FITTERS PELAN DAGANGAN ALAT FIBONACCI & GELOMBANG ELLIOT Sektor : Industri perkhidmatan
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
Gelombang subkecil 2 akan menghabiskan pengeunduran nya sebelum memulakan pergerakkan menaik ke atas Gelombang subkecil 3 tahap fibo 100% dan seterusnya mendaki ke arah tahap fibo 200%-261.8% sebagai sasaran Gelombang besar 3 .
Nota Teknikal Analisis : -
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 61.8%,100%, 161.8% & 200%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 200%-261,8%
* Jangkaan Masa Fibo Time- 4 -5 minggu
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
*Corak Gelombang akan berlaku di Gelombang 4 di tahap Fibo 100%
PELAN DAGANGAN DENGAN MENGUNA ALAT-ALAT FIBONACCI & GELOMBANG ELLIOT
1. Alat Lanjutan Fibo Arah Aliran @ Trend based Fib Extension.
* Fibo Extension adalah mencari sasaran gelombang .
* Fibo extension ini telah di tarik utk jangka masa pendek dari Mula poin gelombang 1, puncak 1 & akhir 2.
* Setiap Tahap Fibo itu adalah sebagai Rintangan & sokongan - 61.8% , 100% ,161.8% & 200%
2. Alat Fibo Masa Arah Aliran @ Trend based Fib Time.
* Fibo Time adalah mencari tahap tempoh masa utk mencapai sasaran mengikut pergerakan gelombang.
* Fibo extension ini telah di tarik utk jangka masa pendek dari mula poin gelombang 1 , Puncak 1 & 2 berakhir.
* Setiap Tahap Fibo itu adalah sebagai Rintangan & sokongan - 61.8% , 100% ,161.8%, 261.8% & 361.8%
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Sila Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
Idea komuniti
Apa Idea Pelaburan Terbaik Anda?Langkah 1 - Kongsi idea pelaburan terbaik anda di bahagian komen di bawah.
Langkah 2 - Jelaskan idea anda secara terperinci dengan menggunakan fakta atau carta. Anda juga boleh memautkan idea yang telah anda terbitkan dari akaun TradingView anda.
Langkah 3 - Kami akan memberikan 100 Syiling TradingView untuk penyampaian terbaik dan 200 Syiling TradingView untuk idea yang mendapat tanda suka yang paling banyak.
Kami berharap agar semua orang memperoleh manfaat daripada acara ini dan kami berharap dapat menganjurkan lebih banyak lagi pada masa akan datang. Pastikan juga anda menggunakan komen di bawah ini untuk bertemu dengan orang lain, berbual mengenai pasaran semasa serta mencari idea baru.
P.S.
Adalah penting supaya kita semua memberi sokongan untuk idea yang paling menarik. Ianya tidak mudah untuk berkongsi peluang pelaburan secara terbuka kerana ianya tidak semestinya berjalan seperti yang dirancang. Maka, kita perlulah memberi dorongan positif kepada mereka. Berkongsi idea dapat membantu orang lain belajar, mencari peluang baru dan memberi maklum balas. Selain itu juga, mereka yang berani berkongsi sebenarya mempunyai keberanian dalam perniagaan ini.
Kami berharap agar anda dapat membaca semua idea yang dikongsi! 📈
Penggunaan Saluran Regresi LinearSaluran Regresi Linear adalah cara yang baik untuk mengenalpasti aras utama yang berpotensi untuk aksi harga masa hadapan dengan menggambarkan distribusi normal sebuah trend.
Semasa menggunakan alat Trend Regresi(terletak di panel lukisan di bawah kumpulan "Alat Garis Trend")dua titik pada trend dipilih, biasanya pada awal dan akhir trend.
Apabila dua titik pada carta dipilih, distribusi normal data dikira antara dua titik yang dipilih dan dipaparkanda dalam bentuk saluran regresi linear.
Garis tengah dalam saluran ini ialah Garisan Regresi Linear atau Purata, dan garis atas dan bawah adalah sisihan piawai Atas dan Bawah daripada purata seperti yang ditentukan dalam tetapan alat ( tetapan lalai adalah sisihan piawai +2 dan -2 daripada purata)
Korelasi hubungan linear dipaparkan sebagai koefisien korelasi Pearson atau Pearson R. Ia boleh dipaparkan atau disembunyikan di carta dengan memilihnya di menu gaya.
Pearson R menunjukkan kekuatan korelasi dan arahnya, dengan nilai bergerak di antara -1 dan 1. Semakin jauh Pearson R bergerak dari sifar, kekuatan hubungan linear antara harga dan masa meningkat. Semasa menggunakan alat Trend Regresi, Pearson akan sentiasa ditetapkan sebagai nilai mutlak(positif), tetapi arah trendnya boleh dikenalpasti secara visual.
Pembalikan purata
Apabila trend regresi mempunyai korelasi tinggi, ini disebabkan konsistensi aksi harga berada di sepanjang purata (garis tengah), dengan lebih sedikit poin yang bergerak di atas dan di bawah garis purata ke atas dan bawah aras sisihan piawai.
Salah satu cara untuk melakukan perdagangan saluran regresi linear adalah dengan berdagang aksi harga apabila ia bergerak dari dan balik ke purata.
Semasa menggunakan alat ini, harap maklum bahawa saluran yang mempunyai lebih banyak bar dan korelasi yang tinggi akan lebih cenderung bergerak dalam trend itu berbanding saluran yang mempunyai beberapa bar dan korelasi yang tinggi.
Panjang trend ini harus dipertimbangkan semasa berdagang dengan saluran ini.
Dengan alat Trend Regresi, anda boleh mulai memanfaatkan analisis statistik dalam strategi perdagangan anda hanya dengan beberapa klik!
