuk membeli atau menjual saham,
Ianya bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..Jaga modal kita..ingat tu
FBMKLCI: halangan paras 1420FBMKLCI: sangkut di aras halangan
Melihat pada carta harian, di lihat indeks masih lagi sedang bergerak naik, cuma pada hari ini indeks dilihat tersangkut di paras halangan 1470, untuk meneruskan bergerak naik, indeks haluslah melepasi paras ini, berkemungkinan di ketika ini, akan ada berlaku aktiviti pengambilan untung dan berkemungkinan indeks akan sidagangkan seketika dalam paras antara 1420 dan 1370, kedua dua paras ini memainkan peranan penting untuk menetukan arah aliran indeks di masa hadapan.
FBMKLCI : Arahtuju seterusnya? (E08)1. Merujuk pada post sebelum ini (rujuk pautan di bawah), KLCI telah melakukan lantunan teknikal setelah berada di fasa terlebih jualan setelah mengalami penurunan terendah sejak 2011.
2. Paras rintangan semasa adalah di 1506.
3. Stochrsi juga menunjukkan KLCI masih belum menghampiri paras terlebih belian.
4. Sekiranya tiada negative catalyst, dijangkakan FBMKLCI akan menguji paras rintangan semasa.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
KLCI dijangka strong bullishKalau diikutkan, KLCI pada carta mingguan sebelum ini menunjukkan reversal candle iaitu Bullish Engulfing yang kuat. Namun adakah ia sekadar lantunan teknikal ataupun reversal?
Mari kita lihat di carta harian.
Pada penghujung 20 Mac, KLCI membuat lantunan yang kuat dan terhenti di paras fibo 0.236. Kemudian ia gap down. Itu sesuatu yang dijangka, kerana paras konsolidasi selepas downtrend biasanya pada paras 0.236 dan dia akan berlegar di bawah paras ini samaada berkonsolidasi atau sideways sebelum membuat breakout dan kembali uptrend, ataupun ia menyambung kejatuhan.
Namun apa yang mengejutkan ialah pada 25 Mac KLCI telah melepaskan diri dari kawasan konsolidasi ini di saat Covid 19 masih belum selesai dan negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Walaupun melepasi paras konsolidasi, lantunan teknikal yang kuat boleh sahaja mencapai paras Fibo 0.382. Sepanjang perjalanan dia dari fibo 0.236 ke 0.382 merupakan detik berhati-hati.
Ketika sampai di fibo 0.382 pada 7 April, KLCI mula menunjukkan berlakunya rintangan. Arah tuju menjadi kurang jelas sehingga lah hari ini apabila ia berjaya tutup pada paras 1371.66, ia telah memberikan isyarat arah tuju yang jelas.
KLCI pada hari ini (Selasa 14 April) telah berjaya breakout rintangan candle 1370. Ini memberi isyarat yang jelas, KLCI adalah dalam keadaan bullish. Atau mungkin boleh saya katakan strong bullish.
KLCI dijangka menuju ke sekurang2nya 1460 mata sebelum menghadapi rintangan. Rintangannya adalah paras 1460 itu sendiri dan juga paras sokongan Falling Wedge terdahulu yang kini menjadi rintangan.
Sekiranya ia cukup kuat, paras sasaran berikutnya 1552 atau 1550 adalah paras yang munasabah.
Masih mood FIFO? atau sudah kembali kepada mode Swing? =)
KLCU mulakan langkah pertama naikFBMKLCI: mula menapak naik
dengan perlahan lahan nampaknya KLCI sedang mengorak langkah naik. kini setelah ditutup pada paras rintangan di 1370, ada kemungkinan memberi petunjuk yang KLCI berkemungkinan telah memulakan gereakan nya untuk naik dan menutup lopong 1420. dan berkemungkinan akan meneruskan kenaikan nya kep paras 1400 sebelum bertemu kembali rintangan dan tekanan jualan.
FBMKLCI: mendatarFBMKLCI: Menddatar
pada ketika ini FBMKLCI dilihat bergerak secara mendatar, oleh itu apa pun boleh terjadi. ketika ini paras rintangan dilihat pada paras 1400 dan 1420 manakala untuk naik ke paras tersebut paras terkini 1370 harus ditembusi.
paras sokongan di paras 1350 dilihat sebagai paras kritikal, memang benar ada satu lagi di 1320 untuk sokongan terakhir, tetapi dari segi psikologi berkemungkinan jika paras 1350 gagal dipertahankan, maka para pelabur berkemungkinan akan ikut menjual untuk membeli semula di paras rendah 1200 mata.
