INDEX masih dalam correction wave b 17 Dec 2018Salam semua,
.
1. Index masih dalam selling momentum.
2. Kalau dikira kiraan wave, pada kiraan saya index berada pada wave correction b.
3. Dijangka boleh drop lagi beberapa candle sehinggalah nampak pengurangan pada selling momentum.
4. Kita tunggu signal2 reversal yang sepatutnya muncul utk index buat wave c correction ke atas.
5. Masa terbaik adalah wave 3 ke atas.
.
Selamat berdagang saya ucapkan.
.
DrZul Izzi Nordin (DDSUSM).
idea dagangan FBMKLCI
KLCI 17/12/2018Jangkaan hala tuju indeks KLCI kita menunjukkan dalam fasa menurun (bearish). Carta disertakan ialah graf KLCI bulanan (jangka masa panjang).
Jika diperhatikan KLCI indeks telah pun melepasi garisan trendline sokongan dan gagal bertahan di situ. Boleh mengambil peluang Jual dahulu beli kemudian.
kemungkinan indeks akan membuat percubaan untuk kembali ke paras garisan sokongan sebelum menyambung kembali trend menurun.Turut disokong Fibonacci.
Disclaimer: Idea analisis tidak mengambil kira hal hal fundamental dan berita.
FBMKLCI: Kemungkinan Jatuh Lagi...Melihat kepada kejatuhan pada minggu lepas, dan melihat kepada kedudukan indeks yang masih lagi di bawah AWAN, dan telah juga membuat paras rendah yang baru, ada kemungkinan bahawa FBMKLCI akan menyambung gerakan kejatuhan nya pada minggu ini, dan jika ia jatuh beserta dengan kenaikan volum, ada kemungkinan para pelabur runcit juga akan mula menjual pegangan jangka panjang dan hanya memfokus pada dagangan jangka pendek bagi mengurangkan faktor kerugian jika memegang saham untuk jangka panjang.
Melihat pada paras sokongan dan halangan pada ICHIMOKU, ada kemungkinan pada minggu hadapan FBMKLCI akan di dagangkan di antara paras 1670 dan 1616. (andai salah satu paras di tembusi, saya akan membuat semula pembacaan yang baharu)
Sejarah Mungkin Berulang ?Salah satu daripada 3 falsafah asas dalam analisa teknikal ialah “history tends tp repeat itself”.
Merujuk pada carta FBMKLCI, jika dilihat dari segi pergerakan dan corak indeks berbanding corak carta sebelum berlakunya Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997, terdapat beberapa persamaan yang dapat dilihat.(sila rujuk pada carta).
Target BEARISH :
1. 1500
2. 1300
3. 865 ( worst scenario).
Adakah "reversal" akan berlaku?Carta Mingguan Indeks KLSE
Carta indeks menunjukkan mata berada pada paras sokongan yang kuat pada mata 1659. Ini menunjukkan mata kemungkinan akan naik sehingga paras 1708 pada beberapa bulan akan datang. Terdapat juga keadaan ketidak seimbangan penurunan mata apabila mata menjauhi indikator smoke. Seperti keadaan indeks sebelum ini, kita dapat lihat di mana sekiranya mata indeks menjauh indikator smoke, ia akan kembali semula dekat dengan indikator smoke, keadaan ini selalunya dipanggil sebagai "oversold". sekiranya mata dapat naik, ia kemungkinan akan pergi kepada paras 1708. Sekiranya mata melepasi paras rintangan tersebut, ini akan meningkatkan lagi sentimen pembelian dalam KLSE and akan melonjakkan lagi sehingga memecahkan paras rintangan yang membentuk tiga segi, rujuk pada carta di atas. Pada pemerhatian saya dari sudut fundamental, dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, ia menyebabkan kebanyakan para pelabur untuk mengambil langkah selamat dengan tidak memperdagangkan duit dengan banyak, dan keadaan ini menyebabkan market makin membeku. Pada setakat ini, tiada lagi tanda atau berita besar yang berkaitan dengan pengukuhan ekonomi dunia. Oleh itu sekiranya mata jatuh di bawah 1659, ia akan jatuh sehingga paras sokongan yang baru iaitu pada paras 1615. Sekiranya ini berlaku, dinasihatkan para pelabur tidak membuat pelaburan yang besar sehingga ekonomi pulih seperti biasa.
