Alat lukisan tersedia di TradingView

Salah satu daripada ciri utama Carta Super TradingView adalah alatan lukisan, yang membenarkan anda menandakan trend dan corak, menambahkah bentuk geometri untuk menyerlahkan kawasan yang penting, melakukan pengukuran dan ramalan, mengira tingkatan harga, menambah komen dan jadual, dan juga menggunakan emoji — pada masa mencarta.


Lukisan, terletak pada bar alat kiri pada Carta Super, adalah instrumen penting untuk melaksanakan analisis teknikal yang kompleks. Ia boleh membantu anda meneliti sepenuhnya prestasi aset dan mengurangkan usaha anda, mengurangkan penggunaan masa dan minda anda untuk melakukan keputusan.

KANDUNGAN:

Apakah alatan lukisan

Pemvisualan adalah asas kepada analisis teknikal. Jenis carta berbeza menggunakan kaedah mereka sendiri untuk memaparkan prestasi dan perubahan aset didagangkan dalam metrik kewangan.

Alatan lukisan adalah instrumen yang membenarkan anda menambahkan elemen grafik kepada Carta Super anda, membantu menajamkan analisis anda dan menyokong ramalan lebih tepat mengenai pergerakan harga aset berpotensi. 

! Penting: Lukisan-lukisan di bawah adalah dibuat untuk tujuan pendidikan dan tidak bukan nasihat dagangan.

Alatan lukisan vs penunjuk

Alat lukisan mengikut gaya visual distandardkan secara lalai, tetapi bentuk mereka boleh disesuaikan dan mereka boleh diletakkan bersama-sama carta harga. Bersama-sama dengan penunjuk, mereka membantu anda memperibadikan Carta Super anda dengan pendekatan yang sedikit berbeza kepada analisis.

Penunjuk TradingView adalah fungsi yang menggunakan data berkaitan bursa seperti harga aset, volum dagangannya dan metrik lain untuk menunjukkan anda hubung kaitnya. Ada dua cara penunjuk divisualkan:

  • Pengayun: Ditunjukkan dalam panel berlainan dalam Carta Super
  • Tindanan: Ditunjukkan dalam seperti lukisan

Alat lukisan boleh digunakan sebagai tindanan untuk kedua-dua harga dan penunjuk. Sebagai contoh, anda boleh melukis garis trend untuk kedua-dua harga dan RSI untuk mencari perbezaan (divergence).

Perbezaan utama antara alatan lukisan dan penunjuk:

  • Alatan lukisan boleh digunakan pada mana-mana bahagian Carta Super, tidak seperti penunjuk tindanan (overlay) yang "melekat" kepada harga
  • Alatan lukisan boleh digunakan dengan kedua-dua harga dan penunjuk, manakala penunjuk tidak mengambil kira lukisan untuk pengiraan mereka 
  • Alatan lukisan tidak memberikan anda isyarat dagangan — tidak seperti beberapa penunjuk
  • Alatan lukisan adalah lebih fleksibel daripada penunjuk dari segi kes penggunaan mereka. Anda boleh menambahkan komen teks, emoji dan pautan kepada media sosial, mengukur harga dan melukis corak sebagaimana anda melihat mereka — tanpa diautomasikan seperti penunjuk
  • Beberapa lukisan boleh melakukan pengiraan mudah tetapi itu bukan ciri utama mereka — sebaliknya untuk penunjuk
  • Sebaik diplot, lukisan akan kekal, di mana penunjuk menukar bacaan mereka dengan perubahan harga dan volum

Sebagai contoh, anda boleh meletakkan alat lukisan garis trend di mana-mana bahagian carta yang anda suka.

Akan tetapi, penunjuk "Garisan Trend Automatik" melekat kepada harga dan menyesuaikannya, tanpa mengira bagaimana ia dikonfigurasikan.

Jenis alatan lukisan TradingView

Kursor

Semuanya bermula dengan menunjuk. Ia bukannya satu alat lukisan sebenarnya tetapi ia sangat membantu anda memeriksa Carta Super anda.

