Idea komuniti
10 Alatan untuk Membina Sebuah Pelan PerdaganganHari ini, kami mahu berkongsi beberapa petua mengenai cara untuk membina pelan dagangan. Kami mahu memperkenalkan dengan lebih mendalam mengenai beberapa alatan yang ada untuk kegunaan anda sebagai ahli TradingView.
1. Gunakan alatan percuma kami iaitu alatan Dagangan Kertas untuk mempelajari bagaimana untuk menguruskan wang, Buka Panel Dagangan untuk bermula. Anda boleh mencari butang ini pada bahagian bawah carta anda. Dagangan kertas adalah penting untuk anda menguji dan menguruskan sesi dagangan atau pelaburan anda dalam persekitaran yang tersimulasi. Anda tidak perlu merisikokan apa-apa wang yang sebenar.
2. Alatan Posisi Long dan Short adalah bagaimana anda merancang sesuatu dagangan sebelum anda merisikokan wang sebenar anda. Alatan ini berada di bahagian kiri bar alatan pada carta anda. Pilih alatan itu dan mula merancang dagangan anda. Paling penting, anda gambarkannya pada carta. Letakkan titik masuk, berhenti, sasaran keuntungan dan jelaskan setiap aspek dalam pengurusan risiko.
3. Mencatat nota adalah perkara mustahak untuk menyempurnakan idea anda. Anda boleh menulis nota secara langsung di carta menggunakan alatan Teks. Pengambilan nota membantu anda berfikir dengan lebih mendalam mengenai proses dagangan anda dan berkongsi dengan mudah dengan orang lain untuk mendapatkan maklum balas. Ini adalah contohnya:
4. Cari dagangan yang sesuai dengan kriteria dan gaya anda daripada mengejar berita atau pergerakan-pergerakan besar. Gunakan alatan penyaring untuk mencari idea-idea yang sempurna. Adakah anda seorang pedagang momentum? Pedagang swing? Pelabur jangka panjang? Kesemua pendekatan ini dapat diperhalusi dengan alatan Penyaring kami. Buat imbasan tersuai untuk saham, forex dan matawang kripto.
5. Sila baca bahagian Pendidikan untuk mengetahui konsep-konsep dan strategi-strategi yang baru. Setiap hari, pedagang dan pelabur dari seluruh dunia menerbitkan penyelidikan jangka panjang mengenai pasaran ke bahagian Pendidikan. Ianya terbuka kepada semua orang dan percuma untuk digunakan. Kami juga telah memasukkan beberapa contoh di bawah:
Bagaimana untuk mencartakan pengiraan termaju
Kepentingan ujian belakang
6. Terbitkan idea anda dan dapatkan maklum balas segera dari semua orang. Tidak ada cara yang lebih baik untuk belajar daripada dengan belajar bersama yang lain. Untuk tujuan Menerbitkan idea, klik butang Terbitkan yang terletak dibahagian kanan atas carta anda. Isi beberapa maklumat asas dan tulis penerangan yang lengkap. Setelah menerbitkan idea anda, pedagang dan pelabur lain boleh memberi komen, suka dan menghantar maklum balas semula.
7. Simpan carta dan penyelidikan anda supaya anda tidak akan kehilangan hasil kerja anda. Susun atur adalah komponen utama bagi sebarang rancangan perdagangan. Sekiranya anda membuat lakaran pada carta anda, mengambil nota dan menganalisis harga, anda sudah tentu ingin memastikan kerja anda disimpan dan senang dicari. Tekan ikon awan di bahagian kanan atas carta anda untuk menyimpannya. Gunakan menu lungsur turun di sebelah ikon awan untuk menamakan carta anda dan membuka carta lain yang telah anda simpan.
8. Bawa carta, senarai amatan dan penyelidikan anda ke mana sahaja dengan aplikasi mudah alih percuma kami. Kesemuanya diselaraskan dengan sempurna dari desktop ke telefon bimbit. Anda hanya memerlukan sambungan Internet. Satu petua berguna ialah anda membuat beberapa senarai amatan dan mengaturnya mengikut keperluan anda. Bawa senarai amatan anda ini ke mana sahaja dan ikuti rancangan anda.
