FBMKLCI - supported?As salam dan salam sejahtera traders semua
FBMKLCI, last week was a mix and match of bull and bear market
index cuba mencabar paras resistance penting pada 1696 tetapi gagal untuk break dan kembali semula pada paras support 1663
so far jika dilihat index supported 3 hari di paras tersebut
trend wise masih lagi downtrend dan index belum lagi break downtrend line yang penting untuk menandakan trend reversal akan berlaku.
jika kita guna pakai dow theory, skrg adalah Higher Low, untuk confirmkan trend index perlu break 1696 dan kekal di atasya untuk menghasilkan higher High.
jika jadi maka bullish market akan bermula, maka risiko trading akan semakin mengecil. so, perhati rapat rapat
Halim Hamdan
idea dagangan FBMKLCI
KLCI - Pegang dan tambah pegangan SHORTTenkan-sen (garis biru) dan Kijun-sen (garis merah) semakin mengecil dan kini menjumpai di antara satu sama lain. Ini menandakan bahawa zon sokongan 1665 adalah sangat penting untuk dipertahankan. Jika pecah, KLCI dijangka akan menyentuh 1626 sebelum hala tuju seterusnya ditentukan di kemudian nanti.
Buat masa sekarang, pegang pegangan SHORT dan PUT dengan ambil untung pada zon 1626. Jual rugi jika KLCI berubah hala ke 1700 dan berjaya menembusinya. Selamat berdagang!
INDEX 2 Jan 2019 | seperti jangkaan wave 1 downtrendSalam semua,
.
1. Berdasarkan kiraan wave sepatutnya index dah mula drop.
2. Last 31 Dec haritu adalah kemuncak wave c correction ke atas.
3. Permulaan 2019 index buat bearish wave ke bawah..bila kepalanyabearish kita jangka badan dan ekornya juga bearish
4. Sekiranya wave 2 nanti berjaya potong zero baru akan berlaku perubahan trend, kita sama2 tgk dan perhatikan.
5. Starting downtrend wave, jadi jangkaan seminggu dua ini dropping lagi
FBMKLCI: Hari Pertama yang merisaukanFBMKLCI di buka tinggi pada permulaan dagangan tetapi telah di tutup hampir pada paras terendah harian 1668.11 turun -25.4 mata. jika trend ini berterusan, ia amatlah tidak baik untuk FBMKLCI, jika indeks di buka esok di bawah paras 1670, maka FBMKLCI sekali lagi jaruh di bawah paras sokongan garisan arah aliran dinamik. apa yang merisaukan ialah, jika ia berterusan jatuh, ditambah pula dengan momentum yang besar dan kuat, ini akan memungkinkan indek telah jatuh di bawah neckline corak head and shoulder, dan paras sasaran berikutnya adalah berkemungkinan di bawah paras 1300 kalau mengikut sasaran X2X.
Untuk itu, saya suka mengajak para pelabur dan pedagang untuk monitor saham saham yang mempunyai market capitalisation yang tinggi seperti PBBANK, MAYBANK, TENAGA dan PCHEM untuk melihat kemana kah arah tujuan indek semasa. Ini adalah kerana jika Indeks betul akan jatuh, maka, saham saham yang mempunyai market capitalisation yang besar inilah yang akan menjadi penyebab kejatuhan FBMKLCI.
Menutup Tirai 2018Maka tamatlah wayang Pasaran Saham Bursa Malaysia 2018 yang disulami dengan adegan dan elemen kejutan, suka dan duka. Window dressing yang diharap-harapkan tidak menjadi dan telah mengecewakan jiwa-jiwa manusia yang rapuh. KLCI ditutup pada paras 1690 mata ,kira-kira 10% lebih rendah daripada puncak tertinggi bagi tahun2018, iaitu 1896. Secara ringkasnya, KLCI masih meneruskan aliran Bearishnya, dan berada di bawah MA55. MA100 dan MA200.
