Lihat pada carta mingguan KLCI kita dapati ianya membuat corak Falling Wedge. Dan sedang menyempurnakan Gelombang 5 (Elliott Wave). Cuma persoalannya di manakah hujung Gelombang 5. Sebelum lihat pada Gelombang 5 kita lihat pada Gelombang 4 dahulu. Gelombang 4 sebenarnya agak pra matang iaitu tidak mencapai puncak maksimum (61.8%) tetapi sebaliknya hanya capai...
Revenue baru membuat Bollinger Bands Breakout selepas contraction. Sebelum contraction ia dalam keadaan downtrend. Jadi ini mungkin isyarat dia sudah selesai membuat correction dan bersedia untuk sambung kenaikan. Dipasangkan lagi dengan pantulan di Trendline, ia menguatkan lagi isyarat bullish. Penafian : Analisis ini hanya sekadar rujukan untuk pembelajaran....
KNM telah berjaya melepasi rintangan kuat di 0.165 dan kini kelihatan membuat base di atasnya menjadikan 0.165 sebagai sokongan kuat. Ia membentuk corak Rounded Bottom, ada kemungkinan juga Cup and Handle jika ia jatuh bawah 0.165. Sebelum ini ia telah menyilang Moving Average 50 dan kemudiannya membuat pantulan di Moving Average 50 sebelum melakukan...
CCK kini telah berada di Moving Average 50 setelah kejatuhannya tahun lepas. Dan dapat dilihat ia membuat corak yang sama seperti waktu mula-mula ia naik cuma pada skala yang lebih besar. MACD masih di atas 0 menandakan ia dalam keadaan bullish. RSI pula berada di tahap sama seperti waktu CCK membuat base yang terdahulu sebelum kenaikan. Seandainya ia rebound...
Prestariang BHD terus membuat uptrend iaitu adanya Higher Low (HL) dan Higher High (HH). Rintangan terdekat adalah di 0.670 (diambil daripada fibonacci swing kecil). Rintangan seterusnya di 0.970 (diambil dari fibonacci swing besar). Paras ini kemungkinan puncak sebelum Presbhd memasuki fasa accumulation.
Salcon kelihatan sedang membuat corak Kepala dan Bahu (Head and Shoulders). Sokongan terkuat sekarang ialah di 0.290. Volume juga kelihatan sihat iaitu naik tinggi bila melakukan breakout. Turun bila membuat pullback.
UEMS telah sedaya upaya membuat Downtrend Line Breakout. Ini terbukti dengan volume yang tinggi. Tapi apakan daya, mungkin disebabkan sentimen pasaran semalam, ia telah membuat U-turn. Namun situ bukan pengakhirannya. UEMS masih lagi berpotensi membuat kenaikan selagi berada di atas paras 0.895, dan akan lebih kuat jika berjaya melepasi rintangan 0.965.
Gkent baru-baru ini dengan bergaya telah membuat accumulation breakout beserta volume yang tinggi. Pada dua candle terakhir kita dapati ia membuat pullback yang sihat. Candle merah kecil-kecil, volume menurun. Paras sokongan adalah di 1.29, 1.25.
Dengan menggunakan Fibonacci Retracement dan Ichimoku, mula-mula kita lihat tanda awal bearish di mana. Petunjuk bearish bermula apabila pada Februari 2019, Indeks menguji awan (Senkou Span B) sebagai rintangan, kemudiannya pada Mac 2019 Indeks telah sahkan awan (Senkou Span B) sebagai rintangan dengan membuat penurunan atau melantun ke bawah. (1) Sehingga hari...
Perubahan positif yang berlaku pada Proton telah berjaya menarik kembali minat pelabur ke DRBHCOM. Jika lihat pada carta. Candle semalam cuba melepasi rintangan 1.96 dan ianya beserta dengan kenaikan volume. Indicator RSI pula menunjukkan breakout. MACD pula sudah berada di atas paras 0 yang menandakan keadaan bullish. Keseluruhannya adalah positif untuk...
Semalam dengan jayanya Frontken membuat breakout untuk mencipta ketinggian baru. Tapi adakah ia akan naik tanpa had? Jika melihat pada carta mingguan, frontken kini di Gelombang ke 5 mengikut teori Elliott Waves. Melalui Fibonacci Projection, maka kita boleh dapat target price sekitar 1.23 dan 1.41. Setelah capai ke puncak gelombang 5, biasanya harga akan...
Dari sudut teknikal FGV sangat menarik untuk diperhatikan. Dia telah berjaya menguji mid-line Bollinger Band semalam sebagai support, dan hari ini membuat pantulan. MACD pula kelihatan semakin mengecut dan berada di atas paras 0 (bullish). Paras 1.22 pula merupakan Fibonacci Retracement 0.382, yang mana dengan terpecahnya halangan ini, kemungkinan besar kita...
Huaan masih lagi berada di atas Moving Average 200 menandakan ianya masih bullish. Candle 2 hari lepas telah memecahkan mini consolidation. Semalam harga tutup di atas rintangan yang telah jadi sokongan (0.260). Maka apakah kali ini akan berlaku lantunan ke atas, atau sokongan tersebut gagal?
Setelah sebelum ni kenaikan menerima penolakan, price telah membuat pullback dan bertenang membuat sokongan. Semalam ia memberi candle Bozu yang solid menyentuh rintangan 0.095. Jika anda jadi pemerhati kaunter in sebelum ini, market depth di 0.085 sangat kritikal iaitu kurang orang beratur untuk menyambut di situ, tetapi harga tetap tidak jatuh melebihi 0.085,...
Jika dilihat pada perkembangan terkini Priceworth yang digantung operasi pembalakan dari tahun lepas, pada 14 Mac 2019 mereka telah mengumumkan menerima kembali kayu balak mereka sebanyak 11,000 cubic metres. Ini membolehkan mereka menjalankan kembali operasi downstream mereka. Selain itu perkembangan ini turut memberi isyarat, operasi pembalakan mereka mungkin...
Buat pertama kalinya TM patah trendline. Namun ianya masih lagi berada di atas garis Kijun. Ichimoku menyatakan ianya masih lagi bullish. Namun dalam keadaan ini sebenarnya ia berada di persimpangan. Jadi adalah lebih selamat untuk tunggu dan lihat samaada ia akan masuk kembali ke atas trendline atau akan menuju ke sokongan seterusnya di 3.00. Volume juga amat...
Perak Transit atau Ptrans merupakan satu kaunter yang jadi kegilaan ramai suatu masa dahulu. Mari kita lihat bagaimana keadaan dia sekarang. Harga kini telah berada di paras sokongan dan sedang consolidate. MACD pula menunjukkan ia meningkat dan harga pula tidak lagi membuat lower low. Ini menunjukkan bearish momentum sudah mula kepenatan. Terminal kampar pula...
Walaupun VS mengeluarkan laporan kewangan yang merosot untuk dua suku tahun berturut-turut, namun harga masih lagi kelihatan membuat kenaikan. Apakah ramai yang masih optimis akan masa depan VS? Dari segi teknikalnya kita dapat lihat telah berlakunya klimaks penjualan disusuli dengan permintaan yang tinggi. Dan baru-baru ini harga kelihatan telah patah trend...