9. Gunakan alatan kalendar dan acara untuk menjejaki acara-acara yang akan datang. Anda pastinya tidak mahu tiba-tiba terkejut dengan laporan pendapatan atau peristiwa ekonomi utama. Pada bar alatan sebelah kanan, ada satu butang Kalendar. Anda juga boleh menambahkan Pendapatan, Dividen dan Pembahagian ke carta anda dengan membuka Tetapan anda dan memilihnya di menu Acara. Kesemua ini akan muncul sebagai ikon berhampiran dengan bahagian bawah carta anda.
10. Bagaimanakah anda merancang perdagangan atau pelaburan anda? Sila tinggalkan jawapan anda di komen. Dengan bersama-sama, kita boleh berkongsi idea di dalam komen, bertemu pedagang baru yang boleh diikuti dan membina senarai petua-petua yang berguna. Tiada cara yang lebih baik untuk belajar daripada berkerjasama dengan orang lain. Kami harap anda menyukai siaran ini.
Kami telah menambahkan 100+ tahun sejarah harga emas dan perakPasukan TradingView komited dalam membina platform yang memberikan carta,data dan visualisasi terbaik supaya dapat membuat keputusan terbaik. Hari ini, kami bergembira untuk memperkenalkan dua set data baru yang telah kami perluaskan untuk mereka yang ingin melihat sejarah emas dan perak.
Anda kini membuat carta untuk lebih daripada 100 tahun sejarah harga emas dan perak. Oleh sebab kedua-dua logam ini ialah logam berharga tertua dan penting kepada evolusi matawang dan dagangan, kami percaya sejarah harga tambahan ini akan bermanfaat kepada pedagang logam jangka masa panjang.Lihat emas atau perak dalam rangka masa jangka pendek atau jangka panjang yang bermula sejak tahun 1915.
Untuk bermula, taip GOLD atau SILVER dalam kotak carian anda. Anda juga boleh menggunakan pautan di bawah untuk pergi ke halaman Emas dan Perak:
• Lihat carta Emas
• Lihat carta Perak
Kami berharap anda akan menikmati data baru ini dan jika anda ingin kami menambahkan lebih banyak data untuk ticker tertentu, sila komen di bawah. Pasukan kami akan cuba menambahkannnya. Terima kasih kerana membaca!
Cara menggunakan carta log dan mengapa mereka pentingDua carta dalam idea ini menunjukkan harga saham Tesla sejak IPO. Perbezaannya adalah satu carta merupakan carta log manakala yang lagi satu ialah carta harga linear yang normal. Oleh sebab itu, mereka nampak berbeza. Memahami carta log dan carta linear normal amat penting untuk semua pedagang dan pelabur. Terutamanya semasa melihat perubahan harga untuk tempoh masa yang panjang.
Carta di kiri ialah carta log Tesla manakala carta di kanan ialah carta harga linear Tesla. Carta log menunjukkan perbezaan perubahan peratusan antara harga manakala carta linear normal menunjukkan jarak tetap antara harga. Cuba lihat sekali lagi carta di atas. Jika masih tidak faham, jangan risau dan teruskan membaca.
Katakanlah Tesla, semasa ia mula-mula menjadi syarikat tersenarai, pergerakan dari $5 setiap syer ke $10 setiap syer merupakan pergerakan sebanyak 100%. Anda akan menggandakan pulangan anda. Beberapa tahun kemudian, Tesla mencapai $100 setiap syer dan harga naik kepada $105 setiap syer. Pergerakan ini hanya sebanyak 5%. Kedua-dua pergerakan dalam contoh ini mewakili pergerakan harga sebanyak $5 setiap syer,tetapi satu dengan perubahan peratusan yang lebih tinggi. Oleh sebab itu, carta log adalah amat berguna di mana ia menunjukkan perubahan peratusan! Di carta normal, setiap aras harga yang ditunjukkan pada jarak yang tetap. Jadi pergerakan daripada $5 ke $10 ditunjukkan dengan cara yang sama dengan pergerakan dari $100 ke $105
Untuk mula menggunakan carta log sangatlah cepat dan mudah
1. Jika anda menggunakan PC, tekanlah Alt + L di papan kekunci anda. Kombinasi papan kekunci ini akan mengubah carta anda kepada bentuk log dengan cepat. Anda boleh menekan kombinasi yang sama sekali lagi untuk menukar balik ke carta harga linear yang normal.
2. Jika anda menggunakan Mac, tekanlah Option + L. Anda boleh bertukar antara carta log dengan kombinasi di Mac anda.
3. Anda juga boleh mengklik butang log yang terletak di bahagian kanan bawah carta untuk bertukar antara carta log dan normal.
