SMCAP masih diskaun sebelum meletupHari Jumaat lepas lilin cuba pecah rintangan segi tiga kemudiannya pancit di sebelah petang. Jangkaan asal graf masih dalam pembetulan Elliot Wave tetapi tidak pasti a b c atau a b c d e. Jika isnin ni naik maka pembetulan adalah a b c. Jika lagi 1 minggu baru naik dan meroket maka pembetulan adalah a b c d e. Tak kisah sebenarnya untuk tentukan abc atau abcde kerana jika gelombang 1 kita simpan je walaupun dia buat pembetulan dan yang paling penting harga tengah diskaun sekarang ni malahan Point of control pada RM0.460 berbanding harga sekarang RM0.425. Jaga sokongan pada RM0.410.
Di Luar Analisis Teknikal
M3TECH: boleh perhati rapat rapat Macam nak UPTrend dah tapi herga close sama ema50... Volume pun dah ada minat belian.. MACD pun dah nak naik +
Tiga Cara Untuk Membuat Keputusan Yang Lebih Baik dalam PasaranSebelum kita pergi dengan lebih dalam, adalah penting untuk berkongsi beberapa perkara mengenai siapa diri kami. Kami memberikan kuasa kepada pedagang dan pelabur dengan memberikan penggunaan alatan, carta, berita dan data global profesional yang sebelum ini hanya tersedia untuk beberapa kumpulan tertentu sahaja. Alatan kami adalah tersedia untuk semua orang samada pada peranti atas meja atau mudah alih. Matlamat kami adalah untuk memperkasakan keupayaan pedagang dan pelabur untuk berkembang dalam jangka masa panjang. 💪
Maksud utama di sebalik catatan ini ialah anda tidak perlu terburu-buru membuat sesuatu sebelum anda memahami semua risiko, matlamat dan rancangan jangka panjang anda. Kami menyedari bahawa di sebalik usaha dan niat kami, kadang-kadang orang akan terpengaruh oleh catatan yang tidak bertanggungjawab di media sosial, yang akhirnya membawa kepada harapan yang musnah. Kami ingin menolong orang ramai untuk mengelakkan perkara ini dari terjadi. Oleh itu, mari kita bincangkan tiga cara untuk membuat keputusan yang lebih baik di pasaran. Ingat, catatan ini adalah khusus untuk pendidikan, yang mana kita sedang berada di dalam masa yang sangat menarik dalam sejarah pasaran! Teruskan membaca ... 👇
1) Jangan mengikuti pendapat orang lain secara membabi buta tanpa membuat kajian anda sendiri. Gunakan alatan yang ada untuk anda belajar dan menganalisa pasaran.
Jaringan sosial kami adalah besar dan semakin berkembang. Kami saling memberikan dorongan kepada semua orang untuk menerbitkan idea pertama mereka, mencuba laman sembang dan mengikuti pedagang-pedagang yang lain. Ini adalah masa yang terbaik untuk bertemu sesama pedagang, belajar dengan mereka dan berkembang bersama-sama. Tetapi apabila media sosial bergabung dengan pasaran, ada beberapa risiko penting yang perlu untuk dibincangkan. Elakkan daripada mengambil tabiat buruk, terpengaruh oleh pendapat-pendapat popular dan menyerah kepada tekanan teman sebaya. Elakkan melakukan sesuatu yang belum anda fikirkan secara kritis, menganalisa secara objektif atau menilai dengan sendiri. Risiko ini boleh merangkumi perdagangan sebelum anda bersedia, berdagang terlalu kerap kerana anda mempunyai idea, meletakkan diri anda pada kedudukan yang lebih besar daripada yang akaun anda mampu tangani dan mengubah fikiran anda di tengah-tengah sesi dagangan. Tetap tenang dan fikirkan semasak-masanya dahulu. Manfaatkan alatan yang ada untuk anda membuat ujian semula, menggunakan dagangan kertas atau mencari pendapat lain mencabar fikiran anda.
