fbmklciindeks telah memecah support zon.
tapi last last minit tadi, berlaku magik yang selalu berlaku di bursa dan ia naik hingga ke paras support zone . sekaligus mencipta candle bentuk macam hammer.
so, minggu depan boleh jalan atau tak?
hujng2 bulan ni biasa slow sikit, jadi expect indeks akan tingtong. selagi tak pecah semula 1700, selagi tu market hambar.
walaubagaimanapun, tetap perhatikan kaunter2 yang bukan komponen indeks. yang penting ada volume.
kalau turun, next target 1630
idea dagangan FBMKLCI
KLCI apakah retailer kene game lagi sekali?Jika kita lihat pada Julai 2018 kita dapati sebelumnya menunjukkan pergerakan yang sangat 'promising' untuk bullish. Namun kemudiannya ia membuat kejatuhan yang banyak. Di sinilah secara psikologinya retailer mula cut position mereka kerana hilang 'hope' dan panik. Sebaliknya Smart Money sangat gembira mengutip produk jualan retailer pada harga yang rendah yang kemudiannya akan dijual pada harga yang tinggi.
Begitu juga sekarang. Pada 12 Mac 2019 di membuat bullish harami salah satu mild bullish reversal signal. Tetapi semalam KLCI menggemparkan seantero Malaysia dengan kejatuhan yang banyak. Ada banyak teori sebab kejatuhan ini.
Dan hari ni ia buka dengan gap up. Kemudian jatuh balik melepasi paras sokongan dan kemudiannya uturn balik ke arah sokongan. Apakah permainan di sini, sama-sama kita tunggu dan perhatikan.
Namun jangan lupa, trading plan tetap kene jaga dengan penuh displin.
FBMKLCI: dari sudut pndangan Trend, corak dan Gann
Ada ramai pelabur dan traders yang tidak mengjangkakan akan kejatuhan hari ini, samaada kerana bias dengan cerita indah atau terlalu seronok kerana kenaikan baru baru ini dan tidak percaya yang pasaran boleh jatuh, ibarat titanic minded .tidak percaya yang kapal sebesar itu boleh tenggelam, apapun melihat pada carta indeks FBMKLCI secara teknikal, saya mendapati garisan 45degree gann memainkan peranan yang cukup significant sebahai garisan halangan kepada indeks FBMKLCI, dalam memplot kan carta gann, ia tidak pernah mengambil kra apa yang akan berlaku di imasa hadapan, apa yang ingin di sampaikan ialah, samaada harga akan jatuh atau naik, ke paras mana dan bila.
apa yang saya berikan ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran dan tidak semestinya tepat walaupun ia seringkali tepat di masa masa yang lepas, senantiasa lah mempunyai pendekatan untuk memantau perubahan pergerakan harga dan tidak bergantungan semata mata kepada ramalan ini.
baiklah, apakah yang boleh disimpilkan dari carta di atas.
pertama sekali, melihat pada indeks v, 20ma, di dapati indeks pada ketika ini sedang berada di bawah 20ma, yang mana ini bermaksud ia sedang bearish. dan jika di lihat pada 20ma sahaja, dapat juga di simpulkan yang 20ma sedang dalam perjalan menurun dan jatuh. dan pada kertika ini 20ma sedang menunjuk ke bawah, bermaksud di saat ini ia sedang menurun.
melihat pada carta gann kotak dan juga kipas gann, di lihat garisan gann 1x1 telah bertindak sebagai garisan halangan yang kuat dan significant, dan walaupun indeks berjaya naik dan mendaki ke atas garisan tersebut, seperti magnet, ia bertindak menarik semula harga untuk jatuh semula mengikut garisan tersebut. kitaran ini akan berakhir berdekatan 1600 (1603) dan sepatutnya, selepas itu ia kan naik semula, sekurang kurang nya ke paras 50 % atau kemungkinan ke paras 1750, jika ia benar sedang dalam perjalanan penurunan dan kitaran lengkap seterusnya akan berada di sasaran 1750 (SO9) atau 1470 ( hexagon)
dan dari carta di atas juga terlihat berkemungkinan corak descending triangle yang membawa kemungkinan ke sasaran 1410.
dan sekali suka saya ingatkan, pandangan ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran, sila panjangkan kajian ini atau rujuk pada remisier anda atau pakar pakar penganalisa teknikal yang ramai di negara ini.
terima kasih.
INDEX FBMKLCI 21 mac 2019 | kejatuhan yg dijangka..Salam semua,
.
