naimmp98

SEDANIA (Mampukah Menuju ke Destinasi dengan 4 Justifikasi?)

MYX:SEDANIA   SEDANIA INNOVATOR BERHAD
Sektor:
- Industrial Products, Internet of Things (IoT), Technology, IT Solutions/ IT Product, Telecommunications Equipment, Telecommunications & Media (rujukan: iSaham).

Idea analisis:
~Teknikal~
- Baru² ni, SEDANIA telah naik semula di atas MA 50 (rujuk garisan ungu) menandakan SEDANIA dalam keadaan uptrend untuk midterm.
- SEDANIA juga dilihat telah tamat membuat correction dan dalam perjalanan menyelesaikan wave 1 yang baru pada paras harga RM 1.150.
- Reversal ini dibuktikan oleh 4 petanda:
1) Breakout bullish pennant dengan volume signifikan. Sebelum ini juga SEDANIA pernah breakout bullish pennant sebelum membuat kenaikan parabolic. History repeats itself.
2) Candlestick three line strike.
3) Weak bullish divergence.
4) Stochastic RSI cross up di paras oversold.
- Jika harga gagal menuju ke wave 1 yang baru, harga berkemungkinan akan jatuh di atas 2 support (salah satu):
1) Fibonacci extension 100% pada paras harga RM 0.300.
2) Trend line support (rujuk garisan berwarna biru).

~Fundamental~
- SEDANIA tidak konsisten dalam membuat keuntungan. Dalam 10 quarters terkini, SEDANIA mencatatkan 4 kali kerugian. Walaubagaimanapun, SEDANIA mencatatkan keuntungan pada quarters yang paling terkini (Q2 2021) tetapi keuntungan masih menyusut YoY sebanyak -3,761.96%.
- Perolehan (revenue) SEDANIA pula naik dengan drastik menjadikan perolehan SEDANIA meningkat YoY dan QoQ masing² sebanyak 47.49% dan 514.62%.
- SEDANIA tidak lagi memberikan dividen kepada pemegang sahamnya. Terakhir, SEDANIA memberikan dividen pada tahun 2016 dan 2017. Adakah SEDANIA akan mula memberikan dividen semula pada tahun ini memandangkan keuntungan dan perolehan yang menunjukkan peningkatan? Sama² kita nantikan.
- Tambahan, SEDANIA dikategorikan sebagai syarikat 'negative earnings' oleh iSaham. Jadi, buat newbie dan pedagang baru, anda tidak digalakkan untuk membeli saham ini jika anda masih belum mahir untuk cutloss.

Nota kaki:
* Correction = Harga membuat pembetulan yang besar iaitu harga menurun 'dengan banyaknya' sebelum meneruskan kenaikan.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga membuat pembalikan untuk meneruskan
kenaikan.
* Weak Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower low) tetapi stochastic RSI mendatar.
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Q2 = Quarter kedua. Kebiasaanya pada bulan Mei.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'bullish pennant' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'trend line support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:

#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.