Lagi satu tip: letakkan kursor tetikus anda di atas skala harga, kemudian klik tetikus dan menarik ke atas atau ke bawah untuk menukarkan skala harga. Tip mudah ini memberi lebih banyak kawalan terhadap skala harga untuk kedua-dua carta log dan linear normal.
Jadi bagaimana anda boleh menggunakan carta log selepas ini?
Paling penting adalah mengetahui anda memiliki peralatan untuk menganalisis aksi harga dalam pelbagai kaedah. Selalu membandingkan kedua-dua carta jika perlu. Pedagang dan pelabur baru sentiasa tertarik dengan betapa banyak maklumat yang terdapat dalam carta log untuk tempoh masa yang lama. Tambahan pula, membandingkan carta log dengan carta harga linear normal mungkin dapat membuka pandangan yang baru. Dua carta Tesla dalam contoh ini mendemonstrasikan perkara ini dengan jelas. Satu carta kelihatan , parabolik dan berselerak manakala satu lagi lebih teratur dari segi jarak dan menunjukkan trend yang lebih jelas.
Terima kasih kerana membaca! Seperti biasa, sila tinggalkan soalan atau komen di bawah. Jika anda mempunyai permintaan produk atau ciri tertentu, sila juga menulis dalam komen. Pasukan kami akan membantu.
Indikator Trendband Cycle - kemaskini label Target/Stop LossSaya tambah maklumat di dalam label untuk Target dan Stop Loss.
Ada kesilapan penerangan pada minit ke 4:13 - nilai stop loss bukan -11.11%, tetapi -1.56% , boleh rujuk terus dalam label tersebut.
Seperti biasa, buang indikator Trendband Cycle dan tambah semula untuk dapatkan kemaskini terbaru.
Cara menggunakan Volum Sesi HD untuk mengkaji harga dan volumVolum Sesi HD dicipta untuk menambahkan keterperincian dan ketepatan bagi mengkaji harga dan volum untuk setiap sesi perdagangan. Volum Sesi HD mengubah secara dinamik untuk menunjukkan lebih banyak data apabila anda zum masuk dan keluar carta.
Anggaplah Volum Sesi HD seperti kanta pembesar untuk mengkaji volum dan harga. Apakah aras harga yang akan menarik volum perdagangan yang terbanyak? Bagaimanakah ia berubah apabila kami zum masuk atau keluar dalam sesi perdagangan yang tertentu? Dengan Volum Sesi HD, semakin banyak anda zum masuk, semakin terperinci anda akan lihat tentang harga dan volum untuk hari perdagangan tertentu. Ia merupakan alat yang sempurna untuk pedagang dan pelabur yang ingin zum masuk dan keluar dengan cepat dan menukarkan resolusi carta mereka.
Merujuk kepada contoh di atas, kami sedang melihat dua carta Tesla di mana kedua-duanya ditetapkan dengan rangka masa dan resolusi yang berbeza. Adakah anda dapat melihat perbezaan antara Profil Volum yang ditunjukkan pada setiap carta? Carta di bahagian kiri ialah carta harian sehingga November. Carta di bahagian kanan ialah carta 65-minit yang kami zum masuk untuk beberapa hari yang lalu. Kedua-dua carta menggunakan Volum Sesi HD untuk menunjukkan analisis Profil Volum, tetapi setiap carta menunjukkan aras keterperincian yang berbeza. Dengan kata lain, semakin banyak kita zum masuk, semakin banyak aras profil volum akan dipaparkan.
Apabila anda mula memahami dan menggunakan Volum Sesi HD, penting untuk mengingati bahawa alat ini boleh disesuaikan mengikut keperluan dan pemerhatian anda. Buka tetapannya untuk bermula. Setiap pedagang dan pelabur mempunyai metodologi tersendiri dan tetapan ini akan membantu anda mencipta gaya kajian anda yang unik.
Titik Kawalan/ Point of Control (POC) - Aras harga untuk tempoh masa dengan volum dagangan yang tertinggi. Garis merah ini ditunjukkan di kedua-dua carta dalam setiap kawasan Profil Volum.
Volum Naik - Menentukan warna untuk Volum Naik atau titik-titik di mana pembelian berlaku dan harga meningkat.
Volum Turun - Menentukan warna untuk Volum Turun atau titik-titik di mana penjualan berlaku dan harga menurun.