1. Seperti yg dijangka signal2 UTCDTC M pack menunjukkan Index dalam arus penurunan
2. Seperti jangkaan memang index meneruskan kejatuhan dan akan drop lebih byk lagi beberapa hari ke hadapan.
3. Jangkaan akan semakin byk kounter2 yg drop dengan kejatuhan index kerana sentimen kejatuhan.
4. Get ready utk keadaan yang bearish sepanjang musim kejatuhan index.
5. Cari kounter2 yg ada potensi rebound.
6. Bila Indi UTCDTC m pack menunjukkan signal2 rebound, baru sesuai entry kounter2 tersebut.
.
Selamat berdagang saya ucapkan.
.
DrZul Izzi Nordin (DDSUSM) .
FBMKLCI: Cubaan Naik yang gagal
untuk beberapa hari yang lepas, ramai pelabur mengharap FBMKLCI akan terus naik dan berada dengan selesa di atas paras 1700, itu lah harapan ramai para pelabur dan trader, tidak kurang ramai juga yang masih mempunyai posisi di dalam pasaran, pelbagai cerita cerita yang positif keluar tentang banyak juga saham saham yang tersenarai, lebih lebih lagi cerita yang berkaitan dengan saham saham yang telah membuat kenaikan sejak seminggu yang lalu, bukan sahaja cerita yang best, malah sambil menjual cerita, ada juga yang menyuruh pelabur dan trader untuk membeli saham saham tersebut. takper lah, nak keluar kan cerita apa pun, keluarkan lah, saya pasti para pemain teknikal tidak akan temakan dengan cerita cerita yang terlajak laris yang banyak di pasaran pada ketika ini.
baiklah , melihat pada carta harian FBMKLCI hari ini. jelas terlihat, kejatuhan indeks hari ini telah melemahkan semangat ramai pelabur, kenaikan indeks semalam mungkin dibantu dengan kenaikan saham Tenaga, tetapi pada hari ini, tenaga pula yang membawa kepada kejatuhan indeks.
jika di lihat dengan teliti, memang benar ada sokongan yang sedang menyokong pergerakan kenaikan indeks, dan untuk 3 hari lepas, dilihat pelabur asing ada pembeli kepada pasaran KLCI, tetapi hari ini, menjadi penjual semula. kenaikan indeks telah hampir hampir untuk menembusi paras halangan 20ma dan cubaan keluar mendaki awan, tetapi kejatuhan hari ini elah menggagalkan nya.MACD juga masih bernialai negatif, ini bermaksud, masih belum ada pertukaran dalam trend, trend masih lagi sedang jatuh. dan melihatkan indeks berada dalam awan, ini bermaksud, indeks sedang dalam pergerakan mendatar atau sideways. dan fibonacci menunjukkan ia sedang didagangkan di antara support dan resistance di antara paras 1660 dan paras 1690.
kenaikan itu tidak akan di nafikan, cuma nya, pada ketika ini, belum ada petunjuk beli, apa yang di perlukan terjadi supaya ada petunjuk beli ialah, ndeks harus lah sekurang kurang nya naik di atas garisan 20ma, dan lebih baik lagi, garisan 20ma itu pula sedang menunjuk ke atas.
dan MACD memberikan nilai silangan yang positif. jika itu semua terjadi, sudah pastinya, indeks akan berada di atas awan. dan jika ia terjadi, maka ia di anggap sebagai petunjuk beli. oleh kerana ia belum terjadi, maka sebagai seorang pemain teknikal yang berdisiplin, anda seharusnya masih lagi sedang monitor, dan bukan nya berada dan mengambil posisi di dalam pasaran.
pada waktu yang lepas, saya melihat pada carta minyak WTI dan mendapati ia telah melepasi halangan kuat di paras USD58. jika ini berterusan, ia berkemungkinan akan menjadi pemangkin kepada pasaran saham KLCI.
kesimpulan nya, masih belum ada lagi petunjuk beli, petunjuk yang terakhir adalah petunjuk jual.
KLCI Perlukan Bullish Pada Minggu IniBentuk 'candlestick' pada minggu lepas memberi signal awal harga bakal melonjak kembali.
Ia memerlukan 'bullish candle' yang solid pada minggu ini sebagai 'confirmation' seterusnya kembali menguji paras 'resistance' di 1730.00
Jika paras 1370.00 berjaya ditembusi secara solid, maka sasaran seterusnya adalah di paras 1822.90
FBMKLCI 19 Mac 2019 | Dalam momentum menurun tapi...Salam semua..
.
1. Berdasarkan Indi UTC/DTC Momentum indeks baru lepas signal S, dan terus drop ke bawah
2. Tapi momentum sell dah mula berkurang..
3. Belum ada buy momentum yg kuat buat masa sekarang..
4. Tunggu signal muncul baru boleh komen..
5. Kalau sell signal baru keluar memang akan terus drop lagi..
.