Sekiranya anda mempunyai pandangan yang menarik dan ingin berkongsi, sila komen dan like pada kolum yang disediakan.
sekian, terima kasih
FBMKLCI - WARNING MARKET NOT SUPPORTEDAs salam dan salam sejahtera traders semua
jarang untuk saya comment mengenai index KLCI kita, tetapi disebabkan market yang makin kurang ummpphh dan semakin menurun membuatkan saya ingin berkongsi kegusaran saya mengenai market kita
cara mudah untuk saya melihat health index kita adalah dengan menggunakan Moving average 50 yang mana ia boleh mengukur samada market di dalam Bull atau Bear market
jika di lihat past data ketika index di atas MA50, maret sangat bullish yang mana jika anda ingat ketika itu agak mudah untuk mencari kaunter berpotensi dan kemungkinan anda untuk profit di dalam trading adalah tinggi.
tetapi skrg market sudah pun berada bawah MA50 dan jarak index kita agak jauh dengan garisan MA50. Yes, akan ada pull back dan diharapkan ia akan break MA50 tersebut dan mula naik semula. jika ada rejection disitu, maka apa yang dikhuatiri ramai mengenai 10 year market cycle akan bermula.
I hope i'm Wrong!!!, kerana saya dapat melihat tahun 2017 dan 2018 ramai pelabur baru bermula trading. saya pasti ramai antara mereka skrg ini mengalami kerugian kerana kalau dilihat dari sejarah, bear market dah pun bermula sejak april. jika kejatuhan ini benar berlaku maka akan ramai pelabur baru ini akan give up dan keluar dari market.
kita perlukan pelabur baru ini kerana market kira terlalu bergantung pada big fund dan juga foreign fund. kira memerlukan volume retailer yang tinggi supaya market kita akan lebih stabil dan pergerakan harga akan jadi lebih mudah di baca. rujuk carta harga kaunter di NYSE London Stock Exchange. saya personally rasakan ia mudah di baca dan lebih stabil
stabil dari segi apa? jarang berlaku sudden jump up or down suka suka hati seperti di market malaysia. Kenapa? volatility market mereka mampu didukung oleh retailers meraka yang ramai dan sudahpun matured.
jika anda mempunyai byk posisi di dalam market ketika ini saya sarankna kecilkan sizenya. Dont be greedy biar market jatuh habis dulu, dah habis kita shopping semula. anda boleh lihat bermacam macam bad news keluar tiap tiap hari, maka trade lah hati hati.
Adakah anda sudah bersedia? tepuk dada tanya selera. saya sendiri sudah mulakan langkah berjimat dan trade ketika betul betul ada entry sahaja.
Halim Hamdan
KLCI Makin Lemah dan Mencari Aras Sokongan Yang BaruKLCI makin lemah dan sangat lemah sebenarnya. Aras sokongan di 1661 telah pun bocor dan seterusnya akan mencari aras sokongan di 1616 pulak. Kita nantikan KLCI sampai ke aras sokongan 1616 dengan harapan akan rebounce dan reverse dengan candle engulfing atau piercing line disokong oleh volume yang kuat. Sekarang better duduk tepi mengkaji kaunter yang berpotensi. Banyak kaunter tengah diskaun banyak sekarang ni
FBMKLCI dan Hukum Newton Ke-3 : Satu Kebetulan?
1. Di sini sy hendak berkongsi sesuatu pemerhatian yg menarik.
2. Hukum Newton Ke-3 mengatakan bahawa untuk setiap tindakan, terdapat tindak balas yang sama pada arah bertentangan.
3. Fenomena yg bersesuaian dengan hukum ini adalah apabila anda melantunkan bola. Semakin tinggi jarak anda melepaskan bola tersebut, semakin tinggi lantunan itu.
4. Kita juga boleh menerangkan apa yg terjadi pada FBMKLCI dgn menggunakan hukum ini.
5. Jika kita lihat pada kejatuhan pada bulan Mei, kejatuhan tersebut boleh dikatakan kejatuhan yg menjunam dan laju. Selepas itu, lantunan yg terhasil juga tinggi dan kelihatan dengan gagah terbang ke atas.
6. Kejatuhan pada bulan Oktober pula dilihat sebagai kejatuhan yg perlahan dan agak bersahaja. Apabila indeks berjaya menjumpai paras sokongan yg terkuat di masa hadapan, sy menjangkakan lantunannya juga bersifat perlahan dan bersahaja. (Jika indeks mengekalkan kejatuhan yg sopan ini, lantunannya juga sopan)
7. Perbezaan kepada dua kejatuhan ini adalah 'angle'/'gradient' kejatuhan yg amat memainkan peranan dlm lantunan yg akan terjadi.