2) Jangan mengharapkan keuntungan yang mudah hanya kerana semua orang bercakap mengenainya. Sebaliknya cari tinjauan rakan sebaya, perhubungan yang bermakna dan cara untuk menguji idea anda sendiri.
Tidak kira berapa banyak suka yang diterima untuk sesuatu idea, tidak kira seyakin mana pengarangnya kelihatan atau berapa banyak mesej sembang yang dikongsikan, tidak ada jaminan pasaran akan berjalan seperti yang yang kita rancang. Adalah lebih baik memulakan dengan mengkaji dan meneliti idea anda terlebih dahulu untuk melihat apakah ia sesuai dengan rancangan jangka panjang anda. Inti patinya adalah: pandangan orang lain tidak boleh digunakan sebagai pengganti diri anda dalam melakukan analisisa sebelum membuat keputusan di dalam perdagangan sebenar. Rangkaian sosial kami paling baik digunakan untuk tinjauan rakan sebaya, membuat perhubungan baru dan memberikan maklum balas kritikal untuk membantu anda dalam mengembangkan strategi dan pemahaman tentang pasaran. Kami mempunyai bahagian pendidikan khusus untuk perkara ini. Kami juga mempunyai komuniti Pengekod Pine yang melakukan pengkodan pasar. Komuniti di sini diadakan untuk membantu anda mendapatkan maklum balas, idea dan konsep baru.
3) Jangan meminta isyarat masa nyata buta dalam laman sembang atau memberikan komen-komen yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan yang mudah. Sebaliknya fokus pada membina strategi jangka panjang anda dan mengekalkan pendekatan yang realistik.
Apabila media sosial dan pasaran kewangan bergabung, semakin banyak orang mengharapkan jawapan yang mudah mengenai bilakah waktu untuk membeli atau menjual. Dalam laman sembang umum kami (anda boleh mencarinya di sebelah kanan platform) kami menggalakkan orang ramai untuk tidak berfikiran begini dan berusaha untuk menggali dengan lebih mendalam. Anda tidak akan belajar apa-apa daripada mengemukakan soalan mengenai jual dan beli. Anda harus mengkaji, meneliti dan memeriksa pergerakan harga terlebih dahulu. Alatan rangkaian sosial kami menawarkan peluang besar untuk bercakap di dalam masa nyata dan bertukar-tukar pendapat, pandangan dan penyelidikan. Menggunakan mereka dengan cara yang betul akan membantu anda berkembang sebagai pedagang dan bersama belajar dari orang lain dalam jangka masa panjang. Tetapi membuat keputusan perdagangan tergesa-gesa berdasarkan panggilan perdagangan semata-mata merupakan idea yang tidak baik. Jangan buat!
Tidak ada cara yang lebih baik untuk belajar selain daripada melibatkan diri dalam lingkungan ahli-ahli yang mendedahkan anda kepada banyak idea, perbualan dan strategi yang berbeza. Kami berharap platform kami dapat meningkatkan pengetahuan anda tentang pasaran sambil membolehkan anda menyempurnakan bakat anda. Pandangan dari orang lain juga dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih baik, tetapi hanya jika ianya digunakan dengan cara yang bijaksana dengan berfokuskan pada kesabaran, proses dan pendidikan. Selain itu, selalu ingat bahawa anda mempunyai alatan yang berkesan di hadapan anda untuk melakukan penyelidikan terbaik anda.
Terima kasih kerana membaca! Kami berharap untuk mendengar pandangan anda di bawah. 🙏
MINETEC ada permainan yang boleh diperhatikanTelah berjaya memecahkan segi tiga dengan volume dan momentum yang tinggi terutama 30 minit sebelum pasaran tutup. Namun MINETEC perlu memecahkan rintangan RM0.245 sebelum sah untuk terus mendaki sehingga rintangan seterusnya RM0.33. MINETEC merupakan kuanter dengan aliran menurun dan bukanlah diletakkan di dalam senarai perhatian. Satu batang lilin hijau mungkin menjadi pembalikan tren aliran atau sekadar mainan orang dalam. Untuk jangka masa pendek atau BTST masih releven tetapi untuk berdagang jangka masa panjang masih belum jelas untuk menyenaraikan kuanter ini di dalam senarai perhatian.
