PRIVA 25 NOVEMBER – BERJAYA BREAKOUT RINTANGAN DENGAN VOLUME > Saham PRIVA tutup pada harga 0.150.
> Berdasarkan pada carta harian, harga berjaya pecahkan rintangan 0.135 dan 0.145 dengan jumlah dagangan yang besar berbanding hari sebelumnya.
> MACD telah bersilang menunjukkan kekuatan untuk meneruskan kenaikan.
> RSI berada di atas 50 menunjukkan kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> Stochastic juga menunggu masa untuk bersilang menunjukkan signal untuk naik.
> Harga mungkin akan cuba untuk melepasi rintangan 0.155, dan sekiranya berjaya melepasi rintangan tersebut, rintangan seterusnya di 0.165 iaitu merupakan harga 52 weeks high.
> Rintangan seterusnya boleh rujuk di carta.
*Sila semak maklumat fundamental syarikat saham yang dibeli.
** Penafian: Hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
***Selamat berdagang!
Idea komuniti
25-Nov-2020: DNEX cari timing (WL dulu)Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Sedikit pandangan dan perkongsian berkenaan kaunter dari sudut pandang teknikal. Seperti biasa kaunter yang dikongsikan lebih kepada bersifat swing jangka pendek.
Analisis
Kita memerhatikan pergerakan harga terlebih dahulu dimana apa yang dapat dilihat adalah:-
1. Harga semasa berada diatas MA20 & MA50
2. Harga menguji paras MA20 DTF (24/11/2020)
3. Volume DTF mula menampakkan bibit hijau.
Namun kita masih perlu berhati2 kerana:-
4. Volume WTF masih merah(minggu ini tekanan seller)
5. Harga berada di pasar MA20 WTF
6. MACD di DTF juga masih 50-50 sebab tengah merapat (potensi naik/turun masih belum jelas
Rancangan pembelian
1. Boleh perhatikan dan masukkan dalam WL (perati rapat sekiranya ada petanda minat membeli meningkat)
2. Boleh rujuk transaksi di platfrom broker untuk lihat buy%
3. Boleh perhati dan join samaada ketika mencecah zon potensi buy + buy% besar
Perhatian
Namun harus diingat kita masih berada diambang pergolakkan politik yang mungkin boleh merencatkan pergerakan harga/nilai saham. Jadi harus bersedia untuk menghadapi risiko dan sila jaga paras risiko masing-masing ya.
Semoga bermanfaat
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
25-Nov-2020: Indi kajian TA (bursa)-Siri 1Assalamulaikum dan selamat sejahtera rakan bokojoz;
Petang ini saya sekadar nak berkongsi serba sedikit tentang apa yang saya tahu dan cara bagaimana saya melakukan kajian kaunter di Bursa. Jadi setiap kaedah kajian adalah agak berbeza dimana naked chart dan price action tidak berapa berkesan digunakan di BURSA walaupun boleh saja untuk digunakan (Ini pengalaman saya sendiri mungkin sebab saya tak biasa dengan bursa)
Secara umum di bursa saya banyak menggunakan indikator untuk membantu dalam pemilihan kaunter. Ini disebabkan kebanyakan entry dan exit yang dilakukan oleh pedagang bursa adalah berdasarkan kepada indikator. Jadi kita sebenarnya menggunakan indi ni sebab nak tahu dimanakah kebanyakan trader membuat keputusan nak masuk. Jadi beberapa indi yang saya biasa gunakan adalah seperti berikut:
1. Volume
kebiasaanya digunakan untuk melihat minat belian
Time frame digunakan D dan W
pada DTF kita nak lihat minat belian semasa
pada WTF kita nak lihat trend pembelian dan minat keseluruhan terhadap sesuatu kaunter dlm jangka masa panjang.
