halimhamdan

CCK – BULLISH ENGULFING CONFIRMED? BAHAGIAN 1

Singkat
MYX:CCK   CCK CONSOLIDATED HOLDINGS BHD
Setelah selesai accumulation phase pada bulan FEB yang lalu harga saham CCK telah mengalami bullish run yang sangat kuat yang mana ia naik lebih dari 40% dalam masa 3 – 4 bulan.
Yang menariknya baru baru ini syarikat telah melakukan bonus issue dengan ratio 1: 2 yang mana jika anda sudah lama trade didalam BURSA Malaysia anda akan tahu bahawa bonus issue boleh menjadi CHANCE ataupun TRAP.

Di sini saya share sedikit tips, perhatikan volume dan price action selepas corporate action berlaku, adakah adanya penjualan secara besar besaran. Jika tiada jadi ianya adalah CHANCE.

Berbalik pada CCK, selepas bonus isse ia turun dengan volume yang saya boleh consider agak kecil. Kemungkinan yang jual ketika ini adalah pelabura pelabur yang panic.
Pada 20/6/2018 adanya formasi bullish engulfing. Untuk yang mampu ambil risiko boleh masuk sedikit ketika ini. Dan entry kedua setelah adanya confirmation.
Hari ini untuk saya katakn confirm, masih 50 50 sebab adanya formasi doji yang menunjukkan equal buy and sell.

ESOK jika harga naik dan volume meningkat maka boleh ambil second entry.
Untuk yang baru nak enter, cuba dapatkan as low as possible esok dan perhatikan rapat volume sellers

TETAPI index KLCI yang mengalami kejatuhan, agak menyukarkan decision, pastikan ia tidak jatuh bawah 0.855 untuk ia sambung kenaikkan

Supaya anda tidak terlepas mana mana posting terbaru dari saya, sila like/follow saya untuk sebarang idea baru


DISCLAIMER – INI BUKANLAH BUY CALL TETAPI HANYA JOURNAL TRADING SAYA SENDIRI YANG MUNGKIN DAPAt MENJADI PANDUAN KEPADA TRADERS DI LUAR SANA
Halim Hamdan
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.