Untuk menavigasi mereka dengan lebih baik, pilih jenis kursor yang anda suka:

  • Silang: Kursor asal
  • Titik: Sama dengan silang — pilih mana-mana yang anda paling suka
  • Anak panah: Jika anda menyukai anak panah klasik tanpa silang
  • Demonstrasi: Menambah baik idea video anda dan sesi langsung
  • Magik: Menambahkan aksi magis kepada analisis anda
  • Pemadam: Jika anda ada sesuatu yang anda mahu betulkan

Alatan garis trend

Alatan lukisan ini membantu anda menanda arah pergerakan harga dan mencari tingkatan harga penting seperti sokongan dan rintangan.

Anda boleh menggunakan garisan trend seperti mana yang anda mahukan — bukan hanya mencari trend. Mungkin anda cuma perlukan satu garis. Hanya garis, untuk apa-apa tujuan.

Pada Carta Super, anda mempunyai akses kepada:

Saluran adalah cara yang terbaik untuk memetakan zon dagangan — untuk kedua-dua yang terkini dan berpotensi. Mereka mengandungi dua garisan trend, mencipta — sama seperti nama mereka — satu saluran.

Beberapa saluran tersedia adalah:

Anda boleh menggunakan mereka untuk membuat harga tinggi dan rendah semasa lebih jelas. Cara lain adalah menggunakan mereka untuk mengenal pasti tingkatan harga berpotensi di mana harga mungkin akan pergi. Secara asasnya, mereka adalah garis trend standard yang diberikan sedikit penambah baikan.

Alat lukisan "Pitchfork" memplot tiga garis trend, mencipta julat lebih termaju dengan garis trend median, garis rintangan atas dan garis sokongan bawah. Alat lukisan ini boleh memberikan anda lebih pemahaman mengenai pergerakan harga berpotensi, kerana harga mungkin memecah keluar secara palsu dan kemudian kembali kepada saluran dagangan sebelumnya.

Pitchfork datang dalam beberapa variasi:

Alatan Fibonacci dan Gann

Alatan Fibonacci menggunakan tingkatan yang berdasarkan kepada hubungan antara nombor Fibonacci. 

Mereka digunakan dalam arah trend untuk mengenal pasti tingkatan sokongan dan rintangan — zon beli dan jual berpotensi.

Beberapa nisbah adalah digunakan untuk mengenal pasti zon penarikan balik harga (retracement), manakala yang lain digunakan untuk mengunjurkan tingkatan akan datang, jika ada pecah keluar (breakout) terjadi.

Mari lihat harga perak semasa bulan Oktober 2008 hingga Mei 2011.

Lihat sendiri bagaimana harga menguji tingkatan-tingkatan ini dan melantun dari mereka.

Sekarang bayangkan anda seorang pedagang yang mahu mengetahui harga tinggi yang mungkin apabila niaga hadapan perak berada dalam $27.5, anda boleh mengunjurkan tingkatan Fib dari rendah bulan Oktober ke atas melepasi tingkatan semasa pada "1" dan lihat ke mana ia mungkin akan pergi.

Alatan Fibonacci datang dalam pelbagai jenis, seperti:

William D. Gann membangunkan teori bahawa pasaran bergerak dalam sudut. Beliau percaya bahawa kita boleh meramalkan perubahan harga dengan menggabungkan ilmu bentuk geometri, astrologi dan matematik.

Jika idea tersebut menepati pandangan anda pada alam dagangan, kami menawarkan anda alatan lukisan berikut:

Corak

Jika anda menemui corak carta, anda mungkin mahu menyerlahkannya dan memastikan ia sesuai dengan corak yang anda sudah kenal pasti.

Direka khusus untuk corak berbeza, alatan lukisan berikut membanti anda menjadikannya nampak unik dan bermaklumat:

Jika anda adalah pedagang kitaran atau hanya sesekali memeriksa hipotesis ini, anda boleh mengakses lukisan-lukisan berikut dan menggunakannya jika diperlukan:

Alatan ramalan dan pengukuran

Dengan alatan berikut, anda boleh mengukur jarak carta dan mengunjurkan projek sebelum ini ke masa hadapan untuk meramalkan pergerakan harga.

