Beberapa carta membuat perkara yang sama - false breakout. Langkah seterusnya - hanya perlu tunggu waktu sesuai dan pastikan modal ada di tangan.
Sambungan terkini carta DUOPHARMA BIOTECH : - belum kesampaian menuju target 1.46 - masih dalam trend menaik, kiraan dari titik terendah awal tahun ini sampai sekarang - tiada sebarang entri terbaru kecuali muncul lilin-lilin yang bullish
Selamat Berdagang
Selamat Berdagang
Sejak awal tahun hingga sekarang, carta QL tidak menunjukkan sebarang trend yang menarik dan hanya berkisar sekitar harga yang sama (sideway) Dengan merujuk pada carta Press Metal, Harta dan VS, berkemungkinan carta QL akan membuat pergerakan yang hampir sama. Sambung kemudian...
Sejak Januari, carta kita banyak yang sudah naik tinggi melepasi aras MA/EMA 200. Saya mengambil contoh carta WIKA dari Indonesia untuk membayangkan pergerakan harga yang mungkin terjadi di carta-carta kita akan datang. Sebagai rujukan, boleh lihat semula video lama di bawah.
Sama seperti carta INARI tempohari, carta MYEG juga menunjukkan pergerakan seakan sama yang pernah dia buat sebelumnya. Mungkin di masa akan datang, jika nampak pergerakan yang seakan sama, kita boleh lebih bersedia. Kalau nampak tak sama, boleh abaikan video ini.
Valid entri muncul pada tarikh 11 APR yang lepas dan kini harga masih meneruskan kenaikan. Berhenti sebentar mungkin disebabkan pengambilan untung. Cadangan akan datang seperti di dalam video.
Bukan jumaat daaaaa.. Setakat hari ini, INARI tidak berjaya lagi tembus garis tren yang panjang tu dan mula turun sedikit demi sedikit. Dan nampak seakan berhenti sebentar di aras yang dijangkakan. Pelan dagangan terbaru jika ada kenaikan harga melepasi harga tertinggi hari ini dan kalau masih tiada kenaikan, tunggu sehingga lilin yang lebih padu muncul.
Bergantung pada cara kita memandang, ada pelbagai corak yang boleh di lukis antaranya, segitiga, bendera atau cawan ajaib. Apa saja corak yang kita bayangkan, harga terkini sudah menembus ke atas dan jangkaan mungkin meneruskan kenaikan lagi. Itu pun kalau tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam tempoh masa terdekat. Sambung kemudian.
Sambungan terkini - harga sedang molek menuju harga tertinggi tahun lepas yang pernah dia buat - hanya perlu tunggu dan lihat - jika lepas, berkemungkinan menyambung semula trend kenaikan yang sama. - perhatikan juga tekanan jualan jika sudah mula berada di aras tertinggi nanti. ..bersambung
Harga ketika ini sedang bercinta berhampiran garis trend menurun dan kalau diperhatikan corak yang ternampak seakan segitiga. Seperti biasa, jika nampak corak, kita hanya perlu tunggu ke mana arah tembus harga nanti.
Carta carimin masih lagi dalam trend menaik walaupun sepanjang 2 bulan ini lebih kepada pergerakan yang terkawal (sideway). Dari pandangan saya, carimin berkemungkinan mencari semula harga tertinggi dalam sejarah dia di aras 1.90. Cadangan bagi carta begini - mencari peluang entri.
Setelah 2 bulan berdondang sayang, akhirnya carta INARI hampir ke penghujung corak bump and run terbalik. Ada beberapa perkara yang kita boleh belajar dari sini. Antaranya - masa - sabar - corak berulang Umpama dialog cerita pendekar bujang lapok "tak sabar pergi berenang wak"
Harga kini masuk semula ke dalam zon "pullback/retracement" dan hanya menantikan kemunculan signal entri terbaru. Boleh rujuk pada video di atas
Menyambung sedikit cerita carta Kerjaya yang pada masa ini masih lagi mendiamkan diri. Aras RM1.30 sebagai signal penembusan terbaru.
Selamat Berdagang