PENDIDIKAN PERATURAN & PANDUAN GELOMBANG ELLIOTPERATURAN & PANDUAN GELOMBANG ELLIOT
Gelombang Besar Satu (Impuls)
Corak Paten kekerapan :
1. Impuls -12345 - Gelombang kecil 1,3 & 5
2. impuls Pepenjuru Awal (Leading Diagonal-12345)
3. Corak Zigzag-ABC Gelombang kecil 2
4 Segi Tiga (Triangle-ABCDE) Gelombang Kecil 4
Tahap Fibonacci kekerapan sasaran
1 . 161.80% -200%
(jika di tarik dari poin gelombang Pembetulan bermula mengunakan Fibonacci Extension)
Gelombang Besar Dua (Pembetulan
( Peraturan : Gelombang dua tidak boleh mengundur melebihi tahap mula Gelombang satu )
Corak Paten kekerapan :
1. Corak Zigzag-ABC Gelombang kecil A
2. Corak Zigzag ABC / Rata (Flat ABC) Gelombang kecil B
3. Corak Zigzag ABC / Rata (Flat ABC) Gelombang kecil C.
4. Gelombang pembetulan kombo berganda WXY kerap berlaku jika terdapat ketidaktentuan pasaran
Nisbah Tahap Pengunduran Fibonacci dari Gelombang besar Satu :
1. Tahap 38.2%- 12% nisbah kebarangkalian -
2. Tahap 50%-61.8% - 75% Nisbah Kebarangkalian
3. Tahap 61.8% -88% - 13% Nisbah Kebarangkalian
Gelombang Besar Tiga (Impuls)
( Peraturan : Gelombang Besar 3 tidak akan menjadi gelombang yang terpendek )
Corak Paten kekerapan :
1. Impuls -12345 - Gelombang kecil 1,3 & 5
2. Segi Tiga (Zigzag-ABC) Gelombang kecil 2
4 Segi Tiga (Triangle-ABCDE) Gelombang Kecil 4
Tahap Fibonacci kekerapan sasaran
1 . Kurang dari 161.80%- Nisbahnya - 15%
2. Melebihi dari 161.8% -261.8%% - Nisbahnya - 75%
3. Melebihi 261.8% atau Penyambungan Gelombang Nisbah sebanyak - 10%
Panduan : *Fibonacci Extension di tarik dari
i) poin mula gelombang Satu atau Low Low
ii) Poin puncak gelombang Satu atau High High
iii) Poin Akhir Gelombang 2 atau High Low
* Gelombang besar Tiga kerap akan berakhir hingga 161.8%
Gelombang Besar Empat Pembetulan
( Peraturan : Gelombang Besar 4 tidak boleh mengundur melebihi puncak Gelombang Besar Satu )
Corak Paten kekerapan :
1. Segi Tiga penyusutan (Triangle -Gelombang ABCDE)
2. Segitiga (Zigzag ABC) / Rata (Flat ABC)
*Agak kerap berlaku segi Tiga Penyusutan di Gelombang Besar 4*
Nisbah Tahap pengunduran Fibonacci dari Gelombang besar 3 :
1. Tahap 38.2%- 15% nisbah kebarangkalian -
2. Tahap 38.8%-50% - 30% Nisbah Kebarangkalian
3. Tahap 50% -61.8% - 40% Nisbah Kebarangkalian
4. Melebihi 61.8% - 15% Nisbah kebarangkalian
Gelombang Besar Lima (Impuls)
Corak Paten kekerapan :
1. Impuls -12345 - Gelombang kecil 1,3 & 5
2. impuls Pepenjuru Akhir (Ending Diagonal-12345)
Tahap Fibonacci kekerapan dari Gelombang besar Empat berakhir.
1 . Kurang dari 50% - Nisbahnya - 15% (Kes Pemotongan Gelombang Lima)
2. Melebihi 50% - 100% - Nisbahnya - 70%
3. Melebihi 100.% -127.2%- Nisbahnya – 15%
Gelombang Besar ABC Pembetulan
Corak Paten kekerapan :
1. Corak Zigzag-ABC - Gelombang besar ABC
2. Corak Pepenjuru Awal-12345 -kerap berlaku di Gelombang Besar A
3. Corak Pepenjuru Akhir -12345 -kerap berlaku di Gelombang Besar C.
4. Gelombang pembetulan kombo berganda WXY kerap berlaku jika terdapat ketidaktentuan pasaran
Nisbah Tahap Pengunduran Fibonacci dari Gelombang besar Motive :
1. Tahap 38.2%- 12% nisbah kebarangkalian -
2. Tahap 50%-61.8% - 75% Nisbah Kebarangkalian
3. Tahap 61.8% -88% - 13% Nisbah Kebarangkalian
#TECHNICAL ANALYSIS
“IF YOU ARE BUYING SIGNALS OR CLASSICAL ANALYST, HARMONICS,
SUPPLY & DEMAND OR ANY OTHERS ANALYSIS SCHOOL”,
“YOU MUST ADD ELLIOT WAVES ELEMENT & TOOL TO KNOW THE DIRECTIONS & FATE OF THE MARKET”
REMEMBER THAT ELLIOT WAVES GIVES YOU THE FULL CONFIDENCE TRUST IN YOUR TRADINGS AND INVESTMENTS.
DEAN MENTARI
PENDIDIKAN - PENGENALAN GELOMBANG ELLIOT PENGENALAN GELOMBANG ELLIOT
Teori Gelombang Elliott adalah kaedah analisis pasaran , berdasarkan idea bahawa pasaran membentuk jenis pola yang sama pada jangka waktu yang lebih kecil
(darjah lebih rendah) yang dilakukannya pada jangka waktu yang lebih panjang (darjah lebih tinggi).
Pola-pola ini memberikan petunjuk mengenai apa yang mungkin berlaku selanjutnya di pasaran.
Menurut teori itu, ia tidak bergantung pada jangka masa yang anda analisis; pergerakan
pasaran mengikut jenis corak yang sama.
Elliott Wave bukanlah teknik perdagangan.
Tidak ada peraturan khusus untuk masuk atau keluar, juga tidak ada satu cara "tepat" untuk
menggunakannya dalam perdagangan.
Apa itu Gelombang?
Gelombang adalah akibat ketidakseimbangan dipasaran yang berlaku antara bilangan pesanan
beli dan jual dengan alasan apa pun.
Setiap kali satu kekuatan (penawaran atau permintaan) berakhir berkuasa yang lain,
walaupun untuk yang terpendek jangka masa, pasaran berubah arah dan
gelombang baru dimulakan.
2 tren Gelombang
Gelombang Impuls - Corak yang berlaku di menuju arah aliran pasaran
Gelombang Pembetulan - Corak yang berlaku terhadap trend (gelombang impuls terpanjang)
Semua pergerakan gelombang tidak kira besar atau kecil baik impulsif atau pembetulan
Struktur Kitaran Asas Gelombang Elliot
Terdapat 2 Kitaran Gelombang Elliot yang di guna pakai dalam pasaran
1 . Kitaran Pasaran Gelombang Menaik (Market Bullish)
2 . Kitaran Pasaran Gelombang Menurun (Market Bearish)
Ada 8 Gelombang dalam satu Kitaran Gelombang besar.
