Bagaimana mencari penganalisa yang tepat di TradingViewHai semua! 👋
Minggu lepas, kami telah menyiarkan satu siaran mengenai beberapa penulis-penulis yang semakin dikenali di platform kami, yang telah mencetuskan banyak maklum balas yang bagus daripada komuniti. Dan, sementara kami merancang untuk mengeluarkan senarai “kompilasi” itu secara bulanan pada masa hadapan, kami fikir ia adalah bagus untuk menonjolkan beberapa cara anda boleh mencari penulis-penulis yang berwawasan / berkemahiran yang berdagang perkara yang sama dengan anda.
Jom kita mula.
Langkah 1 : Buka satu carta apa-apa yang anda mahu dagangkan.
Ini boleh jadi mana-mana aset, pada mana-mana rangka masa lebih tinggi daripada 15 minit - kami tidak membenarkan sesiapa untuk menyiarkan apa-apa pada rangka masa lebih rendah daripada 15 minit.
Langkah 2 : Aktifkan Idea Terlihat Komuniti
Pergi ke rel kanan, dan pastikan anda telah memilih tab strim idea. Ini adalah ikon mentol lampu bergoncang. Dari menu ini, pilih mentol lampu di bahagian atas. Ini akan menjadikan semua idea-idea yang diterbitkan untuk simbol anda dan rangka masa untuk muncul pada carta anda! Jika anda tidak melihat apa-apa, cuba pergi kepada satu simbol yang lebih 'biasa' atau rangka masa. Periksa carta harian untuk AAPL atau BTCUSD.
Langkah 3 : Siapakah yang mendapat kedudukan atas atau bawah?
Dengan tafsiran visual untuk callouts idea panjang dan singkat, ia sepatutnya mudah untuk mencari siapakah yang telah melakukan kerja dengan baik dalam meramalkan apa yang akan terjadi seterusnya. Siapakah yang pertama ke larian besar? Siapakah yang betul dalam mengambil sedikit keuntungan?
Sebaik sahaja anda menjumpai seseorang yang kelihatan melakukan satu kerja yang bagus untuk ini, ia adalah sangat penting untuk melihat bagaimana idea-idea mereka yang lain telah terjadi! Pastikan anda pergi ke profil mereka dan lihat jika kebanyakan idea-idea mereka adalah tepat, atau jika mereka berjaya menjumpai satu juara yang sebenar.
Langkah 4 : Ikuti mereka!
Ini adalah satu cara yang mudah untuk membina satu aliran informasi berkualiti tinggi, dan menyangga proses penjanaan idea anda. Walaupun jika mereka tidak melakukan satu kerja yang bagus dalam mendagangkan idea mereka, masih ada kelebihan di dalamnya untuk seseorang yang mempunyai latihan dagangan yang bagus. Satu strim ikutan dipilih susun secara teliti boleh menjadi satu sumber alfa yang ketara!
Bonus Langkah 5 : Bersihkan strim idea anda.
Satu perkara yang anda juga boleh lakukan adalah menghadkan idea-idea terlihat pada carta anda kepada orang yang anda ikuti. Ini akan menjadikan keseluruhannya jelas jika seseorang yang anda ikuti adalah selalu melakukan kesalahan. Jika sebegini, anda boleh membuang mereka dengan mudah dari suapan janaan idea anda dengan tidak mengikuti mereka lagi. Jadikan suapan idea bekerja untuk anda, dan bukan menyerabutkan anda!
-Pasukan TradingView
Idea komuniti
Teknik Untuk Mendapatkan Harga Yang Lebih Baik 🎯Hai semua! 👋
Kami telah menerbitkan satu idea mengenai tiga jenis pesanan utama yang digunakan oleh peserta-peserta pasaran. Pesanan pasaran, Pesanan had dan Pesanan renti.
Minggu ini, kami merasakan kami perlu menambahkannya lagi, dan berbincang mengenai teknik-teknik yang pedagang-pedagang profesional gunakan untuk mendapatkan harga yang lebih baik, menggunakan tiga jenis pesanan. 🎯
Teknik 1: Gunakan pesanan Limit-Thru selain dari pesanan Pasaran 📈
Ini adalah satu teknik popular dikalangan pedagang-pedagang di dalam hampir semua keadaan. Jika anda melihat kepada "ambil” kecairan (anda adalah pihak agresif di dalam dagangan), menggunakan satu pesanan Limit-thru adalah sentiasa menjadi pilihan yang lebih baik daripada menggunakan pesanan Pasaran. Pesanan Limit-thru adalah dinamakan sebegitu kerana mereka adalah pesanan Had - “Saya mahu membeli saham pada harga ini dan bukan di bawah” - tetapi harga yang dinyatakan adalah di atas tawaran terbaik.
Sebagai contoh, mari kita lihat kepada AAPL sekali lagi. Katakan saham adalah dibida pada harga $175.01 dah ditawarkan pada harga $175.03. Satu pesanan belian Limit-thru boleh diletakkan pada harga $175.05. Satu pesanan Had seperti ini adalah “menerusi” harga tawaran terbaik, dan adalah “boleh dipasarkan”.
Sebab kenapa pesanan Limit-thru adalah lebih baik daripada pesanan pasaran adalah kerana struktur mikro pasaran.
Jika anda meletakkan pesanan Limit-thru seperti yang dijelaskan di atas, kemudian pesanan anda mungkin tidak dapat diisi semuanya, tetapi anda tidak perlu membayar terlebih banyak dari apa yang anda jangkakan. Dengan satu pesanan pasaran, pembuat pasaran mungkin akan mengisikan 100 saham pertama anda, dan kemudiannya menaikkan tawaran pada pertukaran lain di mana anda akan mendapat semua saham yang anda mahukan.
Pertukaran BATS adalah lebih dekat kepada Manhattan daripada pusat data NY4, yang menempatkan banyak pelayan-pelayan pertukaran yang lebih besar. Ini bermakna pesanan anda mungkin mengenai BATS sebelum pertukaran-pertukaran lain. Jika satu pembuat pasaran mengetahui adanya minat belian di dalam sesuatu, mereka akan mengambil 100 saham pertama untuk sesuatu, kemudian menghantar pesanan anda yang lain kepada pertukaran-pertukaran lain yang mempunyai lebih kecairan dan berpotensi untuk menaikkan tawaran mereka, menyebabkan anda mendapat harga yang lebih buruk.
Ini tidak selalunya terjadi, tetapi keadaan pasaran ditetapkan untuk membenarkan kejadian seperti ini berlaku. Professional akan menggunakan pesanan Limit-thru (dimana harga pesanan adalah tawaran+-0.02c, sebagai contoh) untuk mengetepikan isu-isu ini. Perkara yang sama terjadi apabila menyongsangkan untuk menjual aset.
Teknik 2: Jalankan pesanan anda. 💪
Fakta Menarik: Buku Pesanan yang anda lihat mungkin bukannya Buku Pesanan sebenar. Ianya benar!
Apabila bercakap mengenai pasaran untuk mana-mana ekuiti, ada dua jenis pesanan had: pesanan "Lit" dan pesanan "Dark". Apabila melihat kepada kedalaman pasaran, anda hanya melihat sebahagian sahaja daripada keseluruhan!
Kadang-kadang, akan ada pesanan tersembunyi di antara harga yang anda mahukan dan harga yang ditunjukkan. Dengan meletakkan pesanan anda di antara spread, ia adalah boleh untuk anda mendapat harga yang lebih baik daripada yang anda mungkin dapat daripada pesanan dark / pegs / dll.
Tambahan kepada ini, jika anda meletakkan pesanan anda di antara spread, pesanan anda menjadi harga terbaik yang baru pada bahagian anda. Ini akan menggalakkan seseorang untuk mengambil bahagian berlawanan pada dagangan untuk datang dan menjumpai anda di mana anda berada. Ini adalah benar di dalam pasaran opsyen di mana spread selalunya lebar dan bergerak perlahan. Menjalankan pesanan anda (meletakkannya, dan menggerakkannya ke sana sini) akan hampir pasti mendapatkan pesanan anda untuk terisi daripada menekan harga terbaik dipaparkan pada dagangan sebaliknya.
Pastikan anda tidak terlepas aksi semasa menunggu pesanan diisi!
