Seperti yang ramai tahu pada 23 dan 24 November Vivocom telah dihadkan ke paras paling bawah manakala pada 25 November, status saham ini digantung sementara. Kejatuhan diteruskan pada 26 November namun jika kita kecilkan tempoh masa kepada 30m, kita dapat lihat MACD telah mengeluarkan signal momentum yang beransur kuat dari bawah. Penutupan harga yang tinggi...
Jelas membuat kebangkitan semula sebelum menyentuh EMA50. Penutupan yang kuat atas sokongan psikologi 0.20. Akan meneruskan kenaikan dengan syarat memecahkan rintangan terdekat pada 0.22. RSI masih utuh di atas 50 cuma MACD menunjukkan momentum yang sudah berkurang. Sila perhati dalam masa terdekat
Iconic masih berada dalam tren bergerak secara sisi namun laporan suku tahun Q2 yang memberangsangkan dan meningkatkan minat belian. Andai kata berjaya memecahkan rintangan terdekat iaitu 0.575, makan peluang untuk membentuk tren kenaikan itu amatlah tinggi menuju ke 0.675 sebelum mencapai paras yang lebih tinggi seperti yang dinyatakan pada carta.
Baru disenaraikan di Bursa pada 27 Oktober 2020, saham ini menunjukkan kenaikan yang amat tinggi dan kemudiannya menurun akibat tekanan jualan. Dalam masa terdekat, Eframe berupaya merubah tren kejatuhan kepada kenaikan namun dianggarkan akan berlegar secara sisi dahulu selagi atas 0.40. Harus memecahkan rintangan 0.44 untuk mencuba rintangan tertinggi pada 0.505....
KTB telah membuat pelarian rancak memecahkan rintangan pada paras 0.215 dan tutup pada harga yang tinggi iaitu 0.24 menandakan penutupan yang kuat. Untuk meneruskan kenaikan terus tanpa perlu jatuh perlu pecahkan paras 0.25 pula berdasarkan carta. Namun saya menjangkakan ia akan turun berehat dahulu pada paras separuh lilin iaitu 0.215 dan bergerak secara sisi...
Maxim telah bangkit semula pada paras sokongan kuat 0.25 dan meneruskan kenaikan untuk memecahkan rintangan psikologi 0.30. Di carta disediakan, jelas menunjukkan ganjaran yang ditawarkan jika dibandingkan dengan risiko yang hadir bersama ditandakan setiap sokongan dan rintangan menggunakan warna ungu. Jumlah dagangan juga meningkat dengan drastik dalam tempoh...