naimmp98

SEDANIA (Berlegar di Dalam Segitiga)

MYX:SEDANIA   SEDANIA INNOVATOR BERHAD
Sektor:
- Industrial Products, Internet of Things (IoT), Technology, IT Solutions/ IT Product, Telecommunications Equipment, Telecommunications & Media (Sumber: iSaham).

Idea analisis:
~Teknikal~
- Sebelum ini, penganalisis ada membuat idea analisis mengenai SEDANIA dan ini merupakan idea analisis baru yang telah disemak semula.
- Kajian ini meninjau pergerakan SEDANIA dalam time frame 4 jam dan mendapati harga sedang melengkapkan triangle pattern dalam major wave 4.
- Triangle pattern ini boleh juga dianggap sebagai 'bullish symmetrical triangle'.
- Harga dijangka akan meneruskan kenaikan setelah lengkap pembentukan bullish symmetrical triangle ini.
- SEDANIA sekarang dalam proses pembentukan triangle yang terdiri daripada lima minor wave (a-b-c-d-e).
- SEDANIA baru sahaja melengkapkan minor wave C dan berpotensi naik untuk melengkapkan minor wave D sekurang²nya pada paras fibonacci 61.8% pada paras harga RM 1.000 yang juga merupakan 'psychological price'.
- Harga juga berpotensi naik sehingga ke paras fibonacci 78.6% pada paras harga RM 1.080.
- Kemudian, harga akan turun pula bagi melengkapkan minor wave E yang juga merupakan major wave 4.
- Minor wave E boleh turun melebihi garis trend tetapi tidak boleh melebihi minor wave C iaitu pada paras harga RM 0.690.
- Setelah itu, SEDANIA mungkin akan meneruskan kenaikan dengan breakout triangle kemudian retest di garisan trend sebelum menuju ke major wave 5.
- Berapakah target harga bagi major wave 5?
- Memandangkan major wave 3 sebelum ini adalah extended wave (naik sehingga 1,400% daripada kenaikan wave 1) dan major wave 4 jatuh melebihi 61.8% iaitu 78.6% daripada major wave 3, maka berkemungkinan major wave 5 akan membuat pemotongan (truncation).
- Harga berkemungkinan naik tidak melebihi paras puncak major wave 3 iaitu pada paras harga RM 1.770 dan akan naik setakat 38.2% - 100% sahaja daripada major wave 4 mengikut konsep 'risk of failure'.

~Fundamental~
- SEDANIA tidak konsisten dalam membuat keuntungan. Dalam 10 quarters terkini, SEDANIA mencatatkan 4 kali kerugian. Walaubagaimanapun, SEDANIA mencatatkan keuntungan pada quarters yang paling terkini (Q2 2021) tetapi keuntungan masih menyusut YoY sebanyak -3,761.96%.
- Perolehan (revenue) SEDANIA pula naik dengan drastik menjadikan perolehan SEDANIA meningkat YoY dan QoQ masing² sebanyak 47.49% dan 514.62%.
- SEDANIA tidak lagi memberikan dividen kepada pemegang sahamnya. Terakhir, SEDANIA memberikan dividen pada tahun 2016 dan 2017. Adakah SEDANIA akan mula memberikan dividen semula pada tahun ini memandangkan keuntungan dan perolehan yang menunjukkan peningkatan? Sama² kita nantikan.
- Tambahan, SEDANIA dikategorikan sebagai syarikat 'negative earnings' oleh iSaham. Jadi, buat newbie dan pedagang baru , anda tidak digalakkan untuk membeli saham ini jika anda masih belum mahir untuk cutloss.

Nota kaki:
* Major wave = Nombor berwarna kelabu yang dibulatkan.
* Minor wave = Nombor dan huruf di dalam kurungan.
* Sub minor wave = Huruf berwarna merah yang dibulatkan.
* Retest = Keadaan dimana harga mencuba untuk menguji / menuju semula paras yang telah ditembusinya.
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Q2 = Quarter kedua. Kebiasaanya pada bulan Mei.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'bullish symmetrical triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇

#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.