INARI mampu beri pulangan 20% sebulanJika dilihat tren terbaru, INARI mampu mencecah harga RM4.00 dalam masa lebih kurang sebulan berdasarkan harga semasa, bersamaan 20% pulangan. Ianya dilihat melalui unjuran Fib Retracement. Jika anda inginkan kuanter yang kurang risiko maka INARI adalah salah satunya. Walaupun sesetengah pelabur baharu mengatakan harganya agak mahal namun pulangannya agak munasabah jika dikira dalam peratusan. Tambahan pula syarikat INARI mempunyai FA yang baik dan syarikat sentiasa untung setiap tahun. INARI merupakan syarikat bertaraf antarabangsa dimangkinkan lagi dengan perancangan teknologi dunia menghala ke kenderaan elektrik yang mana memberi kesan positif kepada syarikat.
GLOTEC : Bentuk Round Bottom1. Jika dilihat menggunakan TimeFrame weekly, harga seakan membentuk round bottom.
2. Harga sekarang berhenti dekat resistance 1. Jika gagal pecah, harga akan turun mencari support dan sekiranya berjaya pecah(breakout) resistance 1, harga akan mencari resistance 2(TP).
3. Harga sekarang tidak sesuai untuk entry kerana berada pada puncak.Seeloknya tunggu pecah resistance 1 atau turun semula ke support.
LUSTER : Uptrend Mengikut Trendline1. Jika dilihat pada harga sebelum ini, kaunter ini masih dalam keadaan uptrend kerana mengikut lower trendline.
2. Harga pada masa sekarang tidak sesuai untuk entry kerana berada pada puncak.
3. Indikator RSI menunjukkan berlaku nya bearish divergence.
4. Harga mungkin akan retrace mencari lower trendline.
5. Jika harga pecah lower trendline, struktur kaunter akan berubah menjadi sideways atau downtrend.
6. Boleh entry apabila harga rebound pada lower trendline.
7. TP pada area resistance. Jika pecah resistance dengan volume yang kuat, boleh TP pada resistance yang seterusnya.
HOOVER,In shaa Allah akan membuat kenaikan dengan Izin Nya Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad di amalkan 10x sehari semalam ye!...
Hoover ni ,in shaa Allah akan buat kenaikan sekirannya tidak ada yang ingin menjual pegangan nya...Jerung2 besar start in dan sila di perhatikan mana yang sesuai untuk entry...Aku share sebab nampak menarik pada pandangan aku lah...Oleh kerana aku dah terbeli kaunter lain so aku hadiah kaunter ni kat korang yer smoga korang popit..Jangan lupa hadiahkan Selawat kat Rasulullah SAW ye!!.
Peringatan :
Entry pada tempat yang sesuai dan pasang CL yang sesuai...Sekiranya candle stick menembusi support so better CL...
Jangan langgar arah angin bro nanti melayang modal tu...Ikut je angin tu nak bertiup arah mana ye!!..
Follow market nak pi mana,bukan market follow ang!!...
Baca Bismillah sebelum trade dan niat kerana Allah SWT...
Baca chart dan buka trading plan
Biar hati tenang baru tekan butang buy
And then waiting dan tunggu lagi!!..
Wait and tunggu lagi!!!
SABAR tu penting der!!!!!
Hold.......
CL 5% jika ada kemungkinan
Dah capai TP tekan butang Sell
Shorterm 10%
Midterm 20-30%
Swinger trade 50-100%
Long term 200-300%
Dah kaya Jangan lupa Aku ye...Hehe...just kidding!!!...
Cukup ikhlas doakan kebaikan dan keselamatan aku dunia wal akhirat.Amin..
