Vestel Elektronik Sanayi ve Ticaret AS (Vestel) ialah sebuah Syarikat Kumpulan Vestel yang berpangkalan di Turki, yang terlibat dalam pembuatan, pemasaran dan pengedaran elektronik pengguna, teknologi digital, perkakas rumah dan teknologi maklumat. Ia beroperasi dalam tiga segmen utama: televisyen dan elektronik; peti sejuk, unit penghawa dingin, mesin basuh, perkakas dapur serta peranti digital. Portfolio produk syarikat tersebut termasuk set televisyen (TV) berpaparan hablur cecair (LCD), TV plasma, kotak set-atas digital. Syarikat tersebut mempunyai fasiliti produksi di Manisa dan Izmir di Wilayah Aegean di Turki, dan di Wilayah Vladimir di Rusia. Pemasaran dan pengedaran domestik dan asing bagi kesemua produk Vestel dijalankan oleh Vestel Marketing dan Vestel Foreign Trading. Syarikat ini merupakan anak syarikat Collar Holding B.V. Pada September, 2013, Zorlu Holding AS meningkatkan kepentingan mereka di dalam syarikat Vestel kepada 77.54% dari 2.73%, dengan menambah kepentingan sebanyak 74.81%.