Jadi kita akan hanya menumpukan pada kaunter yang mempunyai volume sekurang-kurangnya 10k (di DTF)
Direprentasikan dengan warna hijau dan merah, hijau minat belian / merah jualan
2. MA
yang ini merupakan indikator yang digunakan untuk kenalpasti trend
ada beberapa jenis namun kebiasanya SMA dan EMA lebih kerap digunakan.
SMA/EMA 5 & 10 / 6 & 9 (untuk jangka pendek)
SMA/EMA 20 & 50 (digunakan untuk trend jangka panjang)
Biasanya digunakan berpasangan dan isyarat membeli atau menjual dikenalpasti daripada persilangan Golden Cross @ Death Cross
Selagi harga berada di atas MA 20 & 50 kebanyakan trader mengatakan trend adalah dalam keadaan menaik
Rasanya cukup 2 ini dahulu, kita akan sambung dengan siri 2
Semoga bermanafaat
GDEX - Menunggu Hari untuk 'Bersalin'Haaa...barang abam dah sampai hasil selaman 11.11 lalu...semua pun bursa belanja..alhamdulillah.,..
Memandangkan barang abam di hantar oleh ala-ala Uncle GDEX, jom kita review serba sedikit kaunternya (walaupun pun sebenarnya J&T yang hantar....huhu)
Kelihatan persembahan GDEX pada 02 Nov 2020, menarik minat para pedagang..namun pada 03 Nov 2020 dia libas balik semuanya...sekelip mata..untung sungguh para pedagang pada 02 Nov 2020 tu kan...
haa,..selepas dilibas kiri dan kanan...jika di lihat chart pattern...nampak tak mcm bendera terbalik??? kan..kan..kan....tapi still berlegar-legar di atas trendline la...
.
.
Rujuk pada nota kaki tangan mata segala anggota badan di dalam carta tu (haaa abam siap belanja trading plan tau....tapi nama pun trading plan kan...jangan percaya atau mengharap 100%..tu kan sekadar panduan..)
asalkan tak patah trendline di 0.450 tu..boleh la layan lagi...tapi kalau dah patah...beli lagi dekat pucuk puncak bahagia...(Sejuk wooo di puncak..bukan angin sepoi2...tapi angin bersepai kalau di atas...)
.
.
Abam dah tolong highlight kan rintangan dan sokongan yang berpotensi untuk bantu abang hakak ketika berdagang....
walaupun abang hakak suka makan nasi dagang..jangan di tibai sahaja semua entry..mohon tengok betul-betul di mana tempat yang sepatutnya..samjeyy??!!
kalau abang hakak main balun ja...alamatnya...kuch kuch ho tak hei la nanti...
Oh yaa.,..sebelum abam bersemayam...(eh bersemayam tidur kan, bukan mati kan....kalau mati mangkat kalau tak silap...okay2..)
GDEX bakal melahirkan anak..haaa untung abang hakak yang masih hold (walaupun di puncak...hehe)
ada juga rezeki dapat anak GDEX ni...
haaa anak yang ni, di kenali sebagai WARRANTS C (WC) ..lahir-lahir terus siap kena SUNAT tau..~~
Rujuk statement di bawah ni...niii haaa...~~
PROPOSED ISSUANCE OF UP TO 705,176,354 FREE WARRANTS IN GD EXPRESS CARRIERBHD ("GDEX") ("WARRANTS C") ON THE BASIS OF ONE (1) WARRANT C FOR EVERY EIGHT (8) EXISTING ORDINARY SHARES IN GDEX HELD ON AN ENTITLEMENT DATE TO BE DETERMINED AND ANNOUNCED LATER
Okay la..Abam nak layan cerita korea dulu..(walaupun wajah abam persis korea.... tetapi warna kulit pula persis kurita,..aduhaiiii)
Okay..!! Setakat itu coretan abam di hujung minggu ini ..semoga memperoleh profit sepanjang minggu ini..biar sikit PROFIT, janji tak LOSS..