Bagi aku cukup korang usahakan perbanyakkan Selawat Nabi..
In shaa ,Allah banyak manfaat nya..,
OPCOM,In shaa Allah akan membuat kenaikkan berganda2Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad di amalkan 10x sehari semalam ye!...Semoga Berkah dunia akhirat.Amin
Dalam chart dah di conteng area2 BO and Support..Terpulang pada korang nak entry tang mana!!!...
''Sekirannya turun apakah tindakkan anda dan sekiranya dah naik apakah tindakkan anda?....
Itu mengunakan akal kurnia Nya dan ilmu yang mantap untuk korang mendapat entry yang terbaik...
Juga CL yang terbaik untuk menjaga modal yang ada...Trade jangan ikut hawa nafsu atau emosi yang bergelora...Follow your trading plan...
Sekirannya untung syukur dan jangan tamak..
Sekiranya rugi jgn bersedih tapi muhasabah diri dan betul kan niat dalam trade...
Trade lah kerana Allah SWT,semoga dengan untungnya itu dapat memberi manfaat kepada orang lain diluar sana yang memerlukan...
Rugi pun harus di syukuri kerana rugi itu membentuk diri kita dalam menguruskan money management,berdisplin dan bersemangat untuk belajar dalam mendapat ilmu trading yang baru..
Bagi yang muslim perlu berdoa dulu kat Allah SWT sebelum trade...In shaa Allah,pasti ada sinar nya..Kebanyakkan nya kita geng trading ini banyak yang trading berdasarkan emosi yang x stabil dan masih mengharap orang lain dalam memberi pendapat...Sebaiknya kita rujuk kat Allah SWT dahulu baru lah bertanya guru2 and otai2 dalam trading..Nasihat dariku untuk diriku dan juga korang sebagai trader..Wallahua'alam.
''Utama kan Allah SWT nescaya Allah SWT akan utama kan kamu dari yang lainnya''
DNEX telah memecah hrga-harga yang beratAssalamualaikum..Selawat salam buat baginda Rasulullah SAW...Allahumma sholli a'la saidina Muhammad wa a'la saidina Muhammad..
Mari di amalkan 10x sehari semalam...In shaa Allah berkah rezeki yang kita usahakan asbab perniagaan ini...
Ini sekadar perkongsian dan analisis peribadi...Just menambah sesuatu yang kurang,dan sekiranya ada kekurangan di persilakan di perbetulkan ye...
DNEX kaunter top 10 dan kaunter viral
Apa yang kita lihat dari chart tersebut adalah pergerakan nya sudah memecah BO...Berapa lah agaknya modal yang depa nak pecahkan harga tersebut kerana kaunter ni agak berat jugak dari segi que bid sell que bid buy...So akan banyak player scalping,intradays,btst di dalam nya dalam membantu menaikan harga hingga paras tertinggi...
Boleh di hadamkan apa yang tercatat dalam chart tersebut...Wallahua'lam
Ancom berada di posisi yang baikSelawat dan salam buat junjungan banginda Rasulullah SAW...10x pun ckup boskue!!..Jangan kedekut yer!!...Di persilakan berselawat ye!!
Alhamdulillah,Cantik pulak kaunter ini...Harap nya korang faham kan apa yang aku conteng kat chart tuh!!!
Signal Strong :
Candle di posisi positif
MACD CROSS
RSI langgar line 57
Trend line Hijau psikogi best entry
Trend line Merah CL
Garisan break out (resistant) Spike
Garisan Break down (support )ON CL
Bukan buy call yer!!!..Tapi hanya pembelajaran dari ilmu yang ada...Bab rezeki ni Allah SWT yang bagi...So moral nya,jaga solat,amal yang baik,sedekah dan perkara yang Dia sukai...Wallahua'alam
Syarikat APM.In shaa Allah, Sila Beli jangan Jual dulu!Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang...
Mari lah berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW 10x..Jangan tidak selawat yer kawan2!!...Nabi dok tunggu tu tengah u all baca moment aku nih!!