Kawasan Nilai Naik - Menentukan warna untuk Kawasan Nilai Naik atau di mana pembelian berlaku dalam zon volum tinggi, katakan 70% daripada kesemua volum yang dapat didagang.
Kawasan Nilai Turun - Menentukan warna untuk Kawasan Nilai Turun atau di mana penjualan berlaku dalam zon volum tinggi, katakan 70% daripada kesemua volum yang dapat didagang.
Profil Tinggi - Aras harga tertinggi yang tercapai dalam satu tempoh masa yang spesifik.
Profil Rendah - Aras harga terendah yang tercapai dalam satu tempoh masa yang spesifik
Kawasan Nilai/Value Area(VA)- Julat aras harga di mana satu peratusan spesifik untuk semua volum yang didagang dalam tempoh masa itu. Biasanya, peratusan ini ditetapkan kepada 70% , namun demikian ia adalah bergantung kepada pilihan pedagang.
Kawasan Nilai Tinggi/ Value Area High (VAH) – Aras harga tertinggi dalam kawasan nilai itu.
Kawasan Nilai Rendah/Value Area Low (VAL) - Aras harga terendah dalam kawasan nilai itu.
Kami berharap tutorial ini membantu anda memahami kekuatan Volum Sesi HD dan alat Profil Volum yang lain. Lebih penting , kami berharap ia membantu anda memahami semua ciri, penyesuaian dan kefungsian yang datang dengan alat ini. Volum Sesi HD adalah salah satu alat Profil Volum yang tersedia untuk anda dan ia amat berguna semasa melakukan zum masuk dan keluar carta, menukar rangka masa , dan mencari maklumat tambahan untuk kajian sesi perdagangan tertentu.
Terima kasih kerana membaca dan sila tinggalkan maklum balas atau komen di bawah. Jika anda ingin melihat lebih tentang alat atau ciri Profil Volum, anda boleh hantarkan cadangan anda kepada kami! Kami mungkin akan membinanya untuk anda.
Panduan: Terbitkan idea yang baik dan dapatkan banyak tanda sukaPanduan umum:
Untuk menerbitkan idea yang baik dan mendapatkan banyak tanda suka, langkah pertama adalah idea anda harus diterbitkan secara awam. Anda harus memastikan idea anda tidak "disembunyikan" atau "tidak disyorkan" kerana melanggar peraturan dalaman.
Apakah erti menyembunyikan idea dan puncanya?
Moderator TradingView akan menyembunyikan idea-idea yang melanggari peraturan dalaman, biasanya disebabkan pengarang memasukkan pautan atau rujukan kepada media sosial dan laman web mereka untuk melakukan promosi.
Idea tersembunyi tidak akan dipaparkan kepada awam, hanya anda dan moderator TradingView dapat melihatnya. Oleh sebab huraian idea tidak boleh ditukar oleh anda atau pasukan TradingView, idea-idea ini tidak dipaparkan lagi dan menyebabkan usaha anda menganalisis dan menerbitkan idea tersebut menjadi sia-sia. Oleh itu, bacalah Peraturan Dalaman kami dengan teliti untuk mengelakkan situasi yang sama berlaku lagi.
Kenapa idea anda boleh menjadi tidak disyorkan?
TradingView bertujuan untuk memaparkan idea-idea yang memberikan analisis yang baik pada carta dan huraiannya.Untuk mencapai matlamat ini, kami "tidak mengesyorkan" idea yang:
Mengandungi tajuk atau deskripsi yang menggunakan SEMUA HURUF BESAR
Mengandungi sedikit atau tiada analisis pada carta
Kekurangan deskripsi
Diterbitkan dalam bahasa tidak sesuai dengan domain di mana idea diterbitkan
Idea yang "tidak disyorkan" tidak akan muncul di halaman utama atau dalam aliran idea-idea popular, di mana ia akan mengehadkan pendedahannya.
Idea tersebut hanya dipaparkan dalam aliran idea terbaru, kepada pengguna yang mengunjungi profil anda atau memilik pautan terus kepada terbitan anda.
Mari melihat beberapa contoh yang menjadikan idea terbitan itu baik. Untuk menjadikannya lebih jelas, kami juga memberikan contoh idea yang tidak baik sebagai perbandingan
Klik pada mana-mana idea untuk maklumat lanjut.
Semua Analisis
► Seimbang: jelas, tidak berselerak, profesional, tidak berlebihan.