FBMKLCI: mendatar
Indeks FBMKLCI yang baru baru ini telah jatuh ke paras terendah 1200 telah membuat kenaikan sehingga paras rintangan 1350, ini adalah sesuatu yang telah dijangkakan. pembacaan Indeks secara teknikal menunjukan yang ia masih lagi sedang jatuh tetapi dalam fasa jangka pendek, ia berkemungkinan akan membuat cubaan naik sehingga ke paras 1400, ia adalah sesuatu yang boleh dicapai kalau melihat pada carta indeks dan petunjuk ICHIMOKU. petunjuk trend telah pun berubah kepada positif, menandakan yang ia berkemunkinan dalam jangka masa pendek akan membuat kenaikan, dan kini setelah naik hampir 150 mata, ia dilihat sedang berada dalam tekanan jualan. namun, jika sokongan kembali datang dengan kuat, ada kemungkinan yang indeks akan membuat cubaan naik semula ke paras 1400 sebelum ditekan oleh halangan penjualan. secara personal. ia adalah satu kemungkinan.
Loncatan teknikal untuk indeks KLCI1. Awalnya, KLCI dijangka akan mencecah area 1300, dan dibebani dengan kesan sentimen COVID-19, perang harga minyak dan juga ketidaktentuan keyakinan kepada dasar kerajaan baru menyebabkan indeks terlajak turun ke area 1200 mata. ini dapat dilihat kepada player distribution dimana setiap hari,berlaku aliran pergerakan dana asing negatif sehingga ke hari akhir dagangan bursa.
2. Kini loncatan teknikal berlaku dan kembali di atas 1300 mata dan apa yang berlaku kepada USA pasti akan menggugat prestasi DJI yang mana KLCI sah akan turun menerima impak. Jangkaan awal indeks akan meneruskan penurunan ke area 1100 masih valid/sah.
3. Apa persiapan kita sebagai trader atau lebih tepat lagi short term trader/scalper dalam situasi ini. Trading Plan with strict stock choice and strict CL regime.
4. Utk trader swing dan investor, boleh tunggu indeks keluar reversal signal. Jadi perlu sentiasa menganalisa kaunter2 berpotensi setiap hari dan jika berlaku sahaja corak reversal, petang sebelum pasaran tutup tu dah boleh mengumpul kaunter-kaunter yang dikaji untuk di simpan, kerana kebiasaan nya esok akan gap up menggila dan kita akan terlepas seberapa bid. Teknik mengjangka bentuk candle indeks amat perlu semasa sesi petang dagangan
FBMKLCI 24 Mac 20 (Sesi pertama) : Dagangan masih sihat1. Kelihatan beberapa hari ni petunjuk FBMKLCI memberikan petanda bahawa berlaku kenaikan
2. Mungkinkah sedang berlaku kemasukan dana-dana daripada institusi dan pelabur-pelabur?
3. Atau ini hanya kenaikan sementara?
Sama-sama kita kaji
Disclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
Sekiranya anda dapati perbincangan ini bermanfaat dan boleh membantu sahabat-sahabat yang lain, sila LIKE & SHARE.
"The more you give, the more you get"
Klik link berikut untuk dapatkan akaun Tradingview secara percuma
my.tradingview.com
BSKL mungkin akan jatuh lagiJumaat lepas BKSL memberi lantunan yang agak kuat. Tapi secara keseluruhan, belum lagi kuat untuk jadi reversal.
Dari carta bulanan, memberi gambaran kenapa lantunan kuat berlaku. Ini adalah kerana reaksi di Fibo 0.382 (Golden ratio), dan juga reaksi terhadap trendline A.
Untuk BSKL membuat reversal, ia perlu melepasi rintangan 1342 dan bertahan di atasnya sekurang-kurangnya 2 bulan.
Jika ia tidak mampu berbuat demikian, maka sasaran berikutnya ialah ia turun ke sekitar paras 1035 iaitu di fibo 0.50 dan trendline B.
FBMKLCI : Arahtuju seterusnya (E07)1. Merujuk pada post sebelum ini (rujuk pautan di bawah), KLCI meneruskan penurunan sehingga ke paras sokongan semasa setelah memecahkan paras sokongan falling wedge dan paras sokongan 1506.
2. Dijangkakan KLCI akan melakukan lantunan teknikal setelah berada di fasa terlebih jualan.
3. Paras sokongan semasa kekal di 1311.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.