idea dagangan K1
K1 BULLISH RUN
Penerangan berdasarkan carta
1)K1 berpotensi berada permulaan uptrend ,melepasi MA200
2) berada didalam wave 2, akan membuat retracement
3) reversal candlestick , shooting star sudah terbentuk, menandakan sign of weakness
4) suppot berada di paras 0.205
kajian dan pembelajaran sahaja
mattop90
K1 6 MEI – MENCUBA KEKUATAN PARAS SOKONGAN?> Saham K1 tutup pada harga 0.210.
> Berdasarkan pada carta harian, harga sekarang berada pada paras sokongan.
> Jika tidak dapat bertahan kemungkinan akan turun mencari garisan MA200 iaitu pada harga 0.200.
> RSI kelihatan menurun tapi masih berada di atas 50.
> Sekiranya harga mampu bertahan di 0.200, mungkin akan meneruskan kenaikan.
*Sila semak maklumat fundamental syarikat saham yang dibeli.
** Penafian: Hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
***Selamat berdagang!
K1 Chart Pattern Yang Kuat dan MenarikK1 telahpun memecahkan aras EMA200 dengan volume yang kuat. Begitu juga dengan awan Ichimoku. Selain itu, apa yang menarik adalah gap yang menunjukkan tujahan yang kuat untuk K1 meneruskan perjalanan ke atas. Garisan biru adalah garisan menurun (DTL). Sama-sama kita perhati rapat jika K1 dapat memecahkan garisan DTL tersebut. Boleh la sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
K-One Technology - Perubahan Kepada UptrendK-One Technology dari sektor Technology dilihat semenjak 14 April 2020 telah beberapa kali cuba memecahkan line 200 untuk berubah dari sebuah kaunter downtrend kepada uptrend.
Walaupun daily kelihatan kaunter ini telah mulai penat dan momentum semakin berkurangan, masih terdapat harapan kerana di weekly dan monthly permainan baru sahaja bermula buat kaunter ini. Di musim kawalan pergerakan di kebanyakan negara termasuk di Malaysia, sektor Technology dilihat masih berdaya saing dan permintaan terhadap teknology terutamanya khidmat atas talian adalah sangat memberangsangkan.
Ditambah pengumuman syarikat semalam bahawa pihak syarikat telah memperolehi kebenaran dari pihak MITI untuk meneruskan operasi syarikat, diharap dapat memberikan batu loncatan untuk syarikat menjadi lebih maju terutamanya pada sub produksi syarikat yang berkaitan dengan medical & healthcare dimusim-musim Covid 19 ini.
Diharapkan juga kaunter ini dapat memecahkan penanda aras 52W high iaitu pada harga RM 0.285 sebelum berakhirnya tahun 2020.
k1 14 apr k1 pun sama macam lyc dan scomnet jugak. sector teknology yang terlibat dengan healthcare. syarikat menjangkakan akan terdapat permintaan tinggi dalam ems peralatan covid 19 ni. walaubagimanpun ems hanya sedikit sahaja menyumbang keuntungan pada syarkat ini. tetapi oleh kerana wabak ini permintaan mungkin meningkat kerana syarikat pun nak venture jugak dalam teknologi perubatan ni. kalo tengok dari permintaan x lah diminati oleh pedagang tetapi chart cantik bermain di price yang sama. sebelum meneruskan kenaikan.mungkin sehinga wabak menunjukkankan tanda positif
K1 potensi untuk meningkatPada 7 Oktober lilin hitam muncul menandakan minat belian telah wujud dan seterusnya pada 18 Oktober telah membuat ketinggian baru. JIka dilihat pada carta 1 tahun , K1 telah berada pada fasa pembetulan yang agak lama. Menarik untuk diperhatikan dengan harga sokongan pada 0.205 manakala harga rugi henti di bawah garisan biru. Sokongan terdekat pada 0.215.
K1: Sila beri perhatian1) Kemeriahan kemasukan volume membeli pada 12, 14 dan 18 Mac lepas, seharusnya kita sebagai traders tidak harus diabaikan.
2) Diingatkan harga juga tidak banyak bergerak sejak itu. Malah penjualan yang berlaku selepas itu masih dikira sedikit jumlahnya dibandingkan dengan kemasukan volume.
3) Bagi pengamal chart pattern, dapat dilihat kaunter ini seperti membuat bullish flag dari 12 Mac lepas sehingga kini.
4) Dilihat pada indikator Stoch RSI seperti bakal bersilang tidak lama lagi.
5) Lebih menarik indikator ini bakal bersilang di atas paras 30.
6) Dilihat pada sejarah kaunter ini, jika garisan bersilang diantara 30-70 (diluar overbought/oversold region) semestinya kaunter ini akan melakukan kenaikan yang banyak. Dapat dilihat pada bulan Oktober tahun lepas.
7) Pembelian pada harga sekarang boleh dianngap risiko rendah, selagi harga tidak pecah 0.230 dan 0.225
Carta mingguan K1Yang menariknya
- carta mingguan seperti membuat fasa pengumpulan yang cukup panjang.
- harga tutup terakhir masih dekat dengan aras mingguan tertinggi 29 sen.
Yang tak menariknya
- price/earning ratio sangatlah deboommm, lebih 300 !
- mungkin sebab dah beranak hari tu.
Yang perlu diambil perhatian
- harga tutup minggu depan tidak di bawah harga terendah minggu ini.
- menunggu laporan kewangan pada bulan FEB nanti.
- selalunya, ada cubaan breakout harga tertinggi terlebih dahulu jika laporan kewangan cantik.
- kalau harga lemah gemalai nak bergerak, berkemungkinan besar laporan akan datang kurang best.
- harga bergerak lebih awal berbanding news..selalunyalah