Ianya terdiri dari :
5 no Gelombang impuls (yang Bertanda Hijau)
3 no Gelombang Pembetulan ( yang Bertanda Merah)
#TECHNICAL ANALYSIS
“IF YOU ARE BUYING SIGNALS OR CLASSICAL ANALYST, HARMONICS,
SUPPLY & DEMAND OR ANY OTHERS ANALYSIS SCHOOL”,
“YOU MUST ADD ELLIOT WAVES ELEMENT & TOOL TO KNOW THE DIRECTIONS & FATE OF THE MARKET”
REMEMBER THAT ELLIOT WAVES GIVES YOU THE FULL CONFIDENCE TRUST IN YOUR TRADINGS AND INVESTMENTS.
DEAN MENTARI
Cara Melukis Saluran FibonacciSaluran Fibonacci adalah digunakan untuk menentukan tahap sesuatu sokongan dan rintangan fibonacci dalam arah trend yang telah dikenal pasti.
Saluran ini dapat dilukis dengan mudah sama ada dalam trend manaik atau menurun untuk mencari kawasan yang berpotensi untuk perubahan harga.
Trend menaik
Semasa melukis Saluran Fibonacci pada trend menaik, trend yang dikenal pasti perlu berada pada tahap rendah yang lebih tinggi berbanding sebelum.
Untuk melukis dan menandakan saluran, pilih dua titik rendah pada trend dahulu. Kemudian pilih titik tinggi di antara mereka.
Setelah saluran dilukis, tahap Fibonacci yang dikira dapat digunakan untuk membantu membuat spekulasi tindakan harga dengan melihat kawasan tersebut sebagai kawasan sokongan atau rintangan.
Trend Menurun
Semasa melukis Saluran Fibonacci pada trend menurun, trend yang dikenal pasti perlu dibuat dengan tahap yang lebih tinggi dibuat.
Untuk melukis saluran, pilih dua titik tinggi pertama yang ditentukan oleh arah trend dahulu. Kemudian pilih titik rendah di antara mereka.
Adakah anda menggunakan Saluran Fib?
Sekiranya ada, kongsi idea anda dalam komen di bawah!
Carta Heikin Ashi vs Carta CandlestickMengikuti aksi harga adalah dasar pasaran. Sekilas melihat carta dapat menunjukkan trend, idea dagangan atau sebagai cara yang pantas untuk menyemak posisi dalam portfolio anda.
Carta candlestick adalah salah satu cara yang paling popular untuk melihat aksi harga. Satu candlestick menunjukkan tinggi,rendah, buka dan tutup untuk tempoh masa tertentu. Ini bermakna, adakalanya, maklumat harga dipenuhi dengan ketidaktentuan perdagangan.
Di sanalah carta Heikin Ashi menjadi paling berguna - mereka menghaluskan harga dengan menunjukkan julat harga purata,bukannya ukuran tepat. Mengikut faktanya, carta Heikin Ashi dikembangkan di Jepun dan perkataan Heikin bermaksud "purata" dalam Jepun. Bagi mereka yang melabur untuk jangka masa panjang atau mencari trend yang berlanjutan, carta Heikin Ashi adalah efektif untuk menghaluskan harga dan menunjukkan trend dengan lebih jelas.
Kunci untuk memahami carta Heikin-Ashi adalah dengan mengingati setiap bar sama ada merah atau hijau, menunjukkan julat purata harga untuk satu tempoh tertentu manakala carta candlestick menunjukkan aras harga sebenar untuk tempoh tertentu.
Formula untuk Heikin Ashi adalah seperti berikut:
Buka = (Buka untuk bar sebelum + tutup untuk bar sebelum)/2
Tutup = (Buka + Tinggi + Rendah + Tutup) / 4
Tinggi = Titik tertinggi baik buka, tinggi, rendah mahupun tutup
Rendah = Titik terendah baik buka, tinggi, rendah mahupun tutup
Pastikan anda menguji dua jenis carta yang berbeza ini. Tidak ada cara yang lebih baik untuk belajar selain membandingkan dan melihat perbezaan antara kedua-dua carta seperti yang kami lakukan dalam contoh ini. Ingat, ia juga berkaitan dengan pilihan individu. Adakah anda ingin melihat pergerakan aksi harga secara terperinci? Atay adakah anda ingin melihat purata harga untuk aksi perdagangan? Ini semua terpulang kepada anda dan alat-alat tersebut tersedia untuk anda mencuba.
NOTA
Walaupun carta Heikin Ashi dan bukan strandard yang lain juga berguna untuk menganalisis pasaran, mereka tidak harus digunakan untuk menguji balik strategi atau membuat pesanan dagangan kerana harganya bersifat sintetik dan tidak mencerminkan aras tawar/bida di bursa atau broker. Jika anda memerlukan maklumat lanjut untuk memahami ini, lihatlah penerbitan berikut:
• Dalam Pusat Bantuan: Strategi yang menghasilkan hasil yang tidak realistik pada carta jenis bukan standard (Heikin Ashi, Renko, dsb.)
• Daripada PineCoders: Pengujian balik pada Carta Bukan Standard: Awas!
Terima kasih kerana membaca dan sila tinggalkan sebarang komen dan soalan jika ada!
Membuat Garisan dengan Kekunci PintasMembuat garisan pada carta adalah salah satu kaedah grafik yang paling asas ketika membuat analisa teknikal. Untuk mampu melakukan analisa ini dengan berkesan dan cepat adalah kemahiran yang sangat berguna untuk dimiliki.
Garisan mendatar, menegak dan bersilang boleh didapati di panel gambar di sebelah kiri carta di subkumpulan "Alatan Garisan Trend". Alat ini dapat diletakkan dalam carta dengan memilihnya dari subkumpulan.
Walau bagaimanapun, kaedah yang lebih efisien dan cekap adalah dengan melukis garisan ini dengan menggunakan fungsi kekunci pintas:
Kekunci Pintas Garisan Mendatar:
-Alt + H (PC), atau Option + H (MAC)
Kekunci Pintas Garisan Menegak:
-Alt + V (PC), atau Option + V (MAC)
Kekunci Pintas Garisan Bersilang
Alt+C (PC), atau Option+C (MAC)
Menjadi lebih cekap dalam melukis garisan pada carta anda akan mempercepatkan dan memudahkan proses mengenali kawasan sokongan / rintangan dengan lebih cepat.
Pastikan anda mengunjungi pusat bantuan kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai alat ini!