Jangan TAMAK yaa..dan Sentiasalah Ingat yang tersayang,,,(^^)v & Ride safely...peeet2!!
Seperti biasa...Bagi Abang_ManuK,
paling penting abang hakak WAJIB kenalpasti RISK & REWARD RATIO ( RRR ) sebaik mungkin bagi mengelakkan anda tergolong dalam geng-geng 'SANGKUTERS'
Bagi Abam, Strong R/ RBS boleh dijadikan sebagai Target Profit (TP)..sekurang-kurangnya, kalau tak berjaya Breakout, dapatlah juga secure profit kan ...~~
DISCLAIMER:
Apa-apa pun, market bukan kita punya..sediakan Trading Plan mengikut Risk appetite masing-masing dan Trade What You See...Semoga memperoleh rezeki banyak..
Segala kajian adalah untuk proses pembelajaran dan halatuju kaunter tersebut. Till then, happy trading, TAYOR, BAYOR & SAYOR
Rezeki itu Allah yang punya...adioss!! peace yaww
**Sekiranya anda bersetuju dengan idea ini, mohon untuk LIKE , SHARE & FOLLOW page ini bagi tujuan pembelajaran
DOLPHIN - Potensi Si Pelumba Bursa.. Bangkit!!Yuhuuu...Opps..Assalamualaikum..~~(over eksaited la pula)
.
Kembali lagi bersama Abam_Manuk..amacam market beberapa hari selepas Abe Bedin menang jadi Presiden US??
Bukan Presiden Persatuan Jejaka Belah tengah ..bukan presiden persatuan taichi .. tetapi Presiden Amaaarekka Syarikat!!! (Nasib Baik Bang Non takda di sana)...Uncle Jagung pun tewas..give up siap tiup trompet..
Bukan main gempak lagi kan.. impaknya dapat dirasai hingga ke seluruh pelusuk dunia..
Tidak terkecuali dengan pasaran saham kita yang semakin 'Seksi' (time bullish Seksi laa, time bearish, umm..habis kita seksa...aduyaii)
Cumanya, pasaran kita ni tiba-tiba seakan mabuk ketum..hari ni dia libas..besok di belai..hurmmm hareyyy~~
Dalam pada pasaran menjadi lembu gila...banyak kaunter-kaunter 'penny & super penny' dan ada juga super duper truper penny..bangun dari 'tidur'
Okay..bukan apa..dek kerana market nampak meriah, maka abam pun pegi la memancing...so, teringat la dengan satu-satunya ikan di bursa...tak lain tak bukan DOLPHIN...walaupun dia bukan ikan betul..tapi perangai dia ni boleh tahan.. habis bucu katil di gigit kalau tak kena cara...ramai yang kecundang emosi..tapi kalau dah dia mula berenang...kita pun tumpang meraung ria gumbira..
penampakan gerakan DOLPHIN sejak beberapa hari lalu (rujuk kotak kuning) bermula pada paras harga 0.060 dan hari ni berjaya membuat kuak lentang pada paras harga 0.08 (+14.29%)..
nampak tak parit besar untuk DOLPHIN ni lompat..??? Insha Allah..ia akan cuba menutup parit sebanyak 0.010 @ 10.70% tu sebelum berenang dengan lebih jauh...
.
.
Tapi sebelum tu, abang hakak ni ke Dolphin buat apa?? Haa..tengok bawah ni ..sahaja abam tak translate ke bahasa Melayu, sebab lain macam pula bunyinya nanti..so, abam guna bahasa omputih la yerr..janji faham..hehe
''Our complete suite of integrated solutions includes an extensive range of services. This comprises Mechanical and Engineering solutions for automation and Turnkey solutions from the design to the commissioning of an entire palm oil mill''
Haaa keyword dia ... PALM OIL ..ada apa dengan PALM OIL??? haaa boleh rujuk dengan pautan abam di bawah berkenaan betapa padunya Crude Palm Oil sekarang....massyukkkkk..kaunter-kaunter sawit semuanya ke terbang ke bulan....Walaupun bukan 100% dipengaruhi oleh sektor Oil Palm Plantation, tetapi kelihatan serba sedikit ia telah memberi tempias pada Dolphin yang turut terlibat dalam industri pemprosesan minyak sawit mentah (CPO)...