In shaa Allah,
Dengan berkah nya selawat kita mendapat syafaat di dunia wal akhirat.Amin...Semoga sahabat-sahabat semua kosistan profit yang halal dan berkah...Tidak banyak tidak apa yang penting halal dan berkah berpanjangan...
Chart telah berbicara tu!!..Aku tidak perlu ulas panjang just lihat dan hadamkan...Pergerakkan baru nak rebound tu bro...Tiga askar tuh...Bagus pemengang share dalam ni...aku salut korang buat masa ini lah...Sama2 bantu syarikat ini first!.Jangan aniaya org lain ye!!...Sila beli yer tapi jgn tamak ler!...haha...Bukan buy call yer!!..Just kidding!!!..Apa2 pun rezeki di tangan Allah SWT ...
Signal strong : Entry
Berlaku chart pattern,macd,rsi, dan telah di nyatakan titik sapport...Sekirannya harga menembusi garisan support itu so pasang CL siap...
In shaa Allah akan naik perlahan-lahan sekirannya pemengang share di dalam ini tidak membuat jualan yang besar dan berlaku pembelian yang kosistan dari setiap harga yang menaik dengan kawal baik dari pemengang share itu sendiri...Wallahua'alam.
Dah untung tu jangan lupa orang yang susah kat luar tu...Infak,sedekah and zakat bro!!!..Kasi tuhan sayang sama kita ma!!!...
AWANTEC , SOKONGANKaunter ini nampaknya berada di paras sokongan semasa, jika dilihat ianya juga berada di atas apras middle Bollinger Band iaitu 0.830
Jika tidak bocor, aras sokongan yang bakal dicari seterusnya mungkin 0.880 0.980 1.00
Jika bocor bakal mencari aras bawah Bollinger Band 0.665
Dngan indikator RSI juga berada di atas 50%, buyer mungkin kembali menguasai kaunter ini.
Namun harus diingat, FBMKLCI untuk setakat minggu lepas adalah dilihat kurang menarik, dan mungkin mengalami penurunan.
Jika ini berlaku, bakal menarik turun kebanyakan kaunter dengan sentimen melemah. Berhati-hatilah !
Semua penulisan dalam idea saya ini adalah sekadar untuk pembelajaran dan pemerhatian sahaja. Tiada sebarang rekomendasi untuk mempengaruhi mana-mana pihak.
10 Alatan untuk Membina Sebuah Pelan PerdaganganHari ini, kami mahu berkongsi beberapa petua mengenai cara untuk membina pelan dagangan. Kami mahu memperkenalkan dengan lebih mendalam mengenai beberapa alatan yang ada untuk kegunaan anda sebagai ahli TradingView.
1. Gunakan alatan percuma kami iaitu alatan Dagangan Kertas untuk mempelajari bagaimana untuk menguruskan wang, Buka Panel Dagangan untuk bermula. Anda boleh mencari butang ini pada bahagian bawah carta anda. Dagangan kertas adalah penting untuk anda menguji dan menguruskan sesi dagangan atau pelaburan anda dalam persekitaran yang tersimulasi. Anda tidak perlu merisikokan apa-apa wang yang sebenar.
2. Alatan Posisi Long dan Short adalah bagaimana anda merancang sesuatu dagangan sebelum anda merisikokan wang sebenar anda. Alatan ini berada di bahagian kiri bar alatan pada carta anda. Pilih alatan itu dan mula merancang dagangan anda. Paling penting, anda gambarkannya pada carta. Letakkan titik masuk, berhenti, sasaran keuntungan dan jelaskan setiap aspek dalam pengurusan risiko.