Teknik 3: Mengambil peluang pada Buku Pesanan. 🧾
Ia adalah jarang terjadi, tetapi kadang-kadang pemain pasaran yang kurang terlatih akan "menunjukkan tangan mereka" di dalam pasaran. Ini selalunya melibatkan satu pesanan had lit yang besar yang terjojol keluar seperti tunggul di dalam buku pesanan. Jika orang ini memulakan isyarat agresif, anda mungkin mampu mendapatkan satu harga yang menarik pada aset yang anda mahukan.
Sebagai contoh: Katakan anda mahu membeli beberapa saham AAPL, dan anda melihat buku pesanan (kedalaman pasaran). Dari sini, anda boleh melihat satu pesanan had yang besar yang menggerakkan harganya turun dan turun di dalam usaha untuk menjadikannya diisi. Tekanan jualan yang ketara ini boleh membawa kepada satu pergerakan harga ketara disebabkan penggerak pasaran menjalankan semua kecairan yang paus ini sedang mencari. Ini akan berterusan untuk beberapa ketika sehinggalah paus ini dapat menjual. Apabila ini berlaku, saham ini besar kemungkinan telah menjumpai satu kawasan permintaan, yang mungkin satu harga yang lebih bagus daripada yang anda jangkakan apabila anda melihat kepada buku pesanan. Kesimpulannya, ia adalah berbaloi untuk mengambil kesempatan ke atas situasi ini jika anda melihat mereka sebelum menghantar pesanan.
Itu sahaja! Beberapa petua dan helah untuk mendapatkan harga yang lebih baik menggunakan pesanan dan buku pesanan.
-Pasukan TradingView 💘
Jika anda terlepas, ini adalah idea permulaannya:
Bagaimana Untuk Mencari Saham Baru Untuk DidagangkanHai Semua! 👋
Pernahkah anda merasa penat melihat pada ticker yang sama? Berminat untuk mempelajari sektor-sektor berlainan di dalam ekonomi? Mahu membesarkan bilangan aset yang anda dagangkan?
Periksa Sparks kami.
Kami mencipta Sparks untuk memberi inspirasi dengan cepat kepada anda untuk menggali lebih dalam, untuk mencari peluang-peluang baru dan menarik di dalam pasaran. Sparks adalah senarai amatan yang dibina sepanjang tema-tema menarik.
Di sini ada beberapa contoh:
Saham AI : Apabila anda mahu bertaruh kepada kebangkitan mesin 🤖
Saham Legasi : Syarikat-syarikat yang telah dipegang oleh satu keluarga yang sama untuk beberapa generasi ⌛
Industri Mati : Seseorang harus membuat duit pada keranda, kan? 💀
Saham Angkasa Lepas : Apabila anda mahu portfolio anda berlepas ke kosong G. 🚀
-Pasukan TradingView
Adakah SNC sudah bersedia membuat pantulan wave ke atas?Carta menunjukkan satu bentuk carta Flat expanded yang mana correction flat wave B menepati rule" ew iaitu tamat pada 123.60% (harga 765)
dan telah expand wave c ke fibo 161.80% (harga 510)
Untuk memastikan pantulan wave ke atas berlaku, harga tidak boleh jatuh melepasi flat wave c dan iaitu tidak membuat new lower low. Untuk itu invalidation area adalah pada harga sekitar (520-500) sekiranya jatuh melepasi aras harga ini adalah baik untuk secure profit terlebih dahulu dengan melakukan cutloss. Sekiranya invalidation bocor counting jangkaan wave correction tamat perlu dilakukan semula.
Projection harga jangkaan swing mengikut wave:
TP 1 Harga dijangka akan mencari area 595-610 (area BO resistance)
TP2 Harga seterusnya akan mencari area fibo 50%, 61.80% iaitu 650 dan 675 dan akan membuat pullback (untuk wave correction)
TP 3 Harga dijangka membuat projection mencari area 710 dan seterusnya 765
Ini hanyalah jangkaan menggunakan fibonacci sahaja, ingin dimaklumkan harga bergerak secara zigzag dan akan sentiasa berlaku retracement
pada timeframe kecil.
Cadangan entry menggunakan MA5 & MA 20
Ingin dimaklumkan bahawa harga perlu melepasi 560 terlebih dahulu sebelum mencari area BO 595-610
Jika anda entry sekarang ada perlu menghadap rintangan di MA20 (Mid bollinger bands) dijangka pada 560 dan dynamic support anda adalah MA 5.
Anda boleh right the trend selagi harga tidak bocor MA 5.
Anda juga boleh tunggu MA5 cross up MA20 (golden cross) terlebih dahulu untuk entry dan menjadikan MA20 sebagai support dan right the trend
selagimana tidak bocor MA20
Jangan lupa untuk mengira risk & reward anda sebelum memasuki sesuatu kaunter.
Sekadar kajian dan catatan journal pembelajaran elliot wave & chart pattern saya sahaja. Saya dalam proses pembelajaran tidak sekali membuat buycall. Untung rugi masuk keluar seseuatu kaunter adalah tanggungjawab anda! #tayor
prestar-apakah anda melihat apa yang saya lihat ?NOTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama DAN tolong kaji ikut pemahaman masing-masing dan
tidak bertanggungjawap sebarang kerugian.
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama sama mengkaji dan bukanlah be yangrtujuan untuk membeli
atau menjual instrumen ini .
Berdagang Diatas Risiko Sendiri
#strong&loyal
#ma100ma50ZZL&goldencross
#4eDucationOnly
#KISS
-secara TA nya kita boleh simpulkan yang ianya berkemungkinan membuat
membuat kenaikan jika dapat breakout & kekal seperti di carta
1 .chart pattern seolah sudah mem complete kan inverted h&s nya
dan adakah berpontensi ke utara ?
2.konter ini juga sempat membuat consolidation setelah terbentuk
pattern tersebut ( adakah akan membuat strong bullish ?)
3.sepatutnya ini pertanda sangat baik kecuali tiba tiba ada usaha
untuk berubah arah sebaliknya
4. dari FAnya pula , konter agak baik kerana berjaya mengekalkan prestasinya
baiknya 10 tahun berturut2
5.untuk rekod yang terkini membuat :
Revenue ↑ 41.2% Profit ↑ 111.8%
YoY +113% QoQ +39.1% dy
PE 2.5 ROE 22 Margin 22.2%
disaat company lain agak struggle di saat pandemik ini
-tahniah untuk itu
6.trading plan harus ada sebelum membuat sebarang keputusan
~bolehlah kaji bersama.
maklumat tambahan untuk TA ( carta daily/harian)
~macd: "upper dead cross "
`RSI :37.79
`obv:menurun
`bb :7.50 % (upper band,3 hari)
begitulah dunia TA, perkara sama tetapi lihat berbeza2 .
tiada yang betul atau salah kerana ianya belum berlaku
BOKF: Mampukah Bertahan?
BOK Financial Corporation dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Jika diperhatikan carta pada selang masa harian, harga dilihat seakan membentuk corak carta 'Head & Shoulder' dengan bahu kedua dilihat terbentuk lebih rendah daripada bahu pertama
Harga terkini dilihat berada berdekatan dengan sokongan RBS rintangan sebelum ini yang juga bertemu dengan sokongan trend menaik jangka masa panjang
Harga dikatakan masih cenderung membuat lantunan semula daripada sokongan selagimana ia belum memecahkan garisan menurun corak carta 'Head & Shoulder'
Perlu juga diambil kira bahawa garisan sokongan RBS dan trend menaik juga dilihat bertemu dengan sokongan dinamik MA200 harian
Petunjuk RSI harian bagaimanapun dilihat belum menunjukkan kehadiran momentum yang kuat
Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Hubungkait pasaran KLCI semasa dan pada tahun 2008.Untuk kita faham apa yang berlaku dalam keadaan semasa dan apa kemungkinan yang bakal berlaku seterusnya, kita perlu lihat kembali apa yang pernah berlaku sebelumnya.
(To understand the future, we have to go back in time.)
Kita ambil contoh krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 2008.
Kalau dilihat daripada relationship daripada market yang lain;
6 bulan sebelum masuk tahun 2008. Gold & komoditi yang bullish memberi kesan bearish kepada USD.
Serta mengakhirkan US stock market yang telah lama berada dalam keadaan bullish & sentiasa melakukan new high.
KLCI juga kalau dilihat boleh dikatakan terkena tempias(dalam tempoh 6bulan sebelum 2008) dengan melakukan terjunan melebihi 200pts diikuti last momentum bullish sebelum melakukan correction almost 700pts sepanjang 2008.
Kalau dilihat daripada keadaan market semasa, seperti ada sign yang sama.