Maklumat lanjut mengenai alatan Garisan Mendatar:
my.tradingview.com
Maklumat lanjut mengenai alatan Garisan Menegak:
my.tradingview.com
Maklumat lanjut mengenai alatan Garisan Bersilang:
my.tradingview.com
Mencipta Pemberitahuan ( Dan Menunggu dengan Sabar)Terdapat dua langkah untuk mencipta pemberitahuan:
1. Mencari Aras Harga Penting
Membuat kajian anda. Mencari aras harga dan tunggulah. Kesabaran adalah penting. Anda memiliki peralatan tersedia untuk membuat kajian dan mengikuti pasaran. Sama ada garis trend asas, purata bergerak atau Skrip Pine khusus, gunakanlah peralatan tersebut untuk membuat keputusan yang lebih baik. Carilah entri dan keluar yang sesuai.
2. Mencipta Pemberitahuan
Selepas menemui aras yang menarik perhatian anda, cipta pemberitahuan dan lupakannya. Klik kanan pada aras harga tersebut dan memilih "Mencipta Pemberitahuan" daripada menu. Anda juga boleh menggunakan kekunci pintas Alt + A atau opsyen Mac + A. Akhir sekali, di atas setiap carta terdapat ikon jam loceng ⏰. Klik di sana untuk membuka menu pemberitahuan anda dan bermula.
Carta dalam contoh ini menunjukkan aras yang sedang kami pantau. Ia hanyalah contoh untuk pendidikan. Ia juga menunjukkan pemberitahuan yang kami cipta ditandakan dengan garis jingga. Pemberitahuan anda akan kelihatan seperti ini dan anda boleh mencipta pemberitahuan untuk mana-mana simbol i.e THBTC, APPL, dan TSLA / BTCUSD. Dalam contoh ini, kami telah menandakan 'double bottom' yang kami akan tunggu dengan sabar. Biarkan pemberitahuan tercetus sebelum melakukan apa-apa.
Kami akan menerima notifikasi di aplikasi mudah alih TradingView , melalui e-mel dan di atas meja kami(desktop). Barulah kami akan bertindak. Ini menjadikan perdagangan kami lebih terurus daripada memantau setiap tick, setiap minit. 😁
Pemberitahuan dapat membantu anda membuat pelan. Kami semua tahu kesabaran sangatlah penting. Jadi gunakan pemberitahuan untuk menunjukkan kesabaran tersebut.
Terima kasih kerana membaca dan kami mengalu-alukan maklum balas anda di ruang komen di bawah!
Bagaimana untuk Menambahkan Emoji Pada Carta AndaSekiranya anda menerbitkan banyak kajian dari akaun TradingView anda, emoji akan memberikan pengalaman lain untuk pembaca mengkaji hasil anda. Emoji dapat dikenali di seluruh dunia dan dapat membantu orang lain memahami dengan lebih baik bagaimana pemikiran atau perasaan anda. Ianya juga dapat digunakan sebagai peringatan atau nota cepat.
Inilah cara untuk anda menambahkan emoji ke carta anda:
1. Salin dan letakkan emoji terus ke alat kotak teks seperti ini 👋. Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk mencari emoji, terdapat beberapa laman web yang boleh digunakan. Anda juga boleh menambahkan emoji ke mana-mana kotak teks atau alat lukisan yang menyokong teks.
2. Kaedah kedua adalah untuk menggunakan alat Tiang Tanda. Alat Tiang Tanda terletak di menu Alat Anotasi di sebelah kiri carta. Pilih Tiang Tanda, letakkan di carta, dan kemudian buka tetapannya untuk menambahkan emoji. Alat Tiang Tanda boleh digunakan untuk meninggalkan nota terperinci pada tahap harga tertentu. Ianya mudah untuk digunakan, disesuaikan, dan boleh diletakkan pada mana-mana titik pada carta anda. Kami telah memasukkan beberapa contoh pada carta di atas di mana kami juga telah menyesuaikan warna latar belakang pada setiap Tiang Tanda. 😎🐻 🐂
Terima kasih kerana membaca! Beritahu kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen. Pasukan kami sentiasa mendengar dan bersedia untuk membantu.
Ayam CCK membentuk Regular Bearish Divergence?Apa itu (Regular) Bearish Divergence ?
Pergerakan trend sesuatu saham yang membentuk Regular Bearish Divergence dijangka akan berlakunya perubahan trend. Hal ini demikian disebabkan keadaan sesuatu saham itu dilihat kehilangan momentum untuk meneruskan pergerakan uptrend.
Walaupun berlakunya kenaikan harha yang lebih tinggi dalam sesuatu saham, namun minat belian semakin kehilangan momentum. Ini ditunjukkan melalui oscillator.
Kita akan melihat saham CCK daripada beberapa perkara:
1. Pembentukan pada chart apabila higher high terbentuk.
Harga CCK dijangka akan berpotensi untuk bergerak ke bawah disebabkan momentum belian yang semakin lemah telah berlaku. Saham CCK bergerak ke atas sehingga membentuk higher high namun sebaliknya pula berlaku di oscillator.
2. Indicator RSI dan MACD yang membentuk higher low telah menunjukkan momentum belian yang semakin lemah telah berlaku. Walaupun berlaku kenaikan harga pada carta namun momentum tersebut dilihat tidak mampu menolak indicator RSI dan MACD untuk menaik melebihi paras sebelum ini.
3. MACD setelah melakukan dead cross dan kini berada di paras negatif.
Berkemungkinan besar CCK akan kembali mencari garisan sokongan atau mencari tapak yang baharu untuk pergerakan selepas ini. Masa yang akan menentukan
*Fakta menarik: CCK merupakan salah satu saham yang bagus untuk dilabur kerana daripada menternak ayam sehingga ke penjualan ayam di pasaraya dilakukan oleh CCK sendiri. Mereka dapat memaksimumkan keuntungan. Ini dibuktikan dengan QR CCK sejak sebelum ini.
Apa-apa pun sekadar idea saya dengan mengaplikasikan regular bearish divergence dalam carta.
Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa Malaysia.
Jaga risiko, jaga support sebaiknya
Temui Alatan Lukisan Baru Kami = Nota HargaKami telah mencipta Nota Harga untuk menjadikan ia lebih senang nota ditampal pada harga-harga tertentu. Kami mengetahui kepentingan untuk menyimpan nota-nota yang terperinci pada carta-carta kegemaran anda dan alatan lukisan baru kami ini boleh membantu.
Bagaimanakah untuk mencipta nota harga pertama anda 📝
1. Pilih alatan daripada panel Alatan Anotasi. Ini adalah tempat yang sama anda akan menjumpai alatan Teks.
2. Letakkan 2 titik ikatan. Titik pertama letakkan harga dan titik kedua adalah koordinat untuk label harga.
3. Tambah teks dengan membuka dialog tetapan dengan menekan dua kali pada nota. Anda boleh menukar warna garisan dan teks dengan pergi ke membuka dialog tetapan.
Sila gunakan kekunci pintas apabila menggunakan Nota Harga!