Selamat berdagang saya ucapkan.
.
DrZul Izzi nordin (DDSUSM).
FBMKLCI: pembacaan GANN
jika di lihat pada carta harian FBMKLCI dan gann di atas, ia mempunya sedikit kelainan dari carta gann sebelum ini, ini kerana carta ini di plotkan dengan hari dagangan dan bukan lah hari kalendar seperti carta sebelum ini, dan kalau mengikut carta di atas, kitaran sebelum ini telah pun lengkap dan kini berada dalam kitaran yang baru, dan kerana andaian di buat akan pergerakan fbmklci yang sedang menurun, retracement mungkin akan terjadi pada 1/3, 2/3 atau 50% sahaja, oleh itu, kemungkinan sasaran itu telahpun tercapai pada paras 1730 yang lepas, dan kini menyusur semula ke bawah di mana garisan gann menjatuh itu bertindaj sebagai halangan.
FBMKLCI: mendaki, tapi, belum ada pengesahan
melihat pada carta harian, walaupun FBMKLCI di lihat sedang mendaki, tetapi masih lagi tersang di garisan gann, berpotensi, ya, tapi belum ada pengesahan. dan di lihat masih berada di bawah garisan 20ma.
MACD juga masih padi bernilai negatif. dan di lihat FBMKLCI sedang dalam percubaan bersunggunh sungguh untuk keluar dari AWAN ichimoku.
FBMKLCI: Ulasan sessi pertama
Indeks FBMKLCI hari ini di buk tinggi dengan gap. ia di buka pada paras 1681.83, kemudian telah membuat kenaikan hingga ke paras tertinggi separuh hari hari ini di paras 1689.42 dan di tutup separuh hari di paras 1687.02 dengan kenaikan sebanyak 6.48 mata.
melihat pada carta harga,KLCI telah melepasi paras rintangan 1680 dan kini paras itu menjadi paras sokongan terdekat. paras halangan selanjutnya yang harus di tempuhi ialah paras 1690. namun begitu, pada paras semasa, indeks masih lagi berada di dalam awan, awan hadapan adalah merah (bearish), chikou masih lagi belum melepasi paras harga semasa 26hari lalu dan MACD masih negatif, kesimpulan nya, fbmklci masih lagi berada di fasa kejatuhan.
KLCI: Kemaskini analisis teknikal minggu ke-3 Mac 2019Indeks sedang berada pada paras sokongan penting. Pada masa sama, indikator berikut menyokong pertahanan daripada terus menurun:
1) awan Ichimoku
2) paras Fibo Retracement 61.8%
3) histogram MACD yang semakin menaik.
Indeks perlu terus kekal berada di atas paras 1680 untuk mengembalikan semula momentum kenaikan.
KLCI Mingguan - uptrend sejak 2010 masih bertahanUptrend utama sejak 2010 masih bertahan dan kini membentuk doji berekor panjang. pergerakan indeks dilihat menolak paras uptrend - berkemungkinan ia akan melantun dari paras ini.
Paras Rintangan R1 & R2
Paras sokongan S1 & S2
KLCI dilihat bullish jangka pendek jika berjaya menembusi R1
KLCI belum beri tanda jelas namun ada positifnyaPada artikel saya yang lepas, saya menyatakan minggu ini jadi penentu hala tuju KLCI. Namun sehingga ke akhir minggu ini, ianya belum memberi kata putus yang jelas.
Saya ada menunjukkan zon sokongan KLCI pada artikel lepas. Minggu ini bermula hari Isnin KLCI terus patahkan sokongan tersebut mungkin didorong oleh parlimen yang mula bersidang (pasaran global dalam keadaan baik). Bukan sahaja patah zon sokongan tersebut, bahkan patah sokongan awan ichimoku di carta harian.
Seterusnya KLCI menunjukkan penolakan pada bearish dengan bukaan jurang pada hari Selasa dan membentuk corak Bullish Harami serta kembali memasuki awan Ichimoku.
Bermula dari situ prestasi pasaran bursa agak baik dengan volume yang tinggi walaupun value yang rendah, menunjukkan kaunter-kaunter penny menjadi tumpuan. Banyak kenaikkan besar yang berlaku.
Namun indeks KLCI masih gagal memasuki semula Zon Sokongan (garisan hitam) hingga ke hari terakhir minggu ini. Cumanya terdapat beberapa petanda baik iaitu berlakunya penolakan bearish, dan indeks telah melepasi garisan Tenkan Ichimoku (isyarat awal bullish). Jadi indeks masih lagi di persimpangan bearish atau bullish.
