halimhamdan

ECONBHD – TREND CHANNEL + VOLUME KICK IN

MYX:ECONBHD   ECONPILE HOLDINGS BHD
As salam dan salam sejahtera traders sekalian? Whats up?

ESONBHD – silent stock yang naik diluar radar ramai traders

Jika dilihat secara kasar, ECONBHD masih lagi di dalam fasa major donwtrending. Dapat dilihat ketika harga turun dan turun, volume transaksi juga semakin menurun.

Pada awal June ketika itu dapat dikihat NEW FRESH buyers masuk dan menolak harga untuk menghasilkan first SPIKE yang telah menarik interest saya ketika itu, namun ianya masih belum lagi mempunyai apa apa confirmation untuk ia menghasilkan reversal yang baik.
Confirmation terhasil apabila ia menghasilkan Higher LOW pada 0.690 dan break previous HIGH minggu lepas pada paras resistance 0.770 menuju k etas untuk menghasilkan HIGHER HIGH. Now sekarang baru kita boleh lihat dan mencari entry yang terbaik.

Persoalannya di mana?
1. Jika harga mengikut trend channel yang telah dilukis atas graf, ia akan retrace dan mencari support sebelumnya pada 0.77 dan dijangkakan pada awal bulan OGOS.
2. Jika harga BREAK channel line dan menuju ke Resistance yang seterusnya, jangan kejar biar ia retrace dan beli pada reversal yang seterusnya yang mana saya jangkakan akan berlaku pada 0.785 juga pada awal OGOS.
3. Pada short term trader, entry bedasarkan pada BREAKOUT strategy sepatutnya di lakukan jumaat yang lepas setelah break out confirm. Namun jika ingin enter juga perlu perhatikan pada time fram yang lebih kecil seperti tf15 untuk mendapatkan entrty yang terbaik

Apa yang membuatkan saya memilih kaunter ini adalah kerana MACD(momentum) telahpun masuk semula ke paras Positive region. Ini adalah sangat penting untuk mengurangkan risiko ketika trading.
RSI juga dapat dilihat hampir hit pada paras overbought, jadi sila berhati hati

Supaya anda tidak terlepas mana mana posting terbaru dari saya, sila like/follow saya untuk sebarang idea baru

DISCLAIMER – INI BUKANLAH BUY CALL TETAPI HANYA JOURNAL TRADING SAYA SENDIRI YANG MUNGKIN DAPAt MENJADI PANDUAN KEPADA TRADERS DI LUAR SANA

Halim Hamdan

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.