Seperti yang telah di conteng-conteng pada chart di atas..segalanya telah abam coretkan...abam tolong highlight pit stop yang mungkin bolah abang hakak jadikan panduan...
mungkin tak selengkap sipo-sipo lain..abam pun masih belajar...tapi kita cuba utamakan asas dulu yerr~~
kalau dah terer... tak payah conteng chart, tenuuuung ja sambil kemut2 mulut..pastu tekan ja buy,..,sell pula..ikut jurus masing-masing..hehe
.
.
Bila Profit, JOget....Bila Loss, Kaget..itulah asam garam seorang pedagang saham...
Okay..!! Setakat itu coretan abam hari ini ..semoga memperoleh profit sepanjang minggu ini..
Jangan TAMAK..Jangan TAMAK dan Jangan TAMAK...No..No..No..
Sentiasalah Ingat yang tersayang,,,(^^)v & Ride safely...samjeyy??!!
Seperti biasa...Bagi Abang_ManuK,
penting bagi abang hakak kenalpasti RISK & REWARD RATIO (RRR) sebaik mungkin bagi mengelakkan anda tergolong dalam geng-geng 'SANGKUTERS'
Bagi Abam, Strong R/ RBS boleh dijadikan sebagai Target Profit (TP)..sekurang-kurangnya, kalau tak berjaya Breakout, dapatlah juga secure profit kan ...~~
DISCLAIMER:
Apa-apa pun, market bukan kita punya..sediakan Trading Plan mengikut Risk appetite masing-masing dan Trade What You See ...Semoga memperoleh rezeki banyak..
Segala kajian adalah untuk proses pembelajaran dan halatuju kaunter tersebut. Till then, happy trading, TAYOR, BAYOR & SAYOR
**Sekiranya anda bersetuju dengan idea ini, mohon untuk [ b]LIKE , SHARE & FOLLOW [/b ] page ini bagi tujuan pembelajaran
Cypark - Ada duit, boleh park!Analisis Cypark
Cypark kelihatan sangat kuat dan masih tiada tanda tanda reversal.
Kelihatan retracement sangat korektif, sihat dan kurang volume membuat admin cenderung beranggapan bahawa Cypark masih mempunyai sekurang kurangnya satu ketinggian baru lagi.
Dengan tema Renewable Energy yang masih bermain, admin merasakan bahawa Cypark tidak memerlukan masa yang lama untuk menyambung rally. Cypark pun dah parking di paras fibo 38.2%.
Kesimpulannya, sekiranya anda ada duit lebih, Cypark adalah satu konter yang anda boleh park duit. Sekurang kurangnya sekitar 16% potensi ganjaran di hadapan.
Paras invalidasi adalah pada RM1.01.
Abang Doji.
APPASIA (Bertukar Arah dan Kembali Meneruskan Perjalanan?)Pengenalan ringkas:
AppAsia Studio mempunyai lebih daripada 60 permainan mudah alih di iOS dan Android. Studio ini terus berusaha untuk memberikan permainan mudah alih berkualiti terbaik untuk memenuhi permintaan pengguna yang terus meningkat. AppAsia Studio menerbitkan permainan yang menawarkan pemain pelbagai jenis genre untuk dipilih. Sektor: Technology
Idea analisis:
- Uptrend sejak Mei.
- Bertukar downtrend pada 25 Ogos dengan MACD cross down sehingga ke bawah paras 0.
- Downtrend yang tercipta masih berada di atas uptrend line bulan Mei.
- Break Down Trend Line (BDTL) pada 12 November
- BDTL dengan volume melebihi vol MA + MACD cross up.