1. Tekan Ctrl (Windows) atau commabd ⌘ (Mac) apabila meletakkan satu titik supaya titik itu dilukiskan kepada nilai simbol terhampir. Kekunci pintas ini akan menghidupkan Magnet anda.
2. Tekan kekunci Shift apabila meletakkan satu titik apabila menetapkan kecerunan untuk garisan dalam pelbagai sudut 45 darjah. Petua pro: ini akan memudahkan anda untuk meletakkan Nota Harga pada sudut yang sempurna. Sudut sempurna = carta yang cantik. 🎨
Kami harap anda menyukai alat melukis baru ini. Di samping itu, carta di atas menunjukkan S&P 500 dan Tesla. Kami telah meletakkan nota harga sebagai contoh untuk setiap simbol. Dipersilakan untuk berkongsi mana-mana carta yang anda lakukan dengan Nota Harga dalam ruang komen di bawah.
Sila berkongsi juga apa-apa soalan atau maklum balas di bahagian bawah. Terima kasih kerana sudi membaca.
Sejarah Dagangan Bitcoin Yang TerlengkapTaip INDEX: BTCUSD di dalam kotak carian dan anda akan dapat mengakses sejarah perdagangan Bitcoin dengan serta-merta. Indeks BTCUSD kami baru bermula pada tahun 2010. Ini bererti bahawa anda akan dapat mengkaji harga Bitcoin pada waktu ianya masih tidak popular dan hanya beberapa orang saja yang mengetahuinya..
Adakah anda masih ingat ketika Bitcoin didagangkan di bawah nilai 10 sen? Atau breakout terbesar pertama pada tahun Oktober 2010? Analisa pada hari-hari awal adalah perkara asas dan penting untuk crypto dan bagaimana ianya dikembangkan dan mencapai tahap harga seperti sekarang.
Memulakan perdagangan dengan INDEX: BTCUSD adalah mudah:
Langkah 1: Taip INDEX: BTCUSD ke dalam kotak carian.
Langkah 2: Pilih INDEX: BTCUSD dan anda sudah boleh bermula untuk melukis carta. 🙌
Dalam pasaran kewangan, nilai harga adalah satu peta. Ini ditafsirkan bagaimana pedagang dan pelabur boleh mengkaji, menganalisis, dan meneliti landskap kewangan serta mencari idea baru. Untuk membuat keputusan yang terbaik, sudah tentu anda memerlukan data yang lengkap. Untuk Bitcoin secara khusus, ianya sukar untuk mencari carta yang bermula dari nilai awal. Justeru, itulah sebabnya kenapa pihak kami menerbitkan INDEX: BTCUSD. Kami ingin menyediakan data yang diperlukan untuk semua ahli.
Sila tinggalkan sebarang pertanyaan atau komen anda di bawah. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca! 📈
Muzik untuk Perdagangan dan PelaburanKami bekerja dengan pakar tingkah laku untuk mempelajari sains di belakang pilihan lagu terbaik untuk perdagangan dan pelaburan. Kami mengenalpasti formula ini berdasarkan lima komponen utama muzik - Tempo (BPM), Nada (T), Panjang dan Volum (LV), Lirik (L) dan Mood(M). Kemudian, kami menggunakan formula ini untuk membuat dua playlist khusus:
Playlist #1 : Zero In - Lagu-lagu yang membantu konsentrasi dan dapat digunakan semasa mengkaji langkah yang seterusnya.
Playlist #2: All Out - Lagu-lagu yang membantu anda menjadi lebih tegas dan yakin untuk mengambil tindakan.
Playlist ini adalah percuma dan terbuka untuk semua orang di Spotify. Kami akan sentiasa mengemaskinikan playlist ini. Sila berkongsi dengan kami lagu-lagu kegemaran anda untuk perdagangan di ruang komen.
Mari kita mendalami pengiraan di belakang setiap playlist. Anda mungkin mendapati bahagian ini menarik jika anda menyukai musik atau ingin mempelajari tentang topik ini dengan lebih lanjut. Anda mungkin juga menyedari pasaran dan muzik memiliki banyak persamaan.
🎯 Zero In — Masa Untuk Fokus dan Memberi Tumpuan
Berfokus = “BPM (50 – 65) +TM +LVL (+ or -) -LN +M”
BPM: mencari lagu-lagu dengan tempoh antara 50-65 beat setiap minit.
TM: pilih nada lembut yang menenangkan emosi
LVL: lagu yang lebih panjang untuk konsentrasi yang lebih baik
LN: pilih track dengan lirik yang sedikit atau tiada sama sekali.
M: lambat, mood yang tidak terlalu melodik akan membantu otak anda fokus pada tugas anda, dan bukan pada muziknya.
💥 All Out — Membina Keyakinan untuk Membuat Keputusan
Aksi = “BPM (65 – 85) +TU +LVS (+ or -) -LS +M”
BPM: Mencari lagu dengan tempo 65-85 beat setiap minit.
TU: memilih nada derap atas boleh meningkatkan fungsi kognitif
LVS: lagu yang lebih pendek dengan tempo yang lebih cepat akan memberi anda motivasi semasa bekerja
LS: Semasa bekerja, memiliki lirik dalam playlist anda , tidak terlalu penting, jadi pilihlah lagu dengan beberapa lirik untuk dapatkan motivasi
M: mood yang berderap atas,berlirik akan memberi anda dopamine tambahan, membantu anda berasa lebih berani dan yakin
Terima kasih kerana membaca dan kami menanti maklum balas anda. Cubalah playlist di atas. Beritahu kami bagaimana ia dapat membantu anda membuat persediaan dan mengambil tindakan. Sila juga berkongsi lagu-lagu kegemaran anda untuk perdagangan di ruang komen.
Tiga Cara Untuk Membuat Keputusan Yang Lebih Baik dalam PasaranSebelum kita pergi dengan lebih dalam, adalah penting untuk berkongsi beberapa perkara mengenai siapa diri kami. Kami memberikan kuasa kepada pedagang dan pelabur dengan memberikan penggunaan alatan, carta, berita dan data global profesional yang sebelum ini hanya tersedia untuk beberapa kumpulan tertentu sahaja. Alatan kami adalah tersedia untuk semua orang samada pada peranti atas meja atau mudah alih. Matlamat kami adalah untuk memperkasakan keupayaan pedagang dan pelabur untuk berkembang dalam jangka masa panjang. 💪
Maksud utama di sebalik catatan ini ialah anda tidak perlu terburu-buru membuat sesuatu sebelum anda memahami semua risiko, matlamat dan rancangan jangka panjang anda. Kami menyedari bahawa di sebalik usaha dan niat kami, kadang-kadang orang akan terpengaruh oleh catatan yang tidak bertanggungjawab di media sosial, yang akhirnya membawa kepada harapan yang musnah. Kami ingin menolong orang ramai untuk mengelakkan perkara ini dari terjadi. Oleh itu, mari kita bincangkan tiga cara untuk membuat keputusan yang lebih baik di pasaran. Ingat, catatan ini adalah khusus untuk pendidikan, yang mana kita sedang berada di dalam masa yang sangat menarik dalam sejarah pasaran! Teruskan membaca ... 👇
1) Jangan mengikuti pendapat orang lain secara membabi buta tanpa membuat kajian anda sendiri. Gunakan alatan yang ada untuk anda belajar dan menganalisa pasaran.