Baik:
Perlu penambahbaikan:
Analisis Teknikal
►Menyertakan lukisan yang menjelaskan idea. Sekurang-kurangnya dua alat analisis atau dua sebab, cthnya , aras sokongan dan corak candlestick atau sebuah garis trend dan sebuah penunjuk, dsb. Gunakan secukupnya tetapi tidak berlebihan!
Baik:
Perlu penambahbaikan:
Idea Dagangan
►Menyertakan bias tertentu dalam idea dan menyatakan sama ada anda melakukan akan membeli atau menjual. Pastikan anda memberitahu orang lain titik entri dan keluar untuk dagangan tersebut dan sebutkan berapa lama dagangan tersebut akan terus aktif.
Baik:
Perlu penambahbaikan:
Analisis Fundamental & Ulasan Pasaran
►Menyediakan trend umum dan pergerakan harga berdasarkan alasan yang munasabah.
Baik:
Hantaran pendidikan
► Penjelasan terperinci tentang kaedah untuk analisis teknikal, fundamental atau makro.
Baik:
Analisis Antara Pasaran
► Ini termasuk analisis Overlay atau Ratio. Panggilan untuk arah pergerakan dengan penjelasan yang mencukupi.
Baik:
Analisis Teks
► Haruslah berguna dan informatif untuk komuniti. Contohnya, kandungan pendidikan, sebuah kolum atau pengalaman peribadi.
Baik:
Perlu penambahbaikan:
Lebih banyak cadangan spesifik untuk jenis Analisis Teknikal yang tertentu
Corak harmonik
► Harga harus telah melepasi titik B dan sedang bergerak dari C ke D. Atau terdapat peralatan teknikal lain yang menyokong pandangan ini. Gunakan peralatan terbina dalam TradingView untuk menunjukkan nisbah-nisbah Fibonacci. Pautan yang berguna: www.harmonictrader.com
Baik:
Perlu penambahbaikan:
Double top
► Corak yang tidak melengkapi puncak kedua dan bergerak ke arah neckline tidak harus dikategorikan sebagai double top. Begitu pula untuk 'double bottom'.
Baik:
Perlu penambahbaikan:
Kepala dan Bahu
► Corak yang tidak melengkapi bahu kanan dan bergerak ke arah neckline tidak memenuhi syarat. Begitu pula untuk kepala dan baru yang terbalik.
Baik:
Perlu penambahbaikan:
Analisis hanya penunjuk
Perlu penambahbaikan:
Gelombang Elliott
► Haruslah sesuai dengan peraturan yang dapat dicari di www.elliottwave.com. Ini adalah sumber yang paling umum dan banyak digunakan.
Baik - jelas dengan setup yang boleh dilaksanakan
Perlu penambahbaikan - berselerak:
Mengikuti panduan ini tidak hanya akan menghasilkan idea-idea yang lebih baik untuk komuniti TradingView, ia juga meningkatkan peluang idea anda untuk terpilih dalam Pilihan Editor kami.
Kami berharap panduan ini berguna untuk anda. Kongsikan pandangan anda di ruang komen di bawah.
Cara menggunakan alat melukis Profil Volum Julat Tetap yang baruProfil volum penting untuk memahami bekalan, permintaan, dan kecairan keseluruhan. Alat profil volum membolehkan anda menganalisis trend volum pada aras harga tertentu dan masa yang tertentu. Alat melukis baru kami yang dipanggil Profil Volum Julat Tetap dicipta untuk membolehkan semua orang mengkaji trend volum pada carta mereka.
Berikut adalah cara anda boleh mula menggunakan alat melukis Profil Volum Julat Tetap yang baru:
1. Pergi ke bahagian kiri carta anda dan klik Alat Ramalan dan Ukuran. Ini merupakan tempat yang sama dengan alat Julat Harga atau Panjang/Singkat
2. Menatal ke bawah senarai ini dan pilih Profil Volum Julat Tetap.
3. Selepas memilih alat tersebut, cari dan klik kawasan carta yang hendak dikaji. Klik pada titik mula dan akhir. Dalam contoh ini, kami menunjukkan profil volum julat tetap untuk BTCUSD dari tinggi sepanjang masa sehingga hari ini.
Memahami cara membaca Profil Volum Julat Tetap amat penting. Apabila anda melukis Profil Volum Julat Tetap yang pertama, anda akan melihat yang berikut:
• Garis merah = titik kawalan/point of control atau aras harga dengan volum tertinggi.