Support : 1658/1628/1600
FBMKLCI: Melihat pada FibonacciMelihat pada carta harian yang di gabungkan dengan Fibonacci. ada kemungkinan FBMKLCI akan bertembung dengan paras halangan 50% di 1707.
Jika benar FBMKLCI sedang dalam arah aliran bearish, berkemungkinan besar kenaikan FBMKLCI akan tersekat di paras 50% atau 38%. oleh itu, andaian di buat berdasarkan pada pembacaan Fibonacci, halangan seterusnya adalah di paras 1707 dan andai paras ini di tembusi ke atas maka, halangan terakhir adalah 1735 sebelum FBMKLCI meneruskan kejatuhan nya semula.
FBMKLCI: Masih bergerak naikMelihat pada carta harian FBMKLCI dengan petunjuk ICHIMOKU dan 20ma beserta MACD. 2 dari petunjuk memberi isyarat beli.
Isyarat MACD serta 20ma telah positif beli pada 18 Disember apabila indeks berada di paras 1670. Paras 1670 ini adalah paras halangan sebelum ini, kini paras 1670 telah bertukar peranan menjadi paras sokongan.
Melihat pula pada ICHIMOKU, paras ICHIMOKU 1705 dan 1725 di guna pakai sebagai paras halangan selanjutnya.
Persoalannya? apakah indeks akan terus menaik atau tersangkut dan jatuh kembali. Ada kemungkinan yang KLCI akan terus naik dan mencuba halangan di paras 1705. Dan mungkin, walaupun dengan momentum yang di lihat berkurangan, FBMKLCI akan meneruskan kenaikannya dengan perlahan lahan sehingga paras 1725. Dan di paras ini, barulah lah ada rintangan yang kuat.
KLCI,D1 - Sementara atau Kekal?KLCI telah memberikan harapan dan kegembiraan kepada trader untuk beberapa hari ini
Candle hijau dalam beberapa hari kebelakangan ini
Tetapi perlu diingatkan, jika ia bersifat kekal atau sementara
Adakah hanya window dressing, atau pertukaran trend
kerana, foreign investor juga adalah penting untuk menunjukkan keyakinan pada pasaran Malaysia
Terdapat dua corak yang menarik perhatian
1) segi tiga
- telah break ke bawah dan menurun
- adakah ini retracement sebelum sambung turun?
perhatikan jika berjaya membuat HH
2) saluran bawah
- telah break ke atas
- perhatikan jika mampu membuat new HH
-1700 dan 1740 adalah dua aras rintangan yang cantik
FBMKLCI masih reboundFBMKLCI masih boleh dianggap rebound. Kini KLCI berada dalam retracement zone 0.382. Jika KLCI mampu memecahkan rintangan ini, KLCI mampu bergerak menemui 1725 sebelum ke zon rintangan fibonacci 0.5 di 1750. KLCI boleh disahkan sebagai reversal apabila ia berjaya memecahkan 1750 untuk menguji rintangan 1805.
INDEX seperti yg dijangka Wave c Correction Salam semua,
.
1. Index masih berada dalam correction wave c
2. belum ada tanda utk stop Diharap index akan panjat lagi tinggi meyempurnakan wave c.
3. Tapi lepas itu akan diikuti oleh wave 1 yang baru ke bawah.
4. Berdasarkan pemerhatian saya, ada divergen yg cantik terbentuk, adakah itu salah satu pentanda index akan buat reversal pertukaran trend pada wave baru nanti?
5. Tgk pada selling momentum dah makin berkurang
6. RSI tak signifikan sgt tapi menunjukkan buying yang meningkat.
.
Selamat berdagang saya ucapkan
.
DrZul Izzi Nordin (DDSUSM).
FBMKLCI - BULL MARKET COMING?As salam dan salam sejahtera traders semua.
pasti ramai yang kelam kabut trade minggu ini kan? market hijau hari hari pasti ramai yang kejar harga ketika ini
yang dah biasa intraday trade or short trade, silakan ini memang game anda, untuk swing trader sila hati hati ya.