Jaringan sosial kami adalah besar dan semakin berkembang. Kami saling memberikan dorongan kepada semua orang untuk menerbitkan idea pertama mereka, mencuba laman sembang dan mengikuti pedagang-pedagang yang lain. Ini adalah masa yang terbaik untuk bertemu sesama pedagang, belajar dengan mereka dan berkembang bersama-sama. Tetapi apabila media sosial bergabung dengan pasaran, ada beberapa risiko penting yang perlu untuk dibincangkan. Elakkan daripada mengambil tabiat buruk, terpengaruh oleh pendapat-pendapat popular dan menyerah kepada tekanan teman sebaya. Elakkan melakukan sesuatu yang belum anda fikirkan secara kritis, menganalisa secara objektif atau menilai dengan sendiri. Risiko ini boleh merangkumi perdagangan sebelum anda bersedia, berdagang terlalu kerap kerana anda mempunyai idea, meletakkan diri anda pada kedudukan yang lebih besar daripada yang akaun anda mampu tangani dan mengubah fikiran anda di tengah-tengah sesi dagangan. Tetap tenang dan fikirkan semasak-masanya dahulu. Manfaatkan alatan yang ada untuk anda membuat ujian semula, menggunakan dagangan kertas atau mencari pendapat lain mencabar fikiran anda.
2) Jangan mengharapkan keuntungan yang mudah hanya kerana semua orang bercakap mengenainya. Sebaliknya cari tinjauan rakan sebaya, perhubungan yang bermakna dan cara untuk menguji idea anda sendiri.
Tidak kira berapa banyak suka yang diterima untuk sesuatu idea, tidak kira seyakin mana pengarangnya kelihatan atau berapa banyak mesej sembang yang dikongsikan, tidak ada jaminan pasaran akan berjalan seperti yang yang kita rancang. Adalah lebih baik memulakan dengan mengkaji dan meneliti idea anda terlebih dahulu untuk melihat apakah ia sesuai dengan rancangan jangka panjang anda. Inti patinya adalah: pandangan orang lain tidak boleh digunakan sebagai pengganti diri anda dalam melakukan analisisa sebelum membuat keputusan di dalam perdagangan sebenar. Rangkaian sosial kami paling baik digunakan untuk tinjauan rakan sebaya, membuat perhubungan baru dan memberikan maklum balas kritikal untuk membantu anda dalam mengembangkan strategi dan pemahaman tentang pasaran. Kami mempunyai bahagian pendidikan khusus untuk perkara ini. Kami juga mempunyai komuniti Pengekod Pine yang melakukan pengkodan pasar. Komuniti di sini diadakan untuk membantu anda mendapatkan maklum balas, idea dan konsep baru.
3) Jangan meminta isyarat masa nyata buta dalam laman sembang atau memberikan komen-komen yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan yang mudah. Sebaliknya fokus pada membina strategi jangka panjang anda dan mengekalkan pendekatan yang realistik.
Apabila media sosial dan pasaran kewangan bergabung, semakin banyak orang mengharapkan jawapan yang mudah mengenai bilakah waktu untuk membeli atau menjual. Dalam laman sembang umum kami (anda boleh mencarinya di sebelah kanan platform) kami menggalakkan orang ramai untuk tidak berfikiran begini dan berusaha untuk menggali dengan lebih mendalam. Anda tidak akan belajar apa-apa daripada mengemukakan soalan mengenai jual dan beli. Anda harus mengkaji, meneliti dan memeriksa pergerakan harga terlebih dahulu. Alatan rangkaian sosial kami menawarkan peluang besar untuk bercakap di dalam masa nyata dan bertukar-tukar pendapat, pandangan dan penyelidikan. Menggunakan mereka dengan cara yang betul akan membantu anda berkembang sebagai pedagang dan bersama belajar dari orang lain dalam jangka masa panjang. Tetapi membuat keputusan perdagangan tergesa-gesa berdasarkan panggilan perdagangan semata-mata merupakan idea yang tidak baik. Jangan buat!
Tidak ada cara yang lebih baik untuk belajar selain daripada melibatkan diri dalam lingkungan ahli-ahli yang mendedahkan anda kepada banyak idea, perbualan dan strategi yang berbeza. Kami berharap platform kami dapat meningkatkan pengetahuan anda tentang pasaran sambil membolehkan anda menyempurnakan bakat anda. Pandangan dari orang lain juga dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih baik, tetapi hanya jika ianya digunakan dengan cara yang bijaksana dengan berfokuskan pada kesabaran, proses dan pendidikan. Selain itu, selalu ingat bahawa anda mempunyai alatan yang berkesan di hadapan anda untuk melakukan penyelidikan terbaik anda.
Terima kasih kerana membaca! Kami berharap untuk mendengar pandangan anda di bawah. 🙏
5 Petua Untuk Pencartaan Yang Lebih CepatBerikut merupakan 5 petua yang boleh mempercepatkan pencartaan anda. Setiap petua dalam idea ini mengandungi kekunci pintas yang mudah: tekan kunci command di Mac atau Ctrl di PC anda. Menguasai kekunci pintas ini akan memudahkan anda memilih beberapa lukisan , membuat edit secara pukal, and meningkatkan proses kajian anda.
1. Pilih beberapa lukisan di sesuatu kawasan dengan menekan kunci command di Mac atau Ctrl di PC, kemudian menarik tetikus di kawasan dipilih. Ini merupakan cara terpantas untuk memilih beberapa lukisan sekaligus. Tekan command/Ctrl dan tarik tetikus anda ke kawasan tertentu.
2. Anda juga boleh memilih beberapa lukisan pada masa yang sama. Untuk bermula, anda boleh menekan kunci command(Mac) atau Ctrl(PC) dan klik pada setiap lukisan satu per satu. Ini berguna jika anda perlu memilih lukisan-lukisan tertentu yang terletak jauh antara satu sama lain di carta.