- Meneruskan kenaikan setelah BDTL mengikut uptrend line bulan Mei.
- MACD cuba mendaki melebihi paras 0.
Idea trading plan:
- Entry berdekatan trend line atau;
- Entry berdekatan support 0.625
- Cutloss jika harga turun di bawah support 0.625 atau;
- 'Ride the trend' dan cutloss jika candle memotong trend line.
DNONCE KAUNTER PACKAGING YANG TAK DIDENDANG1. DNONCE dalam keadaan minor downtrend , berdagang di bawah MA50 namun di atas MA200.
2. DNONCE hari ini menututp dagnagn tepat di atas MA50, menunjukkan suatu petanda yang baik.
3. Dilihat dari volume 4 jam terakhir sebelum dagangan ditutup, tampak adanya minat belian dari para pedagang.
4. Apakah DNONCE mampu meneruskan kenaikan untuk hari esok? Sama-sama kita siapkan popcorn.
S: 0.56
R1: 0.615
R2: 0.64
QR BAGUS TAPI Kaunter ini saya ada pengalaman ketika QR 3 diumumkan.
QR hijau tetapi kaunter just touch 0.370..kemudian menruskan penurunan dan sideways.
antara penyumbang kerugian terbesar saya sepanjang tahun ini.
So, selepas QR 4 diumumkan, saya tidak excited plak nak masuk.. huhu...
jika dilihat pada RSI sudah meninggi, mungkin mampu memecah DTL bergaris biru tersebut.
sekadar pemerhatian dan pembelajaran.
ARBB [S] 21 Nov 20 : Selesai melengkapkan chart pattern target1. ABB telah melengkapkan chart pattern target.
2. ARBB telah down trend pada pertengahan Ogos.
3. ARBB melakukan sideway bermula pertengahan September.
4. Apakah kini, siri uptrend ARBB telah bermula?
5. Sila masukkan ke dalam watchlist anda.
Sama-sama kita perhatikan.
Diclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk percambahan minda sahaja.
SEKIRANYA IA MEMBANTU ANDA, SILA LIKE DAN SHARE.
"MORE YOU GIFT, MORE YOU GET... INN SHA ALLAH"
Kekunci pintas! Mengnalisis dan membuat carta dengan lebih cepatKekunci pintas menjimatkan masa anda dan membuat pencartaan anda lebih cepat,mudah dan dinamik. Selain mengklik setiap alat secara berasingan, anda boleh menggunakan kekunci pintas untuk mempercepatkan prosesnya. Di carta, kami telah menekankan beberapa kombinasi yang popular termasuk:
Alt + T = Garisan Trend
Alt + F = Anjakan Fib
Alt + H = Garisan Mendatar
Alt + V = Garisan Menegak
Alt + C = Garis Silang
Alt + A = Tambahkan pemberitahuan
Alt + S = Syot kilat carta
Alt + I = Terbalikkan carta
Alt + P = Carta peratusan
Alt + L = Carta log
Jika anda menggunakan mac, tekan pilihan ⌥ dan bukan Alt:
⌥ + T = Garisan Trend
⌥ + F = Anjakan Fib
⌥ + H = Garisan Mendatar
⌥ + V = Garisan Menegak
⌥ + C = Garis Silang
⌥ + A = Tambahkan pemberitahuan
⌥ + S = Syot kilat carta
⌥ + I = Terbalikkan carta
⌥ + P = Carta peratusan
⌥ + L = Carta log
Untuk panduan lengkap tentang kekunci pintas yang tersedia untuk anda, sila kunjungi panduan berguna kami di sini . Contohnya, tekan 'space bar' untuk beralih ke carta yang seterusnya dalam senarai amatan anda. Atau mengeluarkan objek dengan roda tetikus. Hanya perlu meletakkan kursor di atas lukisan atau penunjuk dan mengklik roda tetikus anda. Untuk membuka menu penunjuk, hanya perlu tekan '/' pada papan kekunci manakala untuk menukar selang carta, hanya perlu taip nombor dengan papan kekunci.