• Bar kuning dan biru = volum naik dan turun untuk setiap aras harga.
• Kawasan berlorek biru = kawasan profil volum terpilih yang ditunjukkan.
Harap diingat bahawa anda boleh mengubah tetapan Profil Volum Julat Tetap. Ini bermakna anda boleh menukar gaya dan pengiraannya. Contohnya, anda boleh menambahkan titik kawalan yang berkembang, mengubah warna kawasan berlorek, dan menukar saiz barisan volum. Kemungkinan yang tidak terbatas dan terpulang kepada anda untuk membina penampilan terbaik untul Profil Volum Julat Tetap anda.
Kami berharap anda menyukai alat melukis baru ini dan kami berharap untuk melihat bagaimana ia digunakan. Kami mempunyai misi untuk membantu sebanyak mungkin pelabur dan pedagang dan kami percaya alat-alat sedemikian dapat membantu. Mereka adalah percuma dan tersedia untuk semua orang.
Jika anda mempunyai sebarang soalan dan maklum balas, sila tuliskan dalam ruang komen di bawah. Jika anda belum yakin untuk menggunakan alat ini, kami mencadangkan untuk mulai mencuba dan bereksperimen dengannya. Salah satu cara terbaik untuk belajar adalah dengan mencuba menggunakannya.
6 kekunci pintas untuk berkongsi, membuat nota dan cartaHari ini, kami ingin menunjukkan kekunci pintas yang boleh menambahbaikkan kaedah anda melihat harga ,berkongsi idea, dan mengesan perkembangan anda. Untuk bermula, buka sebuah carta dan cuba mana-mana kombinasi papan kekunci berikut:
Alt + S = Mengambil syot kilat carta anda
Alt + W = Menambahkan simbol kepada senarai amatan anda.
Alt + L = Membuka sebuah carta Log
Alt + P = Membuka sebuah carta %
Alt + G = Pergi ke tarikh tertentu dalam carta
Alt + N = Membuat nota baru
Jika anda menggunakan Mac, gunakan kunci pilihan ⌥:
⌥ + S = Mengambil syot kilat carta anda
⌥ + W = Menambahkan simbol kepada senarai amatan anda.
⌥ + L = Membuka sebuah carta Log
⌥ + P = Membuka sebuah carta %
⌥ + G = Pergi ke tarikh tertentu dalam carta
⌥ + N = Membuat nota baru
Mari kita berbincang kenapa kekunci ini penting dan bagaimana anda boleh menggunakannya. Alt + S membolehkan anda mengambil syot kilat carta yang sedang anda perhatikan. Ini memudahkan anda berkongsi carta dengan rakan-rakan,di bilik sembang atau di mana-mana media sosial.
Alt + L ialah cara untuk berpindah ke carta log manakala Alt + P ialah cara berpindah ke carta perubahan peratusan. Semasa menganalisis carta, kedua-dua kekunci pintas boleh memberikan pandangan yang alternatif untuk menguji hipotesis anda. Contohnya, berapakah kenaikan dan penurunan sebuah simbol tertentu dalam satu tempoh masa tertentu? Gunakan Alt + P untuk itu. Carta logaritma pula akan mengubah paksi (harga) untuk menampilkan perubahan dari satu harga kepada yang berikutnya. Gunakan Alt + L
Akhir sekali, mari kita berbincang tentang Alt + N. Ini adalah cara anda membuka nota baru. Anda boleh menggunakan Nota Teks di TradingView sebagai jurnal perdagangan. Kumpulkan idea, menulis pemikiran anda, dan merekod pelan daripada nota teks anda. Ini amat penting untuk pembinaan proses jangka panjang dan mengkaji balik idea-idea anda sebagai pedagang atau pelabur.
Terima kasih kerana membaca dan kami berharap kekunci pintas ini dapat membantu. Jika anda memiliki sebarang soalan atau komen, sila menulis di bahagian komen di bawah. Kami memautkan idea lain di bawah yang menjelaskna tentang kekunci pintas yang lain.