KENAPA?
index kita rebound dan masuk semula ke paras support penting pada 1670 dan meneruskan kenaikkannya hari ini. to average traders anda akan merasakan market sudah berbalik kepada bull market sekarang ini.
tetapi jika anda menkaji dow theory, market masih belum lagi confirm bull market. kerana ketika ini ia hanyalah melakuka first high after a huge oversold di dalam pergerakkannya. yang penting skrg adalah index untuk kekal berada di paras 1670 untuk menghasilkan Higher Low. jika berjaya maka selepas itu market akan bullish semula.
mari kita berdoa semoga market crisis tidak berlaku dan kembal pulih bullish seperti biasa
FBMKLCI: Masih Tergantung ....Pada Penutup hari ini, FBMKLCI di lihat masih bergantung pada garisan neckline head & shoulder. melihat pada situasi ini, ia dilihat sebagai belum ada petunjuk jelas samaada KLCI akan naik atau turun. oleh itu, sebagai pedagang Teknikal, terpaksa lah menunggu sehingga petunjuk yang lebih jelas, walau bagaimana pun, kejatuhan 11 mata dan di tutup pada 1672 hari ini, boleh di lihat sebagai klci kemungkinan kehilangan momentum, mungkin sudah ada pelabur dan pedagang yang telah mula keluar dan duduk di tepi sehingga ada petunjuk yg lebih jelas untuk masuk semula.jika esok klci di buka rendah dan kemungkinan satu lagi gap down terjadi seperti hari ini, maka.... ada kemungkinan besar, kejatuhan yang lebih besar tidak mungkin dapat di elakkan. kemungkinan juga paras rendah 1626 itu akan di uji semula, kemungkinan juga paras 1616 / 1600 akan juga di uji dalam masa terdekat.
KLCI, D1 - Corak Saluran Kebawah? Pantul jatuh atau pecah naik?KLCI telah menurun dalam corak saluran kebawah atau channel down
dan, telah menemui garis trend atas, adakah akan pantul dan menuju ke bawah semula?
atau, break dan memecahkan ke atas? dan, melakukan window dressing 2018
DMI masih belum melakukan cross untuk rally, boleh diperhatikan dalam beberapa hari ini
MACD telah melakukan cross untuk rally
KLCI: Analisa Awal Tahun 2019Indeks KLCI sedang cuba bertahan daripada meneruskan perjalanan menurun. Batang lilin (candlestick) bagi 4 hari minggu lepas seakan menyokong penyataan ini. Jika dilihat pada carta mingguan, ia menunjukkan corak batang lilin hijau yang kuat iaitu 'Piercing Pattern'. Indikator MACD pula telah menghasilkan 'Bullish Divergence' sebagai tambahan.
Jangkaan: Indeks perlu melepasi 4 halangan utama untuk meneruskan perjalanan ke atas semula.
1. Paras EMA21 dan kekal di atasnya.
2. Paras EMA50 dan kekal di atasnya.
3. Garis Kipas Gann 2x1. Indeks memberikan respons pada masa lalu iaitu sekitar bulan Ogos & September.
4. Paras 1726 & 1743 iaitu 2 titik struktur LH (lower high) terakhir.
Senario yang mungkin terjadi ditunjukkan seperti anak panah hitam pada carta.
Penafian: Analisa ini hanya bertujuan bagi pendidikan & perbincangan sahaja. Risiko kehilangan modal akibat merujuk analisa ini adalah tanggungjawab masing -masing & bukannya atas penulis.
KLCI hanya rebound KLCI ketika ini hanya membuat lantunan kecil dan masih lagi tidak mampu untuk memecahkan trend line bear yang terbentuk dengan kekuatan yang agak besar sekitar -78 darjah. Saya masih lagi kekal pesimistik dengan hala tuju KLCI selagi mana ia tidak mampu memecahkan rintangan 1730. KLCI setakat ni telah turun sebanyak 14% daripada puncak.