6 bulan sebelum tahun 2008, market dah start react memberikan sign dengan lebih awal.
Ofcourse pada masa tu yang paling terkesan adalah mereka yang gagal mengawal risiko.
Prestasi masa lalu tidak semestinya menentukan prestasi akan datang. Tapi… history juga selalunya akan repeat itself.
Hati2 ketika trade.
Bagaimana Jenis Pesanan Berbeza BerfungsiHai semua! 👋
Hari ini kami mahu membawa anda melihat 3 jenis pesanan utama yang wujud apabila anda berinteraksi dengan pasaran, dan menjelaskan lebih lagi mengenai apa yang mereka lakukan, dan bila mereka adalah berguna.
Ok tak? Jom teruskan! 🚀
Sebelum kami membincangkan mengenai jenis-jenis pesanan berbeza yang anda boleh lihat apabila anda meletakkan satu dagangan menerusi platform TradingView, ia adalah penting untuk memahami bagaimana hampir semua pasaran berfungsi dahulu.
Bila ia datang kepada mana-mana pasaran, pada bila-bila masa, akan ada satu “BIDA TERBAIK”, dan satu “MINTA TERBAIK”. 🔢
BIDA TERBAIK adalah harga tertinggi dimana seseorang sanggup membayar untuk satu aset yang diberikan, dan MINTA TERBAIK adalah harga paling rendah dimana seseorang sanggup menjual untuk satu aset yang diberikan,
Cuba kita fikir sekali lagi. Apabila ianya mengenai saham, sebagai contoh, broker anda akan memberikan anda dengan satu pesanan pasaran yang disatukan (buku pesanan) untuk satu-satu saham. Katakan anda di dalam pasaran untuk beberapa saham Apple. Anda dapat melihat saham adalah "didagangkan pada" $175.50. Apakah maksud itu?
Ia bermaksud bahawa harga terendah yang seseorang sanggup menjual saham Apple mereka adalah mungkin pada harga $175.52, dan harga tertinggi yang seseorang sanggup membayar untuk saham Apple adalah mungkin pada harga $175.49. 💹
Bagaimanakah peserta-peserta pasaran membuat niat mereka diketahui? Dengan meletakkan PESANAN HAD. ⌛
1.) Satu PESANAN HAD adalah satu jenis pesanan yang anda hantar kepada tempat dagangan apabila anda mahu membeli atau menjual pada sesuatu harga.
Di dalam contoh Apple di atas, katakan anda mahu membeli beberapa Apple, tetapi anda tidak mahu membayar satu sen lebih dari $175.25. Apabila anda menghantar pesanan ini dan klik “hantar”, pesanan anda pergi ke tempat dagangan, dan MENYERTAI buku pesanan, pada harga $175.25. Anda sekarang adalah “LANSUNG” dan di dalam pasaran. Broker akan menolak tunai yang ia perlukan untuk memenuhi pesanan dari kuasa belian anda semasa pesanan anda adalah secara langsung.
Soalan seterusnya: Jika individu mempunyai had pesanan keluar di dalam buku pesanan, bagaimanakah harga akan sampai kepada anda? 🔽
Ada beberapa cara, tetapi salah satu cara yang paling biasa adalah: PESANAN PASARAN ⌚
2.) Satu PESANAN PASARAN adalah satu pesanan yang dihantar ke pasaran dan terus dilaksanakan untuk membeli atau menjual satu aset pada apa-apa harga yang tersedia.
Ramai orang menggunakan pesanan pasaran kerana mereka secara virtual menjamin bahawa anda akan mendapat posisi yang anda inginkan secara terus. Keburukannya pula. sebaik sahaja anda menghantar satu pesanan pasaran, anda tidak dapat mengawal apakah harga yang anda akan dapat. Harga boleh berubah sekelip mata, dan anda boleh berada pada satu kedudukan pada harga yang anda tidak lagi mahukan.
Kembali kepada contoh kami: jika anda menunggu untuk mengisi pesanan anda untuk AAPL, membeli saham pada $175.25, kemudian sesiapa yang membayar anda akan merentasi spread, mungkin dengan satu pesanan pasaran. 💵
Mari kita andaikan pesanan anda dipenuhi untuk pembelian saham APPL pada $175.25, dan anda mahu keluar dari posisi anda jika saham itu didagangkan di bawah $175. Dalam kes ini, anda hendaklah menggunakan satu PESANAN RENTI. 🛑
3.) PESANAN RENTI adalah pesanan-pesanan yang anda hantar kepada pasaran yang berjalan secara langsung pada pelayan Nasdaq/NYSE. Mereka mempunyai satu harga cetusan, dan sebaik sahaja harga cetusan terkena, mereka melaksanakan satu Pesanan Had atau satu Pesanan Pasaran bergantung kepada input anda. Ini semua adalah PESANAN HAD RENTI, dan PESANAN PASARAN RENTI.
Ia kedengaran agak rumit tetapi ia adalah lebih mudah daripada apa yang disangka.
Sekali lagi; balik kepada contoh kami. Katakan pesanan anda dipenuhi untuk pembelian AAPL pada 175.25, tetapi apabila pesanan renti anda terkena pada 174.99 (anda mahu keluar jika saham itu turun di bawah 175).
Jika pesanan renti adalah satu pesanan pasaran, anda akan terkeluar dari posisi anda, tidak kira berapa harga. Ia adalah semudah itu! ✅
Minggu hadapan, kami akan membincangkan beberapa teknik pesanan yang digunakan oleh pedagang-pedagang profesional untuk mendapatkan harga yang lebih baik. 🦾
Jaga diri anda!
-Pasukan TradingView 👀
inari-bakal ke selatan jika.....NOTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama DAN tolong kaji ikut pemahaman masing-masing dan
tidak bertanggungjawap sebarang kerugian.
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama sama mengkaji dan bukanlah bertujuan untuk membeli
atau menjual instrumen ini .
Berdagang Diatas Risiko Sendiri
#strong&loyal
#ma100ma50ZZL&goldencross
#4eDucationOnly
#KISS
~Sebelum itu kita rujuk dulu situasi 1 seperti di carta:
1.pada waktu itu berlaku pemecahan trend yang boleh
mengakibatkan kejatuhan.Tetapi bullish berjaya mengawal
kedudukan dan membawa ke atas dengan jayanya walaupun
pada awalnya agak struggle .Tahniah untuk itu..
`Situasi ke 2 kali ini berbeza dengan yang sebelumnya ini kerana :
1.kejatuhannya kali ini benar agak menggusarkan pada holder nya,
kerana kelihatannya membuat lower low dan mengesahkan kedudukan
lower low disitu dengan kelihatan harga sudah mula rebound di area tersebut.
2.Jika benar mahu menstabilkan dan mengagalkan usaha bearish , harga
perlu memecahkan area " brick " itu yang dijangkakan berkemungkinan besar
akan menjadi satu resistan yang kuat buat masa sekarang SELAGI structure
low nya di RM3.190( rujuk carta)itu kekal.
3.Untuk point 2 diatas jika berlaku kenaikan pun hanyalah untuk meng completeka n
structurenya sahaja ( buat masa sekarang)
4.Selebihnya saya tinggalkan pada para trader yang bijaksana membuat
sedikit kajian untuk membuat sebarang keputusan dengan bijak
5.trading plan harus ada sebelum membuat sebarang keputusan
~bolehlah kaji bersama
maklumat tambahan untuk TA ( carta daily/harian)
~macd: "lower golden cross "
`RSI :41.36
`obv:menurun
`bb :6.80 % (upper band,1 hari)
begitulah dunia TA, perkara sama tetapi lihat berbeza2 .
tiada yang betul atau salah kerana ianya belum berlaku
3 Elemen Terbaik Pada Pelan Dagangan Yang BagusHi semua! 👋
Pada bulan ini, di dalam persiapan menyambut tahun baru, kami telah menemakan catatan kami sepanjang konsep membina satu pelan dagangan yang kukuh. Catatan pertama kami menanyakan kepada anda untuk memikirkan mengenai jenis-jenis faktor yang boleh meramalkan kejayaan jangka panjang. Catatan kedua kami pula melihat kepada kenapa pelan dagangan adalah sangat penting. Kedua-dua catatan ini anda boleh dapati dari pautan di akhiran 👇
Setelah bercakap mengenai *apa* dan *kenapa*, sekarang adalah masa untuk bercakap mengenai *bagaimana*.
Hari ini kita akan melihat kepada 3 elemen terpenting yang dijumpai di dalam semua pelan-pelan dagangan yang bagus!