Nak atau tidak kita terpaksa menunggu minggu hadapan pula. Ianya akan memberi isyarat bullish yang jelas sekiranya berjaya memasuki balik atau berada di atas zon sokongan (garis hitam). Dan isyarat bearish yang jelas sekiranya dia memantul ke bawah dan melepasi low candle Selasa sekitar 1664.
Pandangan peribadi saya, pasaran akan berada dalam keadaan yang baik. Ini bersandarkan pemerhatian saya sendiri, banyak kaunter baru keluar dari fasa accumulation (pengumpulan) dan memasuki fasa mark up. Banyak juga kaunter yang kelihatan telah bertemu bottom, dan yang sedang cuba untuk keluar dari fasa accumulation.
FBMKLCI: Menguji Paras halangan 1680
Pada hari isni yang lepas, FBMKLCI telah jatuh 15 mata dan ditutup di parass 1664, yang mana berdekatan paras sokongan nya di 1660. nanum begitu, kejatuhan itu masih belum cukup untuk memacu kejatuhan selanjutnya. setelahan itu, ia cuba naik kembali empat hari yang berikutnya hingga lah hari ini, dan terhenti betul betul di paras halangan 1680.
baiklh dari pandangan Analisa teknikal, FBMKLCI masihi lagi dikategorikan sebagai sedang jatuh, kerana, indeks berada di bawah garis 20ma, dan kalau mengikut Ichimoku pula ia sekarang ini sedang bergerak secara mendatar kerana berada di dalam, dalm fasa mendatar ini, fasa seterusnya boleh jadi naik atau turun.
melihat pada awan hadapan pula, ia sedang berwarna merah, bermakna, pasan hadapan dijangkakan akan jatuh.
MACD pula masih memberikan nilai yang negatif.
FBMKLCI: akan uji halangan 1680
setelah mengalami kejatuhan 15 mata dalam satu hari tempohari, FBMKLCI hari ini seakan akan membalas dendam dan membuat kenaikan sejingga di tutup pada paras tertinggi 1678.24 hari ini. FBMKLCI kini sedang berada di dalam zon paras halangan. dan pergerakan nya esok akan menjadi penentu samada kenaikan akan di teruskan atau tidak.
melihat kepada carta indeks FBMKLCI harian. indeks yang ditutup tinggi hari ini, didapati masih berada di bawah garisan 20ma. walaupun indeks di tutup tinggi, kedudukan indeks masih belum melepasi awan dan kini berada di dalam awan. MACD, walaupun jurang antara level dan signal semakin berkurang, nilainya adalah masih negatif.
kesimpulanya, melihat pada carta harian indeks, FBMKLCI adalah masih bearish.
FBMKLCI: di dagang kan dalam range 1660 1680
Melihat pada carta harian FBMKLCI hari ini, semua saham yang jatuh semalam telah memberikan reaksi yang positif terhadap paras sokongan nya. kejatuhan semalam telah berhenti di kehampiran paras sokongan 1660 apabila di tutup pada paras terendah 1664 semalam. dan hari ini, banyak saham saham telah membuat kenaikantetapi tidaklah sehingga membuat ketinggian yang baru atau telah melepasi ketinggi yang lepas. oleh itu, para pelabur akan menunggu pengesahan pada hari esok untuk melihat jika saham saham yang telah membuat kenaikan hari ini benar-benar mempunyai momentum yang kuat, atau apakah hanya reaksi terhadap paras sokongan sahaja. jika ia hanyalah reaksi terhadap paras sokongan sahaja tanpa ada momentum yang yang kuat maka, kenaikan hari ini mungkin hanyalah sesuatu yang bersifat sementara. oleh itu, kita akan harus menanti esok hari untuk mendapatkan pengesahan. secara teknikal tiada perubahan terhadap paras petunjuk yang mana masih lagi negatif, cuma, pada carta candlestick , ada kelihatan potensi pembentukan corak bullish haram i. satu bentuk bullish reversal pattern yang selalu terjadi apabila pasaran berkemungkinan bottom.
FBMKLCI: Sudah atau masih membottom?