25-Nov-2020: Indi kajian TA (bursa)-Siri 1Assalamulaikum dan selamat sejahtera rakan bokojoz;
Petang ini saya sekadar nak berkongsi serba sedikit tentang apa yang saya tahu dan cara bagaimana saya melakukan kajian kaunter di Bursa. Jadi setiap kaedah kajian adalah agak berbeza dimana naked chart dan price action tidak berapa berkesan digunakan di BURSA walaupun boleh saja untuk digunakan (Ini pengalaman saya sendiri mungkin sebab saya tak biasa dengan bursa)
Secara umum di bursa saya banyak menggunakan indikator untuk membantu dalam pemilihan kaunter. Ini disebabkan kebanyakan entry dan exit yang dilakukan oleh pedagang bursa adalah berdasarkan kepada indikator. Jadi kita sebenarnya menggunakan indi ni sebab nak tahu dimanakah kebanyakan trader membuat keputusan nak masuk. Jadi beberapa indi yang saya biasa gunakan adalah seperti berikut:
1. Volume
kebiasaanya digunakan untuk melihat minat belian
Time frame digunakan D dan W
pada DTF kita nak lihat minat belian semasa
pada WTF kita nak lihat trend pembelian dan minat keseluruhan terhadap sesuatu kaunter dlm jangka masa panjang.
Jadi kita akan hanya menumpukan pada kaunter yang mempunyai volume sekurang-kurangnya 10k (di DTF)
Direprentasikan dengan warna hijau dan merah, hijau minat belian / merah jualan
2. MA
yang ini merupakan indikator yang digunakan untuk kenalpasti trend
ada beberapa jenis namun kebiasanya SMA dan EMA lebih kerap digunakan.
SMA/EMA 5 & 10 / 6 & 9 (untuk jangka pendek)
SMA/EMA 20 & 50 (digunakan untuk trend jangka panjang)
Biasanya digunakan berpasangan dan isyarat membeli atau menjual dikenalpasti daripada persilangan Golden Cross @ Death Cross
Selagi harga berada di atas MA 20 & 50 kebanyakan trader mengatakan trend adalah dalam keadaan menaik
Rasanya cukup 2 ini dahulu, kita akan sambung dengan siri 2
Semoga bermanafaat
Kekunci pintas! Mengnalisis dan membuat carta dengan lebih cepatKekunci pintas menjimatkan masa anda dan membuat pencartaan anda lebih cepat,mudah dan dinamik. Selain mengklik setiap alat secara berasingan, anda boleh menggunakan kekunci pintas untuk mempercepatkan prosesnya. Di carta, kami telah menekankan beberapa kombinasi yang popular termasuk:
Alt + T = Garisan Trend
Alt + F = Anjakan Fib
Alt + H = Garisan Mendatar
Alt + V = Garisan Menegak
Alt + C = Garis Silang
Alt + A = Tambahkan pemberitahuan
Alt + S = Syot kilat carta
Alt + I = Terbalikkan carta
Alt + P = Carta peratusan
Alt + L = Carta log
Jika anda menggunakan mac, tekan pilihan ⌥ dan bukan Alt:
⌥ + T = Garisan Trend
⌥ + F = Anjakan Fib
⌥ + H = Garisan Mendatar
⌥ + V = Garisan Menegak
⌥ + C = Garis Silang
⌥ + A = Tambahkan pemberitahuan
⌥ + S = Syot kilat carta
⌥ + I = Terbalikkan carta
⌥ + P = Carta peratusan
⌥ + L = Carta log
Untuk panduan lengkap tentang kekunci pintas yang tersedia untuk anda, sila kunjungi panduan berguna kami di sini . Contohnya, tekan 'space bar' untuk beralih ke carta yang seterusnya dalam senarai amatan anda. Atau mengeluarkan objek dengan roda tetikus. Hanya perlu meletakkan kursor di atas lukisan atau penunjuk dan mengklik roda tetikus anda. Untuk membuka menu penunjuk, hanya perlu tekan '/' pada papan kekunci manakala untuk menukar selang carta, hanya perlu taip nombor dengan papan kekunci.
Kami berharap anda menikmati kekunci pintas ini dan jika anda merasa ada kekunci pintas lain yang boleh membantu perdagangan atau pelaburan anda, sila komen di bawah. Kami mungkin boleh membina untuk anda! Terima kasih kerana menjadi ahli TradingView.
Cara mengikuti perolehan dan mengetahui laporan syarikatMinggu ini merupakan musim perolehan di mana banyak laporan syarikat besar termasuk Apple , Microsoft , Amazon, Visa, dan Shopify akan keluar. Oleh sebab itu, perlu diingati bagaimana mudah untuk mengikuti perolehan. Jika anda seorang pedagang atau pelabur, anda tidak mahu menerima kejutan disebabkan laporan yang anda tidak sedar. Anda harus bersedia dan panduan ini akan menunjukkan caranya.