3. Mencatat nota adalah perkara mustahak untuk menyempurnakan idea anda. Anda boleh menulis nota secara langsung di carta menggunakan alatan Teks. Pengambilan nota membantu anda berfikir dengan lebih mendalam mengenai proses dagangan anda dan berkongsi dengan mudah dengan orang lain untuk mendapatkan maklum balas. Ini adalah contohnya:
4. Cari dagangan yang sesuai dengan kriteria dan gaya anda daripada mengejar berita atau pergerakan-pergerakan besar. Gunakan alatan penyaring untuk mencari idea-idea yang sempurna. Adakah anda seorang pedagang momentum? Pedagang swing? Pelabur jangka panjang? Kesemua pendekatan ini dapat diperhalusi dengan alatan Penyaring kami. Buat imbasan tersuai untuk saham, forex dan matawang kripto.
5. Sila baca bahagian Pendidikan untuk mengetahui konsep-konsep dan strategi-strategi yang baru. Setiap hari, pedagang dan pelabur dari seluruh dunia menerbitkan penyelidikan jangka panjang mengenai pasaran ke bahagian Pendidikan. Ianya terbuka kepada semua orang dan percuma untuk digunakan. Kami juga telah memasukkan beberapa contoh di bawah:
Bagaimana untuk mencartakan pengiraan termaju
Kepentingan ujian belakang
6. Terbitkan idea anda dan dapatkan maklum balas segera dari semua orang. Tidak ada cara yang lebih baik untuk belajar daripada dengan belajar bersama yang lain. Untuk tujuan Menerbitkan idea, klik butang Terbitkan yang terletak dibahagian kanan atas carta anda. Isi beberapa maklumat asas dan tulis penerangan yang lengkap. Setelah menerbitkan idea anda, pedagang dan pelabur lain boleh memberi komen, suka dan menghantar maklum balas semula.
7. Simpan carta dan penyelidikan anda supaya anda tidak akan kehilangan hasil kerja anda. Susun atur adalah komponen utama bagi sebarang rancangan perdagangan. Sekiranya anda membuat lakaran pada carta anda, mengambil nota dan menganalisis harga, anda sudah tentu ingin memastikan kerja anda disimpan dan senang dicari. Tekan ikon awan di bahagian kanan atas carta anda untuk menyimpannya. Gunakan menu lungsur turun di sebelah ikon awan untuk menamakan carta anda dan membuka carta lain yang telah anda simpan.
8. Bawa carta, senarai amatan dan penyelidikan anda ke mana sahaja dengan aplikasi mudah alih percuma kami. Kesemuanya diselaraskan dengan sempurna dari desktop ke telefon bimbit. Anda hanya memerlukan sambungan Internet. Satu petua berguna ialah anda membuat beberapa senarai amatan dan mengaturnya mengikut keperluan anda. Bawa senarai amatan anda ini ke mana sahaja dan ikuti rancangan anda.
9. Gunakan alatan kalendar dan acara untuk menjejaki acara-acara yang akan datang. Anda pastinya tidak mahu tiba-tiba terkejut dengan laporan pendapatan atau peristiwa ekonomi utama. Pada bar alatan sebelah kanan, ada satu butang Kalendar. Anda juga boleh menambahkan Pendapatan, Dividen dan Pembahagian ke carta anda dengan membuka Tetapan anda dan memilihnya di menu Acara. Kesemua ini akan muncul sebagai ikon berhampiran dengan bahagian bawah carta anda.
10. Bagaimanakah anda merancang perdagangan atau pelaburan anda? Sila tinggalkan jawapan anda di komen. Dengan bersama-sama, kita boleh berkongsi idea di dalam komen, bertemu pedagang baru yang boleh diikuti dan membina senarai petua-petua yang berguna. Tiada cara yang lebih baik untuk belajar daripada berkerjasama dengan orang lain. Kami harap anda menyukai siaran ini.
scientxjika kita lihat sejak 25 januari harga masih sideway dan banyaj bermain sekitar 3.99
apabila disemak dalam pengumuman bursa, kita dapat lihat substantial shareholders banyak membuat pengumpulan.
adakah ini menunjukkan mereka buy on support?
sama sama kita tengok sama ada harga boleh bertahan atau tidak.
harga masih dibawah awan ichimoku jadi kurang menarik sikit pergerakan sekarang ini.
