Aieyee

KAJIAN PATAH TREND DAN FALSE BREAKOUT MENGGUNAKAN EMA

Aieyee Telah dikemas kini   
MYX:DNONCE   DNONCE TECHNOLOGY BHD
Kajian ini menggunakan indikator EXPONENTIAL MOVING AVERAGE ( EMA ) iaitu EMA5,EMA20,EMA50,EMA100,EMA200.

Tujuannya adalah untuk mengesan trend semasa iaitu mengenalpasti permulaan patah trend dalam harga pasaran. DNONCE sebelum itu berada dalam uptrend dan membuat fasa distribution/re-distribution. Trend menurun mula dikesan apabila EMA5 cross-down EMA20 dan ia ditunjukkan oleh garisan EXPONENTIAL MOVING AVERAGE yang berselirat dan bersepah. Selepas itu DNONCE mula membuat trend menurun ( markdown ).

Selain itu, indikator EMA juga dapat mengesan FALSE BREAKOUT dimana ia berlaku ketika garisan EMA tidak selari dan tidak berada di tempat/susunan yang sepatutnya. Keadaan ini boleh berlaku dalam fasa downtrend dan sideways dan ia membantu pedagang untuk mengesan sama ada berlaku FALSE/TRUE BREAKOUT.

NOTA ;
1. Kajian ini menggunakan indikator EMA semata-mata. Terdapat instrumen lain dalam analisis teknikal yang boleh digunakan untuk mengesan
patah trend.
2. Trend pergerakan harga dalam pasaran merupakan suatu kelaziman yang dipanggil " Struktur/Fasa Harga Saham".- Rujuk rajah dalam carta.
3. Penggunaan indikator ini adalah untuk mengesan lebih awal berlakunya perubahan trend ( markdown/markup) bagi pedagang mid-term atau
long-term.


PENAFIAN :
CATATAN INI BUKAN BUY/SELLCALL, HANYA BERKONGSI IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN. TRADE AT YOUR OWN RISK.
Dagangan ditutup: sasaran tercapai:
berjaya breakout dengan volum signifikan ketika pasaran dalam keadaan tidak stabil. kemungkinan ia retrace/pulback/base dulu sebelum gerak atas.
=strategi breakout, peluang area retrace/pullback/base.
Perjalanan dnonce masih jauh=strong uptrend

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.