Kalendar perolehan TradingView ( pautan ) menunjukkan syarikat-syarikat yang akan membuat laporan hari ini, esok, minggu ini dan minggu depan. Anda boleh menyusun setiap laporan mengikut tarikh atau faktor fundamental seperti Permodalan Pasaran, Unjuran Hasil dan EPS. Kalendar perolehan merupakan kaedah paling pantas untuk melihat siapa yang akan membuat laporan dan bila.
Tip: Simpan kalendar perolehan supaya anda tidak hilang halaman ini - ( pautan )
Lagi satu alat yang berguna untuk mengikuti laporan syarikat adalah dengan memastikan ikon perolehan ( E ) ditunjukkan di carta anda. Anda boleh berbuat demikian di tetapan carta, pilih Peristiwa dan kemudian tandakan kotak yang menyebut "Tunjukkan perolehan di Carta." Carta dalam contoh ini ialah Apple dan setiap ikon E mewakili laporan suku tahunan. Tambahan pula, anda boleh letakkan kursor tetikus anda di atas ikon E dan klik untuk maklumat syarikat tentang laporan tertentu. Jika anda ingin mempelajari lebih lanjut tentang alat ini, sila rujuk idea yang kami terbitkan pada awal tahun.
Tip: Bina pemberitahuan tersuai anda untuk laporan perolehan yang akan tercetus sebelum , semasa dan selepas. Hanya perlu bukan pengurus pemberitahuan dan mula mencipta pemberitahuan baru.
Walaupun garisan atas dan bawah perolehan adalah penting, mereka tidak menjelaskan cerita yang lengkap. Terdapat faktor-faktor lain yang perlu diambil kira seperti panduanm, komen pihak atasan, dan pelancaran produk baru. Semasa sebuah syarikat melaporkan perolehan, ia juga berguna untuk mengikuti berita tentang syarikat tersebut. Anda boleh berbuat demikian dengan mengklik pada ikon surat khabar di menu bahagian kanan. Ini adalah cara mengakses berita gempar sebelum dan selepas laporan syarikat untuk mendapat maklumat yang lanjut.
Nasihat yang terakhir ialah halaman perolehan khas baru kami. Di sini anda boleh mencari idea-idea yang diterbitkan oleh pedagang dan pelabur lain yang menekankan peristiwa pasaran yang berkaitan dengan perolehan. Anda boleh menggunakan halaman ini untuk mencari idea , pengarang , skrip dan konsep pendidikan yang berkaitan dengan perolehan.
Terima kasih kerana membaca dan kami berharap ini boleh membantu anda mendapatkan maklumat tentang perolehan dan laporan syarikat. Jika anda ada sebarang soalan atau maklum balas, sila komen di bawah. Terima kasih kerana menjadi ahli TradingView!
Bagaimana untuk mencipta carta dengan latar belakang gradienKami telah membolehkan anda mencipta carta dengan latar belakang gradien. Ini bermakna anda boleh menggabungkan dua warna untuk mencipta carta yang menarik and unik kepada anda. Contohnya, kami telah menggabungkan biru cerah dengan putih untuk mencipta latar belakang yang mudah dilihat.
Untuk bermula, ikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1 - Buka Tetapan carta anda
Langkah 2- Dalam tetingkap Tetapan, klik tab Paparan
Langkah 3 - Tukar tetapan Latar Belakang kepada Gradien
Langkah 4 - Pilih mana-mana dua warna
Carta dalam contoh ini menunjukkan harga Apple sejak IPO dengan menggunakan candlestick bulanan. Setiap candlestick menunjukkan perdagangan untuk sebulan. Kami menggunakan Apple kerana 9 tahun yang lalu, Steve Jobs meninggal dunia. Apple membuat banyak perubahan kepada sektor teknologi dan terutamanya seni pelaburan jangka panjang. Dengan melihat carta ini, anda boleh mempelajari sejarah harga lengkap bermula dari tahun IPO 1980 termasuk pelancaran produk dan peristiwa kewangan. Ia juga dipaparkan di salah satu latar belakang carta gradien baru kami.
Terima kasih kerana membaca tutorial ini dan kami berharap anda menikmati ciri gradien carta yang baru ini! Sila tinggalkan pertanyaan atau komen di bawah. Pasukan kami akan berusaha mengikuti dan membantu.






