1️⃣ Elemen 1: Setiap pelan dagangan yang bagus tahu kenapa ia menang.
Di dalam dagangan, ada dua pembolehubah yang perlu: Kadar Bat dan Menang/Kalah.
► Kadar Bat menjelaskan apakah peratusan masa satu dagangan akan berakhir dengan kemenangan. Seorang pedagang dengan 90% kadar bat memenangi 9 dari 10 dagangan.
► Menang / Kalah menceritakan mengenai sebesar mana kemenangan purata, relatif kepada kekalahan purata. Seorang pedagang dengan 0.5 Menang / Kalah mengambil kekalahan sebanyak dua kali saiz kemenangannya.
Jika anda mendarabkan nombor-nombor ini, anda akan mendapat satu "Nilai Jangkaan".
Sebagai contoh, seorang pedagang dengan Kadar Bat sebanyak 50% (menang separuh sepanjang masa) dan satu Menang / Kalah sebanyak 1 (Kalah sama saiz dengan menang) adalah seorang pedagang yang betul-betul pulang modal.
Untuk membuat duit jangka panjang, apa yang anda perlu lakukan adalah membuat penggandaan untuk nilai-nilai ini menjadi nilai positif. Seorang pedagang yang balik modal hanya memerlukan untuk menang 51% untuk membuat duit, jika M/K dia adalah tetap,
☝🏽Untuk mendapatkan nombor-nombor ini di dalam kawasan "nilai dijangka" positif, setiap pelan dagangan yang bagus memerlukan kita merangka satu jalan yang sistematik untuk mencari peluang-peluang dagangan yang ia rasa boleh berjaya. Input dari sistem ini adalah terserah sepenuhnya kepada pedagang, tetapi mereka selalunya telah berakar di dalam corak harga yang berulang, pemerhatian kepada asas, arah aliran makro, atau corak lain dan kitar-kitar. Ujian belakang adalah berguna untuk mendapatkan idea umum samada satu idea untuk satu strategi dagangan adalah terbukti betul dari semasa ke semasa.
Pendek kata, tidak kisahla bagaimana ia kelihatan, pelan-pelan dagangan yang bagus mengenalpasti keupayaannya sebelum merisikokan modal. Kenapa memulakan satu perniagaan tanpa satu pelan perniagaan?
2️⃣ Elemen 2: Setiap pelan dagangan yang bagus mengambil kira karakter emosi pedagang.
Ini merupakan elemen yang paling susah untuk dikuantitikan, tetapi boleh dikatakan satu perkara yang paling mustahak di dalam satu pelan dagangan yang ditulis dengan baik - keupayaan untuk bekerja sepanjang kekuatan dan kelemahan pedagang secara individu. Perkara ini adalah kurang penting untuk bank dan dana lindung nilai, kerana keputusan di ambil secara pengawasan, tetapi untuk pedagang runcit, tiada sesiapa yang anda untuk mengawal kelemahan peribadi anda.
Anda boleh melakukan apa sahaja anda mahukan! - tetapi ia datang dengan risikonya sendiri yang pelan dagangan perlu sediakan untuk anda.
Dengan kata lain, anda boleh mendapatkan idea di mana anda adalah paling lemah secara emosi dengan melihat kepada sejarah dagangan anda. Tiada siapa boleh melakukannya untuk anda, jadi ia memerlukan sedikit kesedaran diri. Bagaimanapun, ganjaran mengeluarkan risiko emosi dari satu pelan dagangan adalah berbaloi.
😱 Kesemua dagangan adalah berdasarkan kepada ketakutan. Anda perlu memahami ketakutan manakah yang paling kuat - ketakutan terlepas kapal atau ketakutan kehilangan modal. Fikirkan mana yang lebih kuat dan rancang sebaiknya.
Hanya kerana anda memahami satu jenis strategi dan orang lain membuat duit mendagangkannya, ia tidak bermaksud anda akan mampu untuk Melakukannya dengan ketekalan 100% pada kecekapan 30% adalah lebih penting daripada mencari satu strategi dengan 100% kecekapan tapi anda hanya boleh berdagang dengan ketekalan 10%. Jadikan hidup anda lebih mudah!
3️⃣ Elemen 3: Setiap pelan dagangan yang bagus menggariskan risiko.
Samada anda mempunyai satu ribu ringgit atau satu billion ringgit, mengabaikan risiko adalah satu cara yang pasti untuk mengalami ketidaktentuan monetari dan emosi yang meningkat secara besar-besaran, yang boleh memberi kesan negatif yang besar terhadap keuntungan jangka panjang. Di sini ada beberapa cara yang mudah untuk dilaksanakan yang Bank, Dana Lindung Nilai dan Firma Prop lakukan untuk mengurangkan risiko dengan ketara - pelan-pelan dagangan yang bangus tidak mengabaikan ini.
💵 Henti Akaun Penuh
Sama seperti namanya: bila sahaja anda rugi satu peratusan modal anda, anda berhenti berdagang, cairkan posisi anda dan kenalpasti apa yang silap. Hanya apabila anda berpuas hati yang anda telah membaiki isu itu, barulah anda dibenarkan untuk memasuki semula pasaran. Di dalam industri, peratusan ini adalah 10%.
💵 Risiko Setiap Tema
Ini untuk memastikan anda tidak terlalu menumpukan kepada satu "pertaruhan" tunggal, walaupun pertaruhan itu disesarkan sepanjang beberapa instrumen. Contohnya jika anda mempunyai beberapa syarikat di dalam sektor yang sama, prestasi mereka akan pasti berkaitan walaupun mereka mempunyai produk atau servis berlainan. Menambah satu had kuat kepada risiko jenis ini akan secara besar-besaran mengurangkan peruntukan yang berisiko dan terlalu menumpu.
💵 Risiko Setiap Posisi
Banyak Pedagang Professional dan Dana Lindung Nilai menggunakan konsep "Modal Bebas" untuk menguruskan risiko. "Modal Bebas" adalah jumlah wang di dalam tunai yang menjadi penimbal kepada ekuiti semasa akaun dan nombor akaun henti penuh.
Sebagai contoh, sekiranya seorang pedagang matawang di satu bank mempunyai 10% jumlah akaun henti keluar dan mengendalikan satu buku matawang $10,000,000, jadi dia hanya boleh “hilang” $1,000,000 sebelum ketuanya menarik dia ke tepi untuk memberikan sepatah dua kata. “Modal Bebas” nya adalah $1,000,000. Dia akan kemudiannya mengukur posisi ke mana dia hanya boleh merisikokan 1-5% dari Modal Bebas nya untuk setiap dagangan. Dengan cara ini, dia mempunyai ruang untuk membuat kesilapan dalam minimum 20 berturut-turut sebelum apa-apa masalah negatif berlaku. Melakukan had risiko “modal bebas” untuk setiap posisi memastikan yang anda ada BANYAK ruang untuk kesilapan.
Ya, kaedah ini mencegah anda daripada menggandakan akaun anda semalaman, tetapi sekali lagi, itu bukanlah matlamat. Matlamat adalah mencapai keuntungan jangka panjang.
Ada orang memanggil risiko untuk setiap posisi ini sebagai "one R"(satu unit risiko)
☝🏽 Bagaimana pun ia kelihatan, memasukkan satu pelan untuk menguruskan risiko andah adalah penting untuk *sebenarnya* mengurus risiko anda. Jika pelan-pelan ini tidak ditulis dan dilaksanakan, mereka adalah sangat senang untuk diabaikan.
🙏🏽 Terima kasih kerana membaca; kami berharap untuk melakukan 2022 sebagai satu tahun mencipta rekod bersama-sama anda. 📈
Jika anda mendapat sesuatu dari catatan ini, pastikan anda berkongsi dengan kawan anda supaya mereka juga dapat memasuki tahun 2022 sebagai seorang pedagang yang lebih baik! 🍀
- Pasukan TradingView ❤️❤️
Tiga Cara Menggunakan Pemberitahuan ⏰Helo Semua! 👋
Sekarang, mari menyelami topik hari ini: Pemberitahuan.
Walaupun pemberitahuan mempunyai banyak aplikasi yang berpotensi untuk perdagangan, ia jarang digunakan kerana mengambil masa dan kepintaran untuk membina sistem di mana ia boleh berfungsi dengan baik. Mari kita mulakan:
1. Membina tabiat yang baik 💪
Mungkin ini biasa kedengaran: anda mendengar cerita pelaburan yang hebat, dan kemudian segera pergi ke pasaran dan membeli aset itu, tanpa sebarang pelan.
Walaupun boleh berhasil, ini bukanlah strategi yang bagus untuk kejayaan jangka panjang, kerana realitinya amat sukar untuk bertahan dalam sebarang posisi perdagangan tanpa rancangan dan berdagang dengan efisien. Anda mungkin memilih untuk keluar daripada posisi disebabkan ketamakan atau ketakutan seketika, dan langkah seperti itu boleh menghalang ketekalan dan keuntungan jangka panjang.
Pemberitahuan adalah bagus kerana ia boleh menghilangkan unsur tekaan untuk masuk dan keluar dari sesuatu posisi. Hanya tetapkan pemberitahuan untuk harga yang anda inginkan, kemudian baru berdagang jika, dan hanya jika syarat dipenuhi. Kemudian, biarkan pasaran berjalan, dan kebarangkalian bekerja memihak kepada anda.
Pemberitahuan boleh mengubah pengalaman berdagang daripada pencarian idea baru yang berterusan - dan sentiasa berasa ketinggalan - menjadi kerja yang santai menunggu syarat anda dipenuhi lalu mencetuskan pemberitahuan sebelum mengambil tindakan. Secara ringkasnya, pemberitahuan boleh menjadikan anda lebih bersedia untuk menghadapi ketidaktentuan pasaran.
2. Meningkatkan kebebasan dan mengurangi kerisauan 🧘
Terdapat pepatah yang terkenal dalam perdagangan dan kehidupan yang menyatakan bahawa emosi negatif dirasai dua kali lebih kuat daripada emosi positif. Fakta ini mempunyai banyak aplikasi, tetapi ia amat berguna untuk difahami sebagai seorang pedagang.
Pertimbangkan pelabur-pelabur berikut:
Seorang doktor gigi yang menyemak laporan suku tahunan daripada brokernya
Pedagang posisi yang menyemak posisinya sebulan sekali
Seorang pedang swing yang menyemak posisinya sekali seminggu
Pedagang harian yang menyemak posisinya sekali sehari atau lebih
Dengan ketidaktentuan pasaran yang sedia ada, peserta pasaran manakah yang paling kecil kemungkinan untuk marah atau kecewa? Doktor gigi. kenapa? Kerana dia menerima lebih kurang data daripada pasaran. Malah pedagang harian kelas dunia biasanya terdedah kepada puluhan atau ratusan situasi negatif dalam kedudukan mereka setiap hari akibat turun naik, yang tidak dapat dikawal oleh mereka. Tahap rangsangan negatif ini boleh menjejaskan kesihatan mental dan keberkesanan perdagangan.
Pemberitahuan membolehkan pedagang memiliki kelebihan untuk berundur dari pasaran dan membenarkan dagangan datang kepada mereka.
3. Pemberitahuan kami tidak membiarkan apa-apa jatuh melalui celah-celah ✅
Walaupun kedua-dua poin sebelumnya adalah kelebihan dari segi pemberitahuan harga, pemberitahuan kami juga meningkatkan utiliti pengguna dengan ketara. Sebaik sahaja anda mempunyai setup yang sesuai, anda boleh menetapkan pemberitahuan pada garis arah aliran, penunjuk teknikal, skrip yang boleh disesuaikan dan banyak lagi, supaya anda boleh memastikan bahawa setup kegemaran anda tidak terlepas.
Ini boleh semudah pelabur jangka panjang menetapkan pemberitahuan RSI pada saham Dow 30, untuk membeli penurunan , kepada yang lebih rumit seperti scalper niaga hadapan harian menggunakan pemberitahuan untuk mengenalpasti ketidakcekapan harga dalam 40 kontrak teratasnya.
Pemberitahuan kami yang boleh disesuaikan membolehkan pedagang yang teratur untuk menangkap setiap peluang yang sesuai untuk mereka.
Terima kasih kerana membaca, dan kekal sihat!
Pasukan TradingView
Petua & alatan untuk melindungi akaun andaKeselamatan dan privasi adalah sangat penting bagi kami. Kami mempunyai seluruh pasukan yang berdedikasi untuknya! Kami mahu semua ahli benar-benar yakin bahawa mereka mempunyai alatan yang mereka perlukan untuk memastikan akaun mereka selamat dan dilindungi. Mari kita mulakan.
Petua yang Cukup Jelas
Jangan gunakan kata laluan yang sama di mana-mana atau satu pelanggaran boleh mendedahkan semua akaun. Pastikan kata laluan anda unik dan tidak mudah diteka. Pastikan anda menggunakan kata laluan yang kukuh dan aksara khas seperti @ # ! / < ? % jika boleh.
Jangan tertipu! Sentiasa semak beberapa kali pautan yang anda klik . Jangan berikan maklumat kelayakan log masuk anda kepada sesiapa. Satu petua yang berguna ialah memastikan anda mempunyai halaman utama www.TradingView.com rasmi yang ditanda buku pada pelayar anda. Anda juga perlu memastikan anda mempunyai aplikasi mudah alih TradingView pada iOS atau Android. Jangan muat turun peniru! Hanya gunakan platform dan aplikasi rasmi TradingView.com.
Peralatan yang Tersedia untuk Anda
Semua ahli TradingView mempunyai akses kepada ciri keselamatan individu dalam Tetapan Profil mereka . Pergi ke halaman Tetapan Profil anda untuk bermula. Sebaik sahaja anda sampai ke Tetapan Profil anda, klik tab Privasi dan Keselamatan . Dari sini anda boleh mengurus keselamatan akaun anda dengan sepenuhnya termasuk beberapa ciri unik:
• Mengaktifkan Pengesahan Dua Faktor
• Meninjau akaun sosial yang disambung
• Menyemak sesi log masuk dalam sejarah
• Log keluar dari peranti tertentu
• Log keluar dari semua peranti
• Mengaktifkan/menyahaktifkan sembang
• Mengabaikan pengguna
• Mengendalikan profil anda sepenuhnya, bagaimana ia dipaparkan dan maklumat apa yang ditunjukkan
Bagi mereka yang berminat untuk menguruskan Profil pedagang individu mereka, kami mempunyai alatan yang membolehkan anda menukar gambar profil anda dengan cepat, akaun media sosial yang disambungkan , tentang & bio, lokasi dan seluruh rangkaian notifikasi untuk platform dan e-mel.
Petua Tambahan!
Pengesahan dua faktor diperlukan bagi mereka yang berminat dengan tahap keselamatan tertinggi. Ini bermakna anda boleh menggunakan peranti kedua, seperti telefon anda atau aplikasi pengesahan untuk mengesahkan setiap log masuk.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang semua ciri keselamatan yang tersedia untuk anda, sila rujuk Pusat Bantuan kami. Sebagai contoh, hantaran ini menerangkan lebih lanjut petua biasa untuk melindungi akaun anda ! Terdapat lebih banyak lagi dalam Pusat Bantuan kami , yang percuma untuk semua orang mengetahui lebih lanjut tentang pasaran dan TradingView.
Terima kasih kerana membaca!
- Pasukan TradingView
Swing trade tu macam mana? Teropong Bursa styleBila sebut swing trade, bendanya macam ni...
Teknik yang paling sesuai untuk trader baru, ialah dengan mengguna strategi "trend following" atau mengikut trend
Trend indicator boleh guna MA10 dan MA50 (atau lain-lain nilai)
Confirmation untuk entry bila ada kenaikan harga berserta dengan volume yang tinggi (relatif - berbanding dengan sebelumnya) -NOta no 3.
PENTING! Pemilihan kaunter TIDAK CUKUP sekadar teknikal. Pilih kaunter yang baru-baru ini keluar berita yang positif, yang selalu keluar dalam list 300 "Top Volume" atau "Most Active". Harga minima mesti atas 30sen.
Kaunter penny stocks (bawah 30sen), pergerakan harga kurang efisyen dan tidak patuh teknikal.
Semoga bermanfaat
Cara Membuat Idea Dagangan Berkualiti?Minggu ini, kita akan melihat bahan-bahan yang digunakan untuk membuat dan menerbitkan idea dagangan berkualiti tinggi.
Walaupun ramai berpendapat bahawa idea dagangan yang baik bermula dan berakhir dengan mencari analisis carta kebarangkalian tinggi dalam aset cair yang tidak menentu, idea dagangan *terbaik* selalunya menggabungkan pelbagai komponen - termasuk analisis makroekonomi, analisis fundamental dan analisis teknikal, atau beberapa gabungan di dalamnya - menjadikannya sebagai satu idea. Membiasakan diri untuk memasukkan semua faktor ini ke dalam proses pemikiran anda boleh menghasilkan kualiti yang lebih tinggi, sama ada anda memilih untuk berkongsinya dengan komuniti atau tidak.
Mari berbincang dengan lebih lanjut!
Terdapat beberapa soalan yang perlu anda tanyakan pada diri sendiri apabila cuba menghasilkan idea berkualiti tinggi, dan biasanya terdiri daripada lima persoalan berikut:
Siapa, Apa, Di mana, Bila, dan Mengapa.
Mari kita mulakan dengan Siapa.
Siapa .....
Untuk siapa idea dagangan ini? Apabila menerbitkan idea dagangan, jangan menganggap bahawa idea itu adalah sesuai untuk semua. Cara paling jelas TradingView membantu dalam hal ini adalah dengan mengkategorikan hantaran mengikut kelas aset, jadi pedagang FX kebanyakannya hanya melihat idea FX, dan pelabur kripto tidak sentiasa terdedah kepada spread hadapan komoditi. Namun demikian, terdapat cara yang lain juga. Pedagang dan pelabur yang berbeza selalunya mempunyai gaya perdagangan yang berbeza, jadi walaupun dalam satu kelas aset, idea pelaburan jangka panjang mungkin tidak sesuai untuk pedagang jangka pendek. Apabila menerbitkan idea dagangan, adalah wajar untuk menjelaskan kepada pembaca (dan diri anda sendiri) untuk siapa idea ini, dan dalam strategi apa ia sesuai digunakan.
Apa .....
Kebanyakan idea tidak mempunyai masalah untuk menjawab soalan ini! Ia sangat mudah: pada intinya, apakah yang ingin dilakukan oleh idea ini? Sama ada melakukan penjualan di pasaran saham atau membina spread mata wang kripto panjang/singkat, pastikan idea anda menjelaskan teras idea dagangan ini.
Mengapa .....
Ini adalah inti daripada idea dagangan yang baik. Mengapa seseorang perlu menggunakan modal dan mempertaruhkan wang untuk mengikut visi anda? Ia adalah perkara biasa bagi pedagang baru yang berpendapat bahawa untuk menjawab soalan ini, mereka hanya perlu membina gabungan corak harga, penunjuk dan lukisan carta sehingga semua syarat dipenuhi dan berjalan lancar. Dalam sesetengah kes, soalan yang perlu ditanya ialah mengapa aset ini memiliki momentum yang kuat.
Walau bagaimanapun, selalunya pendekatan ini mungkin tidak cukup mendalam. Bagaimana jika pengaturan teknikal menunjukkan bulis pada carta saham anda di mana perniagaan syarikat tersebut semakin merosot? Bagaimana jika segi tiga menurun yang anda lihat pada dagangan berlaku dalam pasaran kenaikan harga yang lebih besar? Oleh sebab itu, menggabungkan pelbagai disiplin, sama ada analisis asas atau pemahaman makroekonomi, boleh meningkatkan kualiti idea dagangan anda. Memahami beberapa konteks yang mengelilingi aset yang anda dagangkan boleh meningkatkan kebarangkalian yang ada di tangan anda.
Kesimpulannya: harga semasa dalam mana-mana pasaran adalah cerminan daripada pandangan konsensus masa depan. Penting untuk menggambarkan *mengapa* harga itu mungkin tidak betul secara material.
Di Mana / Bila ….
Penting untuk menggambarkan mengapa *sekarang* adalah masa yang sesuai untuk bertindak mengikut idea itu, dan di sinilah analisis teknikal amat berguna. Secara umum, data fundamental untuk kebanyakan aset hanya keluar sekali setiap beberapa minggu. Bagi saham, frekuensi keluaran data fundamental adalah lebih lama. Oleh sebab itu, menggunakan corak harga, penunjuk, carta candlestick dan analisis teknikal lain sangat membantu dalam menentukan risiko, entri dan perdagangan yang lebih efisien.
Di sinilah carta yang bersih berperanan. Penting untuk mengenalpasti cara kedudukan pedagang, zon bekalan dan permintaan serta faktor lain (yang dibantu oleh analisis teknikal) mempengaruhi masa dan risiko idea. Di samping itu, apabila menerbitkan idea di TradingView, carta adalah salah satu cara yang paling ketara dan lazim untuk menyampaikan maklumat ini. Membuat item ini dengan definisi jelas boleh meningkatkan kualiti idea dagangan dengan ketara dan memastikan komunikasi yang jelas bagi maklumat penting.
Demikianlah - soalan utama yang menjadi teras kepada setiap idea dagangan yang bagus! Kami tidak sabar untuk melihat bagaimana rangka kerja ini dimasukkan ke dalam terbitan anda yang akan datang.
Jika anda fikir anda mempunyai apa yang diperlukan untuk menerbitkan idea dagangan berkualiti tinggi, sila kongsikan di bawah!
Selain itu, jika anda ingin menghantar idea dagangan anda untuk dipertimbangkan oleh pasukan editorial untuk bahagian Pilihan Editor, hanya perlu kongsikan dalam bilik sembang ini: www.tradingview.com
Terima kasih!
-Pasukan TradingView
PENDIDIKAN - GELOMBANG ELLIOT - Tahap Kecerunan Tren #EWSlopeOfTrend
#EWEducation
PENDIDIKAN GELOMBANG ELLIOT -
ELLIOTT WAVE - SLOPE OF TREND
By Using Clock of Times for related to strength of trend & type of Elliott Pattern pattern as per Chart
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
15 Degrees of Elliott WaveKAJIAN 8: 15 Degrees of Elliott Wave
- RN Elliott°¹ hanya menamakan dan membahagikan degree (darjah) wave kepada sembilan:
1- Grand Supercycle
2- Supercycle
3- Cycle
4- Primary
5- Intermediate
6- Minor
7- Minute
8- Minuette
9- Subminuette
- Prechter°² kemudiaannya memperincikan lagi darjah wave kepada 15:
1- Supermillenneum
2- Millennium
3- Submillenneum
4- Grand Supercycle
5- Supercycle
6- Cycle
7- Primary
8- Intermediate
9- Minor
10- Minute
11- Minuette
12- Subminuette
13- Micro
14- Submicro
15- Minuscule
- Dapat diperhatikan urutan darjah (lihat gambar) disusun dengan kaedah; nombor biasa diselangi dengan nombor roman dan huruf besar (uppercase) diselangi dengan huruf kecil (undercase) bagi setiap darjah.
- Walaubagaimanapun, darjah wave ini adalah infiniti. Tiada masalah untuk meletakkan darjah yang lebih lebih besar daripada supermillenneum dan lebih kecil daripada minuscule.
Nota kaki :
°¹ Ralph Nelson Elliott (28 Julai 1871 - 15 Januari 1948) adalah akauntan Amerika yang merupakan pengasas Elliott Wave.
°² Robert Prechter (25 Mac 1949) merupakan founder Elliott Wave International yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil Certified Elliott Wave Analyst (CEWA).
------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
Terma atau istilah KAJIAN yang digunakan dalam idea analisis ini hanya tertumpu kepada info, tips, pendidikan dan pembelajaran semata. Jadi, KAJIAN ini bukanlah saranan untuk jual dan beli (buycall dan sellcall) sesuatu saham.
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Cara Menggunakan Syiling TradingViewPernahkan anda ingin menunjukkan penghargaan anda terhadap seusatu idea tetapi merasa bahawa dengan menekan butang suka masih tidak mencukupi?
Syiling TradingView adalah kaedah terbaik untuk menunjukkan kepada pengguna lain bahawa anda menghargai mereka!
Apa itu syiling TradingView?
Syiling TradingView adalah mata wang dalaman laman web ini. 1 syiling bersamaan dengan $ 0.01 USD
Bagaimana anda boleh mendapatkannya?
Rujuk rakan : Apabila anda merujuk rakan kepada TradingView, anda berdua akan mendapat syiling TradingView selepas rakan anda menaik taraf kepada salah satu pelan berbayar kami.
Terima sumbangan daripada pengguna lain: Pengguna TradingView dapat memberikan syiling untuk kandungan yang hebat, untuk mengucapkan terima kasih, jika mereka merasa murah hati, atau atas sebab lain.
Beli Syiling: Anda boleh membeli syiling dalam jumlah 500, 1,000, atau 5,000. Ini boleh dilakukan dengan membuka menu pengguna dan memilih "Syiling".
(Baki duit syiling terkini anda, sejarah sumbangan dan maklumat syiling lain juga ditunjukkan di sini)
Hebat! Setelah anda memiliki harta syiling TradingView, bagaimana anda dapat menggunakannya?
Bersorak untuk seseorang : Sorakan adalah cara terbaik untuk menunjukkan sokongan anda kepada pengguna yang anda sukai.
Saiz penghantaran syiling telah ditetapkan berdasarkan nilai berikut: 100, 200, 350 atau 500 syiling. Nilai ini bersamaan dengan $ 1, $ 2, $ 3.50, dan $ 5 USD. Ciri ini tersedia untuk semua pengguna.
Bersorak untuk sebuah idea dengan menggunakan butang "Komen dengan sorakan" untuk menghantar mesej anda dengan beberapa syiling TradingView.
Bersorak untuk seorang pengguna daripada profil mereka dengan memilih "Bersorak" di penjuru atas halaman profil mereka.
Beli pelan berbayar : Anda boleh membelanjakan syiling TradingView untuk salah satu pelan berbayar 1 bulan atau 1 tahun kami. Sebagai contoh, 3000 syiling boleh mendapatkan akses sehingga 1 bulan pelan PRO+ kami, salah satu pilihan kami yang paling popular.
Perhatikan bahawa jika anda sudah mempunyai pelan yang aktif, anda boleh menambahkan satu bulan atau satu tahun untuk pelan yang sama dengan duit syiling. Naik taraf dengan syiling belum disokong.
Petua Pro Syiling TradingView
Moderator , pengurus dan kakitangan TradingView sentiasa memberikan syiling untuk idea yang dipilih sebagai Pilihan Editor, skrip hebat, idea dan kandungan luar biasa lain.
Mereka boleh dikenal pasti melalui lencana logo TradingView atau lencana "Mod" di sebelah nama mereka.
Ketahui lebih lanjut tentang syiling TradingView di Pusat Bantuan kami.
PENDIDIKAN GELOMBANG ELLIOT – Corak Paten EW Bhg 3 ( i ) PENDIDIKAN GELOMBANG ELLIOT – Corak Paten EW Bhg 3 ( i )
( i ) CORAK PEPENJURU AWAL ( LEADING DIAGONAL)
*Corak gelombang pepenjuru dan impuls keduanya gelombang motif,
*pepenjuru berbeza dengan ketara gelombang dorongan (Impuls) kerana ianya
mengikuti dua peraturan pertama tetapi bukan peraturan ketiga mengenai
gelombang 4 yang tidak pernah masuk di wilayah harga gelombang 1.
*Pada pepenjuru, sebenarnya, gelombang 4 hampir selalu memasuki wilayah
harga gelombang 1.
*Diagonal biasanya berbentuk Penyusutan (contracting) tetapi, dalam keadaan
jarang berlaku, berkembang (expanding).
*Dalam kes pembentukan Penyusutan (Contracting), Jika gelombang 3 lebih
pendek daripada gelombang 1, Maka gelombang 5 lebih pendek daripada
gelombang 3,dan gelombang 4 lebih pendek daripada gelombang 2.
*Dalam kes bentuk mengembang (expanding), gelombang 3 lebih panjang
daripada gelombang 1, gelombang 5 lebih Panjang daripada gelombang 3,
dan gelombang 4 lebih panjang daripada gelombang 2.
Pepenjuru berbentuk mengembang (Expanding) sangat jarang,
*Dalam Corak pepenjuru Awal, gelombang 1, 3, dan 5 adalah semua gelombang impuls
atau semua gelombang pembetulan dalam bentuk zigzag. Gelombang 2 dan 4 selalu
menjadi corak zigzag.
*Corak pepenjuru Awal boleh membentuk gelombang 1 gelombang impuls dan gelombang
pertama zigzag, yang kita namakan gelombang A. Pembentukan ini sangat jarang berlaku
*Corak pepenjuru Awal juga boleh berlaku di dalam Gelombang Sub tetapi perlu di teliti
di “Timeframe” kecil.
Semoga Bermanfaat kepada Semua
Tambahkan Tweet kepada Carta AndaAnda kini boleh menambahkan tweet kepada carta anda! Prosesnya sangat mudah dan kami akan menjelaskan setiap langkah:
Langkah 1 - Mencari tweet yang anda minati dan salin pautannya. Pautan Twitter kelihatan seperti berikut: twitter.com
Langkah 2 - Buka carta anda dan tampalkan tweet tersebut. Tweet tersebut akan dimasukkan pada carta mengikut cap masa pada carta. Platform kami akan melakukan kerjanya untuk ada. Pro tip : alat ini boleh digunakan untuk mana-mana rangka masa atau jenis carta. Anda boleh melihatnya di carta harian atau 30-minit, carta candlestick atau garis.
Langkah 3 - Apabila anda menyalin dan menampalkan tweet pada carta anda, anda boleh menarik naik atau turun untuk meletakkan di tempat yang dikehendaki. Pro tip: tukar skala harga atau masa anda dengan mengklik, menahan, dan menarik skala untuk memanjangkannya. Ini akan menjadikan saiz tweet anda sesuai dengan carta.
Carta dalam contoh di atas menunjukkan modal pasaran Dogecoin dengan empat tweet daripada Elon Musk. Setiap tweet disalin dan ditampal pada carta menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan. Ia amat cepat, mudah dan dimuatkan mengikut cap masa yang tepat di mana harga dan tweet berlaku.
Kami berharap anda menikmati alat baru ini. Sila hubungi kami jika anda mempunyai sebarang soalan dan komen. Terima kasih kerana menjadi ahli TradingView.
Penggunaan Nisbah Kewangan Untuk Membuat KeputusanNisbah Kewangan membantu anda menilai syarikat. Sebilangan besar nisbah kewangan akan menunjukkan kepada anda berapa banyak wang yang anda bayar untuk bahagian perniagaan tertentu. Mari kita berikan beberapa contoh:
Nisbah Harga-ke-Jualan = Pasaran / Modal Jualan
Nisbah Harga-ke-Jualan atau nisbah PS memberitahu anda betapa mahalnya syarikat dibandingkan dengan jumlah penjualannya. Rumus itu dikira dalam dua cara yang berbeza: bahagikan permodalan pasaran syarikat dengan pendapatannya atau bahagikan harga saham semasa dengan pendapatan sesaham. Oleh kerana nisbah ini dikira dengan maklumat harga langsung, anda juga dapat melihatnya secara langsung di carta seperti yang ditunjukkan dalam contoh di atas.
Sekiranya syarikat mempunyai permodalan pasaran $ 10 bilion dan pendapatan $ 1 bilion, ini bermaksud nisbah PS sebanyak 10. Anda membayar $ 10 untuk setiap $ 1 dalam penjualan. Anda boleh melakukan nisbah seperti ini untuk semua aspek syarikat. Sebagai contoh, nisbah PE atau nisbah Harga-ke-Pendapatan mengukur Modal / Pendapatan Pasaran. Ini memberitahu anda berapa banyak yang anda bayar untuk setiap dolar pendapatan.
Perlu diingat bahawa Nisbah Kewangan tidak sempurna. Mereka juga tidak membeli atau menjual cadangan. Sebaliknya, ini adalah jalan pintas, cara untuk menilai syarikat dengan cepat, membandingkan asasnya, dan menilai syarikat berbanding syarikat lain. Anda juga harus ingat bahawa metrik kewangan dapat berubah dengan cepat dengan satu laporan pendapatan. Prospek masa depan syarikat sama pentingnya. Syarikat seperti Apple mungkin mempunyai nisbah PE yang tinggi, tetapi jika mereka mengembangkan dan meningkatkan pendapatan ke masa depan, nisbah PR mereka dapat turun dari masa ke masa.
Ingat, Nisbah Kewangan dan metrik Kewangan secara umum memberikan gambaran keseluruhan perniagaan dan potensi pendapatannya. Berikut adalah beberapa sumber lain untuk memulakan anda:
1. Baca lebih lanjut mengenai Kewangan di TradingView di Pusat Bantuan kami .
2. Anda juga boleh membuat strategi atau kod penunjuk anda sendiri menggunakan maklumat kewangan ini .
3. Kami juga telah membuat perpustakaan di Pusat Bantuan kami supaya anda dapat mengetahui lebih lanjut mengenai setiap metrik Kewangan.
Berikut adalah beberapa nisbah kewangan lain yang mungkin menarik bagi anda dan cara menghitungnya:
PE = Nisbah Modal Pasaran / Perolehan
Nisbah PB = Modal Pasaran / Buku
PEG = Nisbah Pertumbuhan PE / Hasil
Nisbah Pantas = Aset Semasa / Liabiliti Semasa
Hasil Dividen = Dividen Setiap Saham / Harga
EV Multiple = Nilai Syarikat / EBITDA
Untuk mengakses semua Nisbah Kewangan yang tersedia untuk anda, klik butang Kewangan di bahagian atas carta anda. Dari sini, anda boleh memilih banyak metrik Kewangan dan pasaran penyelidikan pada tahap yang lebih mendalam.
Lebih penting lagi, anda boleh menggabungkan kajian analisis Teknikal dan Fundamental pada masa yang sama. Ini bermakna anda dapat menilai asas perniagaan termasuk perolehan dan penilaiannya serta mengkaji tindakan harga dan merancang perdagangan.
Sila kongsi maklum balas dan komen anda di bawah! Terima kasih kerana membaca.
PENDIDIKAN - CORAK PATEN DALAM SATU KITARAN GELOMBANG ELLIOT - PENDIDIKAN CORAK GELOMBANG ELLIOT
CORAK PATEN DALAM KITARAN GELOMBANG ELLIOT
Ini adalah corak-corak paten yang kerap berlaku di dalam satu kitaran Gelombang Elliot.
1. Gelombang besar Satu Impuls - Corak Pepenjuru Awal (Leading Diagonal -12345)-3-3-3-3-3
2. Gelombang Besar Dua Pembetulan - Corak Zigzag ABC -5-3-5 @ Rata (Flat ABC -3-3-5) @ Kombo berganda WXY -
3. Gelombang Besar Tiga Impuls - diadalamnya terdapat juga Gelombang Kecil & Subkecil impuls - corak Zigzag ABC -5-3-5 @ Rata (Flat ABC -3-3-5) kerap berlaku di gelombang kecil
/Subkecil 2 dan Corak Segitiga Penyusutan (Triangle ABCDE) & Rata (Flat ABC -3-3-5) kerap berlaku di Gelombang Kecil/Subkecil 4.
4. Gelombang Besar 4 pembetulan - kekerapan Corak Segitiga Penyusutan (Triangle ABCDE) & terdapat beberapa kes corak Rata (Flat ABC -3-3-5)
5. Gelombang besar Lima Impuls - Corak Pepenjuru Akhir (Ending Diagonal -12345)-3-3-3-3-3.
6. Gelombang Besar A Pembetulan - Corak Pepenjuru Awal (Leading Diagonal -12345).-3-3-3-3-3.
7. Gelombang Besar B - Corak Zigzag ABC -3-3-3.
8. Gelombang Besar C - Corak Pepenjuru Akhir (Ending Diagonal -12345).3-3-3-3-3
Nota Peringatan Penting :
*Setiap terjadinya Corak Paten Gelombang Pembetulan maka selepas itu akan berlakunya Gelombang Impuls iaitu menaik.
*Peraturan pengantian (Rules of Alternation) kerap berlaku di Setiap Gelombang kecil/besar 2 & 4 iaitu jika gelombang kecil/besar 2 Corak paten “Mudah@Simple” atau tempoh masanya pendek , maka Gelombang kecil/besar 4 akan menjadi corak paten “Sukar@kompleks” atau tempoh masa pengundurannya menjadi panjang & lama dari gelombang kecil/besar 2. Ianya akan berlaku sebalik bergantian samaada gelombang kecil/besar 2 ‘Sukar@kompleks” maka Gelombang kecil/besar 4 akan menjadi “mudah@simple”. ini adalah kejadian semula jadi.
*Bagi penganggaran kenaikkan gelombang corak Impuls adalah dengan mengunakan alat Fibonancci Extension kerana ianya akan memberi tahap rintangan kuat 61.8%, 100% & 161.8% dan sasaran kerap berlaku di tahap 161.8% -200%.
*Tiada yang mudah dalam pembelajaran Gelombang Elliot kecuali anda semua kerap melakukan Latihan dengan mematuhi setiap peraturan dan panduan gelombang Elliot.
*Pengunaan Indikator RSI (9) juga dapat membantu dari segi pengesahan pembentukan corak-corak paten dengan melakar secara terperinci di garis indicator RSI tersebut dan meletak label gelombang ABC atau ABCDE sebagai pengesahan corak paten tersebut.
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
DLO #NASDAQ sedang menuju ke Gelombang kecil 3 DLocal Limited (DLO)
Disenaraikan - Nasdaq, USA.
Kapital Pasaran : $ 18.489 Billion
Sektor(s): Teknologi
Info Syarikat: -
DLocal Limited mengendalikan platform pembayaran di seluruh dunia. Platformnya membolehkan peniaga perusahaan berhubung dengan pengguna di pasaran baru muncul, menerima pembayaran, mengirim pembayaran, dan menyelesaikan dana. Syarikat ini melayani pelanggan dalam pelbagai industri, seperti SaaS, ekonomi dan pasar bersama, runcit dalam talian, media digital, perkhidmatan kewangan, dan perjalanan dan pelancongan.
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
kini telah memulakan pergerakan di gelombang kecil 3 sedang mendaki ke arah tahap fibo 200% - 261.8% untuk sasaran Gelombang Besar satu .
Nota Teknikal Analisis : -
*Corak kerap berlaku - Pepenjuru Awal (leading Diagonal)
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 100% & 161%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 200% - 261.8% ( Jangkaan Masa - 6-10 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
Lima Cara Untuk Menggunakan Susun Atur Carta BergandaAlat susun atur carta berganda kami memberikan pedagang dan pelabur cara yang mudah untuk mengkaji pelbagai simbol atau rangka masa pada masa yang sama. Dalam hantaran ini, kami akan menjelaskan lima cara untuk menggunakan ciri susun atur carta untuk mengoptimisasikan proses anda.
Membuat carta dengan rangka masa berbeza
Jika anda melihat carta di atas dengan lebih dekat, anda akan menyedari terdapat rangka masa berbeza untuk setiap carta. Satu adalah carta harian, satu lagi adalah carta mingguan dan yang lain adalah carta 30-minit. Susun atur carta berganda membolehkan anda melihat kesemua rangka masa yang berbeza pada skrin yang sama. Jika anda mencari dagangan dan membuat kajian dalam pelbagai rangka masa, ciri ini amat penting untuk dikuasai.
Menyesuaikan tampilan susun atur anda
Setiap pedagang dan pelabur memiliki pendekatan yang berbeza. Oleh sebab itu, amat penting untuk memiliki alat yang boleh disesuaikan. Setiap carta dalam contoh di atas menggunakan gradien warna berbeza sebagai latar belakang. Carta paling kanan ialah carta garisan manakala dua carta yang lain menunjukkan candlestick. Semasa menggunakan susun atur carta berganda, anda boleh mencipta ruang kerja sendiri yang memenuhi keperluan anda.
Mempelbagaikan penunjuk anda
Carta di atas menunjukkan penunjuk berbeza. Contohnya, garis kuning di paling kira ialah Purata Bergerak manakala carta di bahagian tengah menunjukkan Profil Volum dan carta di paling kanan hanya menunjukkan volum. Anda boleh menambahkan penunjuk yang berguna di carta tertentu dalam susun atur anda.
Membuat carta dengan simbol berbeza pada masa yang sama
Dalam contoh di atas, kami melihat tiga simbol yang berbeza, tetapi boleh dilihat pada skrin yang sama. Cara ini membolehkan kami mengikuti aksi harga, mengkaji persamaan, dan mencari idea antara aset berlainan. Ia juga mempercepatkan kajian kami dan merupakan cara yang berguna untuk memantau pelbagai simbol dalam pasaran.
Segerakkan carta anda
Dengan satu klik, anda boleh menyamakan simbol, crosshair, selang, masa dan lukisan untuk semua carta dalam susun atur anda. Untuk bermula, anda boleh klik pada butang susun atur di bahagian atas carta di mana ia berkata "Segerakkan Semua Carta". Dari menu ini, anda boleh memilih penyelarasan yang dikehendaki dan mereka akan dikemaskinikan dengan segera.
Terima kasih kerana membaca dan kami berharap anda menikmati hantaran ini. Jika anda mempunyai sebarang tip, cadangan atau maklum balas untuk berkongsi tentang susun atur carta berganda, sila menulis di ruang komen di bawah.