FBMKLCI: Uji Paras Halangan...Pada hari ini, FBMKLCI ditutup dengan positif pada paras 1670.28 dan pada paras ini, FBMKLCI menguji paras halangan pada garisan arah aliran naik dan juga 'moving average' 50.
Selalu terjadi pullback bila sesuatu paras di tembusi, baik di tembusi ke atas mahupun di tembusi ke bawah, dalam kes FBMKLCI ini, apabila paras sokongan arah aliran 1670 di tembusi ke bawah tempohari, pada hari ini terjadi pullback hingga ke paras yang sama.
Pada paras ini, apakah ia satu peluang untuk menjual bagi mereka yang tidak berkesempatan menjual tempohari atau apakah ini memberi peluang untuk masuk semula ke dalam pasaran kerana FBMKLCI membuat kenaikan semula.
Secara teknikal senario ini adalah lebih kepada pullback pada ketika ini, di mana FBMKLCI yang telah jatuh dari garisan sokongan arah aliran, naik semula ke paras yang sama. kebiasaan nya apabila ini terjadi, FBMKLCI akan berpusing semula dan menyambung gerakan kejatuhan nya. ada kemungkinan kah FBMKLCI akan terus naik dan menunggang semula di atas garisan arah aliran, kemungkinan itu memang ada. tetapi buat masa ini, pembacaan berat kepada senario pullback, di mana FBMKLCI berkemungkinan akan meyambung semula kejatuhan.
Hala tuju Bursa MalaysiaJangkaan ini seakan menunjukkan KLCI sedang menuju ke paras 1600 iaitu paras lantunan yang telah cuba dilepasi berkali-kali pada masa lalu (2016 hingga 2017). Corak formasi 'Inverse Cup & Handle' juga jelas terlihat dan telah dibolosi pada minggu ini.
Ketakpastian: Peluang pembelian pada kenaikan daripada pertengahan 2018 boleh dikaitkan dengan 'Convergence' yang berlaku pada indikator MACD.
FBMKLCI: Analisa Teknikal hanya Andaian...FBMKLCI jatuh lagi hari ini, membuat kan saya ingin mencari bukti andai ada kemungkinan ia akan melonjak semula atau apakah ia akan meneruskan kejatuhan. saya ingin melihat kemana kah arah FBMKLCI untuk jangka masa panjang.
Apa yang didapati dari carta mingguan dengan menggunakan teknik Gann, ada kemungkinan bahawa paras terkini FBMKLCI telah pun terjatuh di bawah paras garisan 45degree atau 1x1 Gann, ini hanya memberikan kemungkinan bahawa FBMKLCI akan meneruskan perjalan nya untuk menuju ke garisan sokongan berikut nya. dan jika dilihat secara vertikal dari paras semasa, paras sokongan vertikal ketika ini adalah di 1,400.
Menariknya pada carta mingguan ini, terlihat pembentukan corak. Di antara tahun 1993 hingga tahun 1997, ada pembentukkan corak 'Double Top' dan yang terkini ada potensi bahawa ada pembetukkan corak 'Head and Shoulder yang bermula sejak tahun 2009 sehingga lah kini 2018, dan terlihat jelas ada kemungkinan bahawa 'neckline' corak 'head and shoulder' ini telah pun di tembusi apabila FBMKLCI jatuh di bawah paras 1670.
Andaikata, FBMKLCI dalam jarak masa terdekat ini gagal mendaki kembali ke atas paras 1670, ada kemungkinan corak 'head and shoulder ini akan menuju ke sasaran nya di paras 1200.
Apapun, harus di ingat, Analisa Teknikal ini hanyalah satu andaian berdasarkan kejadian kejadian di waktu yang lepas, dan bukan lah satu kepastian. kemungkinan ia berlaku adalah kerana tindakan dan sikap pelabur samaada untuk mengambil peluang membuat keuntungan atau mengelakkan kerugian berdasarkan pada arah aliran semasa carta tersebut.
Terima Kasih.