Alatan Unjuran membantu anda mengenal pasti trajektori harga berpotensi dan melaraskan kedudukan anda sewajarnya. Untuk itu, anda boleh gunakan:

Alatan lukisan berdasarkan volum memaparkan volum dagangan untuk membantu anda mengenal pasti tingkatan sokongan dan rintangan. Untuk membezakan julat berpotensi untuk membeli semasa jatuh dan menjual semasa naik, anda boleh menggunakan salah satu daripada alatan berikut:

Dengan alatan pengukuran, anda boleh mengukur masa dan tarikh pada Carta Super anda:

Bentuk geometri

Untuk bentuk geometri klasik, anda boleh mencari dan menggunakan:

Juga dalam bahagian ini pada bar alat lukisan, anda boleh mengakses berus dan anak panah berikut:

Alatan anotasi

Tambah nota terus kepada carta, untuk menjadikan analisis anda lebih jelas. Jika anda perlu melakukan nota harga, tinggalkan komen atau mencipta jadual, terokai pelbagai alatan anotasi berikut:

Untuk tujuan penciptaan kandungan, untuk melibatkan diri dengan khalayak anda, cari ciri-ciri berikut:

Ikon

Menjadikan pencartaan dan analisis anda lebih menarik dan seronok.

Anda boleh menukar antara emoji, pelekat dan ikon pada bahagian bawah menu.

Ukur

Dengan alat ini, anda boleh mengukur jarak antara bar dalam mana-mana arah dan lihat perubahan harga. Ini adalah alat berguna untuk melihat prestasi aset dengan cepat pada beberapa bar dan menentukan pesanan ambil untung dan henti rugi seterusnya akan diletakkan.

Zum masuk

Anda boleh menggunakan alat ini untuk membesarkan kawasan tertentu pada carta untuk meneliti bahagian tertentu pada carta.

Magnet

Jadikan lukisan "lekat" kepada titik harga terdekat.

  • Magnet kuat: Memaksa lukisan untuk melekat kepada harga buka, tinggi, rendah atau tutup
  • Magnet lemah: Membenarkan lukisan anda untuk diletakkan pada satu jarak dari harga

Jika anda pilih Tarik kepada penunjuk, lukisan anda akan mengambil kira penunjuk tindanan sebagai titik lekatan, sama seperti yang dilakukan dengan harga.

Simpan lukisan

Pilih ini jika anda mahu menambahkan beberapa objek ke dalam carta berturut-turut. Jika tidak dipilih, selepas setiap lukisan diletakkan, anda akan kembali ke kursor anda.

Kunci semua lukisan

Pilihan ini menghalang kesilapan pergerakan lukisan. Setiap lukisan boleh digerakkan dengan mudah dari satu tempat ke tempat yang lain dalam carta. yang kadang-kala tidak memenuhi keperluan anda.

Dengan ciri ini, anda boleh memastikan mereka kekal betul-betul di tempat yang anda mahukan.

Jika satu kesilapan pertukaran lukisan terjadi, anda boleh sahaja menekan Ctrl + Z atau Cmd+Z untuk membatalkannya — mudah.

Sembunyi pilihan

Kadang kala adalah senang untuk terlebih melakukan lukisan dan penunjuk dan menjadi sesat di dalam semuanya. 

Untuk membersihkan carta anda, untuk sementara, sembunyikan yang berikut:

  • Lukisan
  • Penunjuk
  • Posisi dan pesanan
  • Kesemuanya

Pilihan segerakan lukisan

Dengan pilihan segerakkan lukisan, menjadikan mereka muncul pada susun atur lain. Untuk menguasai ciri ini, pelajari mengenai susun atur TradingView dan bagaimana untuk memanfaatkan tetapan pelbagai carta.

Buang pilihan

Sama seperti pilihan Sembunyi, pilih untuk memadamkan lukisan, penunjuk atau kedua-dua sekali.

Oh, dan akhir sekali...

Membangunkan pendekatan analisis anda sendiri adalah proses yang memakan masa tetapi berbaloi. Anda selalunya akan jarang melihat dua pedagang menggunakan penunjuk yang sama dengan tetapan yang sama, menggunakan alatan lukisan yang sama pada susun atur yang sama, untuk aset yang sama.

Keunikan dan pemperibadian adalah asas pencartaan yang berjaya. Kami sentiasa berada di sini untuk membantu anda mencari alatan dan instrumen terbaik untuk menyerlahkan pandangan anda.

— Pasukan TradingView

Juga baca: