TradingView

Cara baiki dagangan melalui kadar faedah: Bahagian 3

Pendidikan
TVC:US30Y   US 30Y yield
Hei semua! 👋

Pada bulan ini, kami mahu menelusuri tajuk kadar faedah, apakah mereka, mengapa mereka penting dan bagaimana anda boleh menggunakan maklumat kadar faedah di dalam dagangan anda. Ini adalah tajuk di mana pedagang-pedagang baru selalunya hanya akan melihat sekali lalu sewaktu baru bermula, jadi kami harap ini akan menjadi satu siri yang dapat membantu dan diambil tindakan untuk orang-orang baru yang sedang mencari jalan untuk mempelajari lebih banyak mengenai analisa makroekonomi dan asas!

Di dalam catatan pertama kami, kita telah melihat kepada untuk bagaimana mencari maklumat kadar faedah di TradingView, dan bagaimana kadar faedah bergerak di dalam pasaran terbuka. Di dalam catatan kedua kami, kita melihat kepada beberapa keputusan yang pelabur perlu lakukan apabila melabur di dalam bon (kadar) lawan aset lain.

Hari ini, kita akan melihat bagaimana pelabur sejagat memahami kadar faedah, menggunakan tiga contoh kukuh.

Jom mulakan!

Seperti yang kami sebut sebelum ini, apabila ia mengenai kaedah memahami kadar faedah di mana-mana negara, ada tiga perkara utama yang perlu diperhatikan:

1.) Risiko Kadar Dana Bank Pusat
2.) Risiko Inflasi
3.) Risiko Kredit



Untuk permulaan, mari kita lihat Risiko Kredit. 💥💥

Risiko kredit ialah apa yang akan terjadi apabila adanya risiko anda tidak akan mendapatkan semula wang yang dipinjamkan kepada entiti tertentu. Untuk siri ini, disebabkan kita hanya melihat kepada bon kerajaan, ini bermaksud risiko sekiranya kerajaan tidak membayar kepada anda semula.

Pelajaran: Sekiranya semua perkara dianggap sama, semakin banyak sesuatu entiti (Syarikat, Negara) harus membayar untuk meminjam wang, semakin kurang 'stabil' mereka di mata pelabur.



Seterusnya, mari kita lihat berkenaan Risiko Inflasi. 💸💸

Risiko Inflasi ialah sesuatu yang terjadi apabila ada risiko yang modal anda akan mengalami pengurangan kuasa pembelian dari masa ke semasa lebih pantas berbanding kadar faedah, disebabkan kadar inflasi.

Sebagai contoh, perhatikan carta ini:


Pada warna Biru/Putih, anda dapat melihat hasil bon 1 tahun Turki. Pada warna hijau, anda boleh melihat hasil bon 1 tahun A.S. Perhatikan perbezaan di antara kadar faedah - bon Turki membayar 14% dan bon A.S. membayar 3%. Disebabkan A.S. ialah satu ekonomi yang lebih besar dan maju (dengan itu mempunyai risiko "kredit" yang lebih rendah), beberapa perbezaan dari segi hasil akan bergantung kepada perbezaan kadar inflasi yang sangat berbeza di dalam ekonomi.

Untuk warna merah, anda boleh melihat kadar inflasi di Amerika Syarikat dan warna kuning, anda boleh melihat kadar inflasi di Turki. Dengan mengandaikan satu kadar pertukaran yang tetap, disebabkan Lira Turki akan dapat membeli semakin sedikit barangan dan servis dari masa ke semasa berbanding Dolar U.S., pelabur akan meminta lebih banyak hasil untuk mengelakkan kerugian dari segi kuasa membeli.

Pelajaran: arah kadar Faedah memberitahu anda bagaimana pelabur berfikir inflasi akan bergerak dalam satu jangka masa.



Akhirnya, mari kita lihat kepada Risiko Dana Bank Pusat. 🏦🏦

Risiko dana bank pusat ialah sesuatu yang terjadi apabila Bank Pusat mungkin menggerakkan kadar pembiayaan asas melawan kepada pergerakan portfolio anda.

Perhatikan carta ini:


Ia ialah carta yang sama seperti sebelum ini, tetapi sebelum ini kami menggunakan kadar inflasi diletakkan kepada kadar faedah, untuk carta ini kami menambahkan kadar Bank Pusat semasa kepada carta.

Ingat, kadar Bank Pusat ialah kadar yang anda akan dapat daripada bank tanpa "mengurung" wang anda di dalam pinjaman kepada kerajaan.

Risiko kadar Bank Pusat memainkan peranan terbesar di dalam penentuan harga bon, seperti yang anda boleh lihat dari pergerakan kadar faedah dan hasil yang berdekatan antara satu sama lain, terutamanya apabila ini ialah bon satu tahun sahaja (kita akan melihat keluk hasil pada minggu hadapan).

Dengan kata lain, disebabkan Bank-bank Pusat di seluruh dunia selalunya dimandatkan untuk mencuba dan mencipta harga-harga yang stabil untuk pengguna, tindakan mereka selalunya akan bersamaan dengan inflasi. Kadang kala bank akan menaikkan kadar hasil terlalu tinggi dan mencipta deflasi. Kadang kala bank akan menaikkan kadar terlalu rendah dan akan menjadi "orang belakang" inflasi (yang ramai percaya terjadi sekarang).

Pelajaran: Kadar faedah ialah petunjuk kepada polisi Bank Pusat, yang diberikan oleh beberapa faktor dan berlainan daripada rantau ke rantau - kadar faedah boleh menerangkan kesihatan sesuatu ekonomi. Terlalu "Tinggi", dan Bank Pusat mungkin akan kehilangan kawalan. Terlalu "Rendah", dan ekonomi mungkin akan menjadi lembap. Semua ini merupakan anggapan umum tetapi mereka adalah tempat yang bagus untuk memulakan perbandingan antara rantau secara relatif.



Dan itulah kesemuanya! Beberapa contoh kukuh dan pembelajaran yang boleh kita pelajari dengan melihat kepada pergerakan langsung di dalam pasaran. Memahami dinamik ini adalah sangat berguna untuk membina satu strategi dagangan yang ampuh. Dalam kata lain, jika anda berdagang FX, ia adalah sangat penting untuk mengetahui perbezaan di antara negara. Ini bersamaan dengan, jika anda berminat untuk melabur di dalam satu syarikat, melihat kepada hasil bon syarikat itu boleh memberitahu anda sebanyak mana risiko pelabur akan fikirkan jika syarikat itu tidak dapat membayar semula pinjamannya.

Minggu hadapan, kita akan melihat pula pada Keluk Hasil dan memasukkan beberapa pelajaran tentang bagaimana anda boleh menggunakan maklumat itu untuk meramalkan harga dan keadaan keseluruhan ekonomi.

- Pasukan TradingView ❤️❤️

Get $15 worth of TradingView Coins for you and a friend: www.tradingview.com/share-your-love/

Read more about the new tools and features we're building for you: www.tradingview.com/blog/en/
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.