Kami berharap anda menikmati kekunci pintas ini dan jika anda merasa ada kekunci pintas lain yang boleh membantu perdagangan atau pelaburan anda, sila komen di bawah. Kami mungkin boleh membina untuk anda! Terima kasih kerana menjadi ahli TradingView.
SKPRES (S) BERPOTENSI MENERUSKAN KENAIKAN SEHINGGA RM 2.501. SKPRES (S) telah membuat 52W breakout pada 26 Ogos 2020 (dengan volume yang tinggi) setelah membentuk paten cup & handle.
2. Meneruskan kenaikan (higher high & higher low) sehingga sekarang.
3. Terkini, line MACD di atas signal line dan berada dalam kawasan positif.
4. RSI masih berlegar-legar antara 50-70. Sebelum ini telah membentuk bearish divergence (awal Okt sehingga pertengahan Nov), tetapi harga terkini telah meneruskan kenaikan.
5. Meneruskan trend menaik dengan harga semasa di atas trendline, SMA20 (mid boli) & EMA 50
6. Berpotensi meneruskan kenaikan sehingga RM 2.50
FA: Bagus. Syarikat sentiasa membuat keuntungan bersih yang agak konsisten (TAK PERNAH RUGI! sekurang-kurangnya sejak quarter report Q1 Jun 09).
*Nota - KWSP telah melepaskan (sebahagian?) pegangannya dalam SKPRES
Penafian: Ini hanya untuk tujuan pendidikan, bukan buy call (kalau ada ralat, mohon betulkan, TQ). Keputusan & risiko pelaburan adalah tanggungjawab masing-masing.
GBPJPY Bakal terjun .... SINGKATGBP / JPY melonjak ke puncak lebih dari satu minggu, melihat kenaikan melebihi tahap 139.00
GBP / JPY memperoleh daya tarikan positif yang kuat untuk sesi kedua berturut-turut pada hari Isnin.
Pound Britain mendapat kenaikan dari PMI UK yang optimis dan nampaknya tidak terjejas oleh kegelisahan Brexit.
Optimisme terhadap vaksin COVID-19 melemahkan JPY tempat perlindungan dan terus menyokong.
Hantaran silang GBP / JPY melonjak ke puncak tujuh hari semasa sesi pertengahan Eropah, dengan kenaikan harga sekarang menyaksikan pergerakan berterusan melebihi tahap 139.00.
Gabungan faktor pendukung membantu salib untuk mendapatkan daya tarikan positif yang kuat pada hari pertama minggu perdagangan baru dan membina pemulihan sederhana minggu lalu dari kawasan 137.20. Pound Britain mendapat keuntungan daripada PMI UK yang optimis dan nampaknya tidak terjejas oleh kegelisahan Brexit.
Malah, ketua perunding Brexit EU Michel Barnier mengatakan bahawa perbezaan mendasar tetap ada dalam rundingan perdagangan dengan Inggeris. Perlu dilaporkan bahawa perunding telah gagal mencapai kompromi pada tiga perkara yang tetap - yang disebut persaingan, peraturan perikanan dan bantuan negara.
Walau bagaimanapun, kenaikan GBP sebahagian besarnya menolak komen, sebaliknya tetap optimis terhadap kemungkinan adanya perjanjian Brexit pada saat-saat terakhir. Selain daripada itu, suasana pasar yang optimis melemahkan permintaan untuk yen Jepun yang selamat dan terus menyokong pergerakan positif pasangan GBP / JPY.
Sentimen risiko global tetap disokong oleh berita positif mengenai potensi vaksin untuk penyakit koronavirus yang sangat menular. Dalam perkembangan terbaru, Universiti Oxford dan AstraZeneca mengumumkan bahawa vaksin COVID-19 mereka 90% berkesan dalam salah satu rejimen dos.
