Cara membuat carta fundamental untuk saham tertentuAnda boleh melukis pada carta fundamental dan melakukan analisa yang sama pada mana-mana carta. Ini termasuk menambah garisan trend, julat, anak panah dan teks. Untuk pelabur jangka panjang atau sesiapa yang ingin mengetahui lebih mendalam mengenai syarikat individu, cara ini mungkin boleh menjadi strategi yang berkesan untuk ditambahkan kepada proses analisa anda.
Ianya mudah untuk bermula. Perkara pertama anda boleh lakukan adalah membuka carta untuk sesuatu syarikat yang anda minat. Taip nama atau simbol dalam kotak carian. Kemudian, klik butang "Kewangan" atau ikon yang kelihatan seperti carta bar emoji 📊 yang terletak berdekatan bahagian atas carta anda. Kemudian, pilih metrik asas yang anda ingin selidiki.
Setelah memilih metrik fundamental untuk syarikat yang anda minat, anda boleh mula melukis. Pilih satu alatan melukis dan lakukan analisa yang sama untuk melihat keadaan kewangan untuk syarikat seperti mana yang anda lakukan untuk carta harga normal. Dalam contoh ini, kami menunjukkan carta nisbah Harga-ke-Jualan untuk Microsoft. Nisbah ini menunjukkan sebanyak mana pelabur sanggup membayar untuk $1 untuk hasil Microsoft. Jadi, jika nisbah PS adalah $30, ini bermakna pelabur akan membayar $30 untuk setiap $1 hasil. Pada carta ini, kami telah menambahkan teks dan menekankan beberapa detik menarik dalam sejarah hasil Microsoft. Apakah yang anda nampak?
Kami berharap anda menikmati hantaran singkat ini dan semoga ianya dapat membantu anda untuk bermula dengan metrik fundamental dan lukisan. Tambahan lagi, untuk sesiapa yang lebih maju, anda boleh menggunakan data fundamental untuk membina Skrip Pine.
Terima kasih kerana menjadi ahli TradingView dan kami berharap anda menikmati analisis fundamental ini.
Idea komuniti
Paparan screener yang selalu saya gunaSaya ada banyak jenis screener.
Ada screener untuk pullback, ada screener untuk breakout dan ada juga untuk buat watchlist.
Penggunaan screener di tradingview ini bukan saja memudahkan kerja saya, malah ianya juga lebih pantas dan multi-platform.
Sekian.
#cintailahbahasakebangsaan
HUBLINE - Permulaan Satu Pendakian?Pemerhatian:
a) Harga bergerak Sideway untuk beberapa ketika.
b) Harga menembusi S1 (1/7) dan seterusnya RTS (10/7) sebelum gagal menembusi R1 (21/7).
c) Landasan 20/40 mula terbuka dan disokong kuat pada RTS.
Rumusan:
- Harga dijangka akan membuat pergerakkan Sideway untuk beberapa ketika sebelum meneruskan pendakian.
- Jika harga menembusi RTS, kemungkinan harga tidak berminat meneruskan pendakian dan akan bergerakka Sideway untuk satu tempoh.
- Bagi penulis, saham ini tidak akan diniagakan kerana pergerakkan harga yang tidak stabil dan vol. yang tidak sihat.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.