3. Selepas mempelajari cara memilih beberapa lukisan di carta anda, tahukah anda boleh mengedit mereka secara pukal? Contohnya, anda boleh memilih beberapa lukisan di carta anda dan menukarkan warna setiap lukisan dengan hanya satu klik. Tekan command/Ctrl , pilih setiap lukisan , dan tukar warnanya dalam bar alat terapung yang muncul.
4.Anda boleh menukar lebih daripada warna… Anda juga boleh mengedit ketebalan garisan, sempadan, order visual , warna fon secara pukal. Pilih setiap lukisan menggunakan command/Ctrl dan gunakan bar alat terapung untuk membuat perubahan yang sewajarnya.
5. Kunci command dan Ctrl juga boleh digunakan untuk menduplikasikan sebuah lukisan. Tekan command di Mac atau Ctrl di PC, kemudian menarik lukisan terplih tersebut. Klon yang baru akan muncul.
Kami berharap anda menikmati lima petua ini. Petua ini bertujuan untuk menguasai kekuatan kunci command dan Ctrl. Dengan kekunci pintas ini, anda boleh memilih beberapa lukisan, membuat perubahan pukal, dan menduplikasikan lukisan dengan cepat.
Sila hubungi kami jika anda mempunyai soalan tentang petua ini! Pasukan kami akan membaca komen dan akan cuba membantu anda sebaik boleh. Anda boleh menulis maklum balas dan cadangan anda.
P.S. Kami menggunakan hashtag #TradingViewTips untuk berkongsi petua-petua berguna yang lain tentang platform ini.
Lima Petua untuk Pedagang dan Pelabur BaruSama ada anda baru atau telah pun berdagang lebih dari 20 tahun, catatan ini adalah satu peringatan semula mengenai kepentingan mempunyai jangkaan yang realistik terhadap pasaran. Kesabaran, keinginan untuk belajar dan pandangan yang positif, terutamanya untuk jangka masa yang lama akan membantu anda dalam perjalanan anda. Di sini ada beberapa petua untuk anda bermula!
1. Membuat kod pasaran
Pasaran kewangan menarik orang-orang pintar yang menjalankan strategi, penunjuk dan analisis untuk membuat keputusan yang lebih baik. Komuniti Skrip Pine adalah contoh yang tepat untuk ini - anda boleh terus ke halaman Pilihan Editor Skrip Pine untuk melihat sendiri. Dengan Skrip Pine, anda boleh membuat kod dan membuat penunjuk atau strategi anda sendiri. Lebih penting lagi, anda dapat mempelajari selok-belok tindakan harga dan mekanik asas bagi penunjuk-penunjuk tertentu.
2. Gunakan Perdagangan Kertas untuk menguji idea anda
Kesemua ahli mempunyai akses ke alatan Perdagangan Kertas percuma kami. Ini bermaksud anda boleh berdagang, melabur dan mempelajari idea anda di dalam satu persekitaran bersimulasi. Adakah anda rasa anda boleh mengalahkan pasaran? Buka carta di desktop anda, klik Panel Perdagangan di bahagian bawah dan sambungkan kepada akaun anda. Buat urus niaga dan kaji prestasi anda selama beberapa hari, minggu atau bulan berikutnya. Jom betapa hebatnya anda sebelum anda mempertaruhkan wang sebenar. 😁
3. Ikuti yang lain, gunakan bilik sembang dan berfikiran terbuka
Pedagang dan pelabur dari seluruh dunia berkongsi idea di sini. Mereka juga mengambil bahagian di dalam bilik sembang dan bahagian komen. Ini bukan hanya peluang untuk belajar dan bertemu dengan orang lain, tetapi juga merupakan peringatan tentang siapa lagi yang menyertai pasaran. Anda boleh mendapatkan maklum balas segera dengan mengemukakan soalan, mengikuti profil mereka atau menyumbang kepada pelbagai laman sembang. Tidak pernah semudah ini untuk membuat rangkaian dan bekerja dengan orang lain untuk belajar mengenai pasaran. Ini juga peringatan bahawa pasaran itu adalah berdaya saing. Dengan ini, mulakan perjalanan anda dengan meneroka komuniti, bertemu dengan orang lain dan belajar konsep-konsep baru.
4. Ujian semula, ujian semula, ujian semula
Penguji Strategi memudahkan anda untuk menguji semula dagangan anda dalam jangka waktu yang tertentu. Anda boleh menguji strategi yang berbeza di Perpustakaan Awam dengan membuka menu penunjuk dan memilih strategi. Strategi akan ditunjukkan dengan simbol anak panah merah kebawah dan anak panah hijau keatas di hujung tajuknya. Ia akan kelihatan seperti ini: "Strategi Momentum 🔻 ▲." Tambahkan strategi ini ke carta anda dan gunakan Penguji Strategi untuk mengikuti prestasinya. Bagi mereka yang mencari kaedah yang lebih mudah untuk menguji semula, alat Bar Ulangan dapat membawa anda kembali ke belakang untuk menguji idea anda pada ticker tertentu. Tekan butang Ulangan ⏪ di bahagian atas carta anda.
5. Buat satu rancangan
Ramai pedagang dan pelabur baru lupa untuk membuat rancangan. Sebaliknya, mereka mula berdagang tanpa menguji idea mereka atau belajar dari orang lain. Gunakan alatan yang ada dan buat rancangan jangka panjang! Lukiskan rancangan anda terus di carta, gunakan alat Nota Teks yang terletak di bahagian bawah carta sebagai blog atau buku harian peribadi anda, buat susun atur penunjuk, simpan susun atur carta tertentu untuk anda tidak kehilangan rancangan anda dan buat pemberitahuan untuk peringatan pantas. Kesemua alatan ini dapat meningkatkan proses dan rancangan jangka panjang anda. Lawati Pusat Bantuan kami untuk mempelajari dengan lebih lanjut dan anda boleh bertanyakan mengenai pelbagai perkara mengenai akaun anda.
Kami harap anda menyukai hantaran ini dan sila tinggalkan apa-apa soalan atau komen di bawah! Pasukan kami sentiasa membaca maklum balas anda. Nantikan hantaran-hantaran lain dari kami.
#EWINT#BukanShariah
Salam semua, saya ingin share satu setup yang saya jumpa di kaunter EWINT .
Kesemua indikator menunjukkan BUY SIGNAL. Namun, di manakah tempat untuk kita membuat entry? Dan berapakah risiko yang sepatutnya kita ambil?
Jadi saya ada membuat sedikit penerangan di manakah kawasan yang berpotensi untuk melakukan pembelian.