30-Jan-2021: Halatuju KLCIAssalamualaikum dan selamat sejahtera;
Alahaiiii... patut chart ni tak bergerak, dah share 25-Dis-2020 tapi tak perasan rupanya private
takpalah sekadar untuk hiburan semata2
Ini jangkaan pada masa tu... so kita tengok adakah jangkaan ini masih valid dengan alasan dan sentimen yang sedia ada
ini komen berkaitan ;
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Memandangkan kita dah hampir kepada tahun baharu 2021, apa agaknya yang kita boleh jangkakan bakal berlaku kepada pasaran kita pada tahun depan?
Ini adalah sekadar pandangan peribadi semata-mata untuk pembelajaran kendiri. Kalau berdasarkan kepada sentimen semasa, sekarang agak susah nak merujuk kepada sejarah yang pernah berlaku pada setiap hujung tahun. Selalu kita dengar orang bercakap pasal window dressing atau Christmas Rally atau mgkn CNY rally. Mungkin perkara ini akan berlaku tapi mungkin jugak kesannya tak akan signifikan.
Jadi sekarang saya berpandangan ada 3 perkara yang mungkin akan menjadi penentu/pemangkin kepada gerakan pasaran terutamanya bagi KLSE bagi sukuan pasaran yang seterusnya iaitu:
1. Vaksin
2. Covid versi 3
3. Politik
ini dimana;
1. Kalau vaksin berkesan sepenuhnya mungkin ini akan menyebabkan bullish / kalau kena modify mgkn akan bearish
2. Cov19 v3, terkait dengan perkara (1), if terkawal sempadan negara boleh dibuka untuk pergerakan antarabangsa dan faktor bullish , if sangkut then kesan sebaliknya.
3. kalau tiba-tiba isu percaya@takpercaya / sokong@taksokong / ada nombor@takda nombor ni melanda negara, maka ini akan merencatkan ekonomi domestik dan mengganggu minat pelabur dalam@luar untuk memasuki pasaran kita.
Jadi apa perlu dilakukan sekarang??? Dari segi sentiment memang tak menarik... kalau saya, saya lebih menumpukan kepada saham berpotensi dan mempunyai FA yang baik dan menunggu peluang untuk membeli pada harga diskaun.
Macam mana nak buat keputusan bila nak membeli pada harga diskaun pula? boleh pantau berdasarkan TA - trendline/OB-OS/structure H-L-HH-HL/chart patterns.
berikut pandangan dari sudut teknikal, nilai semasa berada di atas paras MA50
sebaiknya tunggu pembentukan struktur H-L dan reversal candle@chart pattern
Semoga bermanfaat
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Kami telah menambahkan 100+ tahun sejarah harga emas dan perakPasukan TradingView komited dalam membina platform yang memberikan carta,data dan visualisasi terbaik supaya dapat membuat keputusan terbaik. Hari ini, kami bergembira untuk memperkenalkan dua set data baru yang telah kami perluaskan untuk mereka yang ingin melihat sejarah emas dan perak.
Anda kini membuat carta untuk lebih daripada 100 tahun sejarah harga emas dan perak. Oleh sebab kedua-dua logam ini ialah logam berharga tertua dan penting kepada evolusi matawang dan dagangan, kami percaya sejarah harga tambahan ini akan bermanfaat kepada pedagang logam jangka masa panjang.Lihat emas atau perak dalam rangka masa jangka pendek atau jangka panjang yang bermula sejak tahun 1915.
Untuk bermula, taip GOLD atau SILVER dalam kotak carian anda. Anda juga boleh menggunakan pautan di bawah untuk pergi ke halaman Emas dan Perak:
• Lihat carta Emas
• Lihat carta Perak
Kami berharap anda akan menikmati data baru ini dan jika anda ingin kami menambahkan lebih banyak data untuk ticker tertentu, sila komen di bawah. Pasukan kami akan cuba menambahkannnya. Terima kasih kerana membaca!