Sementara itu, tembakan yang dibuat oleh Moderna dan satu yang dibuat bersama oleh Pfizer dan BioNTech Jerman didapati lebih daripada 90% berkesan dalam percubaan peringkat akhir mereka sendiri. Ini, pada gilirannya, meningkatkan keyakinan para pelabur dan terbukti dari peningkatan yang baik di pasaran ekuiti global.
Peserta pasaran kini menantikan Perbicaraan Laporan Dasar Monetari Bank of England di hadapan Jawatankuasa Perbendaharaan Parlimen, yang akan berakhir pada hari Isnin ini. Oleh itu, masih perlu dilihat jika GBP / JPY dapat memanfaatkan pergerakan atau bulls memilih untuk meringankan kedudukan mereka.
OANDA:GBPJPY
idea peribadi- FCPO di TF15 min ~ BUY ( jika gap down not valid)InsyaAllah
untuk 2nd half 23/11/2020 ONLY ( tf15 min)
None of this is a recommendation.
All of your trades should be considered with your own personal analysis .
KISS - Keep It Short & Simple
#4eDucationOnly
#lessISmore.
TAYOR
NOTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama DAN tolong kaji ikut pemahaman masing-masing
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama sama mengkaji dan bukanlah bertujuan untuk membeli atau menjual instrumen ini
Berdagang diatas risiko sendiri..Jaga modal kita..ingat tu
#strong&loyal
#ma13ma50&goldencross
APPASIA 23 NOVEMBER – BERJAYA BREAKOUT RINTANGAN DENGAN VOLUME B> Saham APPASIA tutup pada harga 0.680.
> Berdasarkan pada carta harian, harga berjaya pecahkan rintangan 0.670 dengan jumlah dagangan yang besar berbanding hari sebelumnya.
> MACD telah bersilang menunjukkan kekuatan untuk meneruskan kenaikan.
> RSI berada di atas 50 menunjukkan kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> Harga mungkin akan cuba untuk melepasi rintangan 0.705, dan sekiranya berjaya melepasi rintangan tersebut, rintangan seterusnya di 0.740.
> Rintangan seterusnya boleh rujuk di carta.
*Sila semak maklumat fundamental syarikat saham yang dibeli.
** Penafian: Hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
***Selamat berdagang!
APPASIA MEMBUAT PENUKARAN ARAH Dalam saham kita perlu tahu STRUKTUR PASARAN.
.
Dalam keadaan menurun (DOWNTREND)
Struktur yang kita perlu tahu adalah ia sentiasa membuat paras terendah yang baru.
Iaitu H,L , LH, LL, LH, LH
.
Dalam keadaan menaik (UPTREND)
Struktur yang kita perlu tahu adalah ia sentiasa membuat paras tertinggi yang baru.
Iaitu H, L, HH, HL, HH, HL
.
Jadi dalam kes APPASIA, pada 12 november 2020 lepas ia telah membuat pertukaran trend. Hari ini pula kita boleh lihat ia membuat PARAS TERTINGGI YANG baru.
.
Sekarang kemungkinan besar ia akan mencari paras terendah yang baru untuk di jadikan HL. Kemudian membuat PARAS TERTINGGI YANG BARU.
.
Sokongan di 0.555 iaitu LL sebelum ini
Rintangan terdekat adalah PARAS TERTINGGI hari ini iaitu 0.710 KEMUDIAN 0.775, 0.855 DAN 0.895 .
** Penafian: Hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sendiri sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
***Selamat berdagang!
.