Jika idea ini dapat membantu anda dari segi analisa dan pemahaman indikator, jangan lupa Follow saya di Tradingview untuk melihat penemuan kaunter saham yang menarik.
Disclaimer: Sila semak fundamental syarikat. Kenyataan saya ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran dan bukannya "Buy Call atau Signal"
KAJIAN 2: Empat Jenis Segitiga dalam SahamTerdapat banyak jenis segitiga dalam saham. Antaranya:
1) Rising & Falling Wedge Pattern.
2) Ascending & Descending Triangle Pattern.
3) Bullish & Bearish Pennant Pattern.
4) Bullish & Bearish Symmetrical Triangle Pattern.
Terdapat dua perbezaan antara pennant pattern dan symmetrical triangle pattern.
1) Pembentukan flagpole (tiang bendera). Flagpole bagi pennant terdiri daripada candlestick panjang-panjang dimana harga spike (bergerak laju) sebelum terbentuknya pennant. Apabila terbentuknya pennant, harga pause (bergerak perlahan) sebelum meneruskan pergerakan. Berbeza dengan symmetrical triangle dimana flagpole adalah gabungan daripada banyak candlestisk.
2) T empoh masa. Pennant hanya terbentuk dalam waktu yang singkat (kurang sebulan) manakala symmetrical triangle pula terbentuk dalam waktu yang panjang (berbulan-bulan).
Nota/Petunjuk:
* Breakdown = Harga memecahkan support dan jatuh kebawah.
* Breakout = Harga memecahkan resistance dan naik keatas.
10 Alatan untuk Membina Sebuah Pelan PerdaganganHari ini, kami mahu berkongsi beberapa petua mengenai cara untuk membina pelan dagangan. Kami mahu memperkenalkan dengan lebih mendalam mengenai beberapa alatan yang ada untuk kegunaan anda sebagai ahli TradingView.
1. Gunakan alatan percuma kami iaitu alatan Dagangan Kertas untuk mempelajari bagaimana untuk menguruskan wang, Buka Panel Dagangan untuk bermula. Anda boleh mencari butang ini pada bahagian bawah carta anda. Dagangan kertas adalah penting untuk anda menguji dan menguruskan sesi dagangan atau pelaburan anda dalam persekitaran yang tersimulasi. Anda tidak perlu merisikokan apa-apa wang yang sebenar.
2. Alatan Posisi Long dan Short adalah bagaimana anda merancang sesuatu dagangan sebelum anda merisikokan wang sebenar anda. Alatan ini berada di bahagian kiri bar alatan pada carta anda. Pilih alatan itu dan mula merancang dagangan anda. Paling penting, anda gambarkannya pada carta. Letakkan titik masuk, berhenti, sasaran keuntungan dan jelaskan setiap aspek dalam pengurusan risiko.
3. Mencatat nota adalah perkara mustahak untuk menyempurnakan idea anda. Anda boleh menulis nota secara langsung di carta menggunakan alatan Teks. Pengambilan nota membantu anda berfikir dengan lebih mendalam mengenai proses dagangan anda dan berkongsi dengan mudah dengan orang lain untuk mendapatkan maklum balas. Ini adalah contohnya:
4. Cari dagangan yang sesuai dengan kriteria dan gaya anda daripada mengejar berita atau pergerakan-pergerakan besar. Gunakan alatan penyaring untuk mencari idea-idea yang sempurna. Adakah anda seorang pedagang momentum? Pedagang swing? Pelabur jangka panjang? Kesemua pendekatan ini dapat diperhalusi dengan alatan Penyaring kami. Buat imbasan tersuai untuk saham, forex dan matawang kripto.
5. Sila baca bahagian Pendidikan untuk mengetahui konsep-konsep dan strategi-strategi yang baru. Setiap hari, pedagang dan pelabur dari seluruh dunia menerbitkan penyelidikan jangka panjang mengenai pasaran ke bahagian Pendidikan. Ianya terbuka kepada semua orang dan percuma untuk digunakan. Kami juga telah memasukkan beberapa contoh di bawah:
Bagaimana untuk mencartakan pengiraan termaju
Kepentingan ujian belakang
6. Terbitkan idea anda dan dapatkan maklum balas segera dari semua orang. Tidak ada cara yang lebih baik untuk belajar daripada dengan belajar bersama yang lain. Untuk tujuan Menerbitkan idea, klik butang Terbitkan yang terletak dibahagian kanan atas carta anda. Isi beberapa maklumat asas dan tulis penerangan yang lengkap. Setelah menerbitkan idea anda, pedagang dan pelabur lain boleh memberi komen, suka dan menghantar maklum balas semula.
7. Simpan carta dan penyelidikan anda supaya anda tidak akan kehilangan hasil kerja anda. Susun atur adalah komponen utama bagi sebarang rancangan perdagangan. Sekiranya anda membuat lakaran pada carta anda, mengambil nota dan menganalisis harga, anda sudah tentu ingin memastikan kerja anda disimpan dan senang dicari. Tekan ikon awan di bahagian kanan atas carta anda untuk menyimpannya. Gunakan menu lungsur turun di sebelah ikon awan untuk menamakan carta anda dan membuka carta lain yang telah anda simpan.
8. Bawa carta, senarai amatan dan penyelidikan anda ke mana sahaja dengan aplikasi mudah alih percuma kami. Kesemuanya diselaraskan dengan sempurna dari desktop ke telefon bimbit. Anda hanya memerlukan sambungan Internet. Satu petua berguna ialah anda membuat beberapa senarai amatan dan mengaturnya mengikut keperluan anda. Bawa senarai amatan anda ini ke mana sahaja dan ikuti rancangan anda.
9. Gunakan alatan kalendar dan acara untuk menjejaki acara-acara yang akan datang. Anda pastinya tidak mahu tiba-tiba terkejut dengan laporan pendapatan atau peristiwa ekonomi utama. Pada bar alatan sebelah kanan, ada satu butang Kalendar. Anda juga boleh menambahkan Pendapatan, Dividen dan Pembahagian ke carta anda dengan membuka Tetapan anda dan memilihnya di menu Acara. Kesemua ini akan muncul sebagai ikon berhampiran dengan bahagian bawah carta anda.
10. Bagaimanakah anda merancang perdagangan atau pelaburan anda? Sila tinggalkan jawapan anda di komen. Dengan bersama-sama, kita boleh berkongsi idea di dalam komen, bertemu pedagang baru yang boleh diikuti dan membina senarai petua-petua yang berguna. Tiada cara yang lebih baik untuk belajar daripada berkerjasama dengan orang lain. Kami harap anda menyukai siaran ini.