Ya, indeks jatuh semalam 15 mata, hampir kepada 1%, oleh itu, persolannya sekarang, apakah FBMKLCI sudah bottom, atau apakah masih sedang membottom, betul la semalam DJI naik, tapi kenaikkan DJI tak semestinya akan menyebabkan KLCI juga naik. ada yang bertanya, pakah isunya yang menyebabkan indeks turun, kemungkinan yang dapat saya fikirkan dengan maklumat yang terhad ialah, kerugian khazanah, yang mana khazanah akan menyemak semula semua pelaburan pelaburan semasa dan akan ambil tindakan wajar untuk mengelakan lagi kerugian di masa hadapan, kemungkinan kemungkinan juga khazanah mempunyai pelaburan di syarikat syarikat yang tersenarai di bursa malaysia. dan semalam juga PM tun M telah membuat kenyataan bahawa menteri menteri kerjaan semasa kurang pengalaman dalam pentadbiran kerjaan, dan ini kemungkinan di lihat sebgai sesuatu yang negatif oleh pelabur pelabur asing mahupun tempatan.
baiklah, melihat semula pada carta indeks FBMKLCI, kejatuhan semalam betul betul berada sedikit sahaja lagi dari paras jangkaan sokongan 1660, kemungkinan hari ini paras 1660 akan di uji, mungkin tidak, tetapi, berdasarkan bacaan teknikal yang bersifat lagging, ia menunjukkan bahawa trend semasa adalah kejatuhan dan melihat pada histogram di petunjuk MACD, jarak antara macd level dan macd signal semakin membesar, ini mencadangkan bahawa, momentum kejatuhan adalah semakin kuat. kesimpulan nya, dengan trend yagn jatuh di sertakan dengan momentum yang kuat, dan tindakan pelabur yang negatif (candle jatuh marubozu), ada kemungkinan bahawa akan ada sambungan kejatuhan kepada FBMKLCI dalam masa yang terdekat ini, bacaan ini adalah berdasarkan pada penutup indeks semalam, andai indeks naik semula melepasa paras 1680, pembacaan semula akan di buat terhadap indeks dan momentum. TK
KEMASKINI :FBMKLCI : Membuat Reversal Trend, EMA 200 Halangan Pasaran kemungkinan akan membuat keadaan mendatar sebelum meneruskan kenaikan atau meneruskan kejatuhan. Kalau diikutkan kepada carta harian, pasaran akan bergerak mendatar di area BL sebelum membuat percubaan kedua untuk memecahkan halangan tertinggi 1732 mata. Itu adalah kemungkinan dan kalau pasaran memberi reaksi positif, maka pasaran akan pergi lebih jauh. Mungkin juga pasaran membuat 2@3 kali percubaan sebelum memecahkan halangan. Namun, tiada katalis atau penunjuk pasaran yang baru yang positif untuk memacu pergerakan harga. Kita harap pasaran mampu bergerak jauh. Untuk masa sekarang, bagi saya, pasaran perlu lebih perlu diperhatikan dan jaga pengurusan kewangan kita.
FBMKCLI: kejatuhan yang gagal di tahan
sessi pertama hari ini pada 11mar, di lihat kejatuhan FBMKLCI gagal di bendung, walaupun masih menyentuh garis sokongan 1680, tetapi telah menggelongsor jatuh ke bawah, namn begitu, masih terlihat peluang andai FBMKLCI di tutup mengukuh. Apapun , mengikut bacaan teknikal, ia adalah negatif buat masa ini, pertaman nya, ineks berada di bawah garisan 20ma dan petunjuk MACD juga adalah negatif. andai FBMKLCI hari ini melemah lagi, maka kemungkinan dalam masa terdekat ini, paras 1660 akan di uji.
KLCI di persimpanganJika sebelum ini saya ada mengulas sekiranya KLCI patah paras 1700 ianya berada dalam kedudukan bahaya/kritikal. KLCI di carta bulanan kini berada betul-betul di Span A Ichimoku. Sekiranya KLCI terus membuat penurunan minggu ini, ia akan membuatkan price berada di bawah paras awan Ichimoku, sekaligus menunjukkan pasaran bearish.
Jika dilihat pada carta di atas, kita dapati, indeks sebelum ini telah patah tren sokongan namun berjaya masuk balik ke dalam kawasan sokongan. Kemudiannya ia bermain-main di dalam kawasan sokongan tersebut. Dan kini ia berada betul di paras bawah kawasan sokongan.
Minggu ini menjadi penentu arah KLCI. Samaada ia akan memantul balik atau ia akan patah paras sokongan dan seterusnya turun jauh lebih rendah ke bawah.
Jika ia memantul balik (itu yang kita harapkan), dan seterusnya breakout corak Falling Wedge, itu akan jadi petunjuk permulaan uptrend yang kuat. Ya, Falling Wedges terutamanya pada carta yang uptrend adalah satu corak konsolidasi sebelum berlakunya uptrend yang kuat. Sebab itu ada yang menggelarnya Bear Trap.