TRIMODE (Menunggu Peluang Ke-6)Pengenalan ringkas:
TRIMODE melaksanakan penyediaan perkhidmatan pengangkutan laut, perkhidmatan pengangkutan kontena, perkhidmatan pengangkutan udara, perkhidmatan penghantaran barang, perkhidmatan pergudangan dan perkhidmatan insurans laut terutama di pintu masuk pengangkutan utama di Semenanjung Malaysia, iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Pada tahun 2019, TRIMODE juga terlibat dalam perniagaan logistik di Vietnam yang telah mula beroperasi pada bulan Mac 2019 yang terdiri daripada syarikat tempatan dan multinasional, pengimport dan pengeksport dari pelbagai industri yang merangkumi tekstil, bahan penebat, produk kertas, sarung tangan, bahan bangunan, produk plastik, bahagian automotif, bahan pembungkusan, produk getah, perabot, peralatan rumah dan elektronik, produk kimia dan minyak yang boleh dimakan. Sektor: Transportation & Logistics
Idea analisis:
- Berada atas dua uptrend line (hitam dan biru).
- Trend line hitam (trend panjang) bermula pada bulan Mac.
- Trend line biru (trend pendek) baru muncul pada awal bulan Oktober.
- Telah melepasi Double Golden Cross (EMA 7 cross up EMA 21 + MACD) sejak 29 Mei.
- MACD retrace sebanyak 5 kali.
- Adakah peluang untuk MACD retrace sekali lagi? Kami menunggu untuk entry di Golden Cross ke-6.
Idea trading plan:
- Tunggu golden cross di MACD untuk entry atau:
- Pullback entry 0.475 - 0.490 (Smart Robie).
- Cutloss jika pecah support 0.475.
KEJATUHAN EMPAYAR VIVOKenaikan VIVOCOM setelah beberapa hari.
akhirnya tiba ke penghujung.
Apa yang naik pasti akan turun,
apa yang turun pasti akan naik.
Setakat waktu operasi bursa berakhir harini, paras kejatuhan VIVO adalah
pada 1.22, bawah sedikit pada aras 0.5 Fibonacci.
sebelum masuk kaunter ini, haruslah tunggu isyarat pembalikan (reversal) untuk kembali rebound ke atas.
jika mengikut sentimen, mungkin belum masaya lagi.
terlalu cair (volatile ) !!
23-Nov-2020: SAMAIDEN boleh beri perhatianAssalamualaikum dan selamat sejahtera
Sedikit pandangan dan perkongsian berkenaan kaunter dari sudut pandang teknikal. Kaunter ini adalah antara kaunter yang diberi perhatian oleh pelabur terutamanya yang berminat dalam bidang Tenaga boleh diperbaharui (SOLAR) dimana ianya adalah salah satu bidang yang berpotensi di negara ini.
Analisis
Melihat dari sudut teknikal sebenarnya tidak banyak yang dapat diulas kerana ianya adalah saham baru. Jadi apa yang nampak sekarang adalah
1. Pembentukan support ketara di 1.120
2. Harga menurun namun volume penjualan tidak ketara.
Rancangan pembelian
1. Boleh perhatikan harga ketika ianya menghampiri support terdekat. Sekirannya ada petanda untuk melantun(candle pattern/volume) boleh try beli di support.
2. Gunakan TF kecil untuk melihat pergerakan harga untuk mendapatkan entry terbaik
Harus di ingat ya kita berada pada minggu dimana pergolakan politik sangat getir dan berada di bulan QR yang kebiasaannya mempengaruhi pergerakan harga. Jadi sila jaga risiko masing-masing ya.
Semoga bermanfaat
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
MR DIY COMPLETE FIRST WAVE???71 Adakah Mr Diy akan melakukan correction wave pada minggu depan atau masih lagi ingin meroket??
Jika ingin buy waktu Motive Wave ke 3 boleh tunggu wave 2 siap di Fibonacci retracement area 0.50% atau 0.618%, kemungkinan nak test di area 0.786% pun ada. kena berjaga-jaga supaya tidak bocor di paras 1
Area Fibo
0.50% :Rm1.90
0.618% :Rm1.88
0.786% :Rm 1.71