8. Kejatuhan Mei (71°) lebih curam berbanding kejatuhan Oktober (54°). Semakin curam jatuhan, semakin kuat lantunan.
9. Ini adalah pandangan peribadi. Anda berhak utk tidak bersetuju. Sy cuma berkongsi pendapat dari perspektif fizik.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
arah tuju indeks bulan disemberseperti yang dapat kita lihat, indeks fbmklci dalam keadaan downtrend. tapi bulan disember adalah bulan yang dinantikan kerana
1. window dressing
2. krismas rally
3. mukadimah kepada january barometer.
seperti di dalam graph, kita dapat lihat setiap kali bulan disember, akan berlaku kenaikan setelah didahului dengan penurunan yang membuatkan ramai orang lemah semangat dan putus asa.
Buat masa sekarang masih belum ada kenaikan, jadi ramai orang dalam mood memerhati.
Jadi, berdasarkan pattern ini, kita dapat rumuskan bulan disember kali ini juga akan berlaku kenaikan. saya jangkakan lewat minggu ini kenaikan akan bermula.
berikan perhatian apabila indeks mencecah 1658.
good luck.
TERKINI - Signal Negatif untuk Indeks KLCI Salam kepada semua.
Berikut adalah analisa teknikal terkini buat KLCI
1) Secara teknikalnya, KLCI akan melengkapkan pembentukan corak carta Rounding Top jika ia sah, maka indeks masih akan menurun sehingga ke paras 1615..
2) Ia juga telah membentuk corak “Inverted Cup & Handle” di mana paras “neckline” pada 1675 baru sahaja bocor pada pagi ini.
3) Pantau paras2 pivot sokongan ini dengan teliti, sokongan pivot seterusnya = 1658, 1644 dan 1615.
4) Saya perhati terdapat corak “Double Bottom” yang tahap 1658, di mana saya harap indeks akan pulih untuk kebaikan.
Oleh itu sahabat2 dan kawan2, berdagang secara berhemah dan dengan disiplin.
KLCI - Nyawa-Nyawa Ikan DahKLCI makin hari makin lemah. Masih didalam triangle, kalau bocor akan cari aras sokongan terakhir. Kalau bocor jugak, market crash la. Duduk tepi dulu la sampai tiba masanya KLCI buat strong reversal. Kumpul semua kaunter-kaunter yang mempunyai fundamental yang kukuh sebab kaunter-kaunter tu yang akan naik dahulu nanti. Kalau ikut sejarah, bila market crash akan lahirkan ramai jutawan baru. So, kumpul modal banyak-banyak ya. Jangan masuk dulu masa crash, tapi masuk masa reversal. Selamat berdagang.
FBMKLCI : Tariff Man dan Inverted Yield Curve1. FBMKLCI dilihat cuba utk kekal sedaya upaya utk kekal di atas garisan trend.
2. Persoalan utama adalah bukan arah tuju FBMKLCI seterusnya tetapi adalah sampai bila FBMKLCI mampu utk kekal di atas garisan trend.
3. Ramai pengamal analisis berpendapat bahawa index cenderung utk turun secara 'free fall' sekiranya gagal kekal di atas garisan trend.
4. Pendapat ini disokong dengan sentimen global yg bearish sekarang.
5. Apabila Trump 'tweet' bahawa dia adalah 'Tariff Man'. Pasaran menganggap ini adalah penunjuk bahawa gencatan perang perdagangan yg diumumkan sebelum ini adalah sia sia.
6. Yield Curve Inverted. Ini membawa maksud bahawa yield short term treasury bond lebih tinggi dari daripada long term treasury bond. Ini terjadi apabila pelabur bond menjual short term treasury beramai-ramai sehingga yield naik lebih tinggi dari long term treasury bond. Bagi pakar ekonomi, mereka menggunakan yield curve utk meramal 'recession' di pasaran Amerika Syarikat.
7. Menjadi kebiasaan, FBMKLCI amat terdedah kepada risiko turun naik pasaran Amerika Syarikat dan 2 sentimen yg sy sebutkan di atas ini menunjukkan sentimen bearish di pasaran Amerika Syarikat.
8. Ini adalah pendapat peribadi dan anda berhak utk tidak bersetuju dengan apa yg ditulis. Renung-renungkan dan selamat beramal.
KLCI, D1 - Segi TigaKLCI masih bermain dalam segi tiga bermuda
Pecah ke atas, atau pecah ke bawah
Jika kebawah, dan clean break, sila berhati2
Jual semua pegangan untuk medium/long term
JIKA,
1) pecah ke bawah segi tiga
2) pecah aras sokongan 1680/1660
walaubagaimanapun,
jika pecah ke atas segi tiga dan aras sokongan 1740,
kemungkinan untuk BULLISH amat tinggi
Kajian KLSEKajian KLSE
Carta KLSE mingguan
Carta Mingguan
Jika dilihat dari carta mingguan, ada beberapa tanda menarik dapat dilihat. Sekiranya keadaan semasa dibandingkan dengan keadaan carta semasa bulan Julai tahun 2018 menunjukkan paras kejatuhan harga sehingga paras 1657 iaitu harga menjauhi indikator smoke menunjukkan tanda pembalikan akan berlaku. Pada bulan yang sama juga, terdapat anjakan harga ke atas sehingga paras indikator smoke. Keadaan yang berlaku pada bulan Julai adalah mirip dengan keadaan semasa dimana harga telah menjauhi indikator smoke. Terdapat tanda pembalikan di mana ia disokong dengan bentuk market yang berbentuk segitiga. Ini bermakna, ada kemungkinan harga akan naik sehingga paras indikator smoke pada Disember 2018 atau awal Januari 2019.
Kembali kepada carta harian, dengan keadaan indikator smoke yang masih nipis atau berbentuk tirus, ini menandakan tren ke bawah masih kuat. Tetapi dalam masa yang sama, harga masih jauh dari indikator smoke menandakan sedikit anjakan ke atas sehingga mencecah indikator smoke sebelum kembali turun sekiranya harga tidak melepasi indikator smoke. Tetapi terdapat beberapa halangan yang dikenalpasti oleh indikator band iaitu pada 1701, 1712 dan 1725 untuk harga naik ke atas. Ini menandakan harga akan menempuhi jalan yang sangat susah untuk ke atas.
Secara kesimpulan, harga kemungkinan akan berusaha ke atas sebelum kembali jatuh. Market masih dalam keadaan stagnan sekiranya masih dalam jarak paras 1742 dan 1671.
Segala yang dinyatakan di atas adalah untuk pembelajaran semata-mata dan pihak kami tidak bertanggunjawab atas keuntungan atau kerugian mana-mana pihak.
FBMKLCI : Dimanipulasi?
FBM Small cap : -33% kejatuhan dari paras tertinggi tahunan
FBM Mid 70 : -22% kejatuhan dari paras tertinggi tahunan
1. Pada hari jumaat, index FBMKLCI ditutup pada paras 1679, mengalami kejatuhan sekitar 11% dari paras tertinggi tahunan.
2. FBM Small cap dan Mid 70 telah pun mengalami kejatuhan lebih dari 20% daripada paras tertinggi tahunan. Bagi pedagang, apabila pasaran jatuh lebih daripada 20% dari paras tertinggi tahunan, pasaran dianggap telah memasuki 'bear market'.
3. Kebanyakkan kaunter small & mid cap telah pun 'severely oversold' dan tiada tanda-tanda isyarat peralihan/reversal ke trend menaik.
4. Hanya FBMKLCI yg berjaya mengekalkan index di atas paras terendahnya untuk tahun ini iaitu di 1658. Seolah-olah ada 'tangan' yg menahan ia dari terus jatuh.
5. Paras 1658 ini juga bertindak sebagai paras sokongan terakhir. Jika berjaya dipecahkan, KLCI akan jatuh lebih rendah lagi.
6. Persoalannya, berapa lamakah FBMKLCI mampu bertahan?
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
KLCI - masih di dalam segitiga bermudaKLCI akhirnya hijau pada hari ini
setelah merah berturut-turut walaupun Nikkei dan DJI hijau
akhirnya, KLCI mengikuti jejak langkah boss
walaubagaimanapun, masih ingat KLCI masih bermain dalam segi tiga?
kemana arah tuju?
atas atau bawah?
corak lebih kepada BULLISH
tetapi,
perlu menunggu confirmation, dan, berhati-hati selagi tiada tanda-tanda yang jelas
dan, bulan ini kebanyakan QR diumumkan
kaunter Syariah dan non syariah juga di update
yang paling ditunggu, adakah pertukaran kaunter yang mewakili indeks?
FBMKLCI: Masih Positif mengikut MACD...Minggu yang lepas, melihat Kejatuhan DJIA membuat kejatuhan (masih berada atas paras sokongan akhir 23,500) dan BTC yang membolosi paras sokongan 6,000 adalah sangat merisaukan, dan terkini BTC telah jatuh di bawah 4,000, ini mungkin petunjuk yang pelabur BTC sudah bosan menunggu dan ambil keputusan untuk keluar dari pasaran kripto, khasnya BTC. persolan seterusya, ada yang ambil duit dan duduk diam-diam, namun saya pasti, sebagai trader yang tegar, ada sahaja antara peabur BTC ini sedang memburu peluang- peluang dagangan di kelas aset lain, baik saham mahupun komoditi untuk cuba membuat keuntungan.
Melihat pada FBMKLCI, tidak di nafikan semua melihat dan ada yang telah memutuskan bahawa FBMKLCI telah pun memulakan pergerakan nya ke bawah dan saya percaya ramai yang ambil keputusan pada minggu lepas untuk tunaikan (jual) pegangngan saham dan duduk di tepi untuk menunggu kembali peluang untuk masuk kembali.
Melihat pada MACD, ia masih positif dan belum ada petunjuk JUAL, dan saya mempunyai keyakinan yang trend di FBMKLCI akan menyambung kembali trend nya untuk naik semula ke paras tidak melebihi 1760/1780 atau sekurang kurang nya hingga perayaan hari NATAL (crishtmas) pada minggu ke-3 bulan Disember.
Namun negitu, paras sokongan garisan 1x1 GANN, harus di pantau dengan secara dekat, kerana jika paras ini di cerobohi, ia amatlah tidak bagus kepada kekuatan dan momentum trend seterusnya akan mengubah tempoh cycle atau pusingan trend menjadi lebih cepat, dalam erti kata lain, kejatuhan dengan cepat atau velocity yang tinggi mengikut GANN.
setakat ini, kesimpulan nya, saya masih positif terhadap FBMKLCI mengikut petunjuk MACD dan sokongan garisan GANN FAN. ini hanyalah satu kajian dan bukanlah TIPS untuk beli atau JUAL. terima KASIH.
KLCI - Kemana hala tuju segi tiga bermuda?KLCI, masih menunggu untuk reversal, atau junam
atau, dengan kata lain, masih menunggu arahan big boss (Pasaran US)
KLCI tidak memecahkan sokongan yang telah kita bincangkan dahulu
Berkemungkinan jika memecahkan segi tiga ini ke atas
maka, zaman bullish akan berterusan
dan mencapai ATH seperti sebelum PRU dahulu, 1900
Pasran KL masih dalam downtrend selepas PRU, dan, gagal mengikuti US untuk naik, tetapi hanya mengikut US ketika turun
Kita lihat aras rintangan yang penting ini
1720 - segi tiga
1740, 1780
1830 - jika pecah berpeluang untuk ke 1900 seperti sebelum PRU
FBMKLCI terkini - Corak konsolidasi dalam aliran menurunSalam kepada semua.
Pasaran Bursa kita dihentam teruk pada hari Rabu 21 Nov. Yang lebih hampa adalah dua hari sebelumnya, 16 Nov and !9 Nov indeks menaik dengan "gap up" dua hari berturut seolah2 mahu memberi kita signal yang indeks akan menguat. Akan tapi, sejurus sentimen negatif yang diberi oleh Dow Jones pada hari Selasa 20th Nov, dengan penurunan sebanyak 500 mata, FBMKLCI pun menurut dengan penurunannya.
Berikut adalah ulasan terkini teknikal analisis buat FBMKLCI.
1. Jelas indeks telah berada dalam aliran menurun dalam jangka masa pendek ini sejak Ogos 2018.
2. Signal2 teknikal yang telah muncul adalah
a. kewujudan "lower highs" dan "lower lows"
b. pemecahan paras sokongan jangka panjang, EMA 200
c. "candlesticks" bertukar warna ke kuning, memberi signal yang trend akan melemah
d. sejak candlesticks menjadi kuning, indeks kuat menjunam.
e. yang terkini, corak carta membentuk satu konsolidasi iaitu "bearish pennant" , paras sokongan yang penting dikesan ialah 1672 - 1681. Jika harga pecah paras sokongan ini berdasarkan "Key Fibonacci Levels", target ke bawah seterusnya ialah 1658 and 1641.
Berdasarkan Fibonacci Key Levels,
Paras sokongan terkini = S1 - 1681, S1 - 1672
Paras rintangan terkini = R1 - 1708, R2 - 1736
INDEX 19 nov 2018 | dah habis correction wave?? Salam semua,
.
1. ini hanyalah kajian saya (pendapat peribadi)..
2. Index nampak dah nak habis correction wave
3. sekarang dalam proses nak bentuk wave c ke atas
4. bila dah habis wave c maka akan membentuk wave 1 ke bawah
5. so dijangka index akan drop lagi
6. Tapi kita harap wave 1 tak panjang atau wave 1 yg lemah
.
.
Selamat berdagang saya ucapkan
.
DrZul Izzi Nordin (DDSUSM).