JPMorgan Chase & Co. merupakan syarikat kewangan induk. Syarikat ini terlibat dalam perbankan pelaburan, perkhidmatan kewangan. Ia beroperasi kepada empat segmen dan juga segmen korporat. Segmen-segmen tersebut adalah Perbankan Pengguna & Komuniti, Bank Korporat & Pelaburan, Perbankan Perdagangan dan Pengurusan Aset. Bagi segmen Perbankan Pengguna & Komuniti, ia menawarkan perkhidmatan kepada pengguna dan perniagaan melalui cawangan-cawangan bank, mesin juruwang automatik (ATM), perbankan atas talian, mudah alih dan telefon. Segmen Bank Korporat & Pelaburan pula, ia terdiri dari perkhidmatan Perbankan dan Pasaran & Pelabur, menyediakan perbankan pelaburan, membuat-pasaran, brokeraj perdana, dan produk dan perkhidmatan perbendaharaan dan sekuriti untuk syarikat-syarikat, para pelabur, institusi kewangan dan entiti kerajaan dan perbandaran. Segmen Perbankan Perdagangan menyediakan solusi kewangan, termasuk memberi pinjaman, perkhidmatan perbendaharaan, perbankan pelaburan dan pengurusan aset. Segmen Pengurusan Aset terdiri dari pengurusan pelaburan dan harta.