10 sebab kebanyakan pedagang kerugianHai semua!
Berdagang & melabur bukannya mudah. Jika ia mudah, semua orang sudah menjadi kaya.
Di sini ada beberapa sebab kenapa pedagang alami kerugian dan beberapa petua untuk membantu anda kembali kepada perkara asas.
Kurang pengetahuan π
Kebanyakan pedagang melompat masuk ke dalam pasaran tanpa memahami dengan mendalam bagaimana ia berfungsi dan apa yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Disebabkan ini, mereka melakukan kesilapan yang mahal dan hilang wang dengan cepat.
Pengurusan risiko yang lemah π¨
Risiko ialah sebahagian daripada dagangan dan penting menguruskannya dengan efektif untuk melindungi modal dan memaksimumkan peluang kejayaan anda. Akan tetapi, banyak pedagang tidak mempunyai satu strategi pengurusan risiko yang jelas dan ini mengakibatkan mereka lebih terdedah kepada kerugian yang besar.
Pembuatan keputusan beremosi π
Adalah mudah untuk mengalami emosi yang kuat semasa berdagang. Akan tetapi, melakukan keputusan berdasarkan emosi dan bukannya analisa rasional boleh membawa anda kepada jalan kemusnahan. Banyak pedagang melakukan keputusan yang tidak bagus apabila mereka merasa terbeban, tamak atau takut dan ini boleh mengakibatkan kerugian besar.
Kekurangan disiplin π§ββοΈ
Dagangan yang berjaya memerlukan disiplin tetapi banyak pedagang mengalami masalah untuk kekal dengan pelan mereka. Ini sangat berat apabila pasaran tidak stabil atau apabila pedagang itu melalui detik-detik kerugian. Cipta satu sistem untuk diri anda yang memudahkan anda untuk setia kepadanya!
Terlebih berdagang π
Ramai pedagang melakukan kesalahan terlebih berdagang yang bermaksud mereka melakukan terlalu banyak dagangan dan tidak membiarkan dagangan mereka berjalan dengan sepatutnya. Ini membawa kepada lebihan risiko, kos brokeraj lebih tinggi dan kemungkinan lebih besar untuk mengalami kerugian. Perancangan yang jelas yang anda sukai dapat membantu anda mengasingkan peluang-peluang yang bagus daripada yang biasa.
Tiada pelan dagangan π
Satu pelan dagangan memberikan peraturan dan garis panduan yang jelas untuk diikuti apabila melakukan dagangan. Tanpa satu pelan, pedagang mungkin akan mengambil tindakan drastik yang boleh menjadi berbahaya dan selalunya mengakibatkan kerugian.
Tidak maklum mengenai data dan maklumat penting β°
Pasaran dan naratif biasa akan sentiasa berevolusi dan penting untuk pedagang sentiasa berada di hadapan dengan keadaan terkini untuk memastikan anda dapat membuat keputusan termaklum.
Tidak keluar secepat mungkin semasa mengalami kerugian βοΈ
Tiada pedagang mampu mengelakkan daripada kerugian tetapi kuncinya ialah meminimumkan impak kerugian itu kepada akaun anda. Satu cara yang bagus untuk melakukan ini ialah memotong kerugian anda dengan pantas apabila satu dagangan tidak bergerak ke arah yang anda mahukan. Akan tetapi, ramai pedagang bertahan dalam dagangan yang rugi dalam jangka masa yang lama, dengan berharap kerugian itu akan dapat dipulihkan dan ini boleh membawa kepada kerugian yang lebih besar daripada yang dijangkakan.
Tidak memaksimumkan dagangan yang untung πΈ
Sebagaimana pentingnya keluar dengan cepat dari dagangan yang rugi, adalah penting juga untuk memaksimumkan keuntungan pada dagangan yang untung. Ramai pedagang gagal melakukan perkara ini, berkemungkinan mereka tiada pelan langsung yang memberitahu mereka bila dan bagaimana untuk keluar dari satu dagangan. Disebabkan itu, mereka terlepas keuntungan lebihan.
Tidak beradaptasi π
Menyesuaikan diri kepada keadaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah adalah penting kepada kejayaan di dalam pasaran kewangan. Rejim bertukar, kelebihan dagangan hilang dan muncul, dan sistem yang menyokong segala-galanya sentiasa berbolak-balik. Hari ini strategi dagangan menjadi, di lain hari tidak. Pedagang perlu sentiasa mengadaptasi untuk menjana wang pada jangka masa panjang atau mengalami risiko kegagalan dalam pasaran.
Secara keseluruhan, majoriti pedagang akan mengalami kerugian kerana mereka gagal untuk bersedia menghadapi halangan-halangan di dalam pasaran. Dengan belajar secara kendiri, membangunkan satu pelan dagangan yang ampuh dan melakukan perancangan sebelum mengambil apa-apa tindakan, pedagang boleh memperbaiki peluang mereka untuk berjaya dan menghindari kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan.
Kami harap anda menyukai nota ini! Jangan malu-malu untuk memberikan apa-apa petua atau nasihat di dalam seksyen komen di bawah!
Jumpa lagi minggu hadapan. π
β Pasukan TradingView