Ada 3 potensi cadangan yang boleh diberi perhatian dan setiap satu saya cuba terangkan secara ringkas. Kalau salah, saya mohon maaf terlebih dahulu.
Carta PCCS masih dalam posisi menaik buat masa sekarang. Hanya perlu tunggu minat belian terbaru berdasarkan beberapa cadangan di dalam video ini. Disertakan beberapa contoh carta belainan sebagai rujukan.
Memandangkan laporan kewangan akan datang dia dijangka bulan Julai depan, jangkaan pergerakan harga akan bermula mulai bulan ini sehinggalah tarikh keluarnya laporan. Cadangan seperti di dalam video ini. Kebiasaannya, kalau harga tidak bergerak langsung sehampir tarikh laporan, maknanya laporan mungkin tidak memberangsangkan.
Harga baru mencuba cium garisan atas corak segitiga. Kena tunggu segitiga di breakout pula.
Jangkaan bergerak berjajaran sehinggalah ada kemasukan volum dan pergerakan harga keluar dari kawasan jajaran. Saya membayangkan duopharma akan membuat corak yang sama seperti ranhil.
Setakat hari ini, KIMLUN masih berada di aras Higher Low. Masih menunggu kemasukan volum dan kenaikan harga yang lebih padu. Sebab dia bergerak lambat, tak sesuai untuk dagangan pantas.
Beberapa corak cadangan yang saya rasakan sesuai dibayangkan pada carta PENTAMASTER. Lepas raya nanti kita tengok semula. Selamat bercuti dan salam lebaran.
Mungkin selepas ini, hanya pilih satu carta saja untuk didagangkan. Tunggu sampai muncul signal untuk entri dan exit. Ulang-ulang sehinggalah rekod untung kita melebihi rekod rugi. Boleh?
Nampak gaya corak cadangan bakal tak jadi. Maka sudah boleh di abaikan bayangan corak. Sementara menantikan laporan kewangan terkini, sudah boleh melihat aras-aras lama untuk dijadikan sokongan terbaru. Setakat hari ini, masih tiada signal untuk entri.
Rupa bentuk carta press metal terkini. Lakaran corak tenpohari sudah di kira tidak valid dan boleh diabaikan. Garis trendline menurun masih boleh lagi dikekalkan. Masih menunggu laporan kewangan terbaru, agak lambat kali ni keluar.
Bentuk carta terkini selepas laporan kewangan suku pertama F19. Masih dalam keadaan stabil dan belum ada tanda perubahan trend.
Carta yang trend menaik sangat jarang turun menuju aras EMA200, kecuali carta sedang dalam fasa pembetulan atau sememangnya sudah mula trend menurun. Saya berikan beberapa contoh carta yang sudah tembus ke atas EMA 200 dan kini kembali semula ke EMA 200. Boleh berikan lebih tumpuan nanti jika mood market semakin baik. Buat persediaan raya dulu, lepas raya baru...
Kedudukan moving average yang sudah tersusun baik serta penurunan harga tanpa volum yang tinggi, ada beberapa perkara yang boleh dibuat. - Menunggu bentuk lilin yang lebih kuat dan bermomentum tinggi. - Menantikan kemasukan volum yang padu, lebih banyak berbanding volum terhampir. - Bersedia menanti di ruang yang telah ditandakan. - Kemeriahan market bakal...
Cadangan sekiranya corak yang dijangkakan muncul dan jika corak tak jadi. Penampakan corak - cawan ajaib dan menunggu lengkapnya pemegang cawan. Kalau tak jadi - cuba tunggu di aras sokongan lama.
Selamat Berdagang