Pak_Din

PRIVA- Pantulan atas garisan menaik

MYX:PRIVA   PRIVASIA TECHNOLOGY BERHAD
Sektor/Bidang perniagaan:
- Teknologi, Satelit based, ICT, Wireless Broadband

Idea analisis:

Dari sudut teknikal

- PRIVA melakukan pantuan(rebound) di atas garisan menaik.
- Volume belian meningkat secara sihat/stabil.
- RSI juga mulai mendongak ke atas dan berada atas paras 50/
- PRIVA juga melakukan breakout pada paras harga 0.22.
- Berdasarkan indikator anjakan fibonacci, PRIVA dijangkakan akan ke paras harga 0.275 sekiranya dapat memecahkan/breach garisan fibonacci 50% (0.250)

Dari sudut fundamental
- Dari segi pendapatan bersih syarikat PRIVA kembali membuat keuntungan bersih sebanyak 283K berbanding Q4 2020 yang mengalami kerugian sebanyak 3.82 juta. Hal ini merupakan sudut positif bagi syarikat PRIVA kerana dapat menjana keuntungan dikala kerugian yang teruk. Tambahan lagi pada musim COVID19.
- NTA syarikat PRIVA 0.100 membawa maksud syarikat PRIVA dikategorikan sebagai berada pada paras tinggi daripada penilaian.
- EPS semasa syarikat iaitu -0.86 membawa maksud syarikat PRIVA masih dikategorikan sebagai negative earning.



Highlight
- PRIVA mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan CEO yang baharu mengantikan CEO yang lama.

- Untuk mengetahui lebih terperinci tentang market stage , boleh